CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akeefz

KISAH SERAM MASA TRAINING KAT MELAKA

[Copy link]
Post time 31-8-2010 11:14 AM | Show all posts
maaf saye x bace cite,sbb sy penakut,sy dok srg aje..hehe

akademi jpj kah yg dimaksudkan?huhu
tu je yg saye tau~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2010 01:13 PM | Show all posts
maaf saye x bace cite,sbb sy penakut,sy dok srg aje..hehe

akademi jpj kah yg dimaksudkan?huhu
tu ...
airmineral Post at 31-8-2010 11:14



    maksud saya ada banyak lak akademi kat melaka ni rupenya.. jadi kebarangkalian tu luas jugak hehe.. tapi spekulasi macam2 tu yg buat jadi lagi serammmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:58 PM | Show all posts
Apela giant tu....
Hrp bdn je besar..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 03:06 PM | Show all posts
Reply 38# akeefz


    huhu citer mek rambut mengerbang tu seramm.. sibbaik dia tak terbang pada kawan kau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 03:56 PM | Show all posts
Ayooo ni mesti akademi jpj... Abihlahh nanti kitaorg kena buat training system kat sini ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2010 04:56 PM | Show all posts
Apela giant tu....
Hrp bdn je besar..
edmundo Post at 31-8-2010 13:58



    rezki dia tu... saya pun kalau kena cam dia, lari gak lintang pukang hehe.. cuma 'benda' tu byk nyakat dia jer, org lain x sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2010 04:58 PM | Show all posts
Ayooo ni mesti akademi jpj... Abihlahh nanti kitaorg kena buat training system kat sini ....
airynz Post at 31-8-2010 15:56



    hehe.. saya x kata pun jpj ke, kastam ke, jab laut ke... cuma pengalaman saya dan kawan2 masa berada di akademi XXXX melaka.. tapi, kat mana pun kita berada ditempat orang.. mesti jaga tingkah laku tau, jgn buat x senonoh hehe... kang terima lak nasib misteri nusantara....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2010 05:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by akeefz at 31-8-2010 17:48

salam sahabat.. syukur gak ramai baca post saya yek...cuma ulangan pengalaman saya dan kawan2 sama kursus.. mana tau pembaca yang lain pun ada pengalaman lebih kurang macam nie tapi lagi sereeeeeeemmmmmm....

ok la, untuk yang kali ini, kita kuar jap dari akademi XXXXX tu... kita gi ke sebuah gunung yang m nasir jadi hang tuah dalam filem kita wajah kita tu... iaitu ....

GUNUNG LEDANG....

di akhir kursus kami ada modul bina jatidiri. kebiasaannya akan dilaksanakan di Gunung Datuk N9, kekadang di Johor (X ingat dimana), tapi yang paling biasa mesti lah di Gunung Ledang..

bila dapat tau nak pegi Gunung Ledang memang excited sgt.. saya khususnya pernah pergi tapi lalu kawasan resort.. so, tak mencabarla orang kata.. bila pergi dalam kursus, mestilah ikut laluan lasak, tanpa trek buatan manusia...

sehari sebelum pergi, fasi kami pesan, sape2 yang ada 'pendamping' tu, tinggalkan sekejap.. jangan bawa sekali naik ke Gunung Ledang.. takut 'berperang' katanya.. hehe, kami ni generasi baru ketawa sinis je.. sedia maklum Gunung Ledang itu penuh mistik, tapi x la sampai menjangkakan sesuatu akan terjadi ye tak?

kami dipecahkan berkumpulan seramai 7,8 orang campur laki perempuan pun bergerak pergi kesana dan sampai x berapa lama lepas tu melalui kawasan Asahan, Melaka.. dari jalan besar, jalan kaki sket (jauh gak ooo) hinggalah sampai kat kawasan perkhemahan kami di suatu kawasan lapang bersebelahan sungai yang cantik... on the way masuk tadi kami terserempak dengan khemah askar dan khemah student uitm.. mereka pun maybe jatidiri gak kat situ kut..

pendekkan cerita kami buat khemah secara bulatan... khemah yang perempuan dikepung oleh khemah yang lelaki.. khemah fasilitator didirikan dihujung sungai sket.. malam pertama tiada yang menarik perhatian, cuma tidur awal penat mendirikan khemah hehe..

awal pagi, 7.30 semua dah siap nak mendaki.. grup saya yang paling hadapan.. bila dah dilepaskan, kami pun jalan terus x pandang belakang dah.. tiba2 ada satu fasi jerit suruh berhenti.. terkocoh kocoh dia berlari potong barisan kami patahkan ranting daun, baca something, tiup2 sket.. pastu letak ranting tu kat depan kami, dan pesan semua ahli barisan mesti langkah ranting tu baru mula mendaki..

misteri pertama:
sebelum kami naik, fasi pesan kalau nampak something yang pelik, jangan tegur jangan usik.. biasalah petua tu kut kalau masuk mana2 hutan.. menjelang kami turun, barisan kami dah terpisah.. ada yang stamina tinggi tu selamba jer berlari turun.. saya yang kategori mengah ni slow2 la menapak.. yang menarik perhatian saya, trek kami ni bukan laluan yang biasa digunakan orang.. kami naik dan turun guna trek yang sama.. kalau barisan saya depan sekali semasa naik dan turun, kenapa dalam banyak2 benda dalam hutan, saya nampak 2 helai tuala Good Morning yang putih melepak tu, tersangkut kat laluan kami? dan yang peliknya saya jer yang nampak. member lain x komen apa2 pun... bila saya amati towel tu masih bersih, xde kesan pakai.. tapi sebab dah dipesan, jangan usik jangan ambik.. saya buat tak nampak je la... bila dah turun kat kem, baru saya dengar ada sahabat terjumpa dengan kain batik plak.. tapi sama cam saya, x berani usik.. fuh...

misteri kedua:
bukan semua ahli kursus yang naik mendaki pada hari itu.. ada yang sukarela nak tinggal kat bawah cos x sihat dan x konfiden boleh naik.. yang tinggal kan bawah adalah GIANT (cerita pertama) , AMIN (yang demam teruk lepas jumpa hantu gudang garam tu hehe) dan beberapa sahabat perempuan yang lain..
macam saya cerita tadi, khemah kami bersebelahan sebatang sungai yang sejuk dan cantik.. ada 3 tingkat, tingkat bawah sekali tempat ambik air untuk masak.. tingkat 2 tempat lelaki mandi dan ketiga tempat perempuan mandi..
petang hari pertama kami sampai, tingkat bawah memang kami gunakan tanpa syak dan was was untuk buat air dan masak nasi.. PELIKNYA, petang hari kedua lepas kami semua dah mendaki kuar arahan: JANGAN turun ke tingkat bawah, JANGAN ambik air kat situ lagi.. Peliklah saya cos masa tu tugas saya nak ambik air kat situ.. Malam tu saya korek rahsia..
Barulah saya tau, semasa kami sibuk mendaki pagi tu, GIANT yang famous tu turun ke bawah nak ambik air.. sedang syok2 menimba tu dia perasan ada batang pinang/batang kelapa dalam air.. tapi lagi pelik, kenapa batang ni bersisik? YA ALLAH, ULAR BESAR!!! dia pasti itu adalah seekor ular kerana air sungai tu sangat clear dan dia berdiri hampir sangat ngan ular tu.. so, bila fasi turun dia ceritakan hal tu, fasi just kata 'penunggu' sungai tu la agaknya... Kena lagi Giant hehe

misteri ketiga: sambung nanti yek... tungguuuu hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2010 05:38 PM | Show all posts
jpj dah out..kastam still stand sbb ada training menembak
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 09:50 AM | Show all posts
sambung la story lagi best la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 10:45 AM | Show all posts
TT cepat la smbung ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 01:55 PM | Show all posts
ala sambung la...hilang la pulak..hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:43 PM | Show all posts
layanz citer TT
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:53 PM | Show all posts
Sambung cepat TT...best sangat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 04:18 PM | Show all posts
Sambung TT best gempak your story...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 04:56 PM | Show all posts
mana TT ni....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2010 05:04 PM | Show all posts
copek lah sambung lagik yek.........
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 08:31 PM | Show all posts
aah laa...mane tuan umah ni....nak baca citer lg....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 09:03 PM | Show all posts
we want more TT!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 09:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by akeefz at 2-9-2010 14:58

GUNUNG LEDANG....

misteri ketiga:

semua sudah sedia tahu bahawa Gunung Ledang ni penuh dengan mitos, mistik dan misteri tersendiri.. Pada yang belum pernah ke sana atau ke tempat2 pendalaman yang lain, kenalah jaga mulut, perbuatan mestilah molek, jangan x senonoh plak..

cerita ketiga nie, melibatkan saya sendiri.. semasa perkhemahan di sana, saya dah standby bawa torchlight 3 in 1, iaitu ada lampu neon, lampu kuning hazard light dan lampu suluh.. panjang dan besar gedabak, tapi memang saya suka bawa kalau pegi camping mana2.. orang kata, nak hilang pun susah lah cos saiznya besar gitu.. saya simpan lampu tu belakang beg camping saya, di pintu depan khemah ( tempat saya depan sekali)..

petang tu masa mendaki memang saya dah mengah sangat, pancit.. x sangka tinggi tul Gunung Ledang ni hehe.. seiring jalan dengan saya ada sahabat saya dari Sarawak dan sorang fasilitator.. sambil2 jalan turun tu, fasi nie tanya kat member Sarawak saya tu, seronok tak naik? kalau ada peluang nak naik lagi tak?

member Sarawak saya pun jawap, mesti la nak.. kalau ada kursus lagi pun dia nak join daki gunung nie.. seronok tul dia, stamina tinggi

bila fasi tanya saya soalan yang sama, saya cakap "TAK MAU LA ENCIK.. TAK LARAT, BAYAR SEJUTA PUN SAYA TAK NAIK LAGI DAH!".. tu la jawapan saya, bukan la jawapan angkuh, tapi tu la ayat yang terkeluar dari mulut hehe

pada pukul 12 mlm, selepas penutup kursus perkhemahan, Bos besar akademi datang melawat kami ditapak khemah.. Bos kata dia dapat makluman, student UITM (yang camping ditempat hampir dengan kami), turut sama mendaki Gunung Ledang serentak dengan kami hari itu.. Tapi, hampir separuh masih tersangkut di atas, masih x turun. bayangkan dah tengah malam mereka masih diatas gunung.. mesti takut dan risau kan?

diberitakan bahawa askar yang kursus disitu pun dah plan nak naik ambik budak2nie. jadi askar nie mintak la jasa baik Bos kami untuk kumpulkan pegawai2 lelaki yang gagah berani nie untuk join sekali gi selamatkan student2 tue.. didorong dengan rasa kesian, dan kebetulan semua student UITM tu PEREMPUAN, jadi sahabat2 saya pun berkobar kobar la nak naik..

saya pun teringin gak nak join member2 lain, saya pun balik ke khemah untuk siap2.. yang jadi masalah, LAMPU SULUH saya xde kan tempat yang saya tinggalkan tadi.. pening gak saya, macammana nak mendaki kalau xde lampu, so, saya terbalikkan beg saya, beg orang lain pun saya angkat.. abis satu khemah saya cari, tapi xde gak... last last saya fikir, mesti ada member saya pinjam lampu tu.. so, tertinggallah saya, x dapat join team penyelamat tue..

saya dan member2 lain yang x naik, lepak kat dapur siap siapkan air untuk team penyelamat kami.. dalam pukul 3, saya balik jap ke khemah untuk ambil barang sket.. bukak je zip khemah tu, benda pertama yang saya nampak ialah LAMPU SULUH saya.. termangu saya jap.. bukan ke puas cari pun saya tak nampak lampu tu, nape skang dah ada balik.. pastu saya jumpa dekat tempat yang saya mula mula simpan tadi, maknanya xde orang usik pun lampu tu.. dari pukul 12 tadi saya cari xde, pukul 3 bila x cari jumpa plak? ermmm...

saya pun ambik lampu tu pergi semula ke dapur, ada member saya nampak saya macam pening2 lalat, so dia tanya kenapa?

saya pun ceritalah pasal lost and found lampu saya tu.. senang je nasihat member saya.. dia tanya balik, saya ada terlepas cakap pape ke tidak semasa camping kat sini? lama gak saya memikir akhirnya teringat petang tadi tu yang saya cakap tak mau lagi daki gunung ni walaupun dibayar sejuta.. sekejap jer dah terkena ye tak?

soalan saya ialah, nape kali pertama saya cari lampu besar saya tu x jumpa, walaupun dah selongkar abis khemah? dibutakan mata saya sekejap ke?

nape lak lepas pukul 3 tu baru dipulangkan semula lampu saya? dah abis pakai ker hehe?

cuma member saya tadi cakap, syukur la saya tak naik mendaki malam tu.. mana la tau kehilangan lampu tu hikmah kan takut perkara buruk menimpa saya.. papepun itulah salah satu misteri yang menyelubungi saya chewaahhh...

coming soon saya akan cite perkara2 ganjil yang dilalui oleh team penyelamat kami yek.. TUNGGGUUU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 27654 Replies : 574
Hanis Haizi Amougou, Abdul Rahman Amougou & Arianna Rose Amougou V73
AKAZ85Hanis Haizi Amougou, Abdul Rahman Amougo
Views : 37140 Replies : 1287
THE BASSIS NUMBER ONE OF THE WORLD
AdoamangTHE BASSIS NUMBER ONE OF THE WORLD
Views : 4512 Replies : 3
Ben Affleck and Jennifer Lopez, 2003
sisturNgensotBen Affleck and Jennifer Lopez, 2003
Views : 505 Replies : 0
Anwar jangan toleh belakang
Highflyer19Anwar jangan toleh belakang
Views : 101 Replies : 0
PN wrests Padang Serai with 16,000 majority votes, PH's first defeat since formation of federal's unity government
Highflyer19PN wrests Padang Serai with 16,000 major
Views : 202 Replies : 0
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 188238 Replies : 529
Anthony Loke says not entertaining political questions during official ministry business
Highflyer19Anthony Loke says not entertaining polit
Views : 1194 Replies : 39
BLACK ADAM
SY_MumiBLACK ADAM
Views : 4206 Replies : 26
QUARTER FINALS WC
Han_KeongQUARTER FINALS WC
Views : 35 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.094528 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list