Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
21778
View
11
Reply

[SEJARAH] Jejak Bertapak The Series : Portugis di Melaka

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-7-2009 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 24-3-2012 13:20
Sejarah Melaka

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14.

Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusanuntuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.



Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik.Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.

Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.


Namun demikian, kemasyhuran Melaka telah bermula seiring dengan keadaan di mana negara-negara Eropah sedang membuka langkah untuk meluaskan lagi kuasa mereka ke benua Timur dan Melaka merupakan antara bandar pelabuhan yang menarik perhatian mereka. Pada tahun 1509, Diego Lopez De Squera dari Angkatan di Raja Portugal merupakan angkatan Portugis pertama telah tiba di Melaka. Selepas serangan bertubi-tubi pada tahun 1511, Melaka akhirnya telah berjaya ditawan oleh angkatan Portugis yang diketuai oleh Alfonso dAlbuquerque.

Sultan Mahmud Syah, pemerintah Melaka ketika itu, telah berundur ke Johor dan setelah bertapak di situ, orang Melayu cuba menyerang kembali orang Portugis tetapi tidak berjaya. Salah satu sebab yang menjadi kekuatan pihak Portugis adalah pembinaan kota A Famosa sebagai benteng pertahanan mereka.

Kota A Famosa telah memantapkan lagi kuasa Portugis di Melaka selama 130 tahun. Sehinggalah pada tahun 1641, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Belanda melalui serangan dan pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. Bandar Melaka hampir musnah dan dalam tempoh satu setangah abad, Belanda telah membinanya semula dan menjadikannya sebagai pangkalan tentera kerana lokasinya yang strategik bagi mengawal Selat Melaka.


Pada tahun 1795, semasa Peperangan Napoleon, Melaka telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris buat sementara bagi mengelakkan ianya ditawan oleh negara Perancis. Melaka telah dipulangkan semula kepada Belanda pada tahun 1818, melalui Perjanjian Venice. Melalui Perjanjian Anglo-Belanda atau Perjanjian London 1824 yang mengasingkan kawasan jajahan British dan Belanda, British kembali menguasai Melaka serta kawasan utara selat dan Singapura manakala Belanda di bahagian selatan selat (Kepulauan Indonesia).


Dari tahun 1826, Melaka ditadbir oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpengkalan di India. Pada tahun 1827, Negeri-negeri Selat (iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) telah menjadi tanah jajahan British dan diletakkan di bawah pemerintahan Pusat di London. British telah meneruskan kuasanya di negeri-negeri Melayu sehinggalah berlakunya Perang Dunia ke-2 .

Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British kembali menyambung penguasaannya di Tanah Melayu sehinggalah Persekutuan Tanah Melayu diisyhtiharkan merdeka oleh Y.M.Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya yang pertama pada 31 Ogos 1957.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2009 10:20 AM | Show all posts
Kedatangan orang-orang Portugis (1511 - 1624)        
                                       
                 
Setelah menakluki Goa, Portugis mendapati bukan India tetapi sebaliknya Asia Tenggara yang boleh memberi kekayaan kepada mereka. Mereka telah mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang datang ke Goa dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice
         
         
Bagi mengukur kekuatan Melaka, Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira. Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan. Penduduk Melaka tidak pernah melihat orang Eropah sebelum ini dan apabila kelasi-kelasi Portugis itu medarat, orang-orang Melayu mula mengerumuni mereka. Mereka amat terpegun dengan paras rupa serta warna kulit orang-orang Portugis ini. Mereka mula menyentuh janggut perang orang Portugis, mengusap kepala dan memegang tangan mereka dan menggelar mereka sebagai Benggali Putih.

Setibanya angkatan Portugis, Bendahara Melaka telah menerima kiriman warkah dan hadiah yang dibawa untuk dipersembahkan kepada Sultan. Pada mulanya, tetamu ini dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab Muslim mendesak Sultan dan Bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Portugis dan menyerang angkatan laut mereka. Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan mereka. Setelah mendapati rancangan mereka telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.
         
Apabila Alfonso D Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka. Angkatan D Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru. Setelah mendapat berita yang D Albuquerque dan angkatannya telah melepaskan tembakan meriam ke atas Melaka, Sultan Mahmud Syah menuntut penjelasan tentang tindakan Portugis ini. D Albuquerque menuntut pembebasan orang-orangnya yang ditawan dan bayaran pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung. Sultan Mahmud Syah menggunakan pelbagai helah dan melengah-lengahkan masa bagi memperkukuhkan lagi kubu pertahanan serta mempersiapkan segala bekalan di kedua belah bahagian Melaka yang dipisahkan oleh sungai. Pihak Portugis hilang sabar dan mengambil keputusan untuk membakar sebahagian rumah yang terletak di persisiran pantai serta kapal-kapal perdagangan yang sedang berlabuh kecuali tongkang-tongkang China dan kapal-kapal India dari Tanjung Kormorin.

Justeru, Melaka membebaskan semua tawanan akan tetapi D Albuquerque masih belum berpuas hati. Dia mengarahkan satu serangan dilakukan ke atas kota Melaka. Kota Melaka terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian utama kota dan bahagian pinggir kota di seberang sungai di mana para pedagang menetap. D Albuquerque merancang untuk menguasai jambatan yang menghubungkan kedua bahagian kota ini bagi menghalang mereka daripada saling bantu membantu di antara satu sama lain. Serangan tersebut dilancarkan pada 25 Julai 1511. Beliau sendiri mengetuai sepasukan beberapa ratus anggota tentera ke bahagian utara kota manakala sepasukan lagi bertindak menyerang jambatan. Maka berlakulah pertempuran sengit di antara tentera Portugis dengan tentera Melayu dan Jawa, yang mengakibatkan ramai yang cedera parah atau terbunuh. Pihak Portugis akhirnya terpaksa mengundurkan diri kembali ke kapal mereka dengan membawa askar yang tercedera. Serangan pertama mereka gagal.
                  
Selang beberapa hari kemudian, D Albuquerque menyerang Melaka sekali lagi dan akhirnya Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 10 Ogos 1511. Justeru, Sultan Mahmud Syah dan keluarganya berundur ke Ulu Bertam, Pahang. Pengunduran Sultan ke Ulu Bertam membolehkan pihak Portugis melenyapkan saki-baki tentangan dari tentera diraja yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Gujerat dan India. Tentera Portugis menawan setiap penjuru kota serta membunuh sesiapa sahaja yang disyaki menentang mereka, tidak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Orang-orang dari Pegu, Burma dan orang-orang Hindu dari Tanjung Kormorin dibenarkan meninggalkan Melaka tetapi terpaksa menyerahkan segala harta benda mereka kepada Portugis.

Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.

Bagi mempertahankan dan memperkuatkan lagi pengkalan Portugis, Alburquerque telah membina sebuah kubu yang terletak di antara kawasan tanah tinggi dan Sungai Melaka. Kubu tersebut dikenali sebagai A Farmosa. Beratus-ratus pekerja, hamba dan tawanan perang telah dikerah untuk membina kubu tersebut. Batu-batu daripada masjid-masjid yang telah musnah dan makam-makam diraja telah digunakan untuk membina tembok tebal kubu ini. Di dalam kubu tersebut dibangunkan pula Istana Gabenor dan istana Paderi Besar, kamar Dewan Kerajaan, beberapa gereja, berek-berek, dua buah hospital, biara dan sebuah penjara.
                  
Alburquerque juga telah berjaya menghapuskan tentangan dari Utimutiraja, Sultan Ahmad dan orang-orang Jawa yang ingin merampas Melaka kembali dari tangan Portugis. Beliau telah melantik Rui de Brito sebagai Gabenor dan Nina Chattu sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudiannya memastikan keamanan serta aktiviti perdagangan dipulihkan dengan menggalakkan pedagang-pedagang membuka kembali perniagaan mereka. Selain itu, beliau juga telah menghantar beberapa misi persahabatan ke Siam, Jawa, China dan Kepulauan Maluku. Magellan, yang merupakan orang pertama belayar ke seluruh dunia dari tahun 1519 hingga ke tahun 1522, adalah salah seorang pegawai Albuquerque ketika penawanan Melaka.

Bagi memastikan perdagangan berjalan lancar, Albuquerque telah memperkenalkan mata wang yang baru di Melaka. Walaupun aktiviti perdagangan secara amnya dijalankan secara barter, terdapat juga beberapa urus niaga yang dijalankan dengan menggunakan wang timah Melayu. Wang baru yang diperkenalkan oleh Portugis adalah dalam bentuk timah atau tembaga, perak dan emas.

Apabila beliau telah berpuas hati dengan keadaan di Melaka, Albuquerque pun kembali ke markasnya di Goa. Beliau meninggalkan Melaka pada Januari 1512, membawa bersamanya kesemua khazanah Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja dan Permaisuri Portugal. Walau bagaimanapun, kapalnya, Flora de la Mar, telah dilanda badai di perairan barat Sumatra. Hampir kesemua barang-barang yang dibawanya hilang, namun beliau bernasib baik kerana terselamat dari bencana tersebut.
       
Pihak Portugis berjaya mengekalkan kekuasaan mereka di Melaka daripada mana-mana musuh selama 130 tahun dan kota itu terus menjadi pusat perdagangan di timur, terutamanya dalam dagangan rempah ratus. Manakala Sultan Mahmud pula berundur dari Teloh Naning ke Ulu Muar, dan kemudian menetap di Pagoh dan Bentayan. Sultan Mahmud dan keturunananya membina empayar Johor-Riau yang merangkumi Johor, kepulauan Riau, Pahang dan lain-lain bahagian kerajaan Melaka yang tidak dijajah Portugis. Walaupun Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud dan puteranya Sultan Ahmad tidak putus-putus menghantar tenteranya untuk menyerang Portugis di Melaka dari tahun 1511 sehingga tahun 1526. Sultan Mahmud mangkat di Kampar, Sumatera pada tahun 1528 dan digelar Marhum Kampar. Tidak lama kemudian, laksamananya, Khoja Hassan juga meninggal dunia. Hang Nadim telah dilantik sebagai laksamana yang baru. Hang Nadim pernah membantu Sultan Mahmud di dalam dua cubaan untuk mendapatkan semula takhta baginda pada tahun 1519 dan 1523. Hang Nadim juga pernah berusaha mengepung Melaka dengan tujuan menghalang bekalan makanan daripada masuk ke kota Melaka. Dia telah membuktikan kepimpinan dan keberaniannya dengan mengalahkan Portugis ketika mereka menyerang Bintam dan Kopak. Kegagahannya amat dikagumi oleh orang Melayu dan serangan bertubi-tubi ke atas Portugis telah melemahkan semangat perjuangan mereka serta merugikan perdagangan mereka di Melaka.

Namun, Portugis mempunyai musuh yang lebih kuat iaitu Acheh di utara Sumatera, yang terletak di seberang Selat Melaka. Sultan-sultannya merupakan pejuang Islam dan mereka juga menguasai perdagangan lada hitam di Sumatera. Sultan Acheh yang berkeinginan menawan Melaka, telah beberapa kali melancarkan serangan, namun tidak berjaya. Pihak Portugis kemudiannya membuka beberapa buah pengkalan di serata kepulauan Melayu dan di China. Portugis mampu mengekalkan kekuasaan mereka selagi mereka menguasai lautan dan selagi kehebatan kapal-kapal mereka tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kapal dari Asia. Namun, lama kelamaan pihak Portugis tidak berdaya menyaingi kemampuan teknologi pembinaan kapal di lain-lain negara Eropah. Pihak Portugis tidak dapat menandingi kehebatan kapal-kapal Belanda dan Inggeris yang mula datang ke timur.
                  
Portugis merupakan orang Eropah yang pertama datang ke timur dan membawa bersama mereka budaya dan agama yang baru. Mubaligh mereka telah menyebarkan ajaran Kritian di India, Melaka, kepulauan Maluku, Makau dan Jepun. Di antara mubaligh yang terkenal ialah St. Francis Xavier. Dia tiba di Melaka dari Goa pada tahun 1545 dan mengembara di serata rantau Asia seperti Jepun, India dan Amboyna untuk menyebarkan ajaran Kristian. Dia merupakan orang pertama membina sekolah yang dinamakan Kolej St. Paul di Melaka pada tahun 1548 untuk pelajar dari pelbagai bangsa. St Francis Xavier mati di pulau Sanchan di perairan China pada bulan Disember tahun 1552. Jenazahnya di bawa ke Melaka dan seterusnya ke Goa, di mana ia masih disimpan sehingga hari ini.

Orang-orang Portugis digalakkan mengahwini wanita tempatan lantas mewujudkan sebuah komuniti Serani yang besar tidak lama kemudian. Pada hari ini, komuniti Serani Portugis masih ada di Melaka dan di bandar-bandar lain di Malaysia dan kebanyakan dari mereka bertutur dalam dialek Portugis. Walaupun Portugis kehilangan kuasa di Melaka lebih 300 tahun dahulu, banyak perkataan dalam bahasa mereka yang digunakan dalam bahasa Melayu. Di antara contoh perkataan-perkataan tersebut adalah almari (almario), bendera (bandera), mentega (mantaga), garfu (garfo) dan meja (mesa).
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2009 10:22 AM | Show all posts
secara ringkasnya;

Kurun ke-16

1500 Tun Mutahir, sepupu Tun Perak, dilantik sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja dan menjadi bendahara yang paling berkuasa di kalangan para pembesar kesultanan Melaka.
1509 Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di rantau Asia Tenggara. Atas sebab perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan oleh orang tempatan.

1510 Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dibunuh atas titah Sultan Mahmud Shah kerana beliau enggan menyerahkan anaknya Tun Fatimah kepada baginda. Menyedari kesilapannya, Sultan Mahmud Shah turun takhta untuk sementara waktu dan digantikan oleh anaknya, Sultan Ahmad Shah.



1511 Alfonso DAlbuquerque, wizurai Portugis di Goa, tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Semenjak itu, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
1512 Albuquerque kembali ke Goa pada bulan Januari selepas menyiapkan A Famosa, kota kubu yang mempunyai ketinggian menara 5 tingkat. Kemudian Sultan Mahmud Shah menyerang Portugis di Melaka.

1513 Patih Unus, seorang pahlawan Jawa yang kemudiannya menjadi Sultan Demak di Sumatera, menyerang Portugis di Melaka.

1516 Laksamana Hang Nadim, anak kepada Hang Tuah, menyerang Melaka.

1518/19 Askar-askar Sultan Mahmud Shah mengepung bandar Melaka selama 3 bulan.

1523 Sultan Mahmud Shah menyerang Melaka.

1524 Laksamana Hang Nadim mengepung Melaka dan memotong bekalan makanannya.

1537 Serangan orang Acheh yang pertama ke atas Portugis di Melaka.

1545 Paderi Francis Xavier tiba di Melaka buat pertama kalinya. Selepas itu beliau telah melawat Melaka sebanyak 5 kali.

1551 Gabungan Johor, Japara dan Perak telah menyerang Melaka dan mengepungnya selama 3 bulan.

1553 Paderi Francis Xavier mati di Pulau Sanction berdekatan dengan Canton, Cina dan dikebumikan di Gereja St. Paul. Selepas 9 bulan, mayatnya telah dialih dan dikebumikan di Goa.

1567/68 Dengan pertolongan Johor, Acheh menyerang kubu Portugis di Melaka. Namun, sekali lagi mereka telah dikalahkan.

1571 Acheh membuat percubaan untuk menyerang Portugis di Melaka, tetapi percubaan mereka sekali lagi gagal kerana ribut taufan yang melanda.

1575 Japara telah menyerang kubu Portugis di Melaka.

1585 / 86 Johor telah menyerang Melaka.

1588 Pelawat Inggeris yang pertama bernama Ralph Ritch telah tiba di Melaka.

1597 Belanda menyerang Melaka.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2009 10:22 AM | Show all posts
then, baru buleh citer pasal peninggalan2 portugis kat Melaka.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2009 10:29 AM | Show all posts


RESEARCHERS are excited by the discovery of part of an ancient wall at the construction site of the proposed tower in Malacca.

They believe it could be the remnants of the watchtower called the Middelsburgh Bastion built by the Portuguese in the 16th century to monitor the movements of boats at the entrepot.

Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim will recommend to the Cabinet that the site be preserved and the tower moved to another location.



Ancient wall stays, tower goes
Story and photos by LEE YUK PENG
The Star

MALACCA: The ancient wall discovered in the middle of the town will not be demolished. Instead, it is the 110m revolving tower project being built at the site that has to make way.

The ancient fort cannot be damaged by a modern project as the Heritage Act stops us from doing that, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim told reporters after visiting the site near the historical Stadhuys building yesterday.

Dr Rais, who described the discovery as a gem of a historical find
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2009 10:30 AM | Show all posts
Tembok batu mungkin Bastion Middelsburgh

Tapak projek Menara Tinjau berharga RM21 juta terpaksa dipindahkan ke lokasi lain selepas penemuan baru kota Melaka zaman Portugis


MELAKA: Penemuan tembok batu di Bandar Hilir dipercayai kota Melaka yang dibina selepas Portugis menjajah Tanah Melayu pada 1511 bakal melakar satu lagi bagi Melaka negeri bersejarah.

Bukan saja ia penemuan warisan sejarah yang julung kali menyaksikan Akta Warisan 2005 diguna pakai, malah penemuan itu membolehkan kita menentukan fakta sejarah dengan lebih tepat selari slogan kerajaan negeri Segala-galanya di Malaysia bermula di Melaka
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2009 10:34 AM | Show all posts
Perkampungan Portugis jadi tarikan
Written by Utusan Malaysia   

MELAKA 31 Dis. - Selain dikenali sebagai sebuah negeri pelancongan, Melaka juga terkenal dengan masyarakat pelbagai kaum yang tinggal serumpun tetapi mengamalkan budaya dan adat masing-masing dalam suasana harmoni.

Kewujudan bangsa Melayu yang menjadi teras kepada komuniti lain termasuk peranakan Cina atau lebih dikenali dengan panggilan 'Baba Nyonya, Ceti dan Portugis melihatkan perkongsian pelbagai pengaruh dan budaya masyarakat Portugis, Belanda dan Inggeris.

Kesemua budaya masyarakat ini berjaya 'diadun' sehingga mewarnakan catatan sejarah di samping memperagakan ragam budaya yang menarik di bumi Hang Tuah ini.

Bercakap mengenai masyarakat Portugis, satu-satunya tempat yang paling ramai bilangan masyarakat ini pastinya Perkampungan Portugis, Ujong Pasir di sini.

Perkampungan yang terletak di persisiran Selat Melaka ini dikatakan wujud sejak lebih 500 tahun lalu.

Sehingga kini, penduduknya dianggarkan seramai 1,200 orang termasuk sebahagian kecil yang tinggal di beberapa kawasan lain di Melaka.

Antara kawasan lain di Melaka yang menjadi penempatan kecil masyarakat yang terkenal dengan lagu Jingli Nona ini ialah di Tengkera, Kubu, Lorong Pantai dan Banda Hilir.

Namun, Perkampungan Portugis dikatakan merupakan satu-satunya penempatan masyarakat Serani terbesar di negara ini.

Justeru, tidak hairanlah, mengapa lokasi ini dipilih untuk menjadi tempat bagi sambutan Rumah Terbuka Krismas Peringkat Kebangsaan 2008 pada malam Sabtu lalu sehingga berjaya menarik lebih 30,000 kunjungan dari dalam dan luar negara.

Saban tahun juga, perkampungan ini sering menjadi tumpuan pelancong termasuk dari luar negara bagi melihat keunikan budaya hidup keturunan Eropah mengamalkan kehidupan tempatan ini.

Menyingkap sejarah Perkampungan Portugis atau Portugis Settlement ini, ia dikatakan bermula sebagai sebuah kampung nelayan yang kemudiannya berkembang menjadi penempatan penduduk yang besar sehingga ke hari ini.

Walaupun menjadi golongan minoriti di sini, mereka tidak pernah di pinggirkan kerajaan yang telah mewartakan kawasan seluas 11.2 hektar ini sebagai perkampungan warisan di bawah Enakmen Pemeliharaan dan Pemuliharaan Negeri Melaka pada 2002.

Dari segi budaya, cara hidup masyarakat Portugis tidak banyak bezanya dengan masyarakat lain di Malaysia kerana nenek moyang mereka juga berkahwin dengan orang tempatan.

Selain budayanya, masakan tradisional masyarakat ini juga menjadi satu daripada tarikan pelancong ke Melaka.

Ini kerana, di sinilah antara lokasi yang boleh didapati makanan Portugis asli seperti karidebel (kari pedas), ikan bakar Portugis, dan karisakut (kari kering).

Sehubugan itu, maka tidak hairanlah mengapa perkampungan yang kaya pelbagai tarikan semakin mendapat perhatian kerajaan negeri untuk terus dimajukan.

Malah sejak beberapa tahun lalu, kerajaan negeri telah mula melaksanakan pelbagai projek pembangunan bersesuaian di situ bagi menjadikan kawasan berkenaan lebih menarik melibatkan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Antaranya ialah bagi pembinaan medan selera, restoran dan menaik taraf jalan sedia ada di kawasan tersebut sejak beberapa tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2009 10:40 AM | Show all posts
Kampung Portugis bakal berubah wajah

MELAKA 8 Julai - Perkampungan Portugis di Ujong Pasir dekat sini akan mengalami perubahan baru memandangkan Pesta San Pedro telah dimasukkan dalam kalendar aktiviti pelancongan melawat Malaysia pada 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, Kementerian Pelancongan telah bersetuju pesta itu akan dipromosikan di seluruh pejabat Tourism Malaysia di luar negara.

Menurut beliau, adalah wajar perkampungan Portugis dipertingkatkan dari segi kemudahan dan menambah beberapa tarikan berikutan keputusan kementerian memasukkan Pesta San Pedro dalam kalendar pelancongan melawat Malaysia tahun depan.

''Antara rancangan diatur ialah membaik pulih pentas terbuka, membina jambatan pejalan kaki dari tepi pantai dan membina pintu gerbang baru di laluan masuk ke perkampungan itu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut beliau, usaha membangunkan perkampungan Portugis perlu dibuat bagi memudakan sebarang aktiviti atau kegiatan pelancongan yang menarik dianjurkan oleh komuniti penduduk di kampung terbabit.

Tambahnya, penganjuran pesta San Pedro setiap tahun membuktikan warisan adat resam kaum itu masih kekal di negara ini sekali gus mencerminkan toleransi masyarakat majmuk.

Usaha itu katanya, membuktikan bahawa Melaka sebagai negeri yang kaya dengan hasil warisan sejarah negara, mampu menampilkan penganjuran pesta berkenaan sebagai salah satu warisan yang hidup sehingga kini.

''Sambutan pesta itu pada setiap tahun berjaya menarik tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk berkunjung ke Melaka bagi melihat secara dekat tentang cara dan kehidupan penduduk Portugis yang terdapat di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, pengunjung dihiburkan dengan pelbagai aktiviti berlatar belakangkan corak kehidupan tradisional masyarakat Portugis seperti masakan, persembahan kebudayaan dan kesenian.

Selain itu, katanya, permainan tradisional kaum itu seperti Langgiang, Cheke dan diikuti acara menepung tawar bot nelayan turut menjadi tarikan.

Malah, kata beliau, keistimewaan pesta itu telah mendorong Kementerian Pelancongan menjadikan Pesta San Pedro sebagai salah satu daripada 50 perayaan di peringkat nasional yang diletakkan di bawah program Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2009 10:42 AM | Show all posts
Pesta San Pedro kaum Portugis

Oleh Norizan Abdul Muhid
utusanmelaka@utusan.com.my


ANTARA persembahan yang menarik perhatian penonton pada Pesta San Pedro di Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 8 Julai - Populariti masyarakat minoriti Portugis di Ujong Pasir, di sini, sememangnya telah lama diketahui umum, kemasyhuran kaum itu bukan sahaja kerap disebut penduduk tempatan malah dikenali pelancong luar negara.

Ini kerana, masyarakat Portugis mempunyai latar belakang kebudayaan dan identiti tersendiri.

Ia secara tidak langsung menarik minat kaum lain untuk mengkaji kewujudan serta keistimewaan masyarakat Portugis yang wujud di Melaka sejak penjajahan Portugis ke atas negeri Hang Tuah ini pada tahun 1511.

Selain loghatnya yang asing, kaum ini juga hebat dalam membuat persembahan tarian dan nyanyian malah ia sering menjadi hiburan rasmi kerajaan negeri dalam sebarang bentuk program tempatan mahupun di luar negara.

Tidak hairanlah kerana keunikannya, Kampung Portugis dekat sini sering menjadi perhatian pelancong tempatan dan luar negara.

Bagi pelancong dari luar seperti Jerman, Amerika Syarikat, Belanda, Belgium dan England, berkunjung ke Melaka pastinya Kampung Portugis menjadi salah satu destinasi kunjungan mereka.

Bulan Julai adalah tarikh yang terus menjadi ingatan kepada pelancong untuk melihat dan merasai Pesta San Pedro atau dikenali sebagai Hari Nelayan yang diadakan setiap tahun.

Pesta itu diraikan selama seminggu setiap kali menjelangnya akhir bulan Jun setiap tahun.

Pesta ini mula disambut di Melaka pada tahun 1994 dan dijadikan pesta tradisi di mana sepanjang seminggu pesta ini disambut, semua bot nelayan kaum Portugis di kampung itu akan dihias indah.

Sepanjang seminggu pesta berlangsung, segala jenis makanan tradisi kaum itu juga akan disajikan kepada tetamu sambil dihiburkan dengan nyanyian dan persembahan.

Lebih menarik tarian kebudayaan dan nyanyian dari kaum Portugis sendiri diserikan dengan kumpulan muzik yang diundang dari luar Melaka.

Mereka yang pernah bertandang ke kampung ini pasti dihiburkan dengan lagu kegemaran masyarakat Portugis iaitu Kon binhu na mang, mas forsa bala yang bermaksud 'dengan segelas wain di tangan tarian akan menjadi lebih menarik'.

Bagi penduduk Portugis sendiri, Pesta San Pedro bukan sahaja mampu meningkatkan populariti kampung itu malah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk sendiri.

Menurut Maureen De Roche, 36, satu ketika dulu, Pesta San Pedro semakin dilupakan oleh generasi muda kaum itu namun hasil komitmen kumpulan masyarakat terdahulu, akhirnya pesta itu berjaya dipopularkan semula.

Pada hari ini, katanya, Pesta San Pedro semakin popular dan menjadi acara hiburan tahunan kerajaan negeri malah turut mendapat tumpuan kerajaan pusat.

''Sebagai anak jati kampung ini, saya bangga dilahirkan di perkampungan Portugis, saya bangga dengan perubahan wajah kampung ini yang sentiasa maju dengan pembangunannya setiap tahun.

''Paling membanggakan, perubahan yang dibuat langsung tidak mengubah identiti penduduk Portugis," katanya.

Bagi Kimberly Caroline, 15, walaupun dia merupakan generasi baru Portugis di kampung tersebut tetapi dia tidak pernah merasa bosan untuk mempelajari asal usul nenek moyangnya di kampung itu.

''Sebelum ini saya agak pelik melihat ramai pelancong asing malah di kalangan orang Melayu, Cina dan India datang ke kampung saya semata-mata ingin mempelajari tentang budaya masyarakat Portugis," katanya.

Beliau berkata, lama kelamaan perasaan aneh itu hilang dan digantikan dengan rasa bangga kerana kebudayaan nenek moyangnya itu diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pelancong luar negara.

Bagi Gloria John, 26, selama seminggu, penduduk di situ berpesta dan sepanjang ia berlangsung, nama Kampung Portgis sering terukir di bibir masyarakat luar.

''Bayangkan, saya bekerja di Petaling Jaya, Selangor dan jarang balik ke kampung (Ujong Pasir), namun setiap kali bulan Jun, pasti ada rakan kerja lain sibuk mengingatkan saya mengenai Pesta San Pedro berbanding musim pesta Krismas," katanya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-7-2009 10:44 AM | Show all posts
Kota AFamosa (Porta de Santiago)



Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana ANNO 1670 boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2009 01:40 PM | Show all posts
4 Rangka Manusia Berusia 1400-1450 A.D Dipamerkan


Ahli-ahli arkeologi dari Universiti Sains Malaysia mengekskavasi empat rangka manusia berdekatan tapak bangunan Hong Kong Shanghai Bank (HBSC) bersebelahan Kubu Fedrick Hendrick di Bandar Hilir, Melaka tahun lalu. -Foto THE STAR oleh ALLISON LAI

JABATAN Warisan Negara (JWN) akan mempamerkan empat rangka manusia berumur 1400 hingga 1450 A.D yang ditemui di tapak tinggalan Portugis yang dikenali sebagai Kubu Fedrick Hendrick di Bandar Hilir di sini.

Penolong Pengarah Arkeologi dan Konservasi JWN, Mohamad Muda Bahadin, berkata keempat-empat rangka itu akan dipamerkan dalam bekas di tapak bangunan Hong Kong Shanghai Bank (HBSC) bersebelahan kubu itu, yang akan dijadikan Galeri Warisan Kota Melaka tidak lama lagi.

"Satu daripada empat rangka terbabit kini dipamerkan di Muzium Seremban, manakala yang selebihnya masih dikaji di Makmal Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat kepada 300 peserta Jejak Warisan Merdeka 2009 di Melaka baru-baru ini.

Beliau berkata rangka-rangka itu ditemui selepas membuat penggalian sedalam 1.5 hingga dua meter dalam tanah di kawasan kubu itu seluas lebih 500 meter persegi yang masih terpelihara.

"Tapak yang kita jumpa di Kubu Fedrick Hendrick ini, didapati pada asalnya kawasan perkuburan. Banyak sekali rangka yang ditemui tapi kami hanya memilih empat rangka terbaik," katanya.

Mohamad berkata artifak lain juga banyak ditemui seperti peluru senapang jenis timah, peluru meriam, duit syiling berasal dari Portugis, Belanda dan Britain.



Menurutnya pecahan seramik dari China, Asia Tengah, Timur Tengah dan Eropah turut dijumpai tetapi kebanyakannya sudah rosak disebabkan penemuan-penemuan itu bukanlah dari tanah yang asal tetapi dari tanah tambakan British setelah tembok asal diruntuhkan.

Beliau berkata sebahagian daripada penemuan artifak telah pun dibawa ke Kuala Lumpur untuk pameran namun sebahagian yang terpilih masih disimpan untuk dipamerkan di Galeri Warisan Kota Melaka yang baru.

Katanya kesemua penemuan ini adalah hasil daripada Projek Ekskavasi Menyelamat Kota Melaka sejak 2007 yang terdiri daripada empat fasa.

"Fasa satu adalah di Kubu Middleburgh yang telah siap pada Ogos tahun lepas, fasa dua di taman kanak-kanak berhampiran Balai Polis Trafik Melaka namun ia belum dibuka, kubu ini pula adalah fasa 2(a), sementara fasa tiga pula di hadapan Istana Kesultanan Melayu Melaka dan empat di kawasan letak kenderaan berhadapan Gereja St Xavier," katanya.
BERNAMA
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-2-2010 08:30 PM | Show all posts
Komuniti Portugis Walaupun Minoriti, Hidup Sejahtera Di Melaka

Oleh Nasarudin Omar

MELAKA, 31 Jan (Bernama) -- Tidak sukar untuk menjejaki Perkampungan Portugis di Ujung Pasir, satu daripada tarikan bagi para pengunjung ke negeri bersejarah ini.

Tanda anda sudah sampai ke perkampungan ini dari arah Bandar Hilir ialah kumpulan orang ramai yang menjamu selera di tepi jalan memasuki perkampungan ini.

Terdapat sebuah restoran masakan Cina halal di sini dan gerai nasi lemak yang kerap dikunjungi pelbagai bangsa.

"Mereka sudah ada di sini hampir 30 lalu. Perniagaan di sini dibuka mulai pukul 6 petang. Kami sudah biasa pesan memesan makanan dari kedua-dua kedai ini," kata pelanggan, Aziz Abdullah, 50 tahun.

Suasana tenang bila sang mentari berlabuh, membuatkan keadaan di sini digemari pengunjung.

TOLERANSI KAUM

Peter Gomez, 52, ketua kampung Portugis yang lebih dikenali sebagai "regedor" berkata petempatan Portugis ini didiami sejak 1930 di kawasan seluas 11.2 hektar.

"Senang untuk mengecam komuniti kami, wajah kami seperti orang Melayu cuma kulit kami agak gelap sedikit," kata Peter sambil ketawa, lambang kemesraan komuniti ini yang sudah biasa dikunjungi ribuan pelawat.

"Komuniti kami berkahwin dengan semua bangsa di negara ini - Melayu, Cina, India, Serani, orang putih pun ada," kata Peter yang turut turun ke laut sebagai nelayan.

Katanya atas sebab perkahwinan campur itu juga, komuniti ini menjaga sensitiviti dan sentimen semua kaum.

"Kami tahu erti toleransi beragama dan batas dalam menerima kaum lain dalam kalangan keluarga kami," katanya.

Secara amnya komuniti Portugis bertutur tiga bahasa, iaitu bahasa Portugis lama yang dipanggil "Kristang", Bahasa Melayu dan Inggeris.

Katanya sudah biasa bagi masyarakat Portugis berkongsi rumah dengan adik beradik dan saudara terdekat,

"Anda lihat rumah kami, ada banyak penyambungan pada rumah asal untuk anggota yang berkahwin tetapi enggan berpindah atas sebab-sebab ekonomi atau yang memilih mahu terus sebumbung dengan ibu bapa," katanya yang tinggal serumah dengan keluarga mentuanya.

Beliau melakukan pengubahsuaian dengan menambah dua bilik untuk beliau , isteri dan dua anaknya.

"Cerita lucu ialah bila Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah mahu mempopularkan program "homestay" di sini...mana ada tempat, sedangkan kami sendiri tinggal dengan keluarga yang ramai," katanya tertawa lagi.

KAUM MINORITI

Baginya 1Malaysia ialah bila komuniti minoriti seperti masyarakat Portugis tidak pernah terasing di negara ini.

" Bilangan kami tidak ramai, antara 2,000 hingga 3,000 di Melaka ini dan 20,000 hingga 30,000 di seluruh negara," katanya.

Joseph Sta Maria, 49, keturunan Portugis yang berkahwin dengan wanita Cina, mengiyakan kata-kata Gomez.

Bagi rakyat yang berfikiran matang, sudah tentu konsep ini disokong dan tiada siapa di negara ini yang menafikan kewujudan dan hak kaum minoriti, katanya.

"Lihatlah komuniti kami. Portugis adalah kaum minoriti, tapi kami diterima walaupun dalam politik peranan kami terbatas, sebab kami tidak ramai," katanya yang pernah memegang jawatan naib pengerusi DAP Melaka pada tahua 90-an tetapi keluar parti pada 2004.

"Saya sendiri sentiasa ingin melihat Malaysia yang gemilang, walaupun belum disaksikan sepenuhya tetapi kita menuju di landasan yang betul," katanya.

Seorang lagi keturunan etnik minoriti di Melaka ialah Muhammad Safuan Chai Abdullah, yang merupakan anak peranakan Baba dan Nyonya. Beliau berkahwin dengan wanita Melayu Sarawak keturunan Melanau.

"Sesuatu yang tersemat di jiwa hingga kini ialah pengalaman berkawan dengan anak-anak jiran tetangga bangsa lain sewaktu kecil di kampung," kata bapa kepada empat cahaya mata ini.

Beliau mengharapkan anak-anaknya membesar dalam persekitaran yang sama di Melaka.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.082372s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list