CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 646|Reply: 2

Tak Perlu Solat Sunat Khusuf Kerana Gerhana Bulan Tak Kelihatan

[Copy link]
Post time 19-11-2021 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Umat Islam di seluruh negara tidak perlu mendirikan solat sunat khusuf kerana fenomena gerhana bulan penumbra pada malam ini gagal dilihat terus dengan mata kasar.


Perkara tersebut dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman sosial rasmi agensi itu hari ini susulan kejadian gerhana bulan separa yang muncul lewat petang ini.




Gambar hiasan




“Kesan penumbra ini amat sedikit malah begitu sukar dikesan melalui pengamatan mata kasar, justeru solat sunat khusuf tidak disyariatkan,” katanya dalam hantaran terbaharu berkenaan.


Semalam, Jabatan Mufti Negeri Selangor juga memuat naik kenyataan yang berbentuk infografik menerusi laman sosialnya juga bagi mengulas persoalan umat Islam terhadap isu tersebut.


Ia turut mengesahkan solat berkenaan tidak harus dilakukan kerana gerhana separa itu tidak pula menampakkan kesan yang ketara kepada fizikal bulan itu atau pun tahap kecerahannya.


Penjelasan tersebut ekoran kenyataan Planetarium Negara sebelum itu yang memaklumkan rakyat negara ini tidak dapat menyaksikan gerhana tersebut secara langsung disebabkan faktor geografi apabila tiada kawasan di Malaysia yang termasuk dalam liputan jajaran pergerakan gerhana penumbra sehingga tamat pada pukul 8.03 malam.


Fenomena itu menjadi tumpuan penggemar sains angkasa di seluruh dunia kerana dikatakan ia sebagai gerhana bulan paling lama dalam abad ini iaitu selama tempoh tiga jam 28 minit, yang secara kelaziman, gerhana sebelum ini hanya berlangsung kurang daripada dua jam dan pakar astronomi merujuk peristiwa kali ini akan dikenali sebagai frost moon atau beaver moon.




Tangkap layar memaparkan makluman Planetarium Negara mengenai fenomena gerhana bulan separa pada malam ini.





Kejadian ini berlaku apabila bulan, bumi dan matahari akan berada dalam kedudukan hampir sejajar bermula pada 2.02 petang tadi sebelum proses kemuncaknya dari pukul 6.58 petang.


Gerhana bulan akan muncul apabila satelit semula jadi bumi itu terlindung oleh bayang penumbra atau bulan hanya memasuki kawasan bayang-bayang penumbra bumi yang tidak gelap.


Dianggarkan sebanyak 97 peratus permukaan bulan akan terlindung dengan bayang umbra bumi hari ini tetapi di Malaysia ia cuma sedikit malap dan kelihatan seperti purnama biasa.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2021 01:13 PM | Show all posts
Cuaca tak baik sejak kebelakangan ni susah nak perasan jika gerhana berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2021 01:38 PM | Show all posts
yups, dimaklumi juga , sebab tak nampak pun dalam jajaran angkasaraya malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-6-2022 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.078411 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list