CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akeefz

KISAH SERAM MASA TRAINING KAT MELAKA

[Copy link]
Post time 1-9-2010 11:08 PM | Show all posts
Reply 60# akeefz
Aduss.... penantian itu suatu penyiksaan ... sambung je ler, tak yah tido malam nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 09:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by dhia_khumairaa at 2-9-2010 09:24

mcm thu jew akademi pe ni..coz abg wat training gak kt c2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:13 AM | Show all posts
cepat2 la sambung.. aku tak sabar nak baca cita ko ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:20 AM | Show all posts
TT mana nih cepat ckit sambungan tuh... tak larat tunggu nih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:35 AM | Show all posts
best citer TT ni....sila sambung citer lain ye TT...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 10:40 AM | Show all posts
cite ko ni TT bes lah.. layan. i loike...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 02:26 PM | Show all posts
Reply 1# akeefz


Akademi kastam? Dekat melaka memang ada akademi kastam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2010 02:54 PM | Show all posts
Reply  akeefz


Akademi kastam? Dekat melaka memang ada akademi kastam.
sauffie Post at 2-9-2010 14:26



    hehe.. kat melaka pun ada akademi pelancongan melaka.. pendek kata banyak rupenya akademi kat melaka ni hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2010 03:05 PM | Show all posts
best citer TT..

well done..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2010 03:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by akeefz at 2-9-2010 15:57

misteri keempat:

sebenarnya saya x terbayang rasanya suasana kat atas, semasa team penyelamat kami naik tu.. kita yang mendaki siang pun ada rasa seram2, inikan yang mendaki malam... tapi inilah sedikit pengalaman yang dapat saya coretkan, hasil korek2 rahsia daripada mereka yang mendaki Gunung Ledang pada malam bertuah itu..

1- kami diberitahu, kedudukan pokok2, hutan tebal disekeliling Gunung Ledang menyebabkan tiada signal handphone boleh didapati.. kecuali la kalau kita dipuncak gunung... kalau kita yang dibawah ni, sekitar 500m ke 1000m memang xde signal.. lagipun sape la plak yang nak bawa handphone masuk ke hutan (tepon ni sekitar 2001 masih mahal harganya). kami semasa mendaki pun gunakan walkie talkie yang ada sistem relay.. Jadi pada malam itu, cerita team pertama mereka adalah, dalam sibuk menyuluh cari budak UITM yang sesat tu, tiba2 bunyi MESSAGE STANDARD henpon BERBUNYI dengan kuat..DAN PASTU BERBUNYI LAGI. macam ada yang tgh main sms dalam hutan lebat tu, tengah2 malam buta tu.. semua terdiam, mencari cari sumber bunyi itu tapi x diketemui.. so, bila cari benda yang tak tau hujung pangkal, mereka pun sepakat, abaikan aje la... tapi kesimpulan saya la kan, hantu kuning DIGI tu ikut diorg sekali la mlm tu... hehe

2- selain walkie talkie, setiap kumpulan dibekalkan dengan lampu suluh army yang torch dia ada warna merah tu.. pastu buleh lip lap untuk dijadikan isyarat.. cerita kumpulan kedua plak, semasa dalam hutan diorg tak menjerit2 panggil team lagi satu, just lip lap kan lampu untuk bagitau kedudukan team lain berada di mana.. sahabat saya nie nampak jelas dihadapan dia ada satu lagi kumpulan berada di atas bukit sket.. dia yakin cos dia nampak team lagi satu main lampu lip lap untuk bagitau mereka dah dihadapan.. tapi bila dia daki bukit tu, senyap sunyi, tiada sesiapa dihadapan dia.. so, dengan siapa dia main2 signal lampu tadi? musykil....

3- kerana trek yang kami gunakan ini bukan trek yang telah wartakan, petunjuk arah kami adalah plastik putih merah yang diikat pada pokok2.. semasa mendaki pagi tu, saya hampir gak nak terlajak cos saya jumpa 2 simpang yang berbeza, dua dua ada tanda plastik merah putih tu.. nasib baik member belakang perasaan saya salah.. yang membezakan, trek yang betul plastik dia bersih lagi, trek lagi satu tu plastik dia dah pudar.. kisah malamnya pulak, sahabat saya dari wilayah tengah memikul sorang student yang pitam dibelakang badannya, sambil berlari turun (hebat yek stamina dia?).. dia lalu kat simpang yang saya cakap tadi.. tapi dia x perasan dia ambik jalan yang salah cos dah malam, x nampak beza.. pengalaman dia adalah, dia kata semakin jauh dia berjalan dijalan yang salah tu, semakin senyap sunyi sekeliling dia.. xde bunyi cengkerik atau bunyi2 yang biasa dalam hutan.. dia jadi pelik..
so, dia berhenti.. tanpa toleh belakang pun, dia mengundur kembali cuba cari simpang tadi.. dia kata dah jauh gak la dia mengundur sampai la dengar semula bunyi cengkerik kat telinga.. akhirnya dah jumpa jalan yang betul, dia pun turun tak tengok2 lagi... cuba kita bayangkan, kalau la dia terus je ikut jalan yang salah tu, apalah agaknya jadi kan? seraaammmm...

ok.. nak sampai penghujung dah nie... next nanti satu lagi pengalaman yang saya sendiri alami masa camping kat sana... tungguuu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 04:19 PM | Show all posts
mak oi.... seram siot cite TT ni.. x dapat aku bayangkan kalo aku yg tersesat kat hutan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 06:28 PM | Show all posts
lagi2...
nk taw kemuncak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 07:51 PM | Show all posts
serammm betoi......
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 09:27 AM | Show all posts
kat gunung ledang ada macam2 citer..aku pun dulu masa camping ada gak citer...sepupu aku camping pun ada gak pengalamannya..nanti aku citer lain kali
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 09:58 AM | Show all posts
cepat sambung TT....alaaa tapi sedihla sebab kata citer TT dah nak abisss...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 11:10 AM | Show all posts
tunggu sambunagan TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 11:10 AM | Show all posts
next story...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 11:53 AM | Show all posts
tt. next story pls..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 01:35 PM | Show all posts
saba menunggu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2010 05:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by akeefz at 4-9-2010 17:08

next...

masih di GUNUNG LEDANG...

dalam kumpulan saya ada lebih kurang 8 orang member, 4 lelaki dan 4 perempuan.. sume datang dari berbagai negeri tapi sume jenis satu kepala.. itu yang buat kursus kami rasa lebih seronok...

masa camping di gunung, khemah kumpulan saya, lelaki dan perempuan letak berhampiran.. macam saya cite dulu, khemah yang perempuan dikepung oleh khemah lelaki dalam bentuk bulatan, demi keselamatan.. keliling bulatan ditabur belerang, tengah2  dibuat unggun api.. jadi pada malam misi menyelamat student UITM tu, kebanyakan pegawai yang perempuan di suruh lepak dalam khemah saja, segelintir saja yang betul berani duduk didapur bersama dengan saya, lagipun dah pukul 3 atau 4 pagi masa tu...

member kumpulan saya yang saya panggil kak ani, sebelum saya nak ke dapur malam tu panggil saya di khemah.. bila saya sampai, dia bagi kat tangan saya biji lada hitam.. dia pesan simpan la, takut jadi pape lak cos saya berjaga kat dapur.. alhamdulilah, tiada apa yang berlaku pada saya pun... KECUALI... jeng jeng....

lebih kurang 4.30 pagi, seorang fasi bergelar ustaz panggil kami yang berjaga ni, buat solat hajat untuk semua yang ada kat gunung tu.. so, saya, Giant dan sorang lagi member (kita panggil dia MAN je la yek) pergi la slow2 kat tingkat ke 2 sungai tempat kami biasa mandi.. kat situ ada titi konkrit digunakan untuk menyeberang dan berdiri ambik wuduk kat situ.. bila kita berdiri kat situ lak, kita boleh nampak tingkat ke 3 iaitu digunakan oleh pegawai perempuan untuk mandi... tapi, dah pukul 430 pagi, mana la ada orang mandi kat sungai tu kan? so , keadaan semua tingkat adalah sunyi dan gelap gelita cos cahaya cuma datang dari unggun api kami...

saya berdiri berderet, iatu saya ditengah, Giant kat sebelah kiri, dan Man kat sebelah kanan.. kami pun ambil air sembahyang serentak.. bila Man dah siap, saya perasan yang Man ni berdiri tercegat tak bergerak2, sambil mata memandang ke hadapan ke arah tingkat 3.. saya masih dalam proses ambik wuduk, so walaupun pelik tapi saya x tegur Man pun...

bila saya siap, tak tangguh2 Man pun tanya saya.. "ko nampak tak apa yang aku nampak? cuba tengok kat depan sana..."
saya nie rabun, so saya pakai spek saya cuba gak la tengok apa yang menggusarkan hati Man nie... WOW, MENYIRAP DARAH SAYA!! BETUL KE NI?

saya pun tunggu Giant siap, bila Giant dah bangun saya pun tanya soalan yang sama kat dia... Giant pun jawap.."Aduoi, aku rasa aku pun nampak apa yang korang nampak...." so, bila tiga2 kami dah nampak, kami pun slow2 la menapak jalan balik  ke khemah, sambil hati dup dap dup dap...

hehe, pembaca tau apa yang kami nampak?

abis je ambik air sembahyang tu, bila saya pandang je ke arah yang Man cakap tadi, terang terang kat depan kami ada macam kain putih bertiup tiup dek angin.. jarak kami dengan 'benda' tu lebih kurang 20,30 langkah jer... betul2 berdiri kat hujung tingkat 3 tempat mandi tu... suasana gelap tanpa cahaya, tapi kain putih tu macam ada cahaya sendiri lak, dalam kegelapan malam tu nampak terang dan nyata... jadi tak mau pikir panjang, kami pun gegas balik ke khemah... apa yang ada kat situ, kawasan tu patut kosong... kalau ada orang sangkut kain pun, kenapa dari petang kami x nampak pape.. dah tu bukan sorang je yang nampak tapi 2 lagi member saya... takkan ada orang pergi mandi lak.. lagipun kain tu nampak statik jer tak gerak2..

abis solat, saya balik ke khemah perempuan, pesan kat kat ani apa yang saya nampak tadi... minta dia tolong tengok2 kan member lain, tapi jangan bagitau lak cite saya  kat mereka.. nanti jadi takut plak kan...

pagi esoknya, saya dapat tahu seorang member perempuan dalam khemah tu kena kacau jugak... dia yang tidur kat tengah2 antara yang lain macam dapat mimpi2 yang menakutkan... bangun pagi, dia tengok kat tangan dan badan dia ada kesan lebam (orang tua2 kata gigitan pelesit).. pelik gak tu, dia yang tidur tengah2 plak yang kena, member kiri dan kanan xde pape plak... dah nasib dia la kut...

tengahari, abis kemas dan standby nak balik ke akademi, saya melintas lagi sekali kat titian konkrit tu, sambil mata memandang semula kat kawasan kain putih semalam... seprti yang dijangka... KOSONG... NOTHING THERE....

sereeeemmmmmm......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.106377 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list