CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
Author: ainnymidie

[Merged]All About Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

    [Copy link]
Post time 19-10-2010 10:22 AM | Show all posts
salam,

rasanya kat kawasan ni la adik ipar yenil kena tayar pancit jugak..tapi satu tayar je yang ...
yenil95 Post at 19-10-2010 09:44



   erkkk....lebeh kurang minus bau darah ......
p palang s : masa abang ai bawak kuar tayar spare ngan tanggalkan bumper yg pecah tu ..dia pon ada sebut bau hanyir...lepas dia tegur bau tu terus hilang....wallahu'alam~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2010 10:22 AM | Show all posts
nasib baik aku pegi utara tak lalu situ...hari tu pernah ayah aku ajak balik umah ikut situ,aku caka ...
isabella08 Post at 19-10-2010 08:45



   apsal ayah anda memberikan statment begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 10:52 AM | Show all posts
Reply 58# syahoney

saya pun tidak tahu...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 12:31 PM | Show all posts
menarik n misteri....berhati2...lah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 12:31 PM | Show all posts
takut baca
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 12:44 PM | Show all posts
Reply 47# myra_akira


    aku pon dengr benda yg samaa...kes rompak mmg bnyk dr area ladang bikam ker bidor...
so mmg kena hati2 laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 02:50 PM | Show all posts
sepatutnya sepanjang lebuhraya di pasangkan lampu..mudah penguna malam !! kami bayar oiiii
tokey.tin Post at 19-10-2010 00:25


ko rasa kalau pasang lampu sepanjang hiway tu free ke, takyah guna & bayar elekrik?... kadar tol skarang pun suma merungut, mahal lah, tak patutlah, tak prihatinlah, etc. etc. Abih tu kalau pasang lampu sepanjang hiway & tol akan lebih mahal, ko rasa patut ke?....
  
lampu keter kan ada, kalau bawak keter biasa-biasa jer tak laju macam "...." & sentiasa beringat, hati2 & sopan santun sepanjang hiway tu, takder hal punya. Org kpg naik motor, keter memalam melalui ladang getah, kelapa sawit sepanjang jalan pun relaks jer... tak kan ko org bandor lalu hiway tak bleh?... .
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 04:34 PM | Show all posts
kat bukit gantang pon leh tahan jugak dengar citer sana org ske men tuju-tuju katanya la...tapi wallahu'alam.....

kalao kat korner adik-beradik lepas terowong tu pon very dark spot jugak..so far alhamdulillah ..lalu lalang sana belom penah ternampak ape2

tapi tiap3 kalik balik Tepen tingin la sangat nak benti kat port yg turun dari korner yg ada timbunan konkrit yg leh nampak gunung ganang yg selalunya la nampak lori3 or treler2 benti tuh...
yg port sebelom masuk terowong tu pon macam beshh je......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2010 05:20 PM | Show all posts

Pengalam Ngeri di highway Simpang Ampat

Salam semua kawan2 MPS, moga berada di dalam keadaan yang baik2 hendaknya. Kali ni tegerak hati isha nak kongsi satu pengalaman yang isha alami sendiri di highway simpang ampat-pedas. Kebetulan pula kita semua dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yg berlaku baru-baru ni di kawasan tersebut yg telah meragut byk nyawa. Pengalaman ini isha kongsi bersama hanya utk menjadi iktibar dan renungan bersama, moga kita semua mendapat pentunjuk dan pengajaran yg boleh digunakan bila kita mengalami dan menghadapi saat2 getir seperti apa yg isha dan kawan isha alami.

Dipendekkan cerita masa tu isha dan kawan isha namanya nani pergi ke melaka sebab member baik kitaorg ni baru je lepas bersalin, so kitaorg yg baik hati ni pun pergila melawat nak tgk baby lah katakan. Lagipun tak jauh pun kitaorg dr seremban, so isha dgn nani bersetuju lah nak pergi melawat jap lepas abis kerja. So sampai sana pun dalam pukul 7 lebih mcm tu, kitaorg sembang2, makan2 dan bila dah puas tgk baby dgn mak baby. Kitaorg pun mintak izin balik dulu, sebab mcm dah lewat dalam pukul 11 mcm tu lah, lg pun esok isha dgn nani kena kerja. Jadi kitaorg pun bertolak lah balik ke seremban dalam 11 lebih mcm tu, masa tu hujan renyai2, jadi si nani mmg bawa kereta dengan perlahan, takut jalan licin dan angin lintang plak kan. Tapi masa tu isha perasan highway agak lengang skit, adalah satu dua kereta yg potong kitaorg. Maybe sebab besok hari berkerja jadi pengguna highway x ramai agaknya kan.

Sepanjang perjalanan itu kami banyak berbual dan bergosip sini sana, ttg bila nak kahwin, bila nak dapat baby. hehehehe... lambat lg kot, sebab kitaorg muda lg. (",) cewah!! hehehehe.. Nak dipendekkan cerita kitaorg dah masuk area simpang ampat lepas jejantas tu la, agak depan sikit la dalam 2 km mcm tu. Kereta mmg x banyak, agak gelap sikit kat kawasan tu, yg nani mmg bawa slow sebab dia takut jalan licin. Lagipun hujan still renyai2, nani bw kereta mmg ambik lorong tepi sekali. Sekali tiba2 isha tersentak ke depan bila nani tekan brek secara mengejut, kereta kelisa nani masa tu dah mcm terhoyong-hayang dah. Tapi still boleh cover sebab nani bw slow, kalau bw laju mmg x tau nak ckp apa la kan. Isha mmg dah terkejut masa tu sebab nani pakai brek je tgh2 highway tu, apa lagi isha suh nani cepat2 bw masuk ke kiri lorong kecemasan tu. Kang x pasal2 lori ke bas ke sapu kitaorg bersih , masa tu kan, masa tu isha tgk nani dah mcm blur2 dan terkejut. Isha sempat tanya kat nani kenapa dia brek tiba2 plak, bahaya mcm tu nasib baik belakang x ada kereta, lori ke bas ke. Tapi nani x menjawab, dia terus masuk gear terus pecut bw kereta tu, so isha mcm pelik jugak sebab kita bertanya dia x jawab. Nak kata ada binatang kat depan sebab nani brek mengejut mcm ada logiknya tapi entahla masa tu isha pelik jugak sebab nani x menjawab pun pertanyaan isha td. Kira dah kat depan skit, jauh dr tempat td nani terus berhenti kat lorong kecemasan, dia mintak tolong isha drive kan kereta tu katanya kaki dia mengigil x henti2, kepala mcm pening2 skit. So kitaorg pun tukar lah position, x kuar kereta pun kitaorg berhimpit je berdua masa nak tukar tu sebab mcm takut plak nak kuar kereta time2 mcm ni tambah plak hujan2 mcm ni.

Masa selepas tukar tu la isha mula mengalami suatu pengalaman yg cukup mengerikan..ini nak taip pun dah meremang bulu roma ni mengingatkan.. astafirullah-alazim
Masa tu nak sampai area rembau rasanya kalau x silap la tapi isha terpaksa bw dengan kadar yg mmg agak perlahan, sebab masuk area tu hujan lebat lah plak , dengan keadaan mata isha yg mmg agak rabun skit. Mmg agak membataskan pemanduan isha masa tu, yg nani dr td x bercakap langsung walaupun sepatah. Dok diam je sebelah tu, maybe dia tekejut kot masa brek td pk isha la, so isha pun malas nak ganggu dia.

Diringkaskan ceritala tiba2 si nani nie boleh tanya kat isha lebih kurang mcm ni lah.. " kau nak bw aku ke mana?" isha dah pelik dengan soalan tu, isha balas balik " lah kita nak blk umah la nani oit, kau kenapa?". Lepas tu nani boleh balas blk "umah aku kat mana?". Masa dengan je jawapan tu darah isha rasanya dah nak naik sampai ke kepala dah, bulu roma dah meremang satu badan, air mata dah bergenang ni. Isha x berani nak jawab soalan dr nani tu, sebab isha tau itu bukan nani dan masa tu isha nak jeling mata kat sebelah pun dah x berani. Dalam hati isha dah baca mcm2 masa tu, apa yg teringat dalam kepala itula yg isha baca walaupun agak berterabur skit tapi tetap gigih nak baca apa yg patut dalam hati ni..Masa tu suasana agak sunyi kejap, hanya denga suara radio je yg slow tu, ditambah plak dengan hujan lebat gila. Bleh plak si nani ni gelak2 manja sebelah isha, rasa mcm gelak kat telinga isha je, kalau x kuat semangat mahu accident rempuh apa yg patut. Tapi isha terus diam x pandang sebelah kiri pun sebab takut lemah semangat plak pandang2 bukan nani kan. Tapi isha ingat lagi gelak nani masa tu mmg ngada2..manja sgt2..badan dah rasa berpeluh sgt menahan takutnya. Tapi nasib isha agak baik skit sebab benda kat sebelah tu x banyak ragam sgt, hanya suka ketawa2 je, walaupun isha tahu itu bukan nani yg ketawa.

Masa dalam keadaan yg kalut mcm tu, alhamdulillah isha sempat sampai kat tol senawang tanpa ada masalah, cuma agak lambat sebab kereta terasa berat sgt2. Isha tahu ada benda yg menumpang tapi alhamdulillah isha dpt kwl diri ni, cuma perasaan takut tu kadang2 wat isha lemah semangat. Tapi bila pk kan umah isha agak jauh kat ampangan tu, isha ambik keputusan terus berhenti kat tol senawang kat tepi toilet tu. Masa tu jam dalam kul 1 lebih rasanya, isha sempat sempat cakap kat nani yg isha nak pergi toilet. Dan dalam masa yg sama isha sempat jeling la nani kat sebelah, x ada perubahan cuma nani menunduk kepala ke bawah dengan rambut dia jatuhkan ke depan, sambil ketawa slow2. Masa nak kuar kereta, rasa lutut ni nak goyang dah, nak pengsan pun ada. Tapi isha kuatkan semangat terus g toilet walaupun dalam keadaan hujan lebat, basah lenjun dah. Masa kat toilet tu isha sempat call abah isha ceritakan ttg benda ni, abah isha just suh isha tunggu kat toilet sampai abah sampai.Tak lama dr masa tu abah sampai dgn mak isha n adik laki isha, abah isha terus bw kereta kelisa tu dengan adik laki isha. Isha just follow dr belakang dgn mak sambil cerita kat mak ttg perisitiwa tu. Air mata dah berterabur keluar dah masa citer kat mak ttg benda tu, x tau lah napa mungkin isha try2 tahan kuatkan semangat lastly x boleh jugak.

Masa tu abah terus bw nani ke desaru jumpa seorang ustaz ni, nasib baik ustaz ni sanggup nak bantu pagi2 buta ni. Kalau x, x taulah nak cakap apa dah. Apa yg isha tgk ustaz tu just mengeleng je kepala tgk keadaan nani masa tu sambil mulut dia terkumat kamit baca something. Masa nani di bawa masuk tu, isha dgn mak dinasihatkan jgn masuk takut lemah semangat, jadi isha dgn mak just dok kat luar sofa je. Sempat jugak isha call family nani inform ttg benda yg terjadi ni. Apa yg isha denga nani dr td asyik menjerit2..melolong2 je.. mmg cukup2 menakutkan. Ustaz tu byk kali jugak suh benda tu kuar dr badan nani tu tapi benda tu agak degil, apa yg isha dengar benda tu cakap dia nak biarkan nani ni menderita sebab nani dah kacau family dia. Astafirullah-alazim

Lepas tu isha x nak denga dah dan x nak ambik taw. isha dah terlalu fobia sgt2. lg pun masa tu family nani pun dah sampai nak tgk keadaan nani mcm mn. Apa yg isha tahu dalam sejam lebih lah jugak nak kuarkan benda tu dr badan nani. Alhamdulillah benda tu setuju nak kuar mungkin sakit sgt kot penangan ayat2 al-quran ni. masa nak balik tu ustaz sempat kasi air yassin kat isha n nani, tapi masa tu nani x sedar diri dah kena papah masuk kereta. Ustaz tu just bekalkan limau utk nani dan isha utk di bawa mandi bila sampai umah.

Alhamdulillah lepas tu x ada apa yg pelik berlaku kat isha, just siang tu isha sempat borak dgn abah tanya ttg malam td, abah just cakap masa nani drive balik tu nani dah telanggar benda tu semasa benda tu tgh melintas. mungkin benda tu marah sebab itula dia bleh sesuka ati je nak masuk dalam badan nani tu. Isha tanya jugak kat abah apa benda tu, tapi abah x tau, ustaz x cakap apa pun. So isha x kisahla..cuma selang dalam berapa hari tu dalam ahad kot, isha sempat g umah nani nak tgk dia. alhamdulillah dia kata dia ok dan badan pun agak bertenaga. x ada apa gangguan lagi dah katanya.

Borak punya borak, terbuka juga cerita sebenarnya, nani cerita kat isha. masa dia brek mengejut tu dia mmg dapat rasa dia dah langgar something, nani just bg tau yg objek tu mcm pakai baju putih yg lusuh, berambut panjang, rasanya perempuan, mcm cik pons terbang melayang je g landing kat depan kereta dia minta di langgar. Itu yg nani terpaksa brek emergency tu. Dan dia kata dia still sedar lagi masa tukar seat pemandu dgn isha tu cuma badan2 dia semua mengigil, rasa sejuk2 dan pening2. Selepas tu terus nani tak sedar apa yg berlaku. Lagipun nani ada bg tau kat isha yg masa tu tubuh dia x bersih, datang bulan. Itu yg suka cik pons tu menumpang dalam badan dia..

Alhamdulillah nasib baik apa yg berlaku tu hanya dalam satu masa yg agak singkat, walaupun agak singkat ia cukup berikan satu pengalaman yg betul2 menakutkan buat diri isha. Itu sebab lah masa kejadian kemalangan bas kat simpang ampat tu, terus isha terpk adakah benda yg sama menganggu ataupun sebaliknya. Allahu'Alam (Allah lebih mengetahui). Kepada kawan2 kat MPS ni lepas ni berhati2 lah bila nak memandu time malam2 terutama kat highway. Kadang2 benda yg kita x pernah terpk terjadi itulah yg akan terjadi. Lepas ni tobat dah isha x mau guna highway malam2..fobia sgt2..Alhamdulillah (Pujian itu hanya untuk Allah) sebab melindungi isha masa tu. Thanks kawan2 sebab sudi baca pengalam isha. Walaupun ayat agak berterabur tapi isha cuba sampaikan kat korang semua. Moga dapat pengajaran dan iktibar ok. Salam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_rania at 19-10-2010 17:26
Salam semua kawan2 MPS, moga berada di dalam keadaan yang baik2 hendaknya. Kali ni tegerak hati isha ...
aszlisha83 Post at 19-10-2010 17:20


Sorry TT nak tegur sikit
Awat hang tak letak  aje cerita hang kat thread ni -> Kisah lain di highway simpang ampat http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=507739&extra=page%3D5
Jangan marah ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:31 PM | Show all posts
maaf ya pu3..
saya x perasan..mod nanti minta tolong pindahkan ya
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:35 PM | Show all posts
takut.... sbb mmg jln tu klu blk melaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:40 PM | Show all posts
maaf ya pu3..
saya x perasan..mod nanti minta tolong pindahkan ya
thanks
aszlisha83 Post at 19-10-2010 17:31


Hehehe it's ok coz TT tak perasan ada thread tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:41 PM | Show all posts
kalau aku dah pitam wei.....ha3
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:46 PM | Show all posts
ai tekan butang LIKE utk cite isha...
pengalaman yg sgt seram tp cara bcite yg sungguh bagus...
jelas tperinci...n walaupun pjg ai sgt suka mbacanye smpai habis...

biras kita ada gak pengalaman tlanggar benda kt hiway
xtaula kot itu puncanye biras tu smpai sampai skang selalu sgt xsihat
penah smpai satu tahap xleh keje..
nsib isha n nani baik sbb trus dibawak berubat..
biras kita tu btahun2 barula tau diri diganggu sbb 'tlanggar'
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 05:50 PM | Show all posts
Salam semua kawan2 MPS, moga berada di dalam keadaan yang baik2 hendaknya. Kali ni tegerak hati isha ...
aszlisha83 Post at 19-10-2010 17:20



   bile belaku ni..selepas accident ngeri tu ke atau sebelum peristiwa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2010 05:55 PM | Show all posts
Tabah juga Isha ni walaupun dlm masa sama ketakutan
Seram baca kisah Isha ni nak2 org yg dok sebelah kena rasuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 06:07 PM | Show all posts
seminggu sebelum accident tu pun aku dan mak lalu situ.aku nampak bangkai anjing yang putus kaki kat highway area tu gak..sedih tengok binatang kena gitu.tapi waktu tu pagi ahad 3/10.

serius pengalaman ko ni ngeri.nasib baik dia duduk diam2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 06:08 PM | Show all posts
Serammnyer..dh la tu laluan tiap kali balik kg......
Kuat gak semangat isha..kalo  akak x tau la jd ape..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2010 07:16 PM | Show all posts
Reply 74# webxcrawler


hari yang sama eksiden bas tu...ada eksiden moto kan x jauh dr tempat kejadian?
mati gak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.182866 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list