CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 586|Reply: 16

[Tempatan] Kementerian luar pergiat usaha promosi diplomasi kebudayaan, bahasa menerusi Malawakil

[Copy link]
Post time 10-11-2021 09:34 PM | Show all posts |Read mode
https://www.thesundaily.my/cerit ... malawakil-KF8531279
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar akan mempergiat promosi Diplomasi Kebudayaan melalui pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negara (Malawakil) menerusi program Pengantarabangsaan Bahasa dan Pensuratan Melayu.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (pix) berkata program tersebut yang merupakan kerjasama julung kali di antara kementerian bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), adalah kesinambungan kepada keputusan Kabinet yang meluluskan Kerangka Dasar Luar Malaysia Pasca Dunia Pandemik baru-baru ini.
Beliau berkata antara usaha yang akan diambil termasuk mengemas kini dengan lebih sistematik kursus-kursus bahasa dan budaya Malaysia di Malawakil seluruh dunia.

Katanya kelas bimbingan secara kecil-kecilan telah pun bermula di beberapa kedutaan Malaysia antaranya di Indonesia, Thailand, China dan Rusia.
“Usaha ini tentunya akan diteruskan dengan lebih sistematik dengan sedikit dana tambahan. Kita juga akan menawarkan kursus bahasa Melayu ini untuk pegawai-pegawai diplomatik negara tersebut yang bakal bertugas di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama DBP dan IBTM di Menara DBP di sini, hari ini.

Saifuddin berkata Atase Kebudayaan yang meliputi soal pendidikan bahasa dan kesusasteraan akan ditempatkan, bermula di kedutaan-kedutaan utama.
Beliau bagaimanapun berkata perkara itu memerlukan perbincangan lanjut dengan kementerian-kementerian lain terlebih dahulu.

Menjawab pertanyaan wartawan mengenai bila usaha tersebut akan dimulakan, Saifuddin berkata: “Saya harap di peringkat kami di KLN (Kementerian Luar) sebelum akhir tahun ini struktur itu dapat kami selesaikan dan terma rujukan untuk duta-duta dan semua pejabat Perwakilan (Malawakil) itu dapat kami sediakan.”
Dalam pada itu, katanya, Kementerian Luar (Wisma Putra) juga akan memainkan peranan lebih mendalam untuk mempromosi kebahasaan dan persuratan Melayu rentas negara.

“Di bawah DBP, misalnya sudah wujud aktiviti bersama dengan Majlis Bahasa Brunei Darusslam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABIM).

“Jarang perkara ini ada dalam rujukan Wisma Putra, justeru saya berpendapat, dari segi kerjasama, Wisma Putra akan memainkan peranan memfasilitasi hubungan dengan negara-negara yang terlibat,” katanya.
Turut hadir di sidang media tersebut Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Ketua Pegawai Eksekutif ITBM Sakri Abdullah.

-Bernama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk Dr Mohd Hatta Shaharom dah tak jadi Pengerusi Lembaga Pengelola DBP ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2021 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian luar lantik eizlan yusuf dan ahmad idham untuk sebagai consultant berkenaan dunia hiburan. Harap tak buang duitlah.

Ni kem. luar promosi diplomasi kebudayaan dan bahasa menerusi DBP dan ITBM. Harapannya kedua2 agensi ni bertambah diperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia. Dulu antara perkara awal2 PH buat masa mula2 memerintah ialah mengecilkan fungsi ITBM. Nampak sangat agenda jahat mereka.



Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 09:48 PM | Show all posts
setakat ni, yang meols perasan negara luar yang gigih galakkan ummahnya belajar BM adalah China. Perasan tak, kalau individu polyglot, diorang takda pon yang fokus BM. Biasabya, bahasa belah latin, pastu cina, korea, jepun, thai, russia gitu je pusing2. BM tak penah lah jumpa plak, busuk2 pon bahasa Indonesia je tapi tu pun pendek je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 09:50 PM | Show all posts
dak2 timur tengah yang datang belajar kat Malaysia ni takda pulak gigih belajar BM sampai fasih, setakat nak pass BM 100 je. Namun kalau ummah meleis yang pergi belajar ke timur tengah, mesti ada yang dah fasih ereb siap nahu bagai yach. Mungkin sebab dah belajar sejak dari sekolah ditambah pula faktor melayu kalau lebih ereb akan lebih suci murni konsepnya tu yang keluar segala ana anta bagai tu yihhhh...aku rasa nak lempang je yang gigih duk ber ana anta bagai ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 10-11-2021 09:48 PM
setakat ni, yang meols perasan negara luar yang gigih galakkan ummahnya belajar BM adalah China. Per ...

Datuk Awang Sariyan pernah posting kat China. Mungkin antara usaha dia promosikan BM.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 10-11-2021 09:50 PM
dak2 timur tengah yang datang belajar kat Malaysia ni takda pulak gigih belajar BM sampai fasih, set ...

Nmpk sgt ereb ni pemalas.

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 09:55 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-11-2021 09:51 PM
Datuk Awang Sariyan pernah posting kat China. Mungkin antara usaha dia promosikan BM.

lebih kepada usaha sama Malaysia-China sejak era pasca kemerdekaan rasanya. Kat sana ada uni yang tawarkan kos bahasa asing - BM.

Iols suka tengok RTM buat rancangan pidato BM untuk peserta negara asing bertanding. Ni antara usaha kerajaan untuk popularkan penggunaan BM dalam kalangan masyarakat luar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 09:56 PM | Show all posts

lebih kepada tak berapa serius gitulah. Diorang tau yang basic2 je macam apa khabar, nasi goreng, satu dua tiga kalau anak2 diorang yang belajar kat sekolah mesia ni, diorang memang fasih bm nya sebab pernah jumpa. Elok je dia ber BM terkezut meols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 10-11-2021 09:55 PM
lebih kepada usaha sama Malaysia-China sejak era pasca kemerdekaan rasanya. Kat sana ada uni yang  ...

Selalunya kalau jumpa kokesen, selalunya cakap indon. Ada yg belajar bahasa Indonesia dulu baru kenal bahasa Melayu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 10-11-2021 09:56 PM
lebih kepada tak berapa serius gitulah. Diorang tau yang basic2 je macam apa khabar, nasi goreng,  ...


Mcm Dr Fatma cakap BM ke, cakap Kelantan ke, pekat sangat lidah Mesir dia. F dia jadi pa.


Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-11-2021 09:44 PM
Kementerian luar lantik eizlan yusuf dan ahmad idham untuk sebagai consultant berkenaan dunia hibura ...

So, ape yg.dah diterjemahkan dek itnm tuh? Aku tengok kat kedai2 buku, jumlah buku inglis masih je jauh lebih banyak dari buku melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2021 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 11-11-2021 03:28 AM
So, ape yg.dah diterjemahkan dek itnm tuh? Aku tengok kat kedai2 buku, jumlah buku inglis masih je ...

Itnm? Ketinggalan zamannya ko.

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 11-11-2021 03:45 AM
Itnm? Ketinggalan zamannya ko.

Itnm tu yg.ketinggalan zaman. Pebende yg.diterjemahkan pun tak tau. Terjemah surat pajak gadai kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
I think cara mcm mana nak tingkatkan bm adalqh through drama and film..buatlah skrio yg bagus dgn pelakon yg sesuai sbb klu nak martabatkann bahasa dgn buku mmg kirim salam.aje..bbnu la ni bkn suka baca buku sgt x kira negara apa bangsa apa..through film and drama..klu btl caranya with ministry aids...blh lah kembangkan bahasa melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Since b melayu/b.indon adalah yg ke 10 pentutur terbanyak kat duniam.cuba cari common ground antara dua2 bahasa ini... x pyhlah rendah2kan sgt org indonesia..patutnya kita cari apa yg kita blh bekerjasama dgn sempurna..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tlg promote kat sultan2 melayu sekali dgn kaum kerabatnya. Memalukan nama je sultan melayu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.103061 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list