Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
110147
View
1717
Reply

Mercedes GP Petronas..

[Copy link]

Author: yastross       Show all posts   Read mode

Post time 26-1-2010 03:28 PM | Show all posts
mclaren dah mula risau
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2010 04:48 PM | Show all posts
Tak ade driver no 1 dlm team Merc Gp...kata Brawn..

    I would dispute this title of the number one driver C the number one driver is the fastest one, explained Brawn. Whoever is the fastest driver and winning the most races, you can argue is the number one driver. We will give maximum support to both drivers.

    Of course if a championship starts to develop, where one driver has a greater chance of winning the championship, or it becomes numerically possible only for that driver to win the championship, then there may be different priorities.

    It will be absolutely evenly split and I think we demonstrated this past season that we gave both Jenson [Button] and Rubens [Barrichello] absolute equal support.

    That will be the case this year and it is there for both drivers to establish their positions, beat each other, compete with each other but do it in the correct fashion in a constructive way. That will be the strength of the team to achieve that. We dont have a number one driver and we dont intend to have a number one driver.

Message to Rosberg!!! Beat Schumacher and you have nothing to worry about at Mercedes GP..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 07:09 PM | Show all posts
100# weta_studio
shell dah berpatah hati....

tak nak taja dah 7 WC.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 09:32 PM | Show all posts
i'm suprise at petronas

cuma leh hijau kat nama petronas je, nampaknya petronas kalah ngan merc gp
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 08:13 AM | Show all posts
apa yg penting sgt kaler ijau tu?at leas logo n nama petronas tu dh ada...masa bmw lagi takde langsung kaler ijau...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 11:24 AM | Show all posts
ade la skit kaler hijau

even tak byk
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 11:25 AM | Show all posts
yesssss betul tu... time BMW tak de langsung hijau...

yg ni ade gak... kire ok la tu... garang gak design merc ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 11:34 AM | Show all posts
107# akughi design kereta or livery tu??
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 01:57 PM | Show all posts
hijau tulisan tu pun tak brapa nampak, aku tgk cam kaler itam je
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 03:55 PM | Show all posts
108# weta_studio


dua dua pun ade kan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 05:10 PM | Show all posts
amende dua-dua, kaler hijau & itam ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 08:15 PM | Show all posts
Mercedes Petronas ni jadi tumpuan ramai....

sesion lepas Mclaren jadi tumpuan, alih-alih tak menyerlah...

mungkim jugak la firasat aku team ni akan jadi macam mclarens tahun lepas....

terkial-kial....... pujian driver melebihi segalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 09:24 PM | Show all posts
dengan adanya michael dengan tok guru brawn....

jadi competitor championship tim ni....

aku nak sokong ferrari salah nak sokong merc salah..

patut michael dok dengan alonso kat ferrari...

suruh michael ajaq skit budak sepanyol tu the german way
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 06:36 AM | Show all posts
113# hyphrigian

dah bagi peluang....

tapi tak dapat nak ajaq jugak budak spenis tu.....

dapat jadi WC lagi, tu yang merapu nak bersara.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 01:53 PM | Show all posts
dah bagi peluang....??

peluang di Mclaren menang WC ke3..

pastu peluang kedua dalam Renault menang WC....

then peluang lagi diberi oleh Ferrari.3 team memberi peluang utk menang WC lagi...

lepas Ferrari..maybe MercedesGP..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-1-2010 09:00 AM | Show all posts
F1: GP Malaysia awal satu jam
Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek (kanan) dan
penasihat Petronas, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat jentera Mercedes GP Petronas di Suria KLCC, Kuala Lumpur semalam.

MUNGKIN kerana tidak mahu insiden sama berulang lagi, perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia edisi ke-12 tahun ini akan bermula pada jam 4 petang berbanding 5 petang seperti musim lepas.

Perlumbaan GP Malaysia musim 2009 menyaksikan satu sejarah tercipta apabila perlumbaan di Litar Sepang itu terpaksa ditamatkan lebih awal selepas tertangguh lebih dua jam berikutan hujan lebat.

Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antrabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali memberitahu, perubahan masa itu tiada kaitan dengan insiden tersebut.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua SIC mengubah waktu perlumbaan di mana sebelum musim 2009, jadual perlumbaan telah pun diubah kepada 5 petang daripada waktu asal dalam sepuluh edisi lalu iaitu 3 petang.

"Bagi perlumbaan musim 2010 ini, kami telah mendapat persetujuan daripada Persekutuan Aotomobil Antarabangsa (FIA) untuk mengubah masa perlumbaan dari jam 5 petang tahun lepas kepada jam 4 petang.

"Perubahan ini dilakukan bagi menarik lebih ramai penonton dari benua Eropah dan benua lain, sekali gus menambah jumlah bilangan peminat F1 yang menyaksikannya di rumah," kata Razlan pada sidang akhbar pelancaran kempen I Love F1 di Suria KLCC semalam.

Sementara itu, pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir berkata, perubahan masa itu amat sesuai kerana ia memberi peluang kepada peminat F1 seluruh dunia terutamanya di Eropah menyaksikannya secara langsung menerusi televisyen.

Namun ketika ditanya sama ada SIC akan menggunakan khidmat bomoh hujan bagi mengelak insiden tahun lepas berulang, Mokhzani menjawab: "Perkara ini susah untuk dijawab. Biarlah yang berkuasa (Tuhan) menentukannya."

Mokhzani turut menambah bahawa SIC akan menampilkan kelainan pada perlumbaan GP Malaysia 2010 dengan pelbagai program diatur kepada peminat F1 yang hadir menyaksikannya di Litar Sepang.

"Saya percaya dengan kehadiran semula juara tujuh kali, Michael Schumacher dari persaraan, ia akan menarik lebih ramai peminat F1 tempatan datang menyaksikan kehebatannya.

"Namun, selain Schumacher, SIC juga menyediakan pelbagai lagi aktiviti menarik bagi peminat yang datang ke SIC menerusi kempen I Love F1 ini.

"Antaranya ialah empat pas percuma kepada peminat bertuah menyaksikan perlumbaan di petak permulaan, 20 pas masuk melawat dan menyaksikan perlumbaan di pit pasukan terpilih, cabutan bertuah dan pelbagai lagi," tambah Mokhzani.

Perlumbaan GP Malaysia musim 2010 akan berlangsung pada 2 hingga 4 April depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-1-2010 09:02 AM | Show all posts
Rosberg dijamin dapat layanan adil

MADRID - Nico Rosberg diberi jaminan akan mendapat layanan sama rata dengan rakan sepasukannya, Michael Schumacher jika memenangi perlumbaan pembuka musim Grand Prix (GP) Bahrain pada 14 Mac depan.

Ketua pasukan Mercedes GP Petronas, Ross Brawn berkata, dia yakin Schumacher akan membantu Rosberg meraih gelaran sulung dalam kariernya dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

"Saya tidak mahu hanya Michael (Schumacher) mendominasi perlumbaan. Saya mahu kedua-dua mereka berlumba dengan gigih dan memenangi perlumbaan.

"Pada akhirnya, kami mahu memenangi kejuaraan," kata Brawn kelmarin.

Brawn menambah, dengan kepakaran serta pengalaman luas yang dimiliki Schumacher akan membantu Rosberg menjadi seorang pemandu yang berbakat dan digeruni suatu hari nanti.

"Ini adalah salah satu sebab kenapa Nico tidak dapat memberi saingan yang sengit," katanya.

"Kedua-dua mereka perlu bekerja keras untuk menewaskan satu sama lain tetapi jika ia berlaku dengan semangat dan cara yang betul, mereka akan berjaya.

"Saya lihat mereka sebagai gandingan yang baik dan saya berbangga Nico terbabit dalam situasi ini.

"Mereka bekerjasama dan saya yakin Michael akan dapat membantu Nico mengembangkan kariernya.

"Michael telah kembali daripada persaraan tetapi kami perlu terima hakikat bahawa dia akan bersara buat selama-lamanya dan ketika itu, kami mempunyai Nico." - AP
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 08:24 AM | Show all posts
best ape race dalam hujan
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 12:27 PM | Show all posts
117# yastross

ye la tu adil

dengan schumacher & brawn takkan ada istilah adil

jangan salah faham, ni sebab setiap strategy dan car development schumacher yg involve sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 12:51 PM | Show all posts
114# Yo-Ya


bagi MS dok sekali dengan alonso kat ferrari....

baru dia tau 2x WC dengan 7x WC..beza banyak kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.078261s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list