CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 974|Reply: 2

Suami Direnjat Elektrik, Rantai Isteri Diragut

[Copy link]
Post time 16-12-2021 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Sepasang suami isteri mengalami kerugian sebanyak RM3,910 selepas penyamun menggunakan renjatan elektrik terhadap salah seorang daripada mereka semasa sedang menjalankan perniagaan di sebuah rumah kedai runcit di Kampung Batu 1 di sini, Isnin lalu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, tiga lelaki membawa lari dua utas rantai leher milik mangsa yang berusia 54 tahun dan isterinya, 52 tahun.




Gambar hiasan




Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah datang ke kedai mangsa untuk membeli sekotak rokok.


Menurutnya, semasa peniaga itu menghulurkan sekotak rokok kepada suspek, lelaki tersebut terus memegang tangan kiri mangsa sebelum menggunakan renjatan elektrik di tangannya.


“Mangsa terkejut dan cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun suspek memegang kuat tangan kiri dan bergelut sehingga peniaga itu terjatuh di bahagian ruang tamu rumah.


“Semasa peniaga itu bergelut dengan suspek, seorang lagi rakannya telah datang dan terus memukul kepala mangsa sehingga berdarah sebelum meragut rantai leher emas jenis lipan di leher mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Choon Foo, mangsa menjerit meminta pertolongan isterinya, namun salah seorang suspek meluru ke arah wanita itu dan meragut rantai lehernya sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki.


Ujarnya, kejadian itu menyebabkan kepala mangsa menerima lima jahitan, luka pada bahagian leher, tangan dan kaki kiri manakala isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Berdasarkan keterangan mangsa, salah seorang suspek berkulit gelap, memakai jaket berwarna hitam berpenutup kepala, berpelitup muka berwarna hitam, memakai sarung tangan kain berwarna putih dan fasih bercakap dialek Kelantan.


“Sehubungan dengan itu, polis sedang memburu ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam kes tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes samun itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang atau balai polis berdekatan,” katanya.


Tambah Choon Foo, kes disiasat mengikut 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 03:16 PM | Show all posts
macam-macam idea pencurik zmn skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Negeri lindungan kabah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:42 PM GMT+8 , Processed in 1.207647 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list