CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: seribulan

[Bantuan Banjir] -Bantuan & Sumbangan Malaysia. (apdet 20/5/2022)

[Copy link]
 Author| Post time 14-1-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 14-1-2022 06:10 PM



Waktu Operasi Kaunter Penerimaan Borang Bantuan Bencana Banjir Pejabat Daerah/Tanah Klang adalah seperti:
8.45pagi - 4.00petang
(Rehat 1.00 hingga 2.30 petang)


8.45pagi - 4.00petang
(Rehat 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang)

Tarikh akhir pembukaan Kaunter Penerimaan Borang adalah pada 31 Januari 2022.

Sekian, harap maklum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2022 07:14 PM | Show all posts
Alhamdulillah, ramai yang menunaikan zakat pada Disember 2021 membolehkan Bantuan LZSPeduli (Bantuan Banjir) fasa kedua dibuka.


Permohonan di portal Bantuan LZSPeduli (Bantuan Banjir) fasa kedua dibuka bermula 1 JANUARI 2022 (10.00 pagi) hingga 31 JANUARI 2022 (2.00 petang).


Bagi melancarkan proses permohonan pada fasa kedua ini, para pemohon yang budiman juga diingatkan agar tidak memuat naik gambar atau dokumen yang tidak berkaitan. Kami memohon kerjasama semua agar klik butang 'Sahkan Permohonan' setelah selesai melengkapkan butiran dan dokumen lampiran.


Doakan kami semoga segalanya berjalan lancar.


Untuk semak status permohonan, layari :
https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli


Untuk semak status bayaran, layari :
https://ezo.zakatselangor.com.my


Kepada yang ingin turut serta menyumbang, salurkan zakat anda di :
https://fpx.zakatselangor.com.my


#zakatselangor
#my2point5
#banjir2021

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 10:52 AM | Show all posts
#MBBAlert Dear Valued Customers,


We are offering #FloodReliefAssistance to those affected by the devastating floods arising from heavy rainfall over the past few days. The Flood Relief Assistance will include, amongst others, deferment of financing/loan payment, a reduction in monthly instalment or extension of repayment tenure.


Additionally, we are also offering waiver of fees and charges for selected services, such as replacement of debit card, ATM cards or cheque books lost or damaged during the floods. We will also provide waiver for late charges for credit cards of affected customers.


To apply, email us at floodrelief@maybank.com or visit any of our branches/centres.


For more information, contact our Customer Care Hotline at 1-300-88-6688 or visit https://maybank.my/3mk5SoJ

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 11:06 AM | Show all posts
Borang Rebat Bantuan Banjir untuk bil Disember 2021. Isi dan hantar ke TNB sebelum 28 feb 2022 atau isi dan email ke tnbcareline@tnb.com.my


Update dari TNB : Automatik. Tidak perlu apply

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2022 11:14 AM | Show all posts
Pelbagai kemudahan disediakan kepada PMKS yang terjejas akibat banjir. Jom baca Buletin Kita Ok! Bil. 02/ Januari 2022.


http://dbook.penerangan.gov.my/d ... bil-02-januari-2022


#InfoBanjir
#KeluargaMalaysia
#JabatanPenerangan


Tan Sri Annuar Musa / Zahidi Zainul Abidin / Mohammad bin Mentek / Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 01:47 PM | Show all posts


LIVE


AUTO

Banjir: MAA gesa syarikat automotif percepat proses baik pulih[size=0.82]Oleh Mohd Zaky Zainuddin
Januari 10, 2022 @ 2:10pm
zaky@bh.com.my





Gambar fail. - NSTP/FAIZ ANUAR




KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA), badan yang mewakili industri yang mewakili pengedar, pemasang dan pengeluar kenderaan di Malaysia menggesa ahlinya mempercepatkan proses pembaikan dan meringankan beban pemilik kenderaan yang terjejas disebabkan banjir.
Presidennya, Datuk Aishah Ahmad, berkata ahli MAA diminta memberikan sokongan penuh kepada kerajaan dalam pelaksanaan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.
"Mangsa sudah mengalami kerugian besar dan memerlukan apa sahaja bantuan untuk mengurangkan penderitaan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aishah berkata, MAA memuji usaha kerajaan dalam memperkenalkan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia yang bertujuan membantu mangsa banjir.
Katanya, ahli MAA terutamanya membabitkan kenderaan penumpang akan bekerjasama dalam melaksanakan inisiatif kerajaan itu.
"Ini bagi memastikan semua pihak berkepentingan memahami peranan dan tanggungjawab mereka, dan bekerja sebagai satu pasukan bersama dalam satu keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia untuk membantu mangsa dengan segera.

"Ia juga selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memastikan bantuan holistik kepada semua yang terjejas akibat bencana banjir supaya mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin," katanya.
Di bawah Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia, baucar diskaun sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian akan diberikan oleh kerajaan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir besar.
Sementara itu, syarikat ahli MAA yang mengambil bahagian akan menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus ke atas jumlah kos kerja pembaikan (termasuk alat ganti dan caj buruh) serta perkhidmatan tunda percuma ke pusat servis sah terdekat untuk kenderaan yang terjejas banjir.
Aishah berkata, MAA telah diberi jaminan oleh syarikat ahli yang mengambil bahagian bahawa pusat servis yang diberi kuasa akan berusaha untuk mempercepatkan proses pembaikan kenderaan yang terjejas.
"Beberapa syarikat ahli MAA yang mengambil bahagian seperti Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dan Proton Holdings Bhd (PROTON) telah mengesahkan bahawa mereka sanggup meningkatkan diskaun sehingga 50 peratus ke atas kos alat ganti.
"MAA gembira kerana ramai ahli kami secara sukarela melangkah ke hadapan untuk melaksanakan peranan mereka, bukan sahaja sebagai aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tetapi juga atas sebab kemanusiaan.
"MAA berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban dan penderitaan semua mangsa banjir yang terjejas," katanya.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 04:24 PM | Show all posts

Permohonan APZ: Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021January 7, 2022
Advertisements

   

Mangsa banjir di Negeri Pahang pada tahun 2021 kini boleh mendapatkan bantuan menerusi Agihan Prihatin Zakat (APZ) menerusi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).




  
Untuk makluman, Negeri Pahang merupakan antara negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir yang berlaku pada akhir tahun 2021.



Program agihan bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam Negeri Pahang tahun 2021/2022.
Mangsa banjir yang terlibat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan iaitu 15 Februari 2022 secara atas talian.
Isi Kandungan:                    Simpan
    Penyaluran APZ
    Syarat Permohonan
    Cara Memohon
    Pertanyaan Lanjut




Penyaluran APZADVERTISEMENT


Pengagihan APZ ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir di negeri tersebut.
Oleh itu, KIR perlu membuat permohonan seperti yang ditetapkan bagi memastikan permohonan tersebut dapat diterima oleh pihak MUIP.
Syarat PermohonanSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Permohonan ialah warganegara Malaysia.
  • Pemohon ialah mereka yang beragama Islam.
  • Pemohon merupakan pemastautin/menetap di dalam negeri Pahang.
  • Pemohon ialah mangsa Banjir di dalam Negeri Pahang yang disahkan.
  • Pemohon mestilah telah berkahwin/duda atau ibu tunggal.
Cara MemohonKIR mangsa banjir di Negeri Pahang yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:
  • Layari laman web http://easnaf.muip.gov.my.
  • Klik butang ‘Tidak, Daftar Pengguna’ bagi mereka yang tidak pernah menggunakan sistem ini.
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Baharu.’
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  • Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
Pertanyaan LanjutUntuk pertanyaan lanjut mengenai APZ, sila hantar whatsapp ke pihak MUIP ditalian 011-30163882.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2022 05:41 PM | Show all posts
https://bantuanbanjir.com



Ikuti inisiatif-inisiatif bajet 2022 yang boleh dimanfaatkan di portal
budget.mof.gov.my/manfaat


Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 01:50 PM | Show all posts
                                    




        
        
      
                                                                        




                                                
Dikemas kini pada 7 Januari 2022



Dana BNM untuk PKS
Kemudahan Bantuan Bencana 2022




Soalan Lazim Umum




Kemudahan Bantuan Bencana (Disaster Relief Facility, DRF) 2022




No. Soalan Jawapan




1. Apakah itu DRF 2022?



Kemudahan Bantuan Bencana (Disaster Relief Facility 2022, DRF

2022) merupakan kemudahan pembiayaan yang ditubuhkan oleh
BNM bagi meringankan beban kewangan PKS dan perusahaan
mikro yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini,
untuk membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan
mereka. Pembiayaan DRF 2022 bertujuan untuk:




• Membaiki dan/atau menggantikan aset untuk kegunaan
perniagaan (cth. loji dan mesin) yang telah rosak akibat
banjir; dan/atau
• Modal kerja
Nota: Pembiayaan tidak seharusnya digunakan untuk membiayai
semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada




2. Siapakah yang layak
memohon DRF 2022?




PKS1 dan perusahaan mikro yang terjejas akibat banjir, yang
terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.
Nota: PKS dan perusahaan mikro boleh mendapatkan maklumat
daripada Portal Bencana yang dikendalikan oleh NADMA melalui
https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/informasi-bencana




3. Berapakah jumlah
pembiayaan maksimum dan
tempoh pegangan bagi PKS
dan perusahaan mikro di
bawah DRF 2022?




• PKS dan perusahaan mikro yang layak boleh mendapatkan
pembiayaan hingga RM700,000 bagi setiap PKS dan hingga
RM150,000 bagi setiap perusahaan mikro
• Tempoh pembiayaan hingga 7 tahun, termasuk tempoh
moratorium selama 6 bulan ke atas bayaran pokok dan
faedah/keuntungan




4. Berapakah kadar
pembiayaannya?
Kadar pembiayaan efektif maksimum ialah 3.50% setahun
termasuk fi jaminan




5. Bank manakah yang PKS dan
perusahaan mikro boleh mendapatkan pembiayaan di
bawah DRF 2022?





Perniagaan yang terjejas boleh memohon pembiayaan daripada
institusi kewangan peserta yang terdiri daripada bank




perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan
pembangunan yang dikawal selia oleh BNM




6. Bagaimanakah PKS dan
perusahaan mikro boleh
mendapatkan maklumat
bahawa mereka layak
memohon pembiayaan di
bawah DRF 2022?




PKS dan perusahaan mikro yang layak dinasihati supaya
menghubungi institusi kewangan peserta untuk memastikan
kelayakan mereka di bawah kemudahan ini. Semua permohonan
untuk pembiayaan adalah tertakluk pada penilaian oleh institusi
kewangan peserta




7. Berapa lamakah masa yang
diambil oleh institusi
kewangan peserta untuk
meluluskan permohonan?




Institusi kewangan peserta akan memproses permohonan dalam
tempoh 14 hari selepas menerima dokumen lengkap daripada
pemohon.




8. Adakah PKS atau
perusahaan mikro perlu
menyediakan cagaran untuk
mendapatkan pembiayaan di
bawah DRF 2022?




Tidak. Cagaran TIDAK diperlukan di bawah DRF 2022




9. Apakah yang perlu dilakukan
oleh PKS atau perusahaan
mikro jika permohonan untuk
mendapatkan pembiayaan di
bawah kemudahan ini ditolak
institusi kewangan peserta?




Jika permohonan ditolak, PKS atau perusahaan mikro dinasihati
supaya melakukan perkara-perkara yang berikut:
a) Dapatkan penjelasan daripada institusi kewangan peserta
tentang sebab-sebab permohonan mereka ditolak;
b) Dapatkan khidmat nasihat pembiayaan melalui MyKNP
(Khidmat Nasihat Pembiayaan) yang menyediakan bantuan
khidmat nasihat dan panduan untuk meningkatkan
kelayakan bagi pembiayaan pada masa hadapan dan
sumber pembiayaan alternatif (www.myknp.com.my); atau
c) Hubungi BNM eLINK di bnm.gov.my/LINK untuk bantuan
tambahan




10. Bilakah DRF 2022 akan
disediakan?




Kemudahan ini akan disediakan mulai 27 Disember 2021 sehingga
peruntukan digunakan sepenuhnya (atau tertakluk kepada
keputusan selanjutnya oleh BNM)




Bank Negara Malaysia
Dikemas kini pada 7 Januari 2022
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 01:56 PM | Show all posts


https://www.hlb.com.my/ms/business-banking/group-sme-banking/bnm-disaster-relief-facility-2022.html


Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022
        
                    
Kami dengan bangga mengumumkan penyertaan kami dalam Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022 untuk meringankan beban kewangan PMKS yang terjejas akibat banjir baru-baru ini dan membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan mereka.
                                       

   
Ciri- Ciri Utama
Skim
  • Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022
Kriteria Kelayakan
  • PKS dan perusahaan mikro1 (sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh rakyat Malaysia) yang terjejas akibat banjir, yang terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.
Tujuan Pembiayaan
  • Membaiki dan/atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan (cth. loji dan mesin) yang telah rosak akibat banjir; dan/atau
  • Modal kerja.

*Nota: Pembiayaan tidak seharusnya digunakan untuk membiayai semula kemudahan
Kadar Pembiayaan
  • Sehingga 3.50% setahun (termasuk fi jaminan)
Jumlah pembiayaan
  • PKS: Sehingga RM700,000 bagi setiap PKS
  • Perusahaan Mikro: Sehingga RM150,000 bagi setiap perusahaan mikro.


*Nota: Had pembiayaan yang dinyatakan di atas akan dikenakan ke atas PKS yang mempunyai pemegang saham bersama yang setara atau lebih daripada 20%.
Perlindungan jaminan
  • 80% perlindungan jaminan daripada CGC dengan fi jaminan sebanyak 0.5% setahun
Jenis Kemudahan
Pinjaman Berjangka
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 7 tahun, termasuk tempoh moratorium selama 6 bulan ke atas [size=0.8125]bayaran pokok dan faedah/keuntungan.
Cagaran
Tiada cagaran diperlukan.
Tempoh Tamat Permohonan
Sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya atau tertakluk kepada keputusan selanjutnya oleh BNM.


                1 Seperti yang ditakrifkan oleh Garis Panduan bagi Definisi PKS yang disediakan oleh SME Corp. Malaysia. Garis panduan ini boleh diakses melalui https://www.smecorp.gov.my/images/pdf/2020/Garis_Panduan_DefinisiPKS_dikemaskini.pdf

Pelanggan PKS yang berminat boleh memohon skim pembiayaan ini melalui Pengurus Perhubungan PKS kami.
Sebagai alternatif, anda boleh memberikan maklumat perniagaan anda melalui butang pautan “Saya Berminat” dan Pengurus Perhubungan PKS kami akan menghubungi anda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim Umum Kemudahan Bantuan Bencana BNM (DRF) 2022.
                                       

   
                                                
   

   


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:12 AM | Show all posts
Kerajaan tambah baik pelaksanaan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia melalui bengkel tidak berdaftar - Tengku ZafrulBernama
Januari 18, 2022 17:59 MYT







Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menambah baik pelaksanaan inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan telah dibaiki di bengkel tidak berdaftar.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk Bengkel Tidak Berdaftar boleh dibuat secara dalam talian mulai Rabu, 19 Januari, 2022 di portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

"Permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berhampiran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Beliau berkata pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia http://bantuanbanjir.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin," kata Tengku Zafrul.

Berikutan bencana banjir yang melanda negara kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban golongan terjejas termasuk inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia sehingga RM1,000 kepada warganegara mangsa banjir untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Sehingga kini, hampir 20 syarikat automotif, dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Senarai syarikat yang terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutamanya untuk motosikal akan dikemas kini sepanjang tempoh pelaksanaan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:13 AM | Show all posts
Banjir: Baiki kenderaan di bengkel tidak berdaftar boleh mohon bantuan
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 18 Januari 2022


Tengku Zafrul - Foto Sinar Harian

PUTRAJAYA - Mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan persendirian dan telah membaikinya di bengkel yang tidak berdaftar kini boleh memohon Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia selepas kerajaan tambah baik pelaksanaan inisiatif tersebut dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk membuat tuntutan tunai.

Menurutnya, permohonan tuntutan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia untuk bengkel tidak berdaftar boleh dibuat secara dalam talian mulai Rabu di portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my.

"Permohonan secara manual fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, sehingga kini hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis berdaftar di seluruh negara telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia.

"Senarai syarikat terlibat bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel terutamanya untuk motosikal akan dikemas kini sepanjang tempoh pelaksanaan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan inisiatif tersebut sehingga RM1,000 bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... boleh-mohon-bantuan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2022 08:19 AM | Show all posts
RM150 juta pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir dilulus - Tengku ZafrulBernama
Januari 18, 2022 23:34 MYT







Tengku Zafrul berkata peruntukan menerusi pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir tersebut dinaikkan kerana mendapat sambutan baik daripada peminjam terjejas. - Gambar/ Bernama


KUALA LUMPUR: Peruntukan bantuan pembiayaan mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada mereka yang terkesan banjir baru-baru ini dinaikkan kepada RM150 juta berbanding RM100 juta sebelum ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata peruntukan menerusi pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir tersebut dinaikkan kerana mendapat sambutan baik daripada peminjam terjejas.

"Mula-mula seperti yang diumum Perdana Menteri, sebanyak RM100 juta diperuntukkan dengan peminjam terjejas boleh membuat pinjaman sehingga RM10,000, sifar peratus faedah dan moratorium enam bulan.




"Permintaan agak bagus dan sehingga kini kita telah luluskan RM150 juta kepada peminjam yang terjejas banjir," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Inklusif Bersama Menteri Kewangan di TV1 malam ini.

Pada Disember lepas, BSN menawarkan pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i Banjir yang dinaikkan kepada RM10,000 berbanding RM5,000.

Pembiayaan itu menawarkan kadar sifar peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata mangsa banjir juga menerima moratorium pinjaman kenderaan, rumah dan kad kredit daripada semua bank bagi menangguhkan pinjaman mereka.

Katanya bantuan berkenaan merupakan antara Pakej Bantuan Banjir yang disediakan setakat ini mencecah lebih RM1.4 bilion.

Ia termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI), bantuan pembelian barang keperluan dan bantuan baik pulih rumah.

Terdahulu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyatan hari ini memaklumkan sejumlah 74,285 atau 64.1 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan banjir monsun timur laut (MTL) gelombang pertama menerima bayaran BWI setakat ini manakala 36,639 KIR lagi masih dalam proses pembayaran.
Bagi banjir gelombang kedua, sejumlah RM5.792 juta (54.4 peratus) BWI telah diagihkan.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan sejak 1998 hingga 2018, Malaysia mengalami 51 kejadian bencana alam dan sepanjang tempoh tersebut lebih tiga juta orang terjejas dan 281 terkorban manakala nilai kerosakan mencecah RM8 bilion.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2022 02:19 PM | Show all posts
Mangsa banjir tidak hadir ambil bantuan akan dihubungi semula [METROTV]
Oleh Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my
Shah Alam: Mangsa banjir di daerah Klang dan Petaling yang tidak hadir mengambil bantuan kewangan semalam akan dihubungi semula.

Pegawai Daerah Klang Mohd Faizal Abdul Raji berkata, mangsa banjir yang hadir Program pemberian Bantuan Wang Ihsan Unit ICU Selangor di Taman Sri Muda semalam merekodkan kehadiran 91 peratus.

"Kita jemput seramai 1,500 penerima ke Dewan Azalea, Seksyen 25, Shah Alam, sebab ia paling hampir dengan lokasi kejadian iaitu Taman Sri Muda.

"Pemberian ini serentak membabitkan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) RM1,000 dan Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000, jumlahnya RM2,000.

"Jumlah kehadiran penerima (semalam) di Dewan Azalea adalah 1,359 penerima atau 91 peratus kehadiran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun katanya, penerima yang tidak dapat hadir semalam akan dihubungi semula oleh pihaknya.

"Penerima yang tidak hadir akan dihubungi semula melalui panggilan telefon untuk ambil bantuan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada Sabtu atau Ahad," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Petaling Datuk Johary Anuar juga memaklumkan kakitangannya akan menghubungi penerima yang tidak hadir semalam untuk mendapatkan bantuan banjir mereka.

"Jumlah keseluruhan ketua keluarga mangsa banjir sekitar Bukit Lanchong yang dijemput hadir mendapatkan bantuan di Dewan Kenanga semalam adalah 1,365 penerima.

"Bagaimanapun jumlah kehadiran semalam adalah 94.7 peratus atau 1,293 penerima.

"Jadi yang tidak hadir semalam akan dihubungi semula untuk ambil di sesi akan datang atau di PDT Petaling," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2022 05:28 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2022 08:38 AM | Show all posts

Bantuan
Senarai bantuan dari kerajaan kepada rakyat Malaysia, seperti BSH, BPR dan BPN. Info lengkap serta cara permohonan mengenai bantuan-bantuan ini ada di sini.

Bantuan Subsidi Yuran Taska Asuh Pintar 2022 Selangor

Skim Bantuan Asuh Pintar dibawah Yayasan Warisan Anak Selangor  (YAWAS) telah menyediakan subsidi yuran bagi Taska yang berdaftar dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 kepada pemohon yang layak. Melalui skim baru ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima


Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP) Tanpa Pendahuluan

Berita baik bagi rakyat Malaysia yang belum memiliki rumah, Kerajaan telah menawarkan inesiatif pinjaman 100% tanpa perlu sediakan modal 10% dari harga rumah dikenali sebagai Skim Rumah Pertamaku. Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki


Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek IP 2.0

Kerajaan menyediakan program Dana IP2.0 bagi menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta Intelek dalam kalangan rakyat Malaysia. Program Dana IP 2.0 juga merupakan geran pembiayaan pemfailan harta intelek. Tujuan ianya diwujudkan adalah untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan


Semakan BKM 2022 – Permohonan & Kemaskini

Kerajaan Malaysia tahun ini telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) khas bagi rakyat Malaysia yang layak. Anda kini boleh buat permohonan dan kemaskini maklumat peribadi anda bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. Penerima BKM 2022 Tiga golongan


Waktu Operasi Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kaunter BKM Hujung Minggu kini dibuka untuk memudahkan orang ramai untuk membuat permohonan dan mengemaskini maklumat bantuan (BKM) secara manual bagi yang tiada masa terluang untuk ke kaunter pada hari bekerja. Perkhidmatan kaunter BKM ini dibuka di Pejabat Cawangan HASIL,


Pahang Tawar Bantuan Khas Usahawan Kecil Untuk Ibu Tunggal

Berita baik untuk ibu tunggal di Negeri Pahang. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan modal sebanyak RM280,000 untuk melaksanakan Program Anggun Niaga yang menyediakan bantuan kewangan one-off  di dalam perbentangan Bajet 2021 lalu. Setiap usahawan kecil ibu tunggal akan menerima wang sebanyak


Mohon Zakat Program Tunas Usahawan Pulau Pinang 2022

Perhatian kepada para usahawan di negeri Pulau Pinang. Baru-baru ini, Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama SME CORP Malaysia akan menganjurkan Program TUZPP. Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) adalah sebuah program kerjasama oleh SME Corp dengan Zakat Pulau Pinang. Program


Semakan BKC Fasa 3 – Semak Sekarang!

Semakan untuk BKC Fasa 3 untuk tahun lepas bagi mereka yang masih belum dapat, sila semak semula status permohonan dan kelayakan anda. Jika anda tidak pernah dapat mana-mana bantuan kerajaan sebelum ini, jangan risau kerana anda masih boleh mohon BKM


Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu

Jika anda merupakan rakyat Negeri Terengganu, anda layak untuk memohon Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu. Rumah Mampu Milik (RMM) ini ditawarkan dalam 2 jenis, meliputi RMM Jenis A (Awam dan Penswastaan), serta RMM jenis B. Manakala 2 jenis Skim Pembiayaan


Yayasan RISDA Tawar Skim Bantuan Pendidikan Dan Kesihatan

Berita baik untuk ahli komuniti RISDA, Yayasan RISDA telah menawarkan Skim Bantuan Yayasan RISDA Tahun 2022 merangkumi aspependidikan dan kesihatan membuka permohonan bagi yang merangkumi manfaat pendidikan dan kesihatan kepada semua ahli komuniti RISDA. Tujuan utama yayasan ini ditubuhkan adalah


Permohonan Skim Bantuan Deposit Perumahan Negeri Sarawak

Beruntungnya rakyat negeri Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak telah menawarkan skim bantuan deposit untuk membantu rakyat kategori B40 dan M40  negeri tersebut dalam pembelian rumah. Bantuan ini juga memberi peluang yang lebih besar kepada golongan muda di negeri tersebut untuk memiliki


Cara Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESO

Cara mohon Bantuan Elaun RM1000 daripada PERKESO. PERKESO ada menyediaka bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pekerja yang berdaftar di bawah SIP Prihatin 2.0. Program ini telah diperuntukan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, bagi membantu mereka yang telah kehilangan


Lupa Kata Laluan BKM 2022 – Set Semula Sekarang!

Adakah anda terlupa kata laluan BKM anda ketika mahu buat semakan BKM? Sila baca artikel ini sampai habis untuk dapatkan semula password anda dan reset semula kata laluan. Lupa Kata Laluan BKM Berikut adalah langkah untuk reset semula ID pemohon


Bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Kepada Keluarga Malaysia B40

Tahun lalu Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa kerajaan akan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19 sebagai persediaan


Borang Permohonan BKM 2022 – Download Sekarang

Anda kini boleh mohon Bantuan Keluarga Malaysia secara manual dengan memuat turun Borang Permohonan BKM. Permohonan dan kemaskini perlu dibuat sebelum 31 Januari 2022 ini. Jangan lupa untuk bookmark website ini untuk ketahui jadual pembayaran BKM 2022 yang lengkap. Permohonan


I-Sayang KWSP – Tarikh Rasmi Pengeluaran

TERKINI KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) akan memperkenalkan sistem baru iaitu i-Sayang KWSP. Ianya akan dilancarkan pada suku pertama 2022 dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Apa Itu i-Sayang i-Sayang yang telah dilancarkan oleh KWSP ini merupakan pemindahan sukarela sebanyak


Bantuan i-Fitri Untuk B40 Dan M40 Terengganu sehingga RM400

Berita baik bagi rakyat Negeri Terengganu, Bantuan i-Fitri bakal diberikan oleh kerajaan Terengganu sebagai ‘Duit Raya’ kepada rakyat Terengganu khususnya. Peruntukan sebanyak RM33.4 juta akan disediakan. Menerusi bantuan i-Fitri ini, seramai 31,500 isi rumah miskin manakala 83,500 lagi bagi isi


KWSP Bakal Lancar i-Sayang Dan i-Lindung

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang dan i-Lindung dalam tahun 2022 adalah sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP. Untuk mengetahui cara mohon dua kemudahan baru khas untuk ahli KWSP iaitu


Bantuan Kewangan Untuk Pelajar IPT Negeri Sembilan

Berita baik buat anak Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan dana hampir RM1,000 kepada pelajar kelahiran Negeri Sembilan bagi membantu pelajar IPT yang mendaftar tahun pertama sebagai pelajar pengajian tinggi. Bantuan ini akan diberikan secara One-Off kepada pelajar atau


Bantuan Khas 2022 Untuk Ibu Tunggal Negeri Melaka

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif buat golongan ibu tunggal di Negeri Melaka. Tujuannya adalah untuk membantu meringankan beban para ibu tunggal dalam menghadapi alam persekolahan anak-anak. Baca juga: Permohonan Bantuan Kebajikan Pulau Pinang iSejahtera 2022 Bantuan


Bantuan Keluarga Malaysia – RM350 untuk Orang Bujang Bulan Mac

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi kategori bujang adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan bujang yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah. Baca juga: Permohonan Baru BKM 2022 Di Buka Hanya


Bantuan Tambahan BKM RM500 – Mohon Sebelum Terlambat!

Pendaftaran baru dan kemas kini untuk permohonan BKM Bantuan Keluarga Malaysia kini boleh dilakukan sehingga tarikh tutup 31 Januari 2022. Tahukah anda, kerajaan juga telah umumkan bantuan tambahan BKM sehingga RM500 kepada golongan yang layak. Bantuan Tambahan RM500 Apakah yang dimaksudkan


Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022 – Mohon Sekarang!

Bermula pada tahun 2022 ini, kerajaan telah senaraikan bantuan kerajaan yang anda boleh mohon mulai Januari 2022. Anda diminta untuk semak dan lihat syarat kelayakan untuk setiap bantuan kerajaan yang ada. Sila baca artikel selanjutnya untuk ketahui bantuan-bantuan kerajaan yang


Pengeluaran RM10,000 Secara One-Off Boleh Dilakukan – Ini Kata Pakar

Rakyat Malaysia nampaknya masih rancak dengan perdebatan dengan isu kelulusan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Online) sebanyak RM10,000 secara one-off yang perlu dilakukan dengan segera. Pendapat Pakar Menurut pakar Perunding Kewangan, Ieza Yusuf, kurangnya kesedaran dan ilmu dari


JPA Tawar Biasiswa Yang Dipertuan Agong Kepada Pelajar Cemerlang 2022

Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2022 dibuka untuk permohonan bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian disamping mengiktiraf kecemerlangan pelajar tersebut. Biasiswa Yang Dipertuan Agong oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


Kerajaan Umum Bantuan RM200 Sebulan Bermula Januari 2022

Kerajaan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah umumkan Bantuan RM200 Sebulan Bermula Januari kepada rakyat Malaysia yang layak. Untuk makluman anda, kerajaan telah banyak memperuntukkan bantuan dan pakej-pakej prihatin termasuk Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Bakul Makanan, i Citra dan banyak


Permohonan Bantuan Kebajikan Pulau Pinang iSejahtera 2022

Kerajaan Negeri Pulau Pinang membentuk program iSejahtera  bagi memberi penghargaan berbentuk kewangan kepada rakyat Pulau Pinang. Ia merupakan acara tahunan. Rakyat yang diutamakan adalah dari golongan: Warga emas. Orang kurang upaya (OKU). Ibu tunggal. Suri rumah. Bayi berumur 2 tahun


Insentif KWSP i-Saraan Sebanyak RM250 Bagi Berkerja Sendiri

KWSP iSaraan diwujudkan bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan. Ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja


Permohonan Rumah Mesra Rakyat Tahun 2022

Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibina bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di rumah usang atau tidak mempunyai rumah namun mempunyai tanah sendiri. Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS) pula dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi


Bantuan Awal Persekolahan BAP 2022 – Duit Tunai RM150 Seorang

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk tahun 2022. Bantuan persekolahan RM150  untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sehingga RM500 telah dibentangkan dalam Belanjawan 2022. Inisiatif bantuan persekolah BAP ini merupakan antara bantuan yang akan diteruskan tahun ini bertujuan untuk mengurangkan beban








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2022 08:53 AM | Show all posts
BANTUAN


Kebolehcapaian (Accessibility)
Menjadikan Portal MARA boleh dicapai oleh semua golongan pengguna. Memberi panduan bagaimana menyesuaikan laman ini mengikut keperluan anda.
Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila lihat Soalan Lazim atau emailkan melalui saluran berikut :
Sekiranya anda membuat pertanyaan melalui e-mail sila sertakan maklumat diri anda seperti berikut:
Nama:
No. Kad Pengenalan:
No. Telefon:
Emel:


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Utama
Mengenai JKM

HUBUNGI KAMI
Utama
Hubungi Kami
Ibu Pejabat
IBU PEJABAT
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 - 8000 8000
Faks : 03 - 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Tarikh Kemaskini : 05/02/2022

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam Portal ini.


Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2022 08:56 AM | Show all posts

    Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)


BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)[url=][/url] There is no translation available.


JENIS BANTUAN:
  • Bantuan Khusus
PENGENALAN :
  • Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid darjah satu (1) hingga darjah enam (6) di sekolah rendah (SR) dan Tingkatan Satu (1) di sekolah menengah (SM) yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, bantuan persekolahan serta bantuan latihan dan bimbingan. Terdapat tiga (3) jenis bantuan yang diberikan kepada murid iaitu :
    • Bantuan Am Persekolahan (BAP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Persekolahan) diberikan kepada murid melalui kaedah dikredit terus ke akaun murid atau pemberian dalam bentuk wang tunai atau bukan tunai (pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan-keperluan lain persekolahan murid) ;
    • Bantuan Bulanan (BB) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Am) diberikan kepada murid melalui kaedah dikreditkan terus ke akaun murid secara bulanan atau sekaligus (lump sum) ; dan
    • Bantuan Kecemasan (BK) dibayar kepada murid yang layak pada kadar bayaran BAP yang berkuat kuasa pada tahun semasa.
  • Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Ia bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 25 Mac 2014.
  • Berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan masa kini, beberapa penambahbaikan ke atas Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 2 Tahun 2017 – Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah disemak semula bagi memastikan sistem penyampaian bantuan kepada kumpulan sasar adalah lebih cekap dan berkesan. Di antara perubahan-perubahan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut :-
    • Ibubapa/penjaga yang tidak mempunyai bukti pendapatan hendaklah mengemukakan Surat Akuan Pengesahan Pendapatan yang telah disahkan oleh Pegawai ; dan
    • Perubahan perekodan peruntukan bantuan KWAPM yang diterima oleh sekolah.
    • Kadar.

      • Kadar baru Bantuan KWAPM yang diputuskan bermula tahun 2017 adalah seperti berikut :-
DATA
BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP)
eKASIH, DMOA dan  Data Sedia Ada (DSA)

Sekolah Rendah
RM100.00 setahun
Sekolah Menengah
RM150.00 setahun

PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN :
  • Warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, penentuan taraf kewarganegaraan perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Bagi murid Orang Asli, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada JAKOA boleh diguna pakai.
  • Murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
  • KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA yang disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar sahaja.
  • Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
  • Pendapatan Isi Rumah untuk murid DSA adalah berdasarkan Paras Garis Kemiskinan  (PGK) Nasional semasa.
  • Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/Biasiswa Kerajaan Negeri/yayasan/swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM.
  • Bagi murid berkeperluan khas/orang kelainan upaya (OKU) juga tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.
  • Murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (menerima (PKSBP) Projek Khas SBP)  atau sekolah yang tidak berada di bawah pentadbiran KPM tidak layak menerima bantuan KWAPM.
  • Murid hanya layak menerima bantuan KWAPM di bawah satu (1) jenis data sahaja, walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA).
KAEDAH PENYALURAN :
  • Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2022 08:59 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 5-2-2022 08:00 AM

Untuk sebarang bantuan, pertanyaan, aduan, penghargaan dan cadangan sila salurkan melalui portal e-bantuan dengan melengkapkan borang maklumbalas di bawah.
Pastikan maklumat yang diberi adalah betul dan lengkap agar respon maklumat segera dapat diberikan.


BUTIRAN MAKLUMBALAS:Tajuk Maklumbalas *

Negeri Terlibat *                                     Sila Pilih...                                     BINTULU SARAWAKJOHORKEDAHKELANTANKUALA LUMPURLABUANLUAR NEGARAMELAKAMIRI SARAWAKNEGERI SEMBILANPAHANGPERAKPERLISPULAU PINANGPUTRAJAYASABAHSANDAKAN SABAHSARAWAKSELANGORTAWAU SABAHTERENGGANUSIBU SARAWAK                                 
Huraian Maklumbalas *

Panduan Ringkas

Nyatakan semua butiran maklumat yang diperlukan dengan lengkap bagi memudahkan pihak kami membantu anda.

Mohon elakkan penggunaan bahasa yang tidak munasabah dan kurang sopan.

*  Adalah medan mandatori.

Short Guide
Specify all information details required to enable us to assist you.
Please avoid the use of inappropriate language and irreverent.
*  Denotes a mandatory field.




BUTIRAN PERIBADI:
Nama *
MyKad/Pasport *
Syarikat *
No Pendaftaran Syarikat *
Tel. Bimbit *
Email *
Kategori Pelanggan *                                             Sila Pilih..                                             Kontraktor                                             Personal Binaan                                             Pertubuhan                                             Syarikat                                             Individu                                             Agensi Kerajaan                                             Lain-lain Kategori                                          
Hantar/Submit
Untuk aduan berkenaan industri pembinaan tuan/puan diminta untuk membuat laporan di cidb.spab.gov.my
Pastikan maklumat aduan lengkap diisi bagi tujuan tindakan siasatan dan penyampaian maklumat kepada anda. Terima kasih kerana mengakses sistem ini. Maklumbalas anda amat dihargai demi meningkatkan mutu perkhidmatan CIDB

https://www.cidb.gov.my/en/e-bantuan



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-6-2022 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.094205 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list