Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
128064
View
727
Reply

share pengalaman dlm dewan mahkamah syariah

  [Copy link]

Author: latahzan       Show all posts   Read mode

Post time 15-7-2019 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 boleh baca kat thread ni. Aku pun haritu kena cerai ngn laki aku. So esok nak submit borang pengesahan cerai luar mahkamah tu.
Time sebutan nanti, hakim cuma akan pastikan sama ada talak jatuh atau tak ke. Kalau tiba2 laki tu kata dia cuma lafaz sbb dia marah sangat and dia tak nak cerai macam mana. Pihak pmpn pun tak nak cerai jugak. Hakim akan suruh kita berbaik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 01:28 PM | Show all posts
Nak tanya pada sesiapa yg ada pengalaman atau ada info..sy dah selesai sebutan kes Hak Penjagaan anak bulan lepas. Tapi baru sekarang perasan, mcm mana nak dptkan surat tu ye? pihak mahkamah akan pos atau kita kena pegi collect?

Terima kasih in advance pd yg sudi reply..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam. Nak share aritu awal bulan dah pegi Mahkamah. Alhamdulillah saya buat fast track. Semuanya dipermudahkan. Masa masuk dewan bicara tunggu giliran kes dipanggil, tengok kes2 sebelum dibicara memang takut tgk hakim tanya soalan2, takut tak boleh nak jawab masa giliran saya. Tapi Alhamdulillah masa turn saya, semuanya dipermudahkan. Rasa kes saya dibicarakan dlm 10 - 15  mnt mcm tu. Mgkn jugak sbb dua2 pihak bagi kerjasama. Hakim tanya soalan kat saya and bekas suami lepas tu terus bagi keputusan. Hakim suruh saling bermaafan. Lepas lafaz talaq terus rasa lega sgt2. Sebab semuanya selesai tanpa ade pergaduhan. Seram jgk dgr kes2 lain tu, mcm2 kisah ada. Semoga dpt jd pengajaran kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru amik borang, takde pengalaman lagi. Tapi nak cite gak
Lepas raya haji dah nekad nak byebye. Usung le anak kulur kilir. Pi MRS sinun eh kosong je parking. Tgk banner, eh tukar dah tempat. Belakang rumah je. Time tu berbunga hati macam dipermudahkan gitu. Call tempat baru, confirmed boleh buat permohonan cerai. Sampai tempat baru, "bukan kat sini...yg sinun"
Terus terduduk. Meleleh air mata. Selama di-ignore sang suami walaupun sebumbung, ku kuat saja. Tapi dugaan yang ni terus jatuh melepek. Terpikir nak balik rumah ke nak datang MRS to proceed. Aku decided utk proceed.

Patah balik sana...haa..ramai jugak.
Mostly cerai fast track.
Sampai giliran kat kaunter org tanya nape nak cerai?
Terus tokleh jawab. Cuma geleng kepala. Dia bgtau proses and cara siapkan borang. Kena cop pesuruhjaya sumpah, surat pemastautin..mmg leceh. Nak nak aku tak berkenderaan. Mengharapkan grab. Rasa give up gila tapi ni dah one step closer nak submit. Tunggu surat pemastautin yang tak pasti kenapa susah sangat masjid nak cop

Part lakiku...dia buat bodo je...
Nampak gaya macam liat sgt ni nak lepaskan aku.
Camne la nak buat ye...dah ada yg baru, bini pun nak undur diri. Ku ajak buat cara mudah fast track pun dia buat bodo je. Stress mak!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:17 PM | Show all posts
kimbora replied at 15-7-2019 09:24 PM
Macam2 boleh baca kat thread ni. Aku pun haritu kena cerai ngn laki aku. So esok nak submit borang p ...

lafaz walaupun sebab marah, talak tetap jatuh...  biarlah suami taknak ke, isteri taknak ke, tetap jatuh...  kalau masih nak bersama, kena rujuk la... kalau tempoh iddah dah lepas, kena nikah semula...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts

27/6/19 Sebutan kali pertama
Refer post #703

22/7/19 Sebutan kali kedua
Suami masih tak hadir. Hakim arahkan lantikan hakam. Actually i tak dengar sangat (lebih kpd tak faham) apa yg hakim cakap. Alhamdulillah i ada engage lawyer. Lepas je settle sebutan, i terus keluar dewan dgn lawyer sampai terlupa nak collect ic. Lawyer cakap dia terkejut sbb hakim dah skip 1 step. Sepatutnya step selepas ni adalah pengesahan berlaku syiqaq.

Pembantu mahkamah kejar i sbb nak pulangkan ic. Pastu lawyer tanya dia...kena lantik hakam terus ke? Dia jawab aah. Hakam panel. Pastu lawyer tanya balik. Betul ke hakam panel? Dia cakap nanti dia recheck n call lawyer tu balik.

Seminggu lepas naik court tu, i pun call lawyer, sbb nak tanya dia, mahkamah arahkan i lantik hakam family ke tak. Lawyer kata kena lantik hakam family n kena bawa masa next bicara. I pun discuss dgn abg n dia agree utk jadi hakam i.

29/8/19 Cerai talak 1 melalui hakam
8.45 am i, abg i dgn wife dia dah sampai court. I pun whatsapp lawyer bagitau dia i dah sampai n ada bawa hakam. Dia jawab otw. Around 9.30 dia WA kata dia silap court. Dia pegi court petaling, sedangkan kes i kat bangi. Hangen je i. Dah la weols tunggu dekat sejam dah.

Around 10.30 dia sampai court. Kitorang pun masuk dlm dewan bicara. Pastu nama i kena panggil. Lawyer pun bagitau hakim yg plaintif (i la tu) ada bawa hakam. Hakim buat muka pelik...pastu dia cakap bukan hakam keluarga, hakam panel. Pastu 2 org hakam panel pun duduk sebelah lawyer. Hakim cakap .... (I tak dgr n tak faham) dlm 2 minit, pastu lawyer cakap kat i dah. Kitorang semua keluar dari dewan bicara. Rupa-rupanya ni proses lantikan hakam. Hakam ni mahkamah yg lantik.

Hakam panggil i ikut diorang masuk bilik lain (mcm bilik kaunseling). Diorang suruh i tunggu kat luar bilik tu dulu...dlm 1/2 jam diorang panggil i masuk. Hakam ni ada 2 org. Sorang mewakili i, sorang lagi mewakili my ex. Diorang pun start interview i kenapa nak cerai bla bla bla. Apa2 bukti boleh tunjuk kat hakam.

Bukti i yg paling kukuh adalah gambar anak i kena rotan. Mmg teruk dia kena rotan. Ni berlaku tahun 2016. Last sekali hakam tanya, nekad ke nak cerai? I cakap nekad. Lepas tu hakam suruh i pegi balik dewan bicara. Masa ni dah pukul 12++.

Kat dewan bicara dah tak ramai org. Tinggal sorang 2 je. Pastu nama i dipanggil semula. Hakam 1 (wakil i) bentangkan report dia. Pastu hakim tanya pada i...bila date keluar rumah. Bila last bersama. Lepas bersama dah dtg period ke belum. Hari ni suci atau tak. Pastu hakim suruh hakam 2 (wakil ex) lafazkan cerai. Hakim sambung iddah start hari ni (29/8) selama 3 kali suci. Alhamdulillah settle.

Air mata i berlinang juga. Tapi nak kata sedih sangat tak jugak. Nak kata happy pun tak.

Mcm i bagitau dlm post sebelum ni, lawyer estimate i kena pegi court at least 6x. Step dia mcm ni;
1. Sebutan kali pertama
2. Sebutan kali kedua
3. Pengesahan syiqaq
4. Lantikan hakam family
5. Lantikan hakam panel
6. Keputusan

Kes i hakim skip step 3&4. Step 5&6 dibuat dlm masa 1 hari. Lawyer pun terkejut sbb laju betul hakim ni. Apa2 pun i bersyukur.

Sorry ye panjang sangat. I tak tau nak summarize.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
rahana347 replied at 30-8-2019 11:27 PM
27/6/19 Sebutan kali pertama
Refer post #703


kalau Tuhan permudahkan, memg mudah la jalannya....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 03:21 PM | Show all posts
Alhamdulillah, khatam sudah selama 2 hari.

Aku doakan kepada semua yang sedang dalam proses bercerai or apa2 sahaja kes. Semoga Allah permudahkan urusan dan mendapat penyelesaian yang lancar.

Aku pun tengah dalam dilema. Cuma xtau nak buat apa. Tengah berperang dengan diri sendiri.

Cuma nak tanya korang2 yang bercerai dengan amannya nih. Macam mana korang berbincang ye?

face 2 face ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.073271s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list