CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 764|Reply: 1

Tak Perlu Ke London, Arab Saudi Kini Bersalji

[Copy link]
Post time 25-11-2021 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Riyadh: Cuaca sejuk, hujan renyai dan hujan ais dengan salji dilaporkan di beberapa kawasan di Arab Saudi minggu ini memberi kegembiraan untuk mereka yang jarang melihatnya.


The National News melaporkan Hafar Al Batin, sebuah kawasan di wilayah timur dilanda hujan pada Isnin selepas hujan ais dan hujan lebat di Riyadh pada Ahad.


Ribut petir, hujan dan hujan ais juga dilihat di Qurayyat berhampiran Turaif di wilayah sempadan utara.








Orang ramai mengambil kesempatan memuat naik gambar dan video hujan ais di padang pasir, di laman sosial, bagi berkongsi kegembiraan serta mengalukan cuaca musim sejuk.


Mereka juga sanggup memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk mandi hujan selain menadah hujan dan hujan ais di tangan mereka.


"Ia adalah satu kejutan yang menyenangkan. Kami memandu ke wilayah timur dari Riyadh untuk hujung minggu dan dalam perjalanan pulang, hujan tiba-tiba turun.


"Kami mengalami tempoh musim panas yang panjang dan kini akhirnya diberi nikmat musim sejuk.


"Saya merancang untuk pergi ke London, tetapi tidak perlu lagi. Kami mempunyai cuaca hebat di sini," kata Tala Hamdan, rakyat Arab Saudi.


Pusat Meteorologi Negara melaporkan suhu dijangka menurun di seluruh negara pada minggu akan datang berikutan cuaca buruk dan hujan berpanjangan.


Pusat itu juga meramalkan hujan untuk semua kawasan di seluruh negara.


Berikutan hujan yang melanda kawasan pesisir minggu lalu, angin sejuk dan hujan akan merebak ke kawasan utara dan timur negara, serta Riyadh dan Qassim, kata pusat berkenaan.


"Selepas sebulan, kita akan lalui hari yang paling dingin tahun ini iaitu musim sejuk," kata pakar cuaca, Dr Khaled Al Zaqaq pada Isnin. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2021 10:20 AM | Show all posts
saban tahun negeri Arab turun salji. setiap tahun kamera dalam smartphone makin bagus specification dan kualiti gambar yang boleh amik. tapi gambar salji nya sama saja tiap2 tahun kualiti dia. pecah2, warna suram, macam amik guna kentang lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 2364 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7270 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30619 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 3131 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563
Tok Arab Dubai seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai seks ganas
Views : 26958 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:24 AM GMT+8 , Processed in 1.976363 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list