CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
Author: harisbee

Zina

[Copy link]
Post time 8-5-2010 10:55 AM | Show all posts
Deme buat definasi baru kerana:
1. utk menghilangkan rasa bersalah or
2. utk mengHALALkan pe ...
niceghost2005 Post at 6-5-2010 15:30



    Tambah satu lagi :
3. Org sesat (kafir) yg sesat lagi menyesatkan (nak meyesatkan org jerrr kerjanya, konon2nye pegangan dia adalah yg sebenarnye betul)

ALLAH MAHA BENAR...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2010 12:42 PM | Show all posts
Soalan : Apa takrif 'zina' dalam quran?

Jawapan (setakat ini):

1. Jangan menghampiri zina
2. Jangan berzina
3. Kau nak berzina ke?
4. Ni mesti nak menyesatkan orang....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2010 01:35 PM | Show all posts
jika tak dpt takrif zina dlm al-Quran...apa pulak takrif persetubuhan dlm al-Quran.

Apakah surah Al waaqi'ah ayat 56-59 boleh definasikan persetubuhan bila ada pemancaran nutfah(benih kan) ke dlm rahim?

Apapun Allah melarang kita mendekati zina Surah Al-Israq ayat 32

aku bukan nak berzina..nak menyeru org berzina..atau apa2 shj menyokong zina..apa yg aku nak confirmation apa takrif zina dlm al-Quran. Sebab kawan aku argue tu based on Al-Quran. So takkan aku nak bodoh2 terus kata ko ni nak berzina ke..sesat ker...mestilah kita kena siasat dulu apa yg dia kata...so dia x boleh nak sewenang2nya buat 'fatwa' mcm tu. Setakat nak tuduh dia sesat...berkesan ker???? perlu ker??? sedangkan mak cik2 ulu pun x kan terima..apatah lagi org educated
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2010 10:50 PM | Show all posts
Soalan : Apa takrif 'zina' dalam quran?

Jawapan (setakat ini):

1. Jangan menghampiri zina
2.  ...
Decaffeinated Post at 8-5-2010 12:42


Apa masaalahnya?  Takkan kau tak tahu takrif zina?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2010 10:58 PM | Show all posts
jika tak dpt takrif zina dlm al-Quran...apa pulak takrif persetubuhan dlm al-Quran.

Apakah surah  ...
harisbee Post at 8-5-2010 13:35


Al waaqi'ah 56-59 cerita pasal penciptaan manusia, bukan cerita takrif zina.  Ada banyak perkataan zina dalam quran, yang satu ni jugak kau cari?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2010 11:13 PM | Show all posts
okay... sini untuk penjelasan.  perkataan zina ni dah di fahami sejak zaman berzaman.  

senang punya cerita, zina tu maksudnya persetubuhan yang di luar perkahwinan dan mereka adalah mukallaf.  lagi satu...  soalan ni sama macam soalan yang ditujukan kepada mufti Pulau Pinang....

2. Seperti mana yang saya difahamkan oleh seorang A bahawa zina adalah menumpahkan air mani ke dalam faraj perempuan, kalau menggunakan kondom. A tersebut kurang pasti kerana beliau tidak belajar. Bolehkah Dato’ memberi penjelasan kepada saya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 02:02 AM | Show all posts
kot2 org yang tlis uols ni kot yang da terlanjur zina...tnye soklan mcm baru masuk islam jer..khakhakhakhak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2010 09:26 AM | Show all posts
okay... sini untuk penjelasan.  perkataan zina ni dah di fahami sejak zaman berzaman.  

senang pu ...
ibnur Post at 8-5-2010 23:13


so apa jawapan mufti tu???

zina memang la zaman berzaman berrmakna persetubuhan haram....jadi ia berkaitan dgn erti persetubuhan itu sendiri. Kalu menumpahkan air mani baru dikatakan persetubuhan spt yg didakwa....jadi secara langsung tidak terjadilah zina kalu tidak menumpahkan air mani ke rahim bukan isteri...itu yg aku nak confirmation dan facts dr Al-Quran. Aku tak suka org yg mempermainkan hukum hakam utk kepentingan diri sendiri. Jadi aku perlukan suatu dalil naqli yg boleh aku membidas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2010 06:33 PM | Show all posts
so apa jawapan mufti tu???

zina memang la zaman berzaman berrmakna persetubuhan haram....jadi ...
harisbee Post at 9-5-2010 09:26


jawapan saya ni adalah ringkasan jawapan mufti ... 'zina tu maksudnya persetubuhan yang di luar perkahwinan dan mereka adalah mukallaf. '

sebenarnya, kedua-dua definasi persetubuhan dan menumpahkan air mani kepada benih wanita yang di luar perkahwinan adalah dalam kategori zina.  Pertama, definasi perkataan zina tu adalah persetubuhan di luar perkahwinan.  Dan kedua, tujuan perkahwinan adalah zuriat.  Jika zuriat dibuat dari 2 benih yang di luar perkahwinan adalah juga zina.  Contoh macam 'test tube baby' yang mana telur atau sperma adalah dari orang lain yang mendermakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 08:02 PM | Show all posts
kot2 org yang tlis uols ni kot yang da terlanjur zina...tnye soklan mcm baru masuk islam jer..khakha ...
benameer Post at 9-5-2010 02:02


buat dulu baru kaji...biase la tu, melayu urban
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2010 09:50 PM | Show all posts
jawapan saya ni adalah ringkasan jawapan mufti ... 'zina tu maksudnya persetubuhan yang di luar  ...
ibnur Post at 9-5-2010 18:33


ok jadi apa itu persetubuhan menurut Al-Quran? Apakah bermaksud penaburan benih....? atau terdptkah dlm al-Quran menerangkan persetubuhan itu bermaksud kemasukan takuk zakar ke dalam vagina?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 10:44 PM | Show all posts
even klu kite pndg org yg bkn mahram dgn pandangan berahi pon, wlu tidak berlaku persetubuhan stil di anggap zina kan?
correct me if im wrong..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 01:13 PM | Show all posts
ok jadi apa itu persetubuhan menurut Al-Quran? Apakah bermaksud penaburan benih....? atau terdpt ...
harisbee Post at 9-5-2010 21:50


Dalam bahasa arab, persetubuhan tu 'wati'.  Wati yang bukan suami isteri adalah 'zina'.  Ini semua bahasa yang dah memang macam tu.  Kalau kau nak takrif sebijik-sebijik setiap perkara, maka banyak lagi perkataan yang perlu definasi al-quran.  Macam riba, curi dan banyak lagi.  Ada tak takrif 'curi' dalam Al-Quran?  Ada tak takrif sembelih dalam Al-Quran?  Ada tak takrif kawin dalam Al-Quran?  Ada tak takrif makan dalam Al-Quran?......  

Ini semua soalan-soalan yang tak masuk akal....  perlu ke kita buat takrif bersetubuh dalam bahasa melayu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2010 04:58 PM | Show all posts
so apa penjelasan maksud 'wati' dlm Al-Quran?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 05:55 PM | Show all posts
so apa penjelasan maksud 'wati' dlm Al-Quran?
harisbee Post at 10-5-2010 16:58



ishhh....  kau ni macam-macam tanya daaa...  kan ker itu perkataan dah memang tak payah kena takrif-takrif budak kecik kat negeri arab dah faham.

pernah ke kau jumpa takrif khamr dalam quran?  sampai ada yang letak % alkohol pulak.  
pernah kau jumpa takrif khimar dalam quran?
khinzrin?

semua tu kau cari la dalam hadith.  wati yang macamana kena sebat, wati yang macamana kena rejam, yang mana khamar, yang mana nabidh, khimar tu pakai macamana.  Kau cari semua dalam quran tak nak ikut hadith, jadi la anti hadith.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 08:58 PM | Show all posts
even klu kite pndg org yg bkn mahram dgn pandangan berahi pon, wlu tidak berlaku persetubuhan stil d ...
farsams Post at 9-5-2010 21:44



    statement mcm nih lah yg menyebabkan soalan TT justified.

actually aku pon pernah dengar istilah 'zina mata'. Kalau ada 'zina mata', nanti adalah macam2 zina telinga, tangan, kaki bagai... then zina yang 'tut' nak panggil apa?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 08:15 AM | Show all posts
kalau pandangan pun dah diibaratkan zina, apa lagi perbuatan zina tu sendiri. Tentu lebih dahsyat akibatnya.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 09:50 AM | Show all posts
Bagaimana pula dengan liwat? Adakah zina? Jatuh hadas besar dan kena mandi junub? (kes semasa)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 10:57 AM | Show all posts
Bagaimana pula dengan liwat? Adakah zina? Jatuh hadas besar dan kena mandi junub? (kes semasa)
alien7749 Post at 11-5-2010 09:50


liwat itu adalah persetubuhan melalui jalan belakang.  Ini perkataan yang difahami sedemikian.  Tak perlu takrif-takrif lagi.  Hukum liwat adalah haram dalam semua mazhab sunnah wal jamaah.  Sekiranya liwat dilakukan oleh 2 pasangan bukan suami isteri, akan dikenakan hukum hudud kecuali mazhab hanafi yang menyatakan boleh dihukum takzir.  Bagi suami isteri, mazhab sunnah hanya mengenakan hukuman takzir bagi kes liwat.

Mandi junub hanya untuk pasangan suami isteri bersuci dari hadath besar (junub).  bagi pasangan bukan suami isteri (termasuk liwat jantan sama jantan), ada yang menyatakan walau mandi air 7 lautan pun tak akan suci kecuali bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 10:42 PM | Show all posts
Mandi junub hanya untuk pasangan suami isteri bersuci dari hadath besar (junub).  bagi pasangan bukan suami isteri (termasuk liwat jantan sama jantan), ada yang menyatakan walau mandi air 7 lautan pun tak akan suci kecuali bertaubat....
ibnur Post at 11-5-2010 09:57



    maksudnya, selagi belum taubat, tak boleh sembahyang lah?....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.085747 second(s), 18 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list