CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 7

Baru 1 Saat Terus Tersadai, Lelaki Cuba Pakai Mesin Simulator Senggugut Terciduk!

[Copy link]
Post time 4-1-2022 12:27 PM | Show all posts |Read mode



Sumber foto: Tiktok Nilla Alin




Senggugut di mata lelaki mungkin terlihat seperti masalah yang ‘tidak severe’. Bahkan kebanyakkan daripada mereka melabelkan wanita sebagai mengada-ngada kerana menganggap sakit senggugut itu cumalah overreacting sahaja. Hakikatnya, keperitan tersebut memberi kesan yang berbeza termasuklah dengan kesukaran untuk bangun sehingga hanya mampu terbaring seharian di atas katil kerana terpaksa menghadapi sakit itu.



“Kami cuba pakaikan period simulator dengan boyfriend kami…Wait for it”


Tetapi, pernahkah anda membayangkan apa akan jadi sekiranya lelaki yang mengalami period? Ya, dengan wujudnya sebuah mesin period simulator yang mana menyerupai seperti senggugut sebenar, aksi lucu beberapa orang jejaka ini menjadi tular di media TikTok. Melalui perkongsian pengguna akaun Nilla Alin, teman lelaki mereka terlihat gagal menahan keperitan seakan-akan kekejangan sebelum ‘terjelepuk’ di atas sofa. Namun apabila para wanita mencuba, keadaan itu tenang sahaja meskipun sudah dinaikkan ke peringkat 10.






“Lelaki gagal tahan keperitan walaupun mesin simulator di level rendah”



Sumber foto: Tiktok Benz Trap House





Bagi akaun Benz Trap House pula, situasi berkenaan lebih kurang sama apabila kesemua lelaki terlihat tidak dapat menyembunyikan keperitan yang sedang dirasai meskipun di level terendah. Antara bahagian paling ‘azab’ adalah di paha dan juga sekitar pinggang sehinggakan mereka tertunduk-tunduk serta cuba mengurut dengan harapan rasa menyakitkan itu bakal menghilang. Seorang jejaka lain juga terlihat tidak percaya dengan apa yang disaksikannya.



“Bayangkan kami sebagai perempuaan kena kerja, masak & jaga anak dengan keadaan senggugut…Puas hati tengok!”







Sumber foto: Tiktok Nilla Alin






Menjengah ke ruangan komen juga, ramai netizen mengakui terhibur sekali gus meraih jutaan jumlah tontonan. Mereka juga merasa puas kerana cara berkenaan sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada golongan lelaki mengenai dugaan yang dihadapi orang perempuan setiap kali didatangi haid. -CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 01:34 PM | Show all posts
Baguslah rasa pengalaman baru tahu apa sesetengah wanita tu lalui
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Period pain tu kurang sikit ja sakitnya daripada rasa sakit nak bersalin.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 04:32 PM | Show all posts
nak cari bideo ni nak send kat somi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 09:07 PM | Show all posts
Gembira dan suka hati mereka, saya pun tumpang gembira nonton video mereka
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
iols kalau sengugut mmg berguling2 dekat lantai kalau dekat katil kecik x puas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2022 04:21 PM | Show all posts
kalu dlm perubatan, lelaki paling mudah dpt penyakit/maut sbb virus/penuaan berbanding perempuan
sbb org pmpn biasanya tahan penyakit ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah lelaki ni kalau demam sikit pun dah macam nazak,pastu gedik-gedik nak mintak dimanjakan dan ditemankan. Ko pegi mati terusla habis citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.442724 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list