CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 692|Reply: 10

[Lain-lain] ...Keadaan banjir di Sarawak dan keperluan untuk mangsa...

[Copy link]
Post time 13-1-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode
STATUS ARAS AIR SEMASA DI NEGERI PAHANG, JOHOR & SARAWAK13 JANUARI 2022 | 9.00 PAGIDapatkan amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat dengan melayari:http://publicinfobanjir.water.gov.my
























10:10 AM · Jan 13, 2022


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 05:42 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 13-1-2022 04:44 PM

[LAPOR LANGSUNG] Amaran hujan berterusan buruk di SarawakAstro AWANI


Amaran hujan berterusan buruk diramal di beberapa kawasan di Sarawak, antaranya Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Serian. -Gambar hiasan/Unsplash


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 06:08 PM | Show all posts
1,500 anggota Polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir - Aidi IsmailBernama
Januari 13, 2022 16:16 MYT


Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata semua bilik gerakan di setiap daerah juga telah diarah beroperasi 24 jam untuk memantau situasi dan keadaan semasa di kawasan yang berisiko. - Gambar fail/BERNAMA


KUCHING: Sejumlah 1,500 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak sudah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai dalam menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata semua bilik gerakan di setiap daerah juga telah diarah beroperasi 24 jam untuk memantau situasi dan keadaan semasa di kawasan yang berisiko.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pembentangan Pencapaian PDRM Kontinjen Sarawak di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Kontinjen, Jalan Badruddin di sini, hari ini.


Sementara itu Aidi berkata statistik jenayah di Sarawak menunjukkan penurunan sebanyak 26.8 peratus atau 1,575 kes sepanjang tahun lepas berbanding 2020, dan kadar jenayah indeks di Sarawak ketika ini dilihat masih di bawah nilai ambang yang ditetapkan Ibvu pejabat Polis Bukit Aman.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Amaran hujan berterusan buruk di Sarawak

Bagaimanapun menurutnya kes-kes melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mencatatkan peningkatan apabila 2,816 kes direkodkan sepanjang 2021, berbanding 1,460 kes yang direkodkan pada 2020.
"Jumlah kerugian yang direkodkan bagi tempoh 2021 itu adalah sebanyak RM73.5 juta berbanding RM66.5 juta pada tahun 2020," katanya.
-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 06:19 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 13-1-2022 05:24 PM

11:16
AM

COVID-19: 15 kematian baharu - Sibu dilanda banjir















10:54
AM

Pemantauan di daerah Simunjan




07:07
AM

Amaran hujan berterusan buruk di Sarawak




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 06:36 PM | Show all posts
Banjir di Sarawak, 46 penduduk Sibu dipindahkanBernama
Januari 12, 2022 23:32 MYT


Mangsa banjir terdiri daripada dua warga emas, 26 dewasa, 16 kanak-kanak dan dua bayi. - Gambar/ Ihsan Bernama


SIBU: Daerah Sibu menjadi kawasan pertama di Sarawak yang terjejas akibat perubahan monsun di negeri itu apabila 46 orang daripada lima keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata PPS itu mula dibuka pada 3.14 petang melalui arahan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Wong Hee Sieng.

Beliau berkata sebaik sahaja menerima maklumat awal banjir kilat pada 12 tengah hari, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah yang dikejarkan ke lokasi mendapati sebahagian kawasan terjejas telah dinaiki air pada anggaran ketinggian 0.76 meter di atas jalan raya.


BACA SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI
"Ketika itu, terdapat tiga rumah sudah dinaiki air setinggi satu kaki (0.3 meter) dengan trend air pasang dan cuaca hujan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa banjir terdiri daripada dua warga emas, 26 dewasa, 16 kanak-kanak dan dua bayi.
Keperluan mangsa di PPS sedang diuruskan oleh JPBBS.
-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2022 07:24 PM | Show all posts
SITUASI SEMASA BENCANA BANJIR
Sehingga jam 3 petang 13 Januari 2022, KKM juga ingin memaklumkan:
  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 19 PPS [Johor (17), Melaka (1), dan Sarawak (1)];
  • Jumlah negeri dilanda banjir – Tiga (3) ( Melaka, Johor, dan Sarawak);
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 695 orang;
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 470 kes (tiada kes baharu hari ini); dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS – satu (1) kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Pada 13 Januari 2022, sebanyak empat (4) kes penyakit berjangkit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir. Bilangan kes yang dilaporkan adalah seperti dalam Jadual 2:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 11:16 AM | Show all posts


Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), penumpuan angin yang berlaku di Sarawak dijangka berterusan sehingga 15 Januari 2022.  Manakala angin kencang di timur Sabah dijangka berlaku dalam tempoh 16 hingga 18 Januari 2022.  Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.


MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Waspada) melibatkan negeri Sarawak dan Sabah pada 1:00 tengah hari, 14 Januari 2022.


Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora (Kategori Pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan pantai Sarawak dan Sabah diramal berterusan sehingga 20 Januari 2022.


Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.


Ketua Pengarah                                 
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Kementerian Alam Sekitar dan Air
Masa dikeluarkan : 3:00 petang
Tarikh: 14 Januari 2022


#metmalaysia
#KementerianAlamSekitarDanAir
#cuacasignifikan
#MenangBersama
#KeluargaMalaysiaSiagaBencana

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 02:37 PM | Show all posts
Long Teru, Miri

Water level 7.4m has exceeded WARNING  level (7m) by 0.4m
Trend: no change (Date: 15/01/2022 14:00) Rainfall: 0mm
(Date: 15/01/2022 14:00)

Kapit Town, Kapit

Water level 12.55m has exceeded ALERT  level (11.9m) by 0.65m
Trend: receding (Date: 15/01/2022 14:00) Rainfall: 0mm
(Date: 15/01/2022 14:00)

Nanga Merit, Kapit

Water level 20.86m has exceeded ALERT  level (20m) by 0.86m
Trend: receding (Date: 15/01/2022 14:00) Rainfall: 0mm
(Date: 15/01/2022 14:00)

Kuala Tutong, Miri

Water level 4.15m has exceeded ALERT  level (4m) by 0.15m
Trend: receding (Date: 15/01/2022 14:00) Rainfall: 0mm
(Date: 15/01/2022 14:00)

Long Jegan, Miri

Water level 11.22m has exceeded ALERT  level (10.5m) by 0.72m
Trend: rising (Date: 15/01/2022 14:00) Rainfall: 0mm
(Date: 15/01/2022 14:00)

Renan Kemiding, Sibu

Water level 6.58m has exceeded ALERT  level (6.21m) by 0.37m
Trend: receding (Date: 15/01/2022 14:00) Rainfall: 0mm
(Date: 15/01/2022 14:00)

Sarawak Maritime, Sibu

Water level 2.27m - Normal
Trend: receding (Date: 15/01/2022 14:00) Rainfall: 14.5mm is at Moderate level
(Date: 15/01/2022 14:00)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 08:04 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 12:05 PM | Show all posts
Pada Mei 2022, keadaan cuaca Negara dijangkakan akan dipengaruhi oleh fasa Monsun Barat
Daya dan pada bulan ini kebanyakan negeri di Semenanjung dijangka menerima hujan pada
paras purata antara 100 mm hingga 350 mm. Seluruh Negeri Sarawak dijangka menerima
hujan pada paras sedikit bawah purata iaitu antara 100 mm hingga 250 mm kecuali di Bahagian
Limbang yang dijangka menerima hujan pada paras purata iaitu 250 mm hingga 300 mm.


Bagi bulan Jun 2022, semua negeri di Semenanjung akan menerima hujan pada paras purata
antara 50 mm hingga 250 mm. Negeri Sarawak dijangka menerima hujan pada paras purata
antara 150 mm hingga 300 mm.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2022 03:31 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 20-1-2022 02:32 PM

Ramalan Cuaca Negeri


Sarawak


Tarikh
Cuaca
Ramalan
20/01/2022
Khamis
                                       
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 24°
                                        Maks: 32°
21/01/2022
Jumaat
                                       
Hujan di beberapa tempat di kawasan pedalaman
                                        Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Petang: Hujan di beberapa tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di beberapa tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 24°
                                        Maks: 32°
22/01/2022
Sabtu
                                       
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Pagi: Hujan di satu dua tempat
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 24°
                                        Maks: 32°
23/01/2022
Ahad
                                       
Ribut petir di satu dua tempat
                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 24°
                                        Maks: 34°
24/01/2022
Isnin
                                       
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 24°
                                        Maks: 34°
25/01/2022
Selasa
                                       
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Pagi: Tiada hujan
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 24°
                                        Maks: 34°
26/01/2022
Rabu
                                       
Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Petang: Ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
                                        Min: 24°
                                        Maks: 34°

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-7-2022 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.088583 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list