CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 3851|Reply: 52

[Tempatan] Inovasi terusan, penyejat atasi banjir genang di Bukit Changgang

[Copy link]
Post time 24-12-2021 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Inovasi terusan, penyejat atasi banjir genang di Bukit Changgang
Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Disember 24, 2021 @ 9:03pm


Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan inovasi terusan dan penyejat digunakan bagi mengatasi kejadian banjir genang di Bukit Changgang, Kuala Langat.

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan inovasi terusan dan penyejat digunakan bagi mengatasi kejadian banjir genang di Bukit Changgang, Kuala Langat.

Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berkata inovasi terusan itu bertujuan mengalirkan air banjir genang ke kawasan boleh menakung, sebelum disalurkan ke sungai berdekatan apabila air surut.

Terusan itu, katanya, boleh dibina di kawasan lapang atau menggunakan parit sedia ada yang diperbesarkan saiz dan kedalamannya dengan pam air berkapasiti besar diperlukan bagi menyedut air banjir genang ke terusan terbabit.


Inovasi penyejat bertujuan mengubah banjir genang daripada fasa air kepada fasa wap


inovasi terusan itu bertujuan mengalirkan air banjir genang ke kawasan boleh menakung, sebelum disalurkan ke sungai berdekatan apabila air surut.

Kejadian banjir genang di kawasan itu menjejaskan seramai 149 keluarga, selain 68 daripada keseluruhan keluarga terbabit sudah mula menjalankan kerja pembersihan selepas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada jam 6 petang tadi.

"Inovasi evaporator (penyejat) bertujuan mengubah banjir genang daripada fasa air kepada fasa wap. Pam diperlukan untuk menghasilkan tekanan tinggi.

"Nozel atau muncung berongga diperlukan. Semakin kecil rongga semakin halus cecair dihasilkan untuk membentuk wap air.

"Kebaikan evaporator ialah mengurangkan isipadu air banjir genang. Kelemahannya ialah perlahan dari segi mengeringkan banjir genang berbanding kaedah terusan," katanya dalam kenyataan malam ini.


Kebaikan evaporator ialah mengurangkan isipadu air banjir genang. Kelemahannya ialah perlahan dari segi mengeringkan banjir genang berbanding kaedah terusan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2021 10:04 PM | Show all posts
Kenapalah complicated sangat inovasi kau ni.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr zaini tolonglah hembus2 skit kat titm supaya buat kerja laju skit.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 11:10 PM | Show all posts
Terus buat OSD pond kan senang. Bukan mende baru pun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 24-12-2021 10:04 PM
Kenapalah complicated sangat inovasi kau ni.

Itu ko panggey complicated?  Ko ney entah2 SPM je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 11:55 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 25-12-2021 01:05 AM
airfilterkotor replied at 24-12-2021 11:10 PM
Terus buat OSD pond kan senang. Bukan mende baru pun.

i google , i dapat ni, are you a civil engineer?

sumber :


https://www.researchgate.net/fig ... ater_fig2_318724011



https://info.wesslerengineering. ... ion-retention-ponds
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2021 11:57 PM | Show all posts
sedap pulak istilah air banjir genang ( kosa kata bm dia tinggi ye ) versus air banjir termenung?? adakah sama?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 12:09 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 24-12-2021 11:10 PM
Terus buat OSD pond kan senang. Bukan mende baru pun.

hahaha aku mikir benda sama..cakap jela tu memang OSD...bukan benda baru pun. dah kata ada kawasan lapang, nk murah cepat.., buat ajelah OSD jenis swale...inovasi tang mana tu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 24-12-2021 11:57 PM
sedap pulak istilah air banjir genang ( kosa kata bm dia tinggi ye ) versus air banjir termenung?? a ...

Stagnant = genang = termenung (bahasa daerah/pasar)
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 24-12-2021 11:46 PM
Itu ko panggey complicated?  Ko ney entah2 SPM je kot..

Kaka tumpang, hai takan belajar sampai UK tak boleh nampak how idiotic punya kerja kat atas tu?  I was being sarcastic.  Pls refer to post no 4, 6 and 8.  Buat apa la nak buat air pancut kejadah macam bangang je lepas tu panggil inovasi??? Dah tu takes a long time pulak tu to evaporate.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 12:40 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 24-12-2021 11:55 PM
i google , i dapat ni, are you a civil engineer?

sumber :

Yes why not.
Sekonyong mentelaah gugel selama sebulan, ai is already pakar dalam selok belok perparitan engineering.


You ade...?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 12:42 AM | Show all posts
Metana replied at 25-12-2021 12:09 AM
hahaha aku mikir benda sama..cakap jela tu memang OSD...bukan benda baru pun. dah kata ada kawasan ...

Kalau rakan-rakan skilled immigrant aku baca artikel ni kompem dorang gelak sakan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 25-12-2021 12:30 AM
Kaka tumpang, hai takan belajar sampai UK tak boleh nampak how idiotic punya kerja kat atas tu?  I ...

Yang ko nak sarkastik memparodi macam Meletop tu watpe?  Buang karan aku je.  Hampeh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 25-12-2021 12:58 AM
Yang ko nak sarkastik memparodi macam Meletop tu watpe?  Buang karan aku je.  Hampeh..

Anis hang suka enterprem.  Mendapatlah
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ciptaan apa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 25-12-2021 12:17 AM
Stagnant = genang = termenung (bahasa daerah/pasar)

Airmata bergenang = bertakung = tak mengalir = stagnant
Boleh gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 25-12-2021 07:53 AM
Airmata bergenang = bertakung = tak mengalir = stagnant
Boleh gitu?

Buleh.. bab termenung tu je i takleh connect
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2021 08:13 AM | Show all posts




Dikecam tidak tahu maksud ‘banjir termenung’

  • Oleh NUR HUDA MUSA
  • 22 Disember 2021, 3:09 pm





PETALING JAYA – Gara-gara tidak tahu istilah banjir termenung, seorang pengguna media sosial menjadi bahan kecaman orang ramai.
Perkara tersebut berlaku apabila pengguna media sosial tersebut mempersoalkan penggunaan istilah banjir termenung yang digunakan oleh sebuah portal berita.
Di dalam komen yang ditulis, wanita berkenaan dilihat meninggalkan emoji ketawa dan meminta pentadbir portal tersebut membancuh kopi sebelum menaip berita.

“What?? (Apa?), banjir termenung?.

“Min (admin) kot ya pun pergilah bancuh kopi dulu sebelum menaip berita,” katanya.

Komen wanita tersebut kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang meminta agar dia bertanya dahulu sebelum mempertikaikan sesuatu.

“Buat yang baru nak kenal banjir, banjir termenung itu maksudnya air bertahan dan lambat surut. Istilah itu memang dah lama wujud,” kata Suhaida.
“Ego betul, dah tahu hingusan, tanyalah dulu apa maksudnya. Ini tidak, terus nak gelakkan orang, ilmu cetek ke laut,” kata Faiz.

“Walaupun aku tak pernah ada pengalaman hadapi banjir, aku tahu apa maksud air termenung, banjir termenung. Kalau tak tahu, sepatutnya tanya,” kata Eizra.
“Baru lahir kot dia ini, bersangka baik,” kata Yiew.

Terdahulu, media melaporkan beberapa sukarelawan dari badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang ingin menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan perumahan Bandar Seri Ehsan, Banting, Selangor berhadapan kesukaran berikutan jalan utama memasuki kawasan perumahan itu masih ditenggelami air. – K! ONLINE





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 25-12-2021 08:13 AM
Dikecam tidak tahu maksud ‘banjir termenung’



Omg I can identify this lady from an fb movie group... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2021 09:00 AM | Show all posts
green~tea replied at 25-12-2021 12:17 AM
Stagnant = genang = termenung (bahasa daerah/pasar)

yes, i think that is the best term kan, bila i tengok tv 1 or tv3 ke news depa , istilah air banjir termenung tu , i dengaq pun like what???
air stagnant- genang  yeahhh sound intuitively right. thanks.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:25 PM GMT+8 , Processed in 1.390507 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list