CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 1264|Reply: 7

Tema 'Taman Brighton' Menjadi Lambang Cinta Athisha Khan Dan Haikal

[Copy link]
Post time 24-1-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode

Sumber: Instagram Instagram Reka Teemor



Influencer dan YouTuber Athisha Khan tidak menunggu  dalam tempoh yang lama untuk menamatkan zaman bujangnya setelah melangsungkan majlis pertunangan pada 20 Januari 2022 lalu.


Dipetik dari Remaja, Athisha berkata dia dan pasangannya iaitu Wan Amirul Haiqal tidak mahu mengikat tali pertunangan dalam tempoh yang terlalu lama.


Dengan sekali lafaz saja, adik kepada Noor Neelofa ini telah selamat bergelar isteri kepada Haiqal dalam sebuah majlis akad nikah di Pusat Konvensyen Sime Darby.


Kedua-dua mempelai tersebut telah dinikahkan oleh bapa Athisha iaitu Datuk Abdul Halim Khan.  Athisha juga telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak pengantin lelaki.



Sumber: Google Image



Namun, perkara istimewa yang menjadi bualan netizen tentunya adalah dekorasi telah yang mengubah dewan tersebut menjadi tema ala-ala english garden.


Mesti ramai yang tertanya-tanya kan siapa wedding planner tersebut? Mestilah Reka Teemor. Reka Teemor telah menjadi pereka acara yang bertanggungjawab ke atas dekorasi majlis perkahwinan dua orang kakak serta abang Athisha iaitu Mohamed Aqief, Noor Nabila Noor dan tentunya, majlis Noor Neelofa dengan reka bentuk pelamin Jabal Rahmahnya yang menjadi viral tahun lepas.



Sumber: Instagram Reka Teemor



Kali ini, pengasas Reka Teemor iaitu Faiz Sabari telah tampil dengan konsep 'Brighton Garden' yang diinspirasikan daripada konsep taman Inggeris seperti yang ada di Brighton, United Kingdom.


Hal ini kerana, hubungan percintaan pasangan tersebut bertambah erat setelah mereka memilih untuk melanjutkan pelajaran di sana. Jika anda melangkah masuk di pintu gerbang majlis perkahwinan Athisha dan Haiqal, anda akan berasa seakan berada dalam taman di Brighton! Cantik sangat!



Sumber: Instagram Reka Teemor





Reka aan pelamin Athisha dan Haiqal juga amat memukau tetamu kerana ia dipenuhi dengan pelbagai gubahan bunga yang sangat cantik.


Ditambah pula dengan gaun serba putih yang direka oleh Alia Bastamam Atelier, imej Athisha sebagai tampak seperti pengantin perempuan yang moden namun masih mempunyai nilai sentimental dan cukup terserlah serta sopan.


Sempurna dan cantik sangat kan? -CARI





Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:49 PM | Show all posts
cantik. dan atisha ni paling kurang kontroversi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 05:19 PM | Show all posts
cantik, simple, iols cuma berkenan dan suka tengok Kardashiey Kelatey yang sorang ni je, nampak bijak & mature.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 06:01 PM | Show all posts
Majlis dia lagi cantik dari majlis lopa. majlis lopa segalanya pucat lesi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:27 PM | Show all posts
Tahniah kedua mempelai.
بارك الله لكما وجمع بينكما في خير
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:09 PM | Show all posts
Gmbr yg ada lmpu tu mcm trbntuk mata Dajjal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka die ade iras demi rose yg sailang bekas kylie jenner tuh....tp versi sopan la
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Brighton garden? Brighton tu tepi laut, ada jeti.. tang mana garden nye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 06:25 AM GMT+8 , Processed in 2.996940 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list