CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 499|Reply: 7

Lelaki Panjang Nyawa 11 Jam Berpaut Pada Roda Pesawat Kargo

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki menaiki penerbangan dari Afrika Selatan ke Belanda secara haram dengan berpaut pada sistem roda sebuah pesawat kargo disifatkan sungguh bernasib baik kerana masih hidup, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.


Kes luar biasa itu  dilaporkan polis Belanda yang menemui individu tersebut ketika pemeriksaan dilakukan di Lapangan Terbang Schiphol.




Gambar hiasan




Penerbangan dari bandar raya Johannesburg ke Amsterdam, Belanda itu mengambil masa kira-kira 11 jam dengan pesawat kargo tersebut dipercayai membuat hentian di ibu kota Kenya, Nairobi.


Kejadian itu sangat luar biasa kerana adalah hampir mustahil bagi penumpang haram seperti it  selamat sekiranya bersembunyi di dalam komponen roda pesawat semasa penerbangan jarak jauh. Ini disebabkan kandungan oksigen yang terhad serta sejuk pada altitud tinggi.


“Lelaki itu ditemui masih hidup di bahagian kompartmen roda pesawat dan dibawa ke hospital. Dia kini dalam keadaan stabil,” kata jurucakap Polis Tentera Diraja Belanda, Joanna Helmonds.


“Agak luar biasa bahawa lelaki itu masih hidup,” tambahnya.


Menurut stesen penyiaran Belanda, NOS, petugas kecemasan berjaya mengembalikan suhu badan lelaki itu kepada bacaan normal ketika ditemui dan apabila ambulans tiba, dia dapat menjawab soalan-soalan asas.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:55 PM | Show all posts
Pandai lelaki itu berpaut kat roda dan muat muat je beliau dlm tempat simpanan roda itu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa dia pakai thermal, fleece, down jacket Dan bawa portable tong oksigen
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:21 PM | Show all posts
KamikuP replied at 24-1-2022 04:55 PM
Pandai lelaki itu berpaut kat roda dan muat muat je beliau dlm tempat simpanan roda itu

bukan literally berpaut pada tayar tapi menyorok somewhere dalam compartment tayar tu. not impossible if we look at the size of the tyres.

Mungkin lepas ni Boeing ka Airbus kena improve design bubuh kaca botol macam kat tembok tu kot baru dia takut


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuatnya keazaman dia utk hidup. Kesian pun ada.
Me'ols flight long haul tu pun rasa namatey, walaupun boleh mencekik, boleh jalan2 dkt aisle regang2 kan kaki, pegi toilet, tidur, punnn rasa busan, dia boleh pulak duduk compartment tu 11jam entah2 satu pesen je duduknya. Sian lahai, tah makan tah tidak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Desperate times call for desperate measures
Kuat betul orang ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya 11 jam. Gigih betul, nasib tak Salah destinasi. Sejenis kegigihan macam PATI
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 12:38 PM | Show all posts
sanggup ambil risiko..betul2 luar biasa ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.090071 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list