CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 875|Reply: 5

[Bantuan Keperluan Bayi] Bantuan Barangan Bayi dsb (apdet 16/1/2022)

[Copy link]
Post time 11-1-2022 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 16-1-2022 08:40 AM

Fwd- Sahabat saya Nazia Suhaimi pula masih giat mengumpul dana untuk lampin bayi dan pakaian dalam selain alatan lain pasca banjir. Salurkan rezeki anda ke sini:

CIMB 8009869848
Mawartisan Ventures
Ref : Banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2022 08:55 AM | Show all posts
Fwd-

Sahabat saya di Jepun, Zunita Ramli menerusi team Tokyo Organicsnya di Malaysia dengan kerjasama NGO seperti Danakita memberi fokus untuk keperluan bayi yang sedang kelaparan menerusi dana untuk susu bayi.

Bubuh banyak-banyak sikit di sini ya:

562441608948
Maybank
Zunita Binti Ramli
Ref : Susu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 09:35 AM | Show all posts

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Susu Formula BSF ini merupakan inisiatif dan bantuan daripada team Portal Malaysia khas untuk rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik ini.
Bantuan Susu Formula sebelum ini telahpun dilancarkan bulan Julai 2021 yang lalu dan kini Portal Malaysia bersedia untuk membantu lebih banyak bayi dan kanak-kanak di Malaysia.



Selain bantuan ini juga, terdapat juga bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan yang anda boleh memohon seperti Bakul Prihatin Negara dan BKC.
Senarai Kandungan
[url=][/url]


Tujuan Bantuan
Tujuan bantuan ini diadakan adalah kerana menurut kajian, ramai kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kekurangan nutrisi dalam badan, menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut.
Lebih-lebih lagi di waktu pandemik dan keadaan ekonomi yang runcing ini menyebabkan lebih ramai bayi terkesan.
Jadi Bantuan Susu Formula BSF 2.0 ini adalah untuk membantu golongan B40 tidak kira agama dan bangsa.

Bantuan untuk batch 1 pada Julai yang lalu telahpun diagihkan secara berperingkat.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan


Bantuan Susu Formula BSF 2.0
Bantuan Susu Formula untuk sebulan ini dikategorikan kepada beberapa bahagian seperti berikut :
  • Bayi berusia 0 – 6 bulan
  • Bayi berusia 6 bulan – 12 bulan
  • Bayi berusia 1 tahun – 3 tahun
Syarat Kelayakan
  • Mempunyai bayi berumur 0 bulan- 3 tahun
  • Golongan B40
  • Tidak dapat Bantuan Susu Formula 1.0
Jika anda sudah dapat menerima BSF sebelum ini, anda tidak boleh memohon. Sila beri peluang peluang kepada mereka yang belum dapat lagi.
Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Cara Permohonan
Bagi mereka yang memerlukan anda boleh mohon dengan cara berikut:
1. Klik Borang Permohonan di bawah.
2. Isikan maklumat lengkap dalam borang.

Klik borang permohonan dan isi borang permohonan. Kemudian pihak kami akan proses permohonan dan menyediakan bantuan untuk dipos ke alamat yang diberikan. Itu sahaja.
Maaf, pihak kami tidak dapat memberi bantuan dalam bentuk wang ringgit.
Info Lanjut
Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban anda. Dan kami di Portal Malaysia berharap bayi anda dapat membesar dengan sihat.
Portal Malaysia menjemput portal-portal lain untuk kongsikan artikel ini dan berharap agar portal-portal lain juga dapat membuat sumbangan bersasar supaya kita dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat majmuk Malaysia.
Doakan juga team Portal Malaysia berjaya & dimurahkan rezeki. Amin.

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas sekadar tutorial dan rujukan artikel related dengan “Bantuan Susu Formula BSF 2.0” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:34 AM | Show all posts
CSR kami tidak bermusim. Sedaya upaya kami santuni permohonan daripada ibu bapa yang memerlukan untuk bayi mereka.
.
Bagi Babybox, kriteria kami adalah bayi berumur 12 bulan ke bawah sahaja. Ianya bantuan keperluan barangan bayi seperti:

Pakaian bayi
Kain lampin
Mandian bayi
Minyak telon
Dan lain-lain keperluan
.
Namun di dalam Babybox tiada bantuan susu bayi.
.
Pakaian juga tidak semestinya yang baru.
.
Maka kami team Babybox Malaysia juga menerima pakaian terpakai bayi. Namun harapan kami agar pakaian tersebut dicuci terlebih dahulu dan dipastikan dalam keadaan bayi seperti tiada butang tertanggal, getah seluar masih elok, tidak bertahi lalat dan tidak berbau kepam.
.
Bagi yang ingin menyumbangan pakaian bayi preloved, PM admin untuk kami berikan alamat bagi tujuan pengeposan.
.
Terima kasih atas sokongan anda!
.
Adakah anda bersama kami?

Jika ya, hulurkan sumbangan anda di:

Akaun Maybank: 5623 9351 0017
Persatuan Buai Sayang
Email: projekbabybox@gmail.com
Ref: #babybox
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:37 AM | Show all posts
Permohonan Bantuan Susu Formula (BSF) Sebulan Untuk Bayi dan Anak Kecil                                       

                                                                Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil boleh membuat permohonan Bantuan Susu Formula (BSF) 2021 untuk bayi anda.
            
                        


Bantuan Susu Formula (BSF) 2021

Bantuan Susu Formula (BSF) selama sebulan ini merupakan satu inisiatif daripada PortalMalaysia.com untuk membantu keluarga yang mempunyai bayi atau anak kecil yang masih menyusu.

BSF ini bertujuan membantu bayi dan kanak-kanak mendapatkan nutrisi secukupnya dalam keadaan pandemik dan PKP ketika ini.


Bantuan ini diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa.

Bantuan susu ini akan diberikan dalam bentuk produk dan akan diposkan terus ke alamat pemohon.

Mohon juga: Permohonan Bantuan Zakat PKP 3.0 (Semua Negeri)

Syarat Kelayakan BSFFokus syarat kelayakan adalah untuk kategori bayi-bayi dan kanak-kanak seperti berikut:


  • Bayi berusia 0 bulan – 6 bulan
  • Bayi berusia 6 bulan – 12 bulan
  • Bayi berusia 1 tahun – 3 tahun

Semak: Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan

Permohonan Bantuan Susu Formula
Sekiranya anda mempunyai anak berusia 0 bulan – 3 tahun, dan anda memerlukan bantuan susu formula ini, anda bolehlah membuat permohonan dibawah ini.






Penerima yang layak akan akan hubungi dalam masa terdekat. Diharap anda bersabar kerana terlalu ramai pemohon.
Bantuan akan diberikan dalam bentuk produk dan akan diposkan selepas pihak kami memproses permohonan.

Anda boleh join Grup Bantuan Kerajaan ini untuk mendapatkan terkini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:39 AM | Show all posts
Manjaku Baby Mall taja barangan keperluan bayi, kanak-kanak RM190,000
WARTAWAN SINAR HARIAN |

Lebih 100,000 penerima telah mendapat manfaat daripada kempen Infaq Rezeki Manjaku Baby Mall dan PPIM.

KUALA LUMPUR – Pusat barangan keperluan ibu dan bayi terbesar di Malaysia, Manjaku Baby Mall melalui kempen Infaq Rezeki telah menaja barangan keperluan bayi dan kanak-kanak bernilai RM190,000 kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Kempen itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan Satria Intelligence Agency Sdn Bhd.

Pengarah Eksekutif Manjaku Baby Mall, Lee Chee Liang berkata, ujian pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal, harta benda serta terputus sumber pendapatan.

Beliau berkata, Manjaku Baby Mall telah berkolaboratif bersama Unit Kebajikan PPIM untuk menyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan bayi dan kanak-kanak seperti lampin pakai buang, susu bayi, pembasmi kuman, makanan bayi dan juga pelitup muka.

"Kesemua sumbangan ini adalah hasil usaha bersama daripada rakan seperniagaan Manjaku Baby Mall. Kami berharap dengan kerjasama ini dapat membantu serba sedikit kepada yang memerlukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang mereka terima, ramai penerima manfaat yang mempunyai anak kecil memerlukan bantuan susu dan lampin pakai buang bagi anak-anak kecil ini kerana rata-rata telah hilang punca pendapatan.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, ada di antara anak-anak kecil ini diberikan air kosong, sirap dan teh bagi menggantikan susu.

"Sangat menyedihkan, ia akan mengakibatkan anak-anak ini tidak mendapatkan keperluan khasiat yang secukupnya, mereka merupakan golongan asnaf dan B40 yang sangat terkesan ketika kita semua berhadapan pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, dana bagi gerak kerja ini dikumpulkan melalui sumbangan orang ramai (crowdfunding) menggunakan platform dalam talian iaitu sumbangan.com dan setakat ini lebih 100,000 penerima telah menerima manfaat ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... anak-kanak-RM190000


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 07:59 AM GMT+8 , Processed in 3.067494 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list