|
View: 4043|Reply: 30
|
[Tempatan]
Negeri termaju di Malaysia boleh belajar daripada negeri terkecil Perlis membina lencongan banjir 22km dan terowong 756m (bukan ghaib) untuk atasi masalah banjir di ibu negeri dan tempat pelancongan
[Copy link]
|
|
|
'Terowong Lencongan Banjir' terpanjang di Malaysia sepanjang 756 meter yg menghubungkan Kg.Tebing Tinggi dgn Kg.Wai menembusi Bukit Kg.Wai,Kuala Perlis.
Keseluruhan Projek Lencongan Banjir Barat ini bernilai RM266 juta sejauh 22 Kilometer dari Empangan Timah Tasoh hingga ke Kuala Perlis telah siap sepenuhnya dan beroperasi
https://www.youtube.com/watch?v=qlXvSqe_zHI
https://mynewshub.tv/utama-sensa ... ap-akhir-tahun-ini/

KANGAR – Projek Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh, sepanjang 22 kilometer dari Timah Tasoh ke Kuala Perlis dekat sini dijangka siap sepenuhnya akhir hujung tahun ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Muhamad Hafiz Harun berkata hanya dua daripada enam pakej yang terkandung dalam projek yang menelan belanja lebih RM300 juta itu belum siap sepenuhnya, iaitu meliputi kawasan Tebing Tinggi di Bintong dan Kampung Wai di Kuala Perlis.
“Proses pengambilan hak milik tanah daripada penduduk telah selesai dan pembayaran kepada penduduk yang terlibat akan dibuat secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu di Tebing Tinggi dekat sini, hari ini.
Beliau berkata perkembangan projek yang turut melibatkan pembinaan sebuah terowong sepanjang lebih 700 meter itu juga dipengaruhi faktor cuaca kerana pihak kontraktor hanya boleh menjalankan kerja-kerja semasa paras air rendah.
Turut meninjau projek itu, Anggota Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd Jalil; ADUN Indera Kayangan, Gan Ay Ling dan ADUN Kuala Perlis, Noor Azam Karap. – BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wahh keluar duit jota2 buat bnda mcm nie xde lah rakyat skit ati..nie kaur2 jota2 xtau pegi mane tu yg rkyt mrh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh tak citer plak start buat dr tahun bila kan
Bertahun2 penduduk kat sekitar pembinaan terkesan dgn projek ni
Bila musim kemarau berdebu habuk tanah merah, bila musim hujan siap banjir kilat lg
Lps tu air yg naik tu xturun2 xtau nak ke mana |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PH apa susah dah malu cancel canal city
dia tunjuk la negeri lain pasal balak lah, air sungai negeri lain melimpah, NADMA tak betul, MKN noh udang, bantuan lambat  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pasa at 5-1-2022 11:41 AM
selangor banjir teruk ada ke projek terowong naik
projek gondol tanah sawit naik kilang naik taman perumahan, komersial unit tu banjir kilat sampai air termenung tu mana project nak kurangkan impact pada pembangunan tak ada..
pengurusan negeri terkecik tu pun tau nak pikir apa kene buat. Negeri terkaya pulak asek kejar pembangunan
ada satu negeri tu lagi mendoniya project ghaib rakyat dapat apa pada project ghaib.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesusahan hari ini untuk kesenangan bertahun-tahun akan datang.
Masa tengah construction memanglah berdebu. Tapi lepas tu berpuluh tahun senang
Tapi bersyukur bila projek dah siap takdelah risau rumah tenggelam dengan air dan lumpur.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlis tu negeri ke? Ingatkan daerah. Yg.buat Selango Dap tu.sesak sebab pendatang perlis gak lar, disamping kuli dari Kelate, Ganu, pahang darul Umno/Pas molayoo isele  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kluangman replied at 5-1-2022 11:48 AM
Kesusahan hari ini untuk kesenangan bertahun-tahun akan datang.
Masa tengah construction memanglah ...
Probnya org bising tu, sebab pernah bertahun2 projek tu tak jalan lgsg pun
Mcm buat 1/2 jalan dan tinggal
Itu yg org marah dl ni
Siap rumah, harta benda rosak, yg accident sampai meninggal pun ada
Bukan nak menghalang kemajuan, tp takut jd gajah putih je masa tu sebab kejenya xjalan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 5-1-2022 10:59 AM
Eh tak citer plak start buat dr tahun bila kan
Bertahun2 penduduk kat sekitar pembinaan terkesan dgn ...
Kwn akk dok kg guru...thn 2015 tu last banjir dia kata....klu tak, memang penuh lah air tiap kali hujan....pas dari thn tu yg dorang buat terowong ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
projek dah siap pun
bukan mcm canal city project dijangka siap 2017
terowong ajaib kat satu negeri mendoniya tu lagi hebat terus lancar trafik tanpa kesesakan lalulintas.
Terima kasih lim gone eng atas projek ghaib byk membantu rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 5-1-2022 12:06 PM
Kwn akk dok kg guru...thn 2015 tu last banjir dia kata....klu tak, memang penuh lah air tiap kali ...
2015 tu mmg banjir besar
Kaw xpernah naik air pun kena
Bangkok, selatan thailand pun bah skali
Mmg xleh buat apa la
Lps tu sampai skrg mmg jarang la perlis ni banjir
Tp kampung kat tebing tinggi ni mmg tiap2 tahun naik air sejak buat projek tu
Setahun naik air byk kali pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pasa replied at 5-1-2022 12:29 PM
projek dah siap pun
bukan mcm canal city project dijangka siap 2017
Aku citer pasal negeri angkat aku ni je la
Negeri lain biar rakyat dia sdr yg bising
Sapa ngundi, sapa pilih pemimpinnya, so terpaksa hadap la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah namanya pembinaan, memang la berdebu
kalau taknak berdebu, buat je la simulasi desktop study |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
selangor mana nak malu dgn perlis
janji collect cukai tanah beratus juta setahun nak buat projek lencongan air banjir kat central administration pun susah 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau masalah air pun Sgor masih blum setel...ini kan pulak masalah banjir...apa2pun kerajaan Sgor sila buat radical changes...duit banyak kannn... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu Canal City, Khalid Ibrahim dedah usaha UMNO Selangor jual aset kerajaan negeri
December 28, 2021 8:56 pm

Selepas sekian lama membisu, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, akhirnya bersuara mengenai punca sebenar kerajaan negeri dipimpin olehnya membatalkan projek pembinaan Canal City atau Bandar Terusan pada tahun 2009.
Menurut laporan Sinar Harian, bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menegaskan, beliau terpaksa berbuat demikian untuk menyelematkan aset milik kerajaan negeri Selangor ‘terjual’ kepada syarikat swasta menerusi perjanjian berat sebelah.
Berikutan itu, Abdul Khalid mengucapkan terima kasih kepada bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin kerana menjelaskan fakta sebenar berkaitan projek Canal City yang telah dibatalkan.
“Sepanjang memegang jawatan Menteri Besar, saya berusaha menyelamatkan aset negeri yang ‘terjual’ melalui perjanjian usaha sama berat sebelah dimana syarikat swasta mendapat pulangan lumayan sedangkan kerajaan negeri terpaksa menanggung tanggjungjawab apabila projek tersebut gagal.
“Pada hemat saya, negeri Selangor telah menanggung terlalu banyak kerugian akibat perjanjian sedemikian. Namun begitu, saya telah memastikan semua keputusan pembatalan projek dibuat dengan telus dan teratur, berdasarkan laporan dan kajian jabatan kerajaan yang berkenaan,” katanya pada Selasa.
Terdahulu, Faekah dipetik sebagai berkata Projek Canal City yang diilhamkan pada zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor dibatalkan kerajaan negeri pada 2009 kerana merugikan rakyat dan hanya akan menguntungkan syarikat swasta terbabit.
Faekah dalam satu kenyataan berkata, beliau terpanggil untuk memberikan penjelasan bagi menjawab kenyataan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman sosialnya mengenai pembatalan projek terbabit.
Faekah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) berkata, Najib mendakwa projek Canal City yang diilhamkan kerajaan negeri Selangor BN pada 2004 tetapi telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (pada ketika itu) pada 2009 adalah punca kepada banjir besar yang kini melanda negeri Selangor.
Walaupun benar projek berkenaan telah dibatalkan oleh Abdul Khalid, namun Faekah menegaskan, Ahli Parlimen Pekan gagal menyatakan sebab utama pembatalan projek tersebut.
“Beliau (Najib) gagal menghitung ‘kerugian’ yang ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor apabila projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat swasta melalui konsep usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri. Tidak juga disebut keuntungan besar yang bakal diraih oleh syarikat swasta berkenaan.
“Saya tidak mengharapkan beliau mempunyai maklumat terperinci projek tersebut kerana ia adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri tapi tidak molek bagi YB Pekan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan salah sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Abdul Khalid, biarpun kerajaan negeri Selangor pimpinannya namun beliau sentiasa melakukan perkara terbaik demi rakyat.
“Walaupun pentadbiran saya tidak sempurna, namun saya telah cuba berikan yang terbaik kepada rakyat – the best value for the people. Adakalanya keputusan saya tidak popular dalam kalangan rakan politik, apatah lagi syarikat-syarikat swasta tapi saya yakin rakyat Selangor bijak membuat penilaian tentang apa yang terbaik.
“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada seluruh rakyat khusus di Selangor untuk terus berdoa agar mangsa banjir diberikan kekuatan dan kesabaran di dalam menempuh ujian gets ketika ini. Semoga Allah SWT merahmati segala amalan dan usaha kita,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PH dah memerintah Selangor sejak 2008.
Jika perjanjian berat sebelah runding semula atau buat perjanjian baru.
Jika design tak cukup besar, boleh redesign balik
Jika nama canal city tak sedap boleh tukar nama lain
Jika taknak guna terusan nak buat terowong buatlah asalkan jangan ghaib sudahlah
Yang penting buktikan undi PH raykat senang
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|