Drama & Realiti TV

NonaNaga Lv.11 21#

aku tak salah rosham nak jadi hero...tapi kalau takat2 citer recycle cinta terhalang anak org koporat ni cam bowingkkkk jerk.....g pun nampak sgt kertu rosham dlm citer ni nak berchenta cam anak remaja....cubalah buat skrip lain.....lelama produk suhan dah ala2 rashbir media jer....boleh baca...boleh tau sapa berlakon...leh tau lokasi...leh tahu sapa dato sapa datin...boleh tau ada org tak jujur dlm syarikat....so on....on....and on....

nazihamrun Lv.9 22#

kekdahnye seme cerita kena ade sawah padi sekarang ni ek

hijau88 Lv.22 23#

Quote: kekdahnye seme cerita kena ade sawah padi sekarang ni ek
nazihamrun Post at 6-1-2010 23:01


hikhikhik... penangan Nk kan.

nazihamrun Lv.9 24#

23# hijau88

ish..sini pun hade jugak..pi balik umah..haha

skymania Lv.20 25#

melissa maureen tuh nanti sker kat rosyam nor gak ker??

haiku Lv.11 26#

Nigina bongkar perebutan kuasa dunia korporat

ANTARA cinta sejati dan kemewahan hidup, pemburuan kekayaan dan mengejar kenamaan, apakah anda sanggup memusnahkan kebahagiaan orang lain untuk mencapai tujuan itu. Itu adalah antara moral cerita yang diselitkan dalam drama bersiri terbaru Nigina menerusi slot Samarinda di TV3.

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang mengisahkan perebutan kuasa dalam dunia korporat ataupun pergolakan kehidupan kelas atasan itu sudah menemui penonton bermula 6 Januari lalu dan turut disiarkan setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

Nigina dan Iskandar mula bercinta semasa melanjutkan pelajaran di Australia. Iskandar berasa dirinya amat bertuah untuk berkawan dengan Nigina, anak kepada Datuk Hambali yang rendah diri. Iskandar mahu mengubah nasib keluarganya yang miskin.

Selepas tamat pengajian, Nigina mengesyorkan Iskandar sebagai Pengurus Projek kepada ayahnya di Warisan Sdn Bhd. Iskandar bercita-cita tinggi untuk mengahwini Nigina dan berharap dia akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kelak. Dengan itu, Iskandar dapat mengukuhkan lagi kedudukannya di dunia korporat. Kehadiran Iskandar di Warisan Sdn Bhd menarik perhatian Sofea, anak kepada Datuk Suffian, rakan kongsi Warisan Sdn Bhd.

Prestasi Iskandar amat cemerlang dan mendapat kepujian Datuk Hambali dan Datuk Suffin. Natasha membawa usul projek untuk mengusahakan sebidang tanah di Capetown untuk pusat peranginan moden. Natasha berjaya mempengaruhi Datuk Hambali dan Iskandar untuk melabur dalam syarikatnya yang sebenarnya tidak wujud.

Pelaburan itu gagal dan Datuk Hambali kehilangan sahamnya di Warisan Sdn Bhd dan meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung. Nigina mula menjauhkan diri daripada Iskandar dan memulakan kehidupan baru bersama ibunya, Datin Salmie. Hubungan Nigina dan Iskandar menjadi dingin. Sofea merancang sesuatu. Iskandar berada dalam dilema selepas insiden kemalangan yang menyebabkan Sofea hilang ingatan. Datuk Suffian memaksa Iskandar untuk bertanggungjawab dengan mengahwini Sofea. Nigina sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan Sofea dan Iskandar.

Hidup Nigina musnah selepas kehilangan Iskandar dan haknya dalam syarikat. Selepas setahun, Nigina kembali untuk menuntut haknya dan berusaha membina semula empayar perniagaan ayahnya.

Bagaimanakah kesudahan Nigina dengan Iskandar? Mampukah Nigina berjaya dalam dunia korporat yang penuh dengan pancaroba dan tipu muslihat? Drama yang diterajui Rosyam Nor (Iskandar) dan Emelda Rosmila (Nigina) itu turut dibintangi Melissa Mauren (Sofea), Datuk Jalaluddin Hassan (Datuk Hambali), Aida Radzwill (Datin Salmie), Salina Saibi (Natasha), Hafizzuddin Fazil (Datuk Suffian), Rosnah Johari (Datin Nora), Norliah Ghani (Mak Kiah), Hush Hung Shen (Jason), Coolan Khoo (Datuk Robert) dan Yus Waisar (Azman).

xmynnx Lv.12 27#

giler poyo la rosyam ni xabes2 nk jadik hero..
org dh bosan dh dgn cite terbitan die nih..
balik2 watak hero (tua) yg kaya suke heroin muda yg naive..
lps tuh nama nk letak yg sedap2 jek..
daniel, danish, emran, bla bla bla..
10 taun lepas aku bleh terima la skarang ni gile bosan aku dgn die nih..

adifrs Lv.15 28#

haa.. tul lah tu
jalan cite nye pun same jek....
cinta...harta....cinta .....harta
bosan plak lelame.........adeh:geram:

yesha Lv.5 29#

dh tgk cite ni semlm..sgt nmpk la rosyam tu dh tue..feelin bdk lpsn u br abih blaja pelik lak nengoknye....nape die xnk ambik hero lain eh..kn ramai hero yg mude2..
ataupun die nk save budget..

arisa_imamura Lv.9 30#

best ke cite ni semalam? iols telepas tgk..bukak2 dah ujung cite nampak emelda pakai kain batik

daai_violet Lv.8 31#

cite rosyam noon nie same jer

letizia Lv.7 32#

23# hijau88


aah kan sekarang ni bila tengok drama mesti ada sawah padi.... NK u change the world..oppps sori salah rumah, balek dulu arr sebelum kena suruh balik rumah sendiri....

babycc Lv.14 33#

kenapa x rosyam tuh jadi watak jalaludin hassan jer.. watak dier tuh kasik kat fahrin ahmad.. kan best.. hehe

eddlisa_uyuk Lv.22 34#

patut cari hero muda sikit......

ada ke umur cam rosham tuh pegang watak org baru nak cari keje cam tuh

daai_violet Lv.8 35#

semalam sempat tgk skit. dah nampak sgt tua nya rosyam noor

Syd Lv.22 36#

34# eddlisa_uyuk



baru nak carik keje semula..
setelah lama tak keje.. haha...

Syd Lv.22 37#

si melissa tu..
dah 4 segi bentuk badan dia dahh...

xmynnx Lv.12 38#

Quote: kenapa x rosyam tuh jadi watak jalaludin hassan jer.. watak dier tuh kasik kat fahrin ahmad.. kan best.. hehe
babycc Post at 8-1-2010 00:22


dia xmau terima kenyataan yg die nih dh xlayak pgg watak hero muda..
tu yg still xmalu brcinta dgn heroin yg sparuh umo die tuh..

AnisSuraya Lv.14 39#

Tak tengok citer ni....sebab mcm tak best dan mcm biasa...tajuk lain tapi jalan citer lebih kurang jerr...pelakon yg jadi hero lak...rosyam noor...adehh....dah tua bangka masih perasan umur muda belia...tak sesuai lah utk pegang watak hero yang baru abis belajar kat U...umur dah dekat 50 tahun masih nak pegang watak umur 20-an ke?..please lah ! Terima lah hakikat yang awak tu dah tua, dah tak sesuai dah pegang watak lelaki muda bujang umur 20-an gituk...penonton meluat, tau dak!!!!...kalau heronya tu Azad jazmin ke, remy ishak ke, aaron aziz ke, fahrin ke, nak jugak anis menontonnya...ni rosyam noor...ishkk..baik layan tidurrr lagi bagus..hehee

nazihamrun Lv.9 40#

32# letizia

haha..rasa pedas ke? <-- ditujukan kpd diri aku sendiri..
1234.. 5Next