CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1410|Reply: 4

Tular Cabaran Ukur Garis Rambut Pula, Apa Hasilnya?

[Copy link]
Post time 26-10-2021 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Pelbagai cabaran tular diilhamkan netizen di China sejak dua tahun kebelakangan ini.


Antara cabaran yang terkenal adalah cabaran saiz pinggang seperti kertas bersaiz A4. Trend ini dicipta untuk mereka yang berhasrat memiliki pinggang ramping dan fleksibel.


Ia juga dianggap dapat membantu mempromosikan pelbagai bentuk tubuh. Pentadbiran Siber China menganggap trend sebegini adalah sesuatu kehebatan luar biasa yang boleh dijadikan sesuatu untuk diingati.


Baru-baru ini, satu lagi cabaran mula tular di laman sosial China iaitu cabaran ukur garis rambut.


Ia bagi menentukan sama ada seseorang itu mempunyai garis rambut yang sempurna atau sudah mengalami keguguran rambut.




Kredit foto: 8 DAYS




Cabaran ini dianggap lebih selamat berbanding cabaran lain yang diperkenalkan sebelum ini.


Apa yang perlu dilakukan adalah memeriksa jarak antara hujung rambut dan kening menggunakan jari.


Jumlah jari itu berbeza untuk lelaki dan wanita untuk menentukan sama ada garis rambut mereka adalah normal atau sebaliknya. Semakin banyak bilangan jari, bermakna rambut seseorang semakin berkurangan.


Cabaran itu sebenarnya sudah diperkenalkan pada 2019, namun mula mendapat perhatian beberapa minggu lalu.


Ada netizen yang menyahut cabaran itu dan memuat naik gambar bilangan jari pada dahi di laman sosial.


Cecilia Cheung antara selebriti yang menyahut cabaran itu.




Kredit foto: 8 DAYS




Dia memuat naik gambar cabaran itu pada 20 Oktober lalu.


Ibu tiga anak berusia 41 tahun itu dianggap memiliki jarak rambut dan dahi sempurna.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahi Nowa Danish tu lueh nak letak berape jari pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon King Coco masuk menyahut cabaran [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 04:12 PM | Show all posts
Kalau iols sahut cabaran ni entah berapa jari agaknya. Dahlah dahi sulah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 11:57 AM | Show all posts
Mira basic agak-agaknya lulus tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.284841 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list