CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 11964|Reply: 112

Ozlynn ada kedai runcit senyap-senyap...

  [Copy link]
Post time 24-11-2021 09:28 PM | Show all posts |Read mode
“Syurga Betul Ni” – Netizen Terkejut! Ruang Rahsia Ozlynn Persis Kedai Runcit

Di dalam rumah mereka mempunyai ruang 'rahsia' yang menyimpan pelbagai jenis barangan rumah.



Kecoh di media sosial apabila pelakon yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan, Ozlynn Wati memuatnaik foto di Instagram sebuah rak yang dipenuhi dengan stok makanan dan pelbagai barangan keperluan.


Wajib Doa Untuk Keluarga Kalau Ambil Barang

Berdasarkan perkongsian selebriti ini, di dalam rumah mereka mempunyai ruang ‘rahsia’ yang menyimpan pelbagai jenis barangan rumah.

Menurut Ozlynn, jika kenalan mahupun adik-beradik yang bertandang ke rumahnya dan ingin mengambil barangan tersebut, Ozlynn akan meminta mereka untuk doakan keluarganya terlebih dahulu.


“Siapa tahu bilik rahsia aku nih.. Memang dia orang selongkar… Ni baru setempat.. Kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam… Makanlah jangan hanya di pandang…

Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam-zam pun ada… Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia nih.. Beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada.

Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi? Ada ruang khas dalam almari… Bagitahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis.. Senang…

Siapa tersedak atau terdesak kengkawan atau adik-beradik.. Memang dia orang tahu nak selongkar mana.. Ni lah syurga aku…. Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku nih… Nak shampoo ke pencuci baju ke… Hahaha memang mudah kena rembat..

Yang penting sebelum ambil kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku.. Yang ni memang aku paksa..

Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni.. Aku doakan semoga kau orang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka… Paling penting bila ada rezeki jangan lupa “orang tepi”…. (emoji hati)” Dedah Ozlynn

Dah Macam Kedai Runcit, Syurga Kaum Wanita


Melihat pelbagai jenis makanan dan barangan pada rak tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut serta cemburu. Malah ada diantara mereka yang berseloroh menyamakan ia seperti kedai runcit.



“Serupa kedai runcit kat kampung dah haaa, dia punya rak makanan.”

“Dodol ke tu, bertingkat-tingkat 6 mangkuk kecil comel?”

“Fuhhh bestnya macam ni…”

“Rambang mata…”

“MasyaAllah.. Rezeki.. Syukur alhamdulillah… Semoga di luaskan rezeki amin..” Komen netizen



“Mini runcit.”

“Huishh banyaknya..”

“Dah macam Speedmart, ke Tesco, ke AEON ehh? Tapi inilah syurga idaman bagi semua isteri di dunia ini termasuklah saya, heaven kot. Mak-mak je faham perasaan tersebut.”

“Ini yang kita panggil syurga untuk mak-mak yang rajin masak… Doakan saya pun dapat macam ni juga @jozlynnhanania ya.”

Syurga betul ni kak @jozlynnhanania…. Senang capai… Cuma tak ada kaunter cashier je.” Komen mereka lagi

Memang syurgalah bagi wanita yang gemar memasak, dan menyimpan stok makanan dan barang-barang keperluan ni.

Sumber:https://murai.my/2021/132379/rumah-ozlynn-macam-kedai-runcit/

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pn suka beli double2 barang dapur
Suka tgk penuh stock
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mcm ni... Nak ckp bab doa ke nak tunjuk mewah... Tau dak ramai yg tak mampu beli barang byk mcm ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2021 10:16 PM | Show all posts
makadek replied at 24-11-2021 10:13 PM
Aku pn suka beli double2 barang dapur
Suka tgk penuh stock

rajin memasak la ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 24-11-2021 10:16 PM
rajin memasak la ni

Memang kena rajin nokssss
Aku ni penunggu rumah

Tp total masak 2x je sehari
Kalau rajin tu 3x ler
Bfast jrg buat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
winky1 replied at 24-11-2021 10:15 PM
Kenapa mcm ni... Nak ckp bab doa ke nak tunjuk mewah... Tau dak ramai yg tak mampu beli barang byk m ...

Bukan camtu
Dia beli tu tuk berkongsi sama2 rezeki
Kalau sapa dtg bertandang/tgh sesak dia bg
Dgn syarat doa kan kesejahteraan
Mcm aku tp aku tk paksa pn org doakan
Paham2 sendirilah
Sapa2 dtg aku bg hasil tanaman
KLau stock laut /bahan kering pn aku bg mcm ole2 ler
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ramai, mmg kena ada la brg spare.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:40 PM | Show all posts
yihhh kedai runcit apanya ni... dah rhoperrr macam tempat stor simpan stok2 kucate... kambing perap... susu esen pisang... daging kentut dan kek2 expired yang tengah menunggu turn untuk sesi kambuihh mengambuih... tak silap bebarang @Acikgomen jual dalam rumah kondo 4 juta sheolss tu lagi tersusun... fefet pelesu pun teratur elok je susunan sampai customer datang nak try terus di situ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahsia apa kalau sendiri reveal??? Lepas tu caption humble brag . Puiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 24-11-2021 10:40 PM
yihhh kedai runcit apanya ni... dah rhoperrr macam tempat stor simpan stok2 kucate... kambing perap. ...

Bengkong belitan ular sawa sampai tercungap Bam Jatt takde ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok tengok pantri gudang silo beras jagung orang
Mak aku selalu tanya kenapa suka beli pek borong besar2. Dah tu time kering ada lg stok. Murah lak tu
Laundry powder 5-10kg pakai sorang. Sabun buku belas2 ketul. Minyak masak tong plg besau
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by supermum at 25-11-2021 01:18 PM

Sama macam aku suka buat stok. Sampai takde space nak letak, dahla rumah kecik. Malam tadi ada Shopee promo payday, menambah lagik. Lagipun ambik pengajaran masa kuarantin aritu barang banyak habis, terdesak nak pakai cepat, membazir betul asyik guna grab mart.

Rumah marhaen macam dia takdenya nak buat storage fancy macam korang tengok YouTube ke Kim K. Gini la rupa esp kalau anak bederet space tak cukup. Asal tak sepah tumbang menumbang jadilah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 09:43 AM | Show all posts
mcm style matsalleh la ni ada store/room food. suka tgk chanel msk2 deme. amik brg2 nk masak dlm bilik. sgt kemas dan tersorok dlm blk kecik sebelah dapur.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 09:56 AM | Show all posts
buat laaa cantik2 mcm pantry omputeh dlm tv tu, ini dah mcm kedai runcit kat kpg kedai Hj Dollah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 10:26 AM | Show all posts
da_vinci replied at 25-11-2021 09:56 AM
buat laaa cantik2 mcm pantry omputeh dlm tv tu, ini dah mcm kedai runcit kat kpg kedai Hj Dollah:lol ...

Baru aku nak tulis.
Buat la kemas sikit ni berserabut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak terkejut sangat sebab perkara biasa bagi perempuan yang ramai anak. Tapi kalau katanya mcm sedekah utk adik beradik yang dtg, pestime la aku dengor. Sebab adik beradik aku yang susah, takde masa nak jenjalan keluor rumah, sibuk kerja kais pagi makan pagi, transport sendiri pun takde. Tiberr
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 11:04 AM | Show all posts
Aku pun jenis suka simpan stock. At least extra 1 brg.
Kalau jadi apa2 tidaklah panik. Malas nak berada dalam situasi
bila nak guna barang tu xda or habis. Malas nk keluar sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak buat stok. Takut rosak. Dkt2 nk habis baru aku beli.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah aku ada 3 tong gas
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 11:10 AM | Show all posts
mcm rumah Kim Kardashian kah?
mmg penuh mcm supermarket
semua ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.088533 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list