Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
82707
View
199
Reply

Peluang Kerja di Australia or NewZealand

[Copy link]

Author: tomz       Show all posts   Read mode

Post time 9-5-2013 04:45 PM | Show all posts
Utk yg dah bosan kerja kat malaysia dan tak tahu cara nak kerja diluar negara:

1- Cari contect org malaysia yg berkerja diladang atau dimana2 saja di australia, minta dia carikan kerja sementara selama 3 bulan.
2- Apply online visa pelancung (approved dlm masa 4,5 hari).
3- Bank statment (Jumlah duit dlm acc bank mesti lah cukup buat anda berbelanja menampung hidup per minggu, selama anda kesana), klu tak ada duit senang je, pinjam dgn sedaramara, masukan kedlm acc bank anda, dapatkan acc bank statment dan pulangkan kembali duit yg anda pinjam.
4- Anda harus di interview oleh imigresen australia di airport, tip utk melepasi interview: jgn tunjuk muka over confident dan jangan tunjuk muka takut2, sure lepas. Utk meyakinkan lagi, sebaiknya anda bergi berdua atau berempat, klu berdua lagi baik dgn pasangan anda(perempuan), sure lepas, cakap je gi honeymoon.

5- Cari rakan contect anda itu dan tumpang dirumahnya dgn sedikit bayran dan berkerja lah selama 1 bulan atau 3 bulan atau selama anda disana. Semasa berkerja pastikan anda berhati2, sebab polis aus ada buat rush mengejut, jika umur anda masih 30 thaun kebawah ada baiknya anda aplly WHV(working holiday visa), supaya anda dapat berkerja dgn aman.

Gaji berkerja diladang buah/sayuran: AUS dollar 15 sejam, 1 hari kerja 8 jam, seminggu kerja 5 hari, 2 hari buat jalan2....

AUS dollar 15 X 8 jam = AUS dollar 120 1 hari, AUS dollar 120 X 5 hari = AUS dollar 600 seminggu.

Minggu kedua anda tidak perlu berkerja lagi, pergi lah berjalan2 dgn pasangan anda sepanjang minggu itu....minggu ketiga anda kembali berkerja.

dah puas berjalan2, baki 2 bulan lagi anda berkerja sepenuh hari dan minggu:

AUS dollar 120 X 6 hari seminggu = AUS$720
Simpan AUS$720 X 5 minggu = AUS$ 3600....bawa balik ke malaysia.

AUS$3600 X 3.0 = RM10,800.00

Anda sudah ada duit modal utk dibayar kepada agen dan anda juga masih ada duit baki sebagai duit poket utk next trip nanti.

Kesimpulanya:
Anda dapat melancung, anda dapat berbelanja, anda dapat simpan duit modal dan anda dapat pengalaman dan kepuasan, yg org lain tak dapat.

Pergi jumpa Agen yg saya recommandkan ini, kasi dia RM5000.00 dan tunggu tarikh utk anda berangkat semula ke australia, kali ni utk berkerja selama 2 tahun pula dan berkerja dgn aman damai.

sekian wasalam...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 04:55 PM | Show all posts
Dijemput ke sesi penerangan dan taklimatnya dan sila call hp no yg tertera utk sesi peneranganya....


Last edited by sat_core on 1-6-2013 03:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 04:58 PM | Show all posts
Utk coming punya sesi penerangan/taklimat:

Tarikh: 12 May 2013

Lokasi: Lodge 18 Hotel Bagan, Butterworth, sebelah padang MPSP.....level 2, pada pukul 12 tengahari.

Last edited by sat_core on 9-5-2013 11:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 05:04 PM | Show all posts

                                                                                                                        Maklumat utk mereka yg tiada keberanian utk mengubah hidup, tapi teringin sangat nak berubah atau keluar dari kepongpong kehidupan sekarang

Statistik tahun 2009:

Rakyat malaysia telah berhijrah keluar negara mencari rezeki ada seramai 785,000 org...

dari jumlah itu berapa ramaikah dari golongan bangsa melayu????

agak2 berapa ramai???

70% dari jumlah itu adalah dari kalangan bangsa MELAYU!...

antara 3 bangsa ni, melayu lah yg paling ramai...

Cina Malaysia - hanya 25,107 org.

India Malaysia - hanya 1,347 org

Tak kisah lah melayu yg berhijrah tu atas alasan melayu miskin atau melayu kaya....

kesimpulanya: "MELAYU SEMEMANGNYA PEMBERANI"               

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 05:05 PM | Show all posts
Kalau diikutkan statistik daripada kementerian di mana orang Melayu sendiri adalah yang paling ramai berhijrah ke luar negara. Kenapa mereka sanggup tinggalkan negara sendiri dan meredah hidup di rantau orang? Sebab?

Tak payah jauh pun, kawan saya sendiri yang bekerja di Brunei pernah beritahu saya yang mana gaji lumayan yang diterimanya adalah faktor utamanya bertindak sedemikian. Jikalau company di sana boleh menawarkan tawaran gaji 3-4 kali ganda daripada apa yang diperolehi di Malaysia, siapa yang tidak mahu ambil peluang ini. Kawan saya pekakkan telinga sahaja apabila dikatakan tidak mengenang jasa negara, blablabla. Yang pentingnya,  at the end of the month dia dapat apa yang dia impikan untuk kehidupannya pada masa depan. Itu kata kawan saya. Bagaimana pula yang lain?

Bagi mereka, mungkin ini jalan yang terbaik untuk masa depan mereka sendiri. Tidak salah rasanya nak tinggal dan kerja di luar negara hatta sampai 20 tahun pun, yang pentingnya ilmu dan pengalaman yang dikutip di sana dapat dikongsikan akhirnya dengan masyarakat di sini. Bagi saya sendiri sememangnya menyokong sesiapa yang ingin kerja di luar negara dengan tujuan menambah pendapatan dan juga pengalaman, asalkan tidak lupa kepada tanahair sendiri, Malaysia yang tercinta dan satu lagi jangan sesekali menyerahkan kerakyatan.               
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 05:26 PM | Show all posts
Maklumat dibawah saya copy and paste dari laman bloq seseorang yg menawarkan perkidmatan ini, contect no nya tidak saya sertakan atas sebb saya tidak tahu agen ini benar2 genuine atau tidak, bedarsarkan maklumat yg dicerita dibawah adalah sangat benar, hasil rujukan saya dari mereka2 yg dah dan sedang berkerja di Australia.

Tahukah anda dengan dengan bekerja memetik buah sahaja di Australia anda mampu memperolehi pendapatan RM10 ribu ke RM15 ribu sebulan!!.Gaji yang tidak mungkin anda perolehi bila bekerja diMalaysia. Dengan hanya bekerja 8 jam hingga 10 jam sehari atau 6 hari seminggu anda boleh memperolehi pendapatan lumayan di atas dengan hanya bekerja sebagai pemetik buah di Australia.
Berbeza dengan di Australia gaji sejam bagi kerja memetik buah adalah AUD13 ke Aud15/jam atau RM45 sejam.Sekiranya anda bekerja 8 atau 10 jam sehari saja anda boleh mendapat RM450-RM480 sehari.Cuba darabkan dengan 26 hari waktu bekerja ? Lumayan bukan..!

Apakah kelayakkan untuk anda bekerja di Australia !!


•        Tawaran ini terbuka kepada warga Malaysia, Indonesia sahaja.

•        Anda sihat tubuh badan , rajin, berdisiplin dan mempunyai semangat untuk  mengubah hidup anda manjadi seorang insan yang berguna untuk  membantu diri anda serta keluarga.

•        Anda sudah bosan dengan keadaan dan tempat kerja anda.Anda ingin melancung sambil bekerja.Ini adalah peluang baik buat anda.

•        Anda boleh bekerja 3-6 bulan di Australia dapat simpan duit RM40ribu ke RM50Ribu dan balik ke Malaysia.

•        Anda ingin memulakan perniagaan tetapi tiada modal.Ini peluang yang baik buat anda.


•        Anda menghadapi masalah kewangan untuk membayar hutang PTPTN, Hutang Along, hutang credit card, hutang loan dan macam-macam hutang.Peluang ini terbuka untuk anda menyelesaikan masalah anda itu.


•        Anda tidak punya pengalaman kerja  dan pendidikkan tetapi ingin mencari pengalaman bekerja di Negara Luar.Australia mungkin sesuai buat anda.

•        Anda telah lama bersara seperti tentera dan lain-lain kami ingin menjemput anda.


•        Anda seorang lulusan universiti atau institusi pengajian tinggi yang masih menggangur saya amat mengalu-alukan anda untuk bekerja di Australia.

Sekiranya anda benar-benar berminat saya boleh membantu anda sedaya upaya saya.
Ok hubungi saya bila-bila masa sekiaranya anda betul-betul berminat . . . !!!

Last edited by sat_core on 9-5-2013 11:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 05:57 PM | Show all posts
Maklumat tempat tinggal jika anda ingin teroka/explore australia dgn sendiri:

Harga:

Dari segi harga kebanyakan hotel di pusat bandar Melbourne mengenakan sew
dalam kadar AUD210.00(RM630) hingga AUD500.00(RM1,500.00) sehari. Klu hendak bayar
lebih rendah daripada ini, maka backpaker hostel yang berkongsi bilik dgn org lain
bolehlah dipilih. Kadarnya di antara AUD25.00(RM75.00) hingga AUD40.00(RM120.00) sehari.

Hotel yg berkadar lebih rendah iaitu dibawah AUD200.00(RM600.00) biasanya terletak di luar
kotaraya
Melbourne. Misalnya di Oakleigh, Calyton, Dandenong dan Noble Park. Ianya dipanggil
Motor Home atau Inn atau Motel.


Malaysia Hall(Dewan Malaysia)
- Selain dari itu anda boleh juga menginap di Dewan malaysia
(Malaysia Hall). Dewan Malaysia amatlah murah. Paling murah berbanding dengan hotel bajet yg ada disini.
Namun begitu anda hendaklah membuat tempahan secara online dgn mengisi borang dan
menghantarnya dlm masa 2 minggu sebelum menginap. Anda akan dapat bilik sekiranya ada kekosongan.
Namun hanya warga negara Malaysia sahaja yg layak menginap di sini.
Jadi kepada org singapura atau brunai, mohon maaf lah. Dah dasarnya begitu.

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 09:01 AM | Show all posts
berhati2 dgn agent, bnyk yg xboleh dipercayai
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 11:02 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 10-5-2013 09:01 AM
berhati2 dgn agent, bnyk yg xboleh dipercayai

Yup! betul harus lebih berhati2, masih ramai yg menipu, check betul2 pada yg berminat....moga dilindungi Allah dari segala penipuan.....Aminnnn!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 09:34 PM | Show all posts
cerita lama...

DI LEMA PERJUANGAN :Australia Lagi


Program Pemulihan Khas Sara Hidup - Bekerja Luar Negara

Baca lanjut disini: http://dinogombak.blogspot.com/2013/02/msmw-2013-live.html

dan disini: http://dinogombak.blogspot.com/2012/06/di-lema-perjuangan.html
Last edited by sat_core on 14-5-2013 09:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 09:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 09:04 AM | Show all posts
sapa 2 boleh contaact aku kat sini bagi kerja ....aku baru sampai dah kerja ..dan mencari peluang lagi baik ... dan info ...tq all

fb hilmi kasiran

amieszero@yahoo.com
ada  pengalaman car mechanic...
Last edited by hilmi.kasiran on 18-5-2013 09:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 10:16 AM | Show all posts
Ini mungkin jawapan muktamat bagi mereka2(agen2) yg menggaku dapat menyediakan visa kerja(permit kerja) yg bukan visa pelancung...

PROGRAM PEMULIHAN KHAS SARA HIDUP (PPKSH)

Program ini adalah salah satu program tunggak bagi persatuan usahawan elite kuala lumpur dan Selangor.  Setiap kajian pasaran yg kami buat di luar Negara kami juga mencari jalan bagi membawa warga Malaysia untuk bekerja di luar Negara bagi memulihkan ekonomi para ahli yg rata-rata mempunyai hutang puitang serta bagi mereka yg bangkrup sebagai salah salah cara untuk mereka berdikari dan membayar kembali hutang mereka. Pada awal tahun 2013 pihak kerajaan Australia telah mengutuskan surat rasmi kepada kami berkenaan hasrat kami untuk membawa warga Malaysia bekerja di Australia sebagai pekerja AM. Kerajaan Australia menyatakan bahawa mereka  tiada visa bagi pekerja Am kerana  pekerja Am hanya terbuka kepada warga mereka serta pulau yg berdekatan sahaja.

Artikal penuh disini: PRU 13,BARISAN KABINET DAN PERJUANGAN KAMI
Last edited by sat_core on 19-5-2013 10:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 07:35 AM | Show all posts
Australia needs 2.4 million Skilled Migrants
Australia needs 2.4 million Skilled Migrants



Migration to Measure - Australia
Migration to Measure - Australia

SBS Australian Migration Boom Pt1

Last edited by sat_core on 30-5-2013 07:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 01:55 PM | Show all posts
Kerja di Luar Negara
sumber: Kerja di Luar Negara

Menarik? kenapa? Tidak apa yang pelik dengan data/statistik yang dibentangkan setelah soalan diajukan di Parlimen. Di sekeliling aku sendiri dapat rasakan betapa kuatnya bahang rakan dan saudara yang telah berhijrah ke luar negara. Sebab utama yang diberikan adalah kehidupan lebih sempurna.

Untuk makluman, Melayu adalah antara kaum terbesar yang berhijrah ke luar negara. Statistik pada tahun 2007 C diantara 106,000 Rakyat Malaysia telah bertukar kewarganegaraan. 79,199 adalah melayu; 25,107 Chinese, 1,347 Indians and 350 other races. Ini adalah yang telah bertukar kewarganegaraan dan bukan hanya yang bekerja diluar negara.

Aku tau ramai yang tak sokong kenyataan ini tapi hakikatnya ia adalah fakta dan sudah ramai rakyat malaysia lebih berjaya di luar negara. Teks dibawah aku cedok dari portal berita semasa.

79,199 Melayu lepaskan kerakyatan Malaysia
Sunday, 15 July 2007 07:14am
Dipetik daripada Berita Minggu (Digunakan dengan kebenaran)
DATUK Y seorang ahli perniagaan yang agak berjaya. Beliau kini berusia 54 tahun. Beliau membuat keputusan untuk menjual perniagaannya dan berhijrah ke United Kingdom (UK) dua tahun lalu. Beliau membuat keputusan itu kerana dua orang anaknya kini sudah bekerja, seorang di Sydney, Australia dan seorang lagi di Hong Kong. Dua yang lain masih menuntut, seorang di sebuah public school terkenal di London dan seorang di salah sebuah universiti di Wales.
Bagi Datuk Y, keputusan itu tidak mudah. Saya sayangkan Malaysia, dan terhutang budi, keluarga dan saudara mara saya semuanya di Malaysia. Kenapa berhijrah? Beliau memberikan alasan pendidikan untuk anak-anak dan peluang pekerjaan mereka sebagai alasannya. Saya bekerja selama ini untuk mereka, saya mahukan yang terbaik untuk mereka.
Datin M bercerai dengan suaminya lima tahun yang lalu apabila Datuk S mengahwini seorang gadis jelita. Datin M membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia bersama-sama tiga anaknya ke Melbourne, Australia. Beliau boleh hidup agak selesa kerana pembahagian harta sepencarian yang agak lumayan ekoran penceraian itu. Seorang anaknya sudah bekerja, dua yang lain masih menuntut di universiti, di Brisbane dan Melbourne.
Alasan Datin M untuk berhijrah mungkin lebih mudah diterima. Beliau memberitahu saya alasan utamanya kerana membawa hati yang luka. Katanya, Saya mahu pergi jauh dari apapun yang mengingatkan saya pada masa lalu. Mengapa tidak tinggal sebagai warganegara Malaysia tetapi bermaustatin di Australia? Saya mengikut suara hati anak, katanya. Mereka fikirkan masa depan.
LJ memilih untuk berhijrah ke Auckland, New Zealand enam tahun yang lalu. Dia seorang akauntan yang mendapat pendidikan di Auckland. Pada mulanya dia hanya mahu bekerja di Auckland selepas menamatkan pengajiannya, untuk mencari pengalaman. Selama tiga tahun beliau bekerja di Auckland kemudiannya pulang ke Malaysia. Saya hilang punca di KL, katanya. Dia kembali ke Auckland tiga tahun kemudian. Setelah mengahwini seorang wanita berkulit putih dia merasakan tidak ada keperluan lagi untuk pulang ke Malaysia. Dia kini menjadi warganegara New Zealand.
Bagi LJ, terlalu banyak yang tidak kena mengenai Malaysia. Namun demikian, beliau menyedari potensi yang ada pada negara asalnya. Tapi beliau merasakan bakat dan kemampuannya tidak dihargai. Terlalu banyak yang menyebabkan dia kecewa C dari isu pilih kasih, etika profesionalisme, amalan perniagaan hinggalah situasi politik. Beliau hanya mahu pergi jauh dan mencuba nasib di tempat orang.
Buat research, jumpa artikel dibawah diantara jawapan di parlimen apabila soalan yang sama diajukan

Apa yang aku bayangkan, akan ramai rakan-rakan dan saudara mara marah sekiranya aku juga sampaikan hasrat sama untuk berhijrah. Antara desingan yang bakal didengar adalah
  • Tidak mengenang jasa
  • Lebih baik negara sendiri
  • Dah tak ingat sedara mara di malaysia
  • Ohh.. Melayu mudah lupa   kekeke

Masing-masing ada alasan tersendiri untuk berhijrah bukan? Aku sendiri juga ada alasan sekiranya aku mahu berhijrah. Yang penting biarlah ia kerana Allah dan ia untuk kearah yang lebih baik. Kita juga janganlah sampai lupa tanahair sendiri bila berhijrah ke negara lain nanti. Kesempatan aku masa business trip, sempat aku bersembang dengan beberapa orang yang dah berhijrah dan mereka sudah lama di negara orang cari rezeki, mereka juga tidak nafikan keselesaan dan peluang di negara orang tetapi dalam masa yang sama, mereka tetap berhasrat untuk habiskan sisa hidup di tanahair sendiri bila bersara nanti. Chin Peng sendiri tu pun mahu pulang dan mati di tanah air.
Sekiranya aku diberi peluang, aku ingin ke New Zealand atau Australia   ,
korang free rajin-rajin tengok ranking dibawah
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_Human_Development_Index

As-Salam




Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 05:24 PM | Show all posts
siapa yg blacklist loan bank RM35 ribu kebawah sila ambil perhatian, usaha sedang giat dijalankan untuk mengeluarkan anda dari blacklisted....sila kumpul duit sebanyak RM10k dari sekarang....

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-6-2013 02:31 PM | Show all posts
maknanya perlu 10K sebagai modal untuk ke Australia?

Saya ada masalah kewangan juga. tetapi taklah sampai blacklist. Saya bekerja di sektor awam dan umur dah 35. apa yang boleh saya buat?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 07:08 PM | Show all posts
tomz posted on 5-6-2013 02:31 PM
maknanya perlu 10K sebagai modal untuk ke Australia?

Saya ada masalah kewangan juga. tetapi takla ...

lebih kurang macam tu lah, klu modal nak ke australia RM8k dah cukup, RM10k is the best, nanti saya dah dapat green light, insyaAllah saya ceritakan secara detail....lambat lagi sebenarnya, jadi sempatlah siapa2 yg berminat tu kumpul modal...target awal tahun 2014, klu lebih awal dari itu akan saya maklumkan...

Last edited by sat_core on 5-6-2013 07:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 07:35 PM | Show all posts
utk yg nak settle hutang dibawah RM35 ribu...kiraanya lebih kurang macam ni...

Kerja sebagai pemetik buah di australia:

Gaji: AUD13 Dollar utk 1 jam berkerja.
1 hari ambik kira kita berkerja selama 8 jam, 8jam x AUD13 = AUD104
1 minggu kerja 6 hari = AUD104 x 6 hari = AUD624

AUD624 ditolak AUD90(belanja makan seminggu) dan ditolak AUD48(belanja kenderaan pergi dan balik kerja seminggu)

AUD624 - AUD138 = Berbaki AUD486

AUD486 x 3.0 = RM1458

Baki seminggu dlm RM: RM1458

Simpanan utk 10 minggu = RM14,580
Simpanan utk 20 minggu = RM29,160
Simpanan utk 30 minggu = RM43,740

Berkerja hanya dlm masa 6 bulan atau 7 bulan, anda sudah boleh selesaikan hutang anda yg RM35 ribu kebawah. malahan anda mampu dapatkan lebih dari kiraan diatas jika anda lebih rajin berkerja.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-6-2013 09:23 AM | Show all posts
faktor umur 35 tahun masih boleh ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081544s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list