View: 703|Reply: 5
|
Marah Sebab Lupa Ucap Hari Lahir, Wanita Minta Polis Pujuk Kekasih Merajuk
[Copy link]
|
|
New Delhi: Seorang wanita di India menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi memujuk teman lelakinya yang merajuk selepas pasangannya terlupa mengucapkan selamat hari lahir.
Wanita itu yang berasal dari Chhindwara di Madhya Pradesh dilaporkan bercinta dengan teman lelakinya di Sarani.
Hubungan antara pasangan kekasih itu mula menjadi goyah selepas wanita itu tidak mengucapkan selamat hari lahir.
 Gambar Hiasan
“Kekasihnya marah lalu mereka berdua bertengkar.Akibatnya, lelaki itu memilih untuk menjauhkan diri daripada wanita tersebut.
“Wanita itu sudah beberapa kali cuba mendekati dan bercakap dengan teman lelakinya, namun semua usahanya menjadi sia-sia.
“Ekoran tidak tahan dengan perangai teman lelakinya, wanita itu menghubungi polis untuk meminta bantuan bagi memulihkan hubungan mereka,” jelas laporan itu.
Berdasarkan laporan India Times, polis kemudian memanggil lelaki itu ke balai polis dan cuba berbincang dengannya.
“Akhirnya, polis berjaya menyatukan pasangan itu dan menasihati mereka untuk berkahwin,” jelas laporan tersebut. – CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannye polis india jadi one stop center .. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha.... kalau Ngah jadi perempuan tu, Ngah tinggalkan aje. Nampak sangat lelaki tu tak matang, sekadar terlupa wish birthday dah merajuk sampai macam tu sekali.
Polis India pun macam dah tak ada kerja melayan hal remeh temeh macam ni. Tepuk dahi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jantan yang merajuk.....................simbah je asid kat muka dia. |
|
|
|
|
|
|
|
carik lain la dik...nanti kena pukul pulak kau bila kawen. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mcm kes aku dulu....Operator DIGI jadi org tgh...friend finder...tu..kita kat umah dia FF tu bagi location lain..WW3 masa tu...kol digi..suruh dia pujuk and explain..hahahahahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|