CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 930|Reply: 13

[Lain-lain] JANDA BAIK BANJIR...Keadaan banjir di Pahang dan keperluan untuk mangsa...

[Copy link]
Post time 13-1-2022 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 12-5-2022 04:29 PM

STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI PAHANG, JOHOR & SARAWAK13 JANUARI 2022 | 9.00 PAGIDapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:http://publicinfobanjir.water.gov.my












10:10 AM · Jan 13, 2022


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 07:27 PM | Show all posts
Banjir di Pahang pulih sepenuhnyaBernama
Januari 12, 2022 00:26 MYT


Gelombang kedua banjir pada 31 Dis lepas, yang bermula di daerah Raub, pula menyaksikan 3,293 orang daripada 911 keluarga ditempatkan di 72 PPS di lapan daerah. - Gambar fail


KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan Temai di daerah Pekan yang menempatkan 61 orang daripada 12 keluarga menamatkan operasi pada 10 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan gelombang pertama banjir di Pahang, yang bermula 17 Dis lepas, menyaksikan 67,333 orang daripada 18,243 keluarga ditempatkan di 432 PPS di sembilan daerah.

SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI


Gelombang kedua banjir pada 31 Dis lepas, yang bermula di daerah Raub, pula menyaksikan 3,293 orang daripada 911 keluarga ditempatkan di 72 PPS di lapan daerah.
Sekretariat itu turut memaklumkan sebanyak 21 kematian dilaporkan sepanjang gelombang pertama banjir dengan daerah Bentong merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 11 orang diikuti Temerloh (empat), Kuantan (tiga), Raub (dua) dan Pekan (satu).

Bencana banjir kali ini turut mengakibatkan beberapa laluan di dua lebuh raya utama Pahang dinaiki air iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 namun telah dibuka secara berperingkat kepada pengguna selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan.
-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 08:21 AM | Show all posts
250 tan bantuan kemanusiaan UAE untuk mangsa banjir MalaysiaBernama
Januari 11, 2022 13:46 MYT







Datuk Bandar Shah Alam Datuk Zamani Ahmad Mansor (dua, kanan) menerima sumbangan mangsa banjir daripada wakil kerajaan UAE melalui Emirates Red Cresent, Mohamed Salim Aljunaibi (dua, kiri). - Bernama


ABU DHABI: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyumbang 250 tan bantuan kemanusiaan berupa pelbagai barangan keperluan kepada mangsa banjir di Malaysia pada minggu pertama 2022.

Ia merupakan sebahagian daripada fasa pertama bantuan kemanusiaan UAE yang memberi tumpuan kepada keperluan tempat tinggal, makanan dan kesihatan, lapor portal berita tempatan UAE Al-Ain.

Di Pahang, sebanyak 10,000 keluarga terjejas juga mendapat manfaat daripada sumbangan itu.
Majlis agihan bantuan pada 6 Jan itu dihadiri Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Duta UAE ke Malaysia Khalid Ghanim Al-Ghaith.

UAE antara negara pertama yang mengumumkan solidaritinya dengan Malaysia dalam menghadapi musibah ini, serta sentiasa proaktif dalam memberikan sokongan dan memanfaatkan keupayaannya untuk menyumbang kepada usaha kemanusiaan.

Terdahulu pada akhir Disember lepas, kerajaan UAE mengumumkan akan menyumbang pelbagai barangan keperluan khusus kepada 775 keluarga membabitkan lebih 3,000 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta warga awam Kementerian Pertahanan di seluruh negara yang terjejas akibat banjir.

Inisiatif Bantuan Kemanusiaan UAE itu disediakan oleh pihak berkuasa UAE di bawah arahan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera UAE Sheikh Mohamed Zayed al Nahyan.

Hujan lebat di Malaysia pada penghujung 2021 mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di beberapa negeri, meragut hampir 50 nyawa setakat ini. Angka kematian itu adalah yang tertinggi dalam sejarah bencana banjir di Malaysia

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 08:27 AM | Show all posts





KUALA LUMPUR: Seramai 39,255 atau 79.5 peratus daripada 49,394 ketua isi rumah terjejas dengan banjir, sudah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI)  RM1,000 setakat jam 1 tengah hari ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Dalam ciapan menerusi Twitter, Perdana Menteri berkata, mereka yang belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Disember tahun lalu, 10 hari selepas kejadian banjir luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. – BERNAMA

  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 03:34 PM | Show all posts
Banjir: Kerajaan negeri, JKR urus baik pulih, bina semula rumah   Oleh Saiful Haizan Hasam -             Januari 1, 2022 @ 3:19pm            saiful.haizan@bh.com.my


[url=][/url]

(Gambar hiasan) Banjir yang melanda Taman Sri Muda, Selangor, baru-baru ini. - Foto BERNAMA




KUALA LUMPUR: Proses membaik pulih rumah yang rosak teruk dan pembinaan semula rumah yang musnah akibat banjir, akan diuruskan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata JKR negeri serta daerah akan membuat penilaian kerosakan sebelum data itu disalurkan kepada kerajaan negeri masing-masing.



Beliau berkata, kerajaan negeri kemudian akan membuat permohonan peruntukan bagi tujuan berkenaan daripada Kementerian Kewangan (MOF).
"Bagi kes kerosakan teruk atau musnah, data datang daripada JKR negeri dan daerah yang disalurkan kepada kerajaan negeri untuk permohonan peruntukan dari MOF.
Disyorkan Untuk Anda







"Dana baik pulih atau bina rumah akan disalurkan kepada mereka," katanya kepada BH, hari ini.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan tahun baharu 2022, malam tadi, mengumumkan kerajaan akan menguruskan baik pulih rumah yang rosak teruk akibat banjir dengan kos sehingga RM15,000.




Penduduk, Chan Mee Lim melihat keadaan kayu balak yang memusnahkan rumahnya di Kampung Baru Sungai Perdak, Karak. - NSTP/Aizuddin Saad
Perdana Menteri berkata, bagi kediaman yang musnah dan tidak boleh diduduki, kerajaan akan membantu pembinaan rumah baharu sehingga kos RM56,000 setiap unit.
Di samping itu, kerajaan turut menyediakan bantuan tunai hingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja pembaikan rumah yang mengalami kerosakan tidak serius.
Ditanya berkenaan bantuan tunai kepada mangsa banjir pula, Aminuddin berkata, bantuan yang berada bawah bidang kuasa NADMA akan disalurkan melalui Pegawai Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah.
"Ia terdiri daripada Bantuan Wang Ihsan RM1,000 dan bantuan RM10,000 kepada waris bagi setiap ahli keluarga yang meninggal dunia akibat banjir," katanya.
Sebagai rekod, Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 yang akan memanfaatkan lebih 45,000 ketua isi rumah, mula diagihkan sejak 27 Disember lalu, hanya 10 hari selepas banjir melanda berbanding tempoh agihan bantuan sebelum ini yang memakan masa hingga enam bulan.
Setakat hari ini, seramai 20,000 ketua isi rumah telah menerima bantuan berkenaan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata pihaknya akan memaklumkan perincian proses pengagihan bantuan yang baru diumumkan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.
"Saya akan memaklumkan prosesnya kepada pihak media nanti," katanya ringkas.

Ahmad Zamri Daud, 55, berdiri di atas tangga rumahnya yang dihanyutkan banjir di Batu 18, Hulu Langat. - NSTP/Aswadi Alias
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 04:27 PM | Show all posts
Penternak ayam rugi puluhan ribu akibat banjirSinar Harian
Januari 14, 2022 09:37 MYT







Ahmad menyampaikan bantuan kepada Muhammad Amirul Farie (dua dari kiri) ketika melawat tapak reban ayam kampung di Kampung Baru Bentong pada Khamis. - Foto Sinar Harian


BENTONG: Seorang penternak ayam kampung mengalami kerugian kira-kira RM17,000 akibat banjir besar yang melanda di Bentong baru-baru ini.
Muhammad Amirul Farie Azman, 36, dari Kampung Baru Bentong di sini kehilangan 300 ekor ayam yang dihanyutkan akibat banjir pada 18 Disember lalu.
Menurutnya, air naik terlalu cepat menyebabkan dia tidak dapat menyelamatkan ternakan tersebut yang sudah matang untuk dijual.

"Memang tidak dapat selamatkan ayam kerana keadaan kelam-kabut ketika itu dan saya hanya dapat membuka pintu reban.

"Air surut selepas beberapa hari dan semuanya hanyut termasuk peralatan yang ada selain ayam," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Muhammad Amirul Farie ditemui ketika lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah di kampung tersebut.
Dalam lawatan itu, Muhammad Amirul Farie yang juga antara Agropreneur Muda di daerah tersebut menerima bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Muhammad Amirul Farie berkata, keadaan banjir besar itu langsung tidak dijangka menyebabkan dia tidak membuat persediaan untuk situasi tersebut.
Disyorkan artikel ini:Mayat kanak-kanak lelaki mangsa tragedi banjir di Bentong ditemukanPenduduk bimbang banjir besar 2010 berulang54 korban banjir, dua lagi masih hilangKetepi protokol demi rakyatBantuan banjir kali ini perlu lebih daripada biasa"Kali terakhir banjir besar pada 2006 dan selalunya paras air tidak setinggi mana berbanding baru-baru ini hingga hampir tiga meter.

"Saya mungkin perlukan masa sebulan lagi untuk meneruskan ternakan ini yang telah diusahakan sejak 2012 hingga kini," katanya yang mempunyai lima reban ayam.Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -ribu-akibat-banjir© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Penternak ayam rugi puluhan ribu akibat banjirROSILAWATI ROSEDI | | 13 Januari 2022

Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada Muhammad Amirul Farie (dua dari kiri) ketika melawat tapak reban ayam kampung di Kampung Baru Bentong pada Khamis.  


BENTONG - Seorang penternak ayam kampung mengalami kerugian kira-kira RM17,000 akibat banjir besar yang melanda di Bentong baru-baru ini.
Muhammad Amirul Farie Azman, 36, dari Kampung Baru Bentong di sini kehilangan 300 ekor ayam yang dihanyutkan akibat banjir pada 18 Disember lalu.
Menurutnya, air naik terlalu cepat menyebabkan dia tidak dapat menyelamatkan ternakan tersebut yang sudah matang untuk dijual.
"Memang tidak dapat selamatkan ayam kerana keadaan kelam-kabut ketika itu dan saya hanya dapat membuka pintu reban.

"Air surut selepas beberapa hari dan semuanya hanyut termasuk peralatan yang ada selain ayam," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Muhammad Amirul Farie ditemui ketika lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah di kampung tersebut.
Dalam lawatan itu, Muhammad Amirul Farie yang juga antara Agropreneur Muda di daerah tersebut menerima bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Muhammad Amirul Farie berkata, keadaan banjir besar itu langsung tidak dijangka menyebabkan dia tidak membuat persediaan untuk situasi tersebut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 02:21 PM | Show all posts
Pascabanjir: Penduduk Kampung Paya Garuk rayu dipindah segeraAzizah Shafiei
Januari 14, 2022 18:35 MYT


Rumah rakit merupakan alternatif kepada Jasmizan Mohamad dan penduduk kampung bagi mengurangkan risiko kerosakan peralatan barangan rumah mereka. - Foto Astro AWANI


JERANTUT: Kira-kira 100 keluarga di Kampung Paya Garuk di sini terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat rumah dan barangan mereka yang ditenggelami bah sepanjang musim tengkujuh.
Meskipun sudah menerima geran bagi penempatan baharu sejak 14 tahun yang lalu, namun mereka masih tidak boleh membina rumah baharu gara-gara laluan ke lokasi itu belum siap.

Difahamkan, lokasi tapak penempatan baharu yang disediakan hanya sekitar satu kilometer sahaja dari kampung terbabit yang telah dikenalpasti selamat dan bebas dari bencana banjir kerana permukaannya yang lebih tinggi dari kawasan yang kerap dinaiki air.


Seorang penduduk, Mohamad Melan, 67, berkata, selagi jalan masuk ke tapak penempatan baharu itu belum siap sepenuhnya, mereka tidak boleh masuk ke tapak itu bagi kerja-kerja pembinaan rumah.
“Kami sudah diberikan geran pada tahun 2008 lagi bagi membina rumah baharu di tempat yang bebas banjir memandangkan penempatan sekarang kerap dilanda banjir.

"Tapi sampai sekarang, jangan kata rumah... jalan untuk ke tapak penempatan baharu pun baru siap sekerat jalan. Jadi, macamana kami nak bina rumah baharu?," katanya ketika ditemui Astro AWANI, pada Khamis ini.
Mohamad Melan menunjukkan kesan keretakan di rumahnya akibat banjir yang melanda Disember lalu. - Foto Astro AWANI

Menurutnya, perkara ini telah tertangguh terlalu lama, dan menyebabkan penduduk di sini sudah tidak sanggup berdepan dengan bencana banjir yang berlaku hampir setiap tahun.
Katanya, penduduk telah menetap di sini sejak dari tahun 1998 dan hanya pada tahun 2008 mereka diberikan geran tanah penempatan baharu sebagai jalan penyelesaian.
Mohamad memberitahu, sekiranya jalan ke penempatan baharu itu siap sepenuhnya, semestinya penduduk boleh mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah masing-masing kerana tidak sanggup terus menanggung kerugian.
Sementara itu, Jasmizan Mohamad, 29, berkata, perkara ini telah beberapa kali diadukan kepada pihak berwajib tetapi belum ada jalan penyelesaian.
"Saya betul-betul sudah tidak sanggup berdepan dengan bencana banjir ni. Kawasan ini, kalau musim tengkujuh memang akan naik air.
"Setiap tahun kena baikpulih peralatan yang rosak, ada yang kena beli baharu. Kami bukannya banyak duit. Cuma saya harap, isu ini dapat diselesaikan dengan cepat," katanya.
Mohamad Melan menunjukkan barang-barang yang dipindah ke rumah rakit yang dibinanya setiap kali musim tengkujuh. - Foto Astro AWANI


Jasmizan berkata, walaupun ada antara mereka yang mempunyai rumah rakit untuk meletakkan barangan semasa bencana banjir namun mereka masih terpaksa memperuntukan wang yang banyak untuk membaiki rumah mereka.
Penduduk berharap pihak berwajib dapat mempercepatkan pembinaan jalan yang tergendala ini agar dapat memberi sinar kepada mereka untuk memiliki kehidupan yang lebih selesa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 02:34 PM | Show all posts


STATE: PAHANG

Sg. Dong di Kg. Peruas, Raub Water level 133.64m has exceeded ALERT  level (133.33m) by 0.31m
Trend: no change (Date: 15/01/2022 14:00) Rainfall: 0mm
(Date: 15/01/2022 14:00)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 01:36 PM | Show all posts
Pascabanjir: JPKK Kuala Triang cadang bina rumah rakit untuk pendudukAzizah Shafiei
Januari 15, 2022 17:10 MYT


Antara rumah rakit yang dibina penduduk di Kampung Kuala Triang yang berfungsi sebagai stor simpanan semasa bencana bah melanda kampung ini. - Foto Astro AWANI


BERA: Penduduk di Kampung Kuala Triang di sini mahu kerajaan membantu membina rumah rakit bagi membolehkan mereka mengalih dan menyimpan barangan keperluan apabila menjelang musim tengkujuh.
Rumah rakit disifatkan sebagai stor sementara yang berupaya menyelamat harta benda penduduk kampung yang dilanda banjir.

Seorang penduduk, Norizah Mohd Said, 53, berkata, setiap kali bencana banjir melanda, rumahnya akan dinaiki air, dan setiap kali itulah ada sahaja barangan yang rosak.


"Memang saya dah siap siaga dengan membina para berdekatan siling rumah tapi bukan semua barang boleh diletak atas para.
"Kalau mesin basuh atau peti ais, memang tak muat lah. Lagipun, saya risau letak barang banyak-banyak nanti roboh pula para," katanya.

Katanya lagi, ada sebahagian penduduk di sini yang sudah membina rumah rakit sendiri namun bagi dirinya, dia tidak mampu mengeluarkan kos yang besar untuk tujuan itu.
Norizah memberitahu, sekiranya kerajaan atau pihak tertentu dapat membantu dalam hal ini, sekurang-kurangnya dapat membantu penduduk di sini.
Sementara itu, Pengerusi JPKK Kuala Triang, Adam Ismail berkata, pihaknya juga ada menyuarakan cadangan dan hasrat penduduk kepada pihak berkenaan.
”Setakat ini, kira-kira 30 peratus penduduk di sini mempunyai rumah rakit sendiri. Dan tidak dinafikan, rumah rakit ini banyak memberi manfaat kepada penduduk pada musim banjir. Kos pembinaan pula bergantung kepada kelebaran atau sentuhan pada rumah rakit itu.
"Berbeza mereka yang tiada rumah rakit, masing-masing terpaksa mencari alternatif lain untuk menyelamatkan barangan mereka. Dan ada yang meletakkan barangan di kawasan tinggi dengan harapan tiada berlaku sebarang kes kecurian" katanya.
Badrul Hisham Darus (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk, Sahadan Samah, 70 diiringi Adam Ismail (kiri) pada Program Pasca Banjir VN37 bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini. - Foto Astro AWANI


Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI ketika Program Pasca Banjir VN37 bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini.
Hadir sama, Ketua Delegasi Sukarelawan UMT, Badrul Hisham Darus.
Katanya, dapat sekurang-kurangnya bantuan membina antara 10 hingga 15 rumah rakit untuk dikongsi penduduk, terutamanya di kawasan yang kerap dilanda banjir.
Adam Ismail (kanan) bersama sebahagian pelajar UMT bagi membersihkan kawasan rumah penduduk kampung selepas kampung itu dilanda banjir gelombang kedua, baru-baru ini. - Foto Astro AWANI


Adam memberitahu, anggaran kos setiap rumah rakit itu antara RM10,000 hingga RM13,000 setiap satu.
"Kalau cadangan ini diterima, pihak berkenaan boleh meletakkan is di bawah tanggungan jabatan atau agensi berkaitan agar tidak wujud sebarang penyelewengan atau tidak puas hati daripada pihak tertentu.
"Sebelum ini pun, Adun Guai, Datuk Seri Norolazali Sulaiman ada meminta pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk merekabentuk rumah rakit yang bersesuaian. Cuma is masih di peringkat awal tapi saya berharap, ia dapat direalisasikan secepat mungkin," katanya.
Difahamkan, kronologi bencana banjir di daerah Bera bermula dari pada tahun 1971, 1988, 2007, 2013 dan 2014 termasuk Januari 2015, dan yang terkini pada penghujung tahun 2021 dan Januari 2022.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2022 08:08 AM | Show all posts

Banjir musnahkan lebih 200,000 benih balak   Mohd Rafi Mamat -             Januari 25, 2022 @ 7:59am            bhnews@bh.com.my


AddThis Sharing Buttons[url=]Share to WhatsApp[/url]









[url=]Share to Facebook[/url][url=]Share to Twitter[/url][url=]Share to LinkedIn[/url][url=]Share to More
[/url]


[url=][/url]
Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melakukan kerja menanam pokok balak. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat




KUANTAN: Usaha menghijaukan kawasan hutan dengan aktiviti menanam semula pokok terjejas selepas lebih 200,000 benih pelbagai spesies pokok balak musnah dalam kejadian banjir akhir tahun lalu.











Benih pokok balak yang disemai di Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman (PPBBBT), Lentang Bentong berusia antara sebulan hingga tiga tahun musnah dibawa arus kepala air.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Samsu Anuar Nawi, berkata PPBBBT Lentang menjadi pembekal utama pelbagai benih pokok balak untuk program menanam semula kawasan ceroboh dan bekas lesen pembalakan.
Menurutnya, untuk menampung kekurangan benih yang berlaku, lima tapak semaian di Pejabat Hutan Daerah (PHD) dan Bahagian Pembangunan terletak di Raub, Temerloh, Rompin, Jerantut dan Bukit Sekilau, di sini akan membantu.


Katanya, lima tapak semaian berkenaan telah diarahkan untuk menambah pengeluaran benih pokok balak dua hingga tiga kali ganda dalam menampung kekurangan yang berlaku.
"Usaha menanam semula terutama di kawasan bekas kerja pembalakan atau bekas lesen termasuk lorong penarik terjejas berikutan kekurangan benih pokok balak yang berkualiti.
"Kita akan melakukan pelbagai usaha lain bagi menampung kekurangan benih balak yang berlaku tahun ini," katanya semalam.
Dalam kejadian banjir dan kepala air yang berlaku pada 18 Disember lalu, PPBBBT Lentang kerugian lebih RM4 juta berikutan kemusnahan lebih 200,000 benih pokok balak termasuk kerosakan kemudahan tapak semaian yang terdapat di situ.
Samsu berkata, tahun lalu JPNP menanam sebanyak 3.3 juta pokok balak seluruh negeri ini, ia membabitkan aktiviti menanam di hutan bekas lesen dan kawasan ceroboh termasuk pesisir pantai dengan tanaman beberapa spesies seperti ru, bintangor laut dan ketapang.

Beliau berkata, walaupun kekurangan benih pokok balak namun usaha menghijau semula hutan di negeri tetap akan terus dilakukan menerusi sokongan pelbagai pihak termasuk masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penuntut institusi pendidikan tinggi (IPT) dan agensi kerajaan.
"Saya berharap PPBBBT Lentang dapat bangkit dalam jangka masa yang singkat dalam usaha meneruskan aktiviti menghasilkan benih pokok balak termasuk pokok hiasan dan buah-buahan seperti tampoi, durian, manggis dan jambu yang disediakan di bawah program hutan komuniti," katanya.

  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2022 08:19 AM | Show all posts
Ramalan Cuaca Negeri

Lokasi : Pahang
Tarikh
Cuaca
Ramalan
04/02/2022
Jumaat
                                       
Ribut petir di satu dua tempat
Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 24°
                                        Maks: 34°
05/02/2022
Sabtu
                                       
Ribut petir di satu dua tempat
Pagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Min: 24°
                                        Maks: 34°
06/02/2022
Ahad
                                       
Ribut petir di satu dua tempat
Pagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Min: 24°
                                        Maks: 33°
07/02/2022
Isnin
                                       
Ribut petir di satu dua tempat
Pagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Min: 24°
                                        Maks: 33°
08/02/2022
Selasa
                                       
Ribut petir di satu dua tempat
Pagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Min: 24°
                                        Maks: 33°
09/02/2022
Rabu
                                       
Ribut petir di satu dua tempat
Pagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Min: 24°
                                        Maks: 33°
10/02/2022
Khamis
                                       
Ribut petir di satu dua tempat
Pagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Min: 24°
                                        Maks: 33°

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2022 12:25 PM | Show all posts

Gambar hiasan.

Pahang antara lima negeri diramal alami cuaca buruk

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat bagi lima negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, penduduk di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah diingatkan untuk terus berwaspada dengan cuaca ini.

”Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu turut tertumpu di beberapa kawasan Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan.

“Di Johor, kawasan diramalkan mengalami hujan lebat dan ribut petir di Pontian dan Kulai manakala di Sarawak melibatkan kawasan Miri (Miri dan Marudi),” jelasnya.

Selain itu, ramalan yang sama turut melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... -alami-cuaca-buruk/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2022 11:34 AM | Show all posts
Home » Pengguna cemas Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ‘banjir’


Terkini

Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) hari ini digemparkan dengan kejadian limpahan air di atas jalan sehingga menghalang laluan sehala ke dari Karak ke arah Kuala Lumpur




Pengguna cemas Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ‘banjir’

  • Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
  • 1 Mac 2022, 9:14 pm





BENTONG – Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) hari ini digemparkan dengan kejadian limpahan air di atas jalan sehingga menghalang laluan sehala ke dari Karak ke arah Kuala Lumpur.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang yang berpunca daripada air bukit itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya risiko kejadian tanah runtuh berulang selepas kejadian terbaharu penghujung tahun lalu.

Seorang pengguna jalan raya, Zulkhairi Adek Awang,32 berkata, dia yang dalam perjalanan dari Karak ke Kuala Lumpur ‘tersangkut’ hampir satu jam selepas laluan berkenaan tidak dapat dilalui kerana dilimpahi air.

“Sebaik sahaja sampai berhampiran kawasan Benus saya terkejut apabila mendapati air memenuhi jalan menghala ke Kuala Lumpur dan air dari bukit masih mengalir deras ke arah jalan.

“Saya dan pengguna jalan raya lain menunggu sehinggalah bomba datang dan membenarkan kenderaan ringan lalu selepas dipastikan selamat,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu seorang lagi pengguna jalan raya, Ahmad Aziz, berkata, kejadian berkenaan menyebabkan laluan berkenaan mengalami kesesakan kira-kira satu kilometer.


Katanya, air yang laju turun daripada kawasan bukit itu mencetuskan keresahan kerana dibimbangi boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh yang membahayakan penggguna jalan raya.
“Saya harap pihak berkaitan dapat memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan memantau keadaan di kawasan itu supaya tragedi tanah runtuh tidak berlaku lagi,”ujarnya.

Sementara itu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui Facebook menyatakan terdapat kenaikan air di Kilometer 68 menyebabkan trafik perlahan.

– KOSMO! ONLINE.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2022 05:31 PM | Show all posts
TERKINI TRAGEDI

Banjir kilat, lumpur di Janda Baik, 12 keluarga berjaya diselamatkan

BANJIR kilat yang melanda beberapa kawasan di Janda Baik kira-kira pukul 5.30 pagi tadi. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG


  • Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB dan NORHAFIZAN ZULKIFLI
  • 11 Mei 2022, 11:13 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




KUANTAN: Beberapa kampung dalam kawasanJanda Baik, dekat Bentong di sini dilanda banjir kilat kira-kira pukul 5.30 pagi, hari ini, ekoran hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.
Antara kampung terjejas teruk termasuk Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.37 pagi dan bergerak ke lokasi.
Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dibantu pasukan bomba sukarela (PBS) berjaya memindahkan 12 keluarga yang terbabit dalam kejadian itu.
“Jarak antara Kampung Sum Sum dengan balai terdekat ialah 39 kilometer dan telah mengambil sedikit masa untuk tiba memandangkan keadaan jalan sempit.
“Bagaimanapun, kerja memindahkan semua mangsa berjaya dilakukan dalam masa yang singkat dan pasukan kita masih di sana bagi meneruskan pemantauan.
“Ketika operasi dijalankan keadaan cuaca masih kurang baik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Operasi tersebut melibatkan kekuatan 19 pegawai dan anggota penyelamat dengan menggunakan tiga jentera JBPM Pahang.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, susulan kejadian itu terdapat juga kejadian tanah runtuh di laluan masuk ke Kampung Janda Baik dan laluan antara Kampung Sum Sum dan Kampung Chemperoh.
“Laluan itu sudah ditutup untuk pengguna bagi kerja pembersihan lumpur dan serpihan batu.
“Sebuah jentera milik JBPM Pahang turut terkandas akibat lumpur tebal ketika dalam perjalanan menghala ke Kampung Chemperoh bagi tugas memindahkan penduduk terjejas,” katanya.
Difahamkan, banjir lumpur yang melanda kampung itu turut menjejaskan beberapa buah rumah selain turut mengakibatkan kerosakan kenderaan penduduk yang tidak sempat diselamatkan.
Difahamkan kejadian banjir lumpur ini merupakan kali kedua melanda kampung itu pada tahun ini selepas kejadian awal tahun lalu di mana dikatakan ia lebih teruk berbanding sebelumnya.
Utusan Malaysia difahamkan air banjir sudah mula surut sekitar pukul 9 pagi tadi, namun, meninggalkan kesan lumpur yang tebal di dalam rumah penduduk dan kawasan sekitar.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman melalui akaun Twitter rasmi miliknya turut membuat ciapan berkongsi kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan.
Dalam ciapannya, beliau memaklumkan menerima maklumat tentang kejadian itu sekitar pukul 5.30 pagi.
“Saya telah menuju ke lokasi dan pihak bomba juga telah ada di kawasan kejadian,” ciapnya bagi menyaksikan sendiri kesan akibat banjir kilat itu. –UTUSAN ONLINE





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 07:05 AM GMT+8 , Processed in 1.873271 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list