CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 1483|Reply: 32

Suara mengira di malam hari.... - Pengalaman seram di asrama sekolah

[Copy link]
Post time 17-10-2021 11:03 PM | Show all posts |Read mode



Asrama selalu dikaitkan dengan cerita hantu. Korang pernah mengalami pengalaman seram di asrama? Cerita di bawah ialah pengalaman dari seorang rakan. Beliau ceritakan kepada aku untuk dikongsikan bersama sesiapa yang sudi membacanya/mendengarnya.



Tempat kejadian : Sebuah sekolah di Terengganu
Jenis hantu : Tidak diketahui


Saya pernah mengalami pengalaman seram ketika menuntut di sebuah sekolah (nama dirahsiakan) di Kuala Terengganu. Sekolah saya memang dekat dengan hutan, kalau budak Terengganu tau kot sekolah ni. Saya mula belajar hidup di asrama ketika Tingkatan 1 lagi. Memang menjadi perkara biasa di mana-mana sekolah, pelajar senior akan buka cerita seram di asrama kepada pelajar junior. Lagi-lagi budak yang baru nak start tinggal di asrama.


Hari ketiga saya di asrama, pelajar senior mula menceritakan cerita hantu kepada saya dan pelajar-pelajar junior lain. Hantu yang mereka cerita ialah Hantu Mengira. Pada mulanya saya nak tergelak sebab terlintas dalam hati ada pula hantu pandai matematik. Tapi setelah mendengar cerita sampai habis, baru saya tau. Hantu mengira itu ialah hantu yang mengira pelajar tak tidur malam.


Hari tu juga saya kenal dengan Julia. Kami mula rapat sebab masing-masing takut nak pergi ke tandas pada waktu malam. Kami saling menemani bila nak pergi ke tandas pada waktu malam. Pada mulanya kami berdua memang tak percaya cerita senior sebab sebelum saya mendaftarkan diri di asrama, abang saya dah beritahu awal-awal supaya jangan dengar sangat cerita hantu ini. Cerita ini biasanya nak buat junior respect kat senior je. Si Julia ni pun awal-awal lagi mak dan ayah dia dah cakap jangan percaya cerita hantu senior.


Nak dijadikan cerita, adalah satu hari ini saya memang tak boleh nak melelapkan mata. Katil Julia ni sebelah saya je, saya nampak Julia dah tidur nyenyak dan yang lain pun dah tidur juga. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi. Saya cuba nak melelapkan mata tetapi tak boleh, mungkin sebab banyak sangat minum air Nescafe masa minum petang tadi.


Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak melelapkan mata, saya terdengar seperti ada orang membuka tingkap bilik yang betul-betul berada di depan katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah disusun mengadap ke tingkap. Katil saya yang keempat dari dinding. Saya tak fikir apa-apa lagi masa tu sehingga saya terdengar suara...


"Satu... dua... tiga… “


Lepas saya terdengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa mula-mula mendaftar masuk ke asrama. Satu badan mula meremang dan kemudian saya terdengar lagi...


“Satu... dua... tiga... empat.... Tak tidur lagi?“


Saya makin tak sedap hati sebab memang saya katil keempat dari dinding. Saya baca semua surah-surah yang saya hafal dalam keadaan sebutannya berterabur. 'Benda' itu mengira lagi....


“Satu... dua... tiga... empat... Tak tidur lagi?“


Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba panggil Julia dalam suara terketar-ketar. “Julia!! Ju.. Julia… Julia!!“. Tapi apa yang membuatkan saya makin menggigil dan menangis bila saya dengar benda tu cakap, “Julia dah tidur…“  dan disertai dengan hilaian ketawa yang sangat kuat. Saya terus menjerit “PERGI!!“ Banyak kali saya jerit sampai semua pelajar dalam bilik saya terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang 'benda' itu.


Dipendekkan cerita, keesokan harinya warden mengarahkan semua pelajar perempuan berkumpul di tempat parking kereta asrama selepas isyak. Warden kata,  dulu ada satu pokok besar di belakang asrama ni. Tetapi disebabkan nak meluaskan kawasan tempat menyidai baju, pokok itu ditebang. Mungkin sebab tempat tinggal 'benda' tu di kacau, sebagai balasannya pelajar pula diganggu oleh 'benda' itu.


Sebelum ini pun dah ramai senior terdengar suara mengira ini. Tetapi diorang buat tak tau je sebab benda itu tak kacau atau sentuh diorang. Malam itu, semua pelajar baca Yassin kat bilik masing-masing.


Sumber: Atiqah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2021 02:55 PM | Show all posts
baca tajuk pun dah ngeri.. sebab automatik terus muncul suara ala2 hantu dok mengira...dalam fikiran....eeeee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2021 03:16 PM | Show all posts
midori_katana replied at 18-10-2021 02:55 PM
baca tajuk pun dah ngeri.. sebab automatik terus muncul suara ala2 hantu dok mengira...dalam fikiran ...

Belum pernah lagi dengar hantu mengira.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2021 03:20 PM | Show all posts
Rockafella replied at 18-10-2021 03:16 PM
Belum pernah lagi dengar hantu mengira.

semuanya pengaruh filem...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:36 AM | Show all posts
Rockafella replied at 18-10-2021 03:16 PM
Belum pernah lagi dengar hantu mengira.
hantu educated

baca dalam gelap ... pukul 4.30 pagi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 10:27 AM | Show all posts
hantu ni mmg boleh tau kan kita tido ke atau buat2 tido. teringat cerita kwn aku masa kat matrik changlun. satu bilik ada 4 org. dia katil tepi tingkap. aku tak igt pukul berapa masa tu dia sorg je belum tidur tgh cuba utk tidur dlm bilik dah gelap gelita.. dalam kesamaran bilik tu dia nampak sosok pmpuan rambut panjang pakai baju putih dekat dengan pintu. masa ni dia nampak dari ujung mata je. terus dia katup mata dia rapat2 amik selimut selubung.

masa ni dia cakap jantung dh degup laju sambil baca ayat quran dlm hati. lama jugak dia dlm selimut tu smpai berpeluh katanya.. tak lama pastu mungkin dia konfiden hantu tu dh takde tambah2 panas duk dlm selimut dia pun buka selimut nk intai tgk rupanya benda tu dh tercegat tepi katil perati kan dia. aku igt lagi dia ckp jarak muka dia dgn muka benda tu dekat gila. boleh tgk mata hantu tu berdarah. dia tutup balik selimut baca apa yg patut mengigil2 dia last2 tertidur sendiri. dan esoknya dia cite lah kat kami semua..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa aku sekolah asrama dulu, kat asrama aku pernah kecoh pasal hantu dok kira selipar/kasut kat luar pintu. Tapi aku tak pernah jumpa la, seb baik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 22-10-2021 10:27 AM
hantu ni mmg boleh tau kan kita tido ke atau buat2 tido. teringat cerita kwn aku masa kat matrik cha ...

Alamak yg ni lagi serammm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2021 08:53 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 22-10-2021 10:27 AM
hantu ni mmg boleh tau kan kita tido ke atau buat2 tido. teringat cerita kwn aku masa kat matrik cha ...

Seram gak kalau kena camni... memang demam lebih seminggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2021 08:53 AM | Show all posts
fortiori13 replied at 24-10-2021 03:10 PM
Masa aku sekolah asrama dulu, kat asrama aku pernah kecoh pasal hantu dok kira selipar/kasut kat lua ...

Jangan mintak....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 10:26 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 22-10-2021 04:36 AM
hantu educated

baca dalam gelap ... pukul 4.30 pagi

tak tido lagi tu
dengar juga benda yg sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 10:32 AM | Show all posts
Jajabeans replied at 22-10-2021 10:27 AM
hantu ni mmg boleh tau kan kita tido ke atau buat2 tido. teringat cerita kwn aku masa kat matrik cha ...

seram gila mcm ni, sb hantu tu dekat dgn kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 12:44 PM | Show all posts
kat pernah lak dengar citer pasal hantu mengira ni kat hostel iolss.
tapi iolss pernah dengar citer, warden aspuri pernah ternampak 'something' kat tingkap bilik budak aspuri. pastu warden tu cakap kat benda tu "jangan kacau anak2 aku.pergi!" camtu la lebih kurang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya....
Blh plk dia tau awak nak panggil julia
Oh tidakkkk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 04:38 PM | Show all posts
nyah pun pernah dengar bunyi mengira ni tau nooks. Dia camnie:

One and Two....
Two and Three...
Three and One...
One and Two...
I...LAP...YOUUUU.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rockafella replied at 25-10-2021 12:53 AM
Jangan mintak....

Mintak simpang, haha ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 25-10-2021 04:44 AM
kat pernah lak dengar citer pasal hantu mengira ni kat hostel iolss.
tapi iolss pernah dengar citer ...

Sape2 yg dok ostel aku rasa mmg akan berdepan benda2 gini, lelagi yg asrama pompuan sbb kadang buang pad dgn tak cuci bagai kan, so suka la benda2 gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
zad78 replied at 25-10-2021 08:38 AM
nyah pun pernah dengar bunyi mengira ni tau nooks. Dia camnie:

One and Two....

Seramnya, masa ni chuols kat asrama gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fortiori13 replied at 26-10-2021 07:19 AM
Sape2 yg dok ostel aku rasa mmg akan berdepan benda2 gini, lelagi yg asrama pompuan sbb kadang bua ...

Pasal cuci pad ni iolss konpius sikit. Pernah kan terbaca pasal pad tu tak yah cuci pun tak pe sbnrnya. Tapi masa duduk asrama benda ni la yg warden n senior slalu dok bebel. Cuci! Cuci! Cuci!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 01:44 AM | Show all posts
kechikchomel replied at 26-10-2021 11:17 PM
Pasal cuci pad ni iolss konpius sikit. Pernah kan terbaca pasal pad tu tak yah cuci pun tak pe sbn ...

ada sesetgh tmpt keras kott.. sbb tuh deme dok kata, cuci! cuci! cuci!

iols pernah dgr kawan iols citer. dia dolu2 dari skolah lain. asrama lelaki kat tmpt lama dia kena lalu tandas pompan sblm ke dewan selera. so ada la 2 orang stodeng laki nih nak minum ayaq mlm2. masa pi tuh, nampak sorang gegurl dok mencangkung kat depan toilet pompan. bila balik pun masih mencangkung kat tmpt sama. lepas deme dah melepasi tandas pompan, otw nak ke asrama putera, sorang mamat nih mmg mulut celupar, pi tanya, Hoi ko buat apa tuh?

bila minah tuh toleh kepala dia, mmg nampak la dia tgh pegang pad berdarah sambil jilat ke apa.. mulut berdarah sekali...

so sbb tuh la kat tmpt2 mcm nih, mmg dah pernah ada org nampak, ada la deme bising2 suruh cuci..
tmpt2 lain yg takde, takde la nampak bebenda mcm nih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2021 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.108981 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list