|
|
Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi cerita perihal gelagat anak sulungnya, Siti Aafiyah yang menjalani pemeriksaan gigi di sebuah klinik, baru-baru ini.
 IG Siti
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram miliiknya itu, Siti atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ti memberitahu ia merupakan pengalaman pertama kali anak perempuannya mempunyai temu janji dengan doktor gigi.
Menurut penyanyi berusia 43 tahun ini, Aafiyah awalnya berasa takut untuk menjalani pemeriksaan tersebut.
Bagaimanapun, Tok Ti dilihat telah memainkan peranan sebagai ibu untuk bantu menangani rasa ketakutan yang dialami oleh Aafiyah.
Sekadar informasi, Siti mendirikan rumah tanga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Siti Aafiyah, 3 dan Muhammad Afwa, 7 bulan.
Sumber: Media Hiburan
|
|