Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
438512
View
2333
Reply

[Merged]All About Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

  [Copy link]

Author: ainnymidie       Show all posts   Read mode

Post time 13-10-2010 05:07 PM | Show all posts
rasanya dah penah baca che gula gula sll bersidang kat tetepi jalan area nih kan.... alhamdulillah selama nih lom lagi lah ternampak - dulu selalu gak travel ke jb memalam - sll dari kl kul 10 pm onwards....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 05:54 PM | Show all posts
knapa setiap kali berlaku kemalangan mesti nak kaitkan ngan hantu-mantu semua
mereka yg terkorban tu telah tertulis bahawa hari tu adalah hari yg dijanjikan buat mereka
jadi tak payah lah nak mengatakan tempat2 tu tpt laluan hantu-mantu belaka
silap2 terpesong lak akidah
kalau bawak keta 180-220km/j pas tu mati eksiden
takkan nak salah kan hantu juga
WTF
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 06:15 PM | Show all posts
gula2 tu hantu haper?
asher Post at 13-10-2010 16:53



    maaf bertanya...hantu gula2 ni hantu ape?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 06:30 PM | Show all posts
kata ayah ana, kita ni hidup bersama benda2 halus
xkiralah apa namanya sekalipun
pesan ayah klu ternampak benda2 ni baca fatehah, ayat kursi, 3 qul
pastu jgn ckp besar

ayah pernah citer masa tu ayah dalam perjalanan dari Bandar Baru Bangi ke Muar
(ayah belajar dgn harun din kat darus syifa')
so perjalanan selalunya bermula kul 12 mlm
bila lalu kat area situ ada satu benda ni dah menumpang keta ayah
so ayah cakap dgn benda tu jgn buat mcm2
dan bila dah sampai kat tempat dia ayah pesan jgn tinggalkan apa2
yg pasti ayah kata benda tu dah x ada masa ayah melewati hentian kat sebelah nak masuk tol jasin

so kalau ada org nampak baca ajelah ayat2 suci al-quran supaya x diganggu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 09:36 PM | Show all posts
kalo dah bwk laju, ade hantu ke, takde hantu ke, kalo excident pasti teruk....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 10:06 PM | Show all posts
masa baca title dalam surat khabar, dah agak dah mesti ada orang bukak thread punya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 10:39 PM | Show all posts
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;




Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;




Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, Mudarat membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insyaAllah kita akan terhindar daripada mudarat yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai Ayat Pengerak kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. InsyaAllah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insyaAllah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.



Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan


Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. InsyaAllah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insyaAllah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.



sumber : http://www.darussyifa.org/modules.ph...article&sid=50

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 10:43 PM | Show all posts
aku pernah pakai jln nie selama beberapa tahun.. drpd ex5 sampai aa ss. beberapa kali seminggu ulang alik, drpd kl ke tampin n alor gajah kul 1 atau 2 pagi ~ kes malas nak bersesak.  dlm beratus perjalanan tu ada gak 3, 4 kali motor pancit. usung sampai kendong. lepak sampai workshop bukak.

kalau bosan ~ feeling, sengaja ikut jln dlm.. yg ada tasik tu..

alhamdulillah x pernah ada kejadian yg menakutkan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 10:44 PM | Show all posts
MAJLIS BACAAN YAASIN DAN TAHLIL ARUAH DI TOL JELAPANG, PERAK

Pada hari Sabtu 12 Januari 2008, seramai 41 orang ahli-ahli Darussyifa yang diketuai oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din telah mengadakan Solat Hajat dan Majlis Doa Selamat di Tol Jelapang, Ipoh Perak.

Program bermula dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Hajat, Bacaan Yaasin, tahlil arwah serta doa selamat. Sebelum itu iaitu selepas Solat Maghrib, Encik Anuar Marzuki selaku Ketua Pegawai Kewangan PLUS telah mengalu-alukan ahli-ahli Darussyifa yang hadir dari Bandar Baru Bangi dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian menerima undangan PLUS untuk majlis tersebut..


Menurut Encik Anuar Mazuki, majlis tersebut diadakan adalah sebagai salah satu ikhtiar bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya yang kerap berlaku berhampiran plaza Tol Jelapang.  

Kemalangan tersebut kebanyakannya menyebabkan kemalangan jiwa, terutama yang melibatkan bas dan lori. Secara keseluruhan tidak kurang dua puluh kemalangan setiap tahun berlaku di antara terowong dan plaza tol jelapang.


Beliau mengharapkan semoga ikhtiar dengan bacaan Yaasin dan solat Hajat dan berdoa kepada Allah s.w.t., mudah-mudahan Allah s.w.t. mengurniakan keselamatan di kawasan ini dan dijauhkan dari semua bala bencana kemalangan maut.

Pihak PLUS telah membuat pelbagai cara untuk mengatasi masalah kemalangan ini seperti menaikkan taraf  terutamanya di kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan, seperti menambahkan lagi papan-papan tanda, lampu-lampu amaran dan isyarat, namun kemalangan masih berlaku.


Setelah selesai pihak PLUS menyampaikan ucapan aluan, Tuan Guru Dato Dr. Haron Din pula memberikan ucapan balas. Berikut adalah inti pati daripada ucapan beliau;

Ucapan Tuan Guru

Darussyifa memang selalu mendapat jemputan daripada pelbagai sektor, termasuk sektor kerajaan dan swasta untuk membantu sedikit sebanyak dalam mengatasi atau mengurangkan sesuatu masalah yang dihadapi. Ikhtiar kita ialah dengan bermohon ke hadrat Allah s.w.t.. supaya dikurniakan keselamatan dan dijauhkan serta dielakkan daripada segala perkara yang tidak diingini.


Kita difahamkan bahawa ramai yang telah terkorban di dalam kemalangan jalan raya berhampiran dengan Tol Jelapang ini.


Kita perlu memahami bahawa ajal manusia adalah qada Allah s.w.t.. Qada atau ketentuan Allah s.w.t. terbahagi kepada dua iaitu pertama Qada Muallaq dan yang kedua Qada Mubram.

Qada Muallaq ialah ketentuan Allah yang boleh berubah dengan berusaha untuk mengatasinya. Usaha boleh dilakukan untuk mengelak, menjauhkan daripada bahaya kemalangan maut iaitu boleh terlepas daripada qada muallaq.

Qada Mubram ialah suatu qada, ketentuan bila sampai ajal mati maka tidak siapa pun yang boleh mengelakkannya. Setiap yang hidup pasti akan mati dan tiada siapa pun yang boleh mengelakkan diri daripada qada mubram.

Yang kita hendak ikhtiarkan di sini ialah yang Muallaq,  kita bermohon dan berdoa ke hadrat Allah s.w.t. supaya dihindarkan daripada segala bala bencana, kerana nabi ada bersabda yang mahfumnya; Tiada yang boleh mengubah qada (qada muallaq) melainkan dengan doa.


Bukan doa kita sahaja pada malam ini, saya syorkan kalau boleh seminggu sekali kakitangan PLUS  berkumpul sekadar yang ada, pada malam Jumaat sebagai contoh selepas itu sembahyang maghrib berjemaah, kemudian mengadakan tahlil arwah, khususkan tahlil itu kepada arwah yang telah terkorban di dalam kemalangan jalan raya itu. Sekurang-kurangnya kita tahu orang yang terkorban itu adalah Islam.

Orang-orang yang telah meninggal dunia mengetahui jika ada orang yang hidup berbuat baik untuknya. Dia mengetahui siapa yang berdoa untuknya, contohnya dia tahu siapa di kalangan anak-anaknya yang berdoa untuknya. Kalau kita berdoa untuknya, mereka akan tahu. Oleh itu sangat eloklah pihak PLUS mengadakan majlis untuk mereka. Itulah yang Allah sebut di dalam al-Quran dalam surah Al-Hasyr ayat 10;


"Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan Rahmat-Mu". (Al-Hasyr:10)

Tidak ada keburukan yang menimpa manusia melainkan dengan ikhtiar untuk dielakkan. Satu ikhtiar yang boleh dilakukan ialah kita berdoa beramai-ramai (Doa Jamaie) . Meminta Allah taala menghindarkan segala bala bencana daripada menimpa pekerja-pekerja PLUS dan pengguna-pengguna lebuh raya bukan di sini sahaja tetapi juga di tempat lain yang banyak berlaku kemalangan.

Bila kita berada di sesuatu situasi  yang boleh dikatakan kritikal dari segi keselamatan, atau kita hendak menguruskan sesuatu yang berisiko tinggi jangan lupa membaca satu doa pendek yang diajarkan oleh nabi seperti berikut;

ْ
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Doa ini jika baca di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Kalau dibaca waktu maghrib, Allah selamatkan dia sepanjang malam.

Saya ingin mengesyorkan kepada pihak PLUS, iaitu tuliskan doa ini dengan khat yang elok, diletakkan di tempat yang mudah dilihat, diletakkan di kaunter-kaunter pungutan tol, supaya semua kakitangan yang bekerja bila masuk kerja tidak lupa membaca doa ini.


Amalan ini sangat berguna. Semua kakitangan yang bekerja di sini patut hafal dan amalkan doa ini. Kita bergantung dengan Allah s.w.t., jangan bergantung dengan makhluk, jangan pakai tangkal, jangan pakai azimat, kerana ia tidak mendatangkan kebaikan malah mengundang keburukan. Amalkan doa ini di samping membuat langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.

Dengan keikhlasan dan kesungguhan kita datang beramai-ramai ke sini, untuk bersolat hajat, membaca Yaasin, bertahlil serta berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. menurunkan rahmat-Nya dengan memberikan keselamatan, kesejahteraan kepada kita semua khususnya pekerja-pekerja di sini.

Akhir sekali diucapkan terima kasih kepada pihak PLUS kerana meletakkan kepercayaan kepada Darussyifa untuk datang ke sini bersama-sama untuk berikhtiar membantu.


Berita ditulis oleh:
Ibnu Umar Asseluluni
13 Januari 2008


sumber : http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=40

p/s - pihak PLUS patut buat lagi majlis yg seumpama ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 09:03 AM | Show all posts
mod tak nak up kredit ke pada yang dah nyumbang citer kat sini?

cter2 kat sini buatk ...
cloudy_83 Post at 17-9-2010 13:54



    Biasa saya bagi +11 kredit, tapi bergantung pada cerita dan gambar, saya akan upkan mengikut keseraman/kengerian ceritanya. Paling banyak pernah bagi +35, untuk yang bergambar. Paling byk pernah bagi untuk cerita tanpa gambar yang best ialah +30. Buat masa ni akan kekal begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 09:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by mummyqis at 14-10-2010 09:34

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA


Ada lima jenis bentengpertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;


i.Al-Muawwizat

ii.Ayatul Kursi

iii.Ayat 1 hingga 9 SurahYaasin

iv.Ayat Berkubu

v.Ayat Penggerak



1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)


BACAAN



Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas



CARA


1.Lunjurkankaki ke arah Qiblat

2.Mengangkatdua tangan seperti berdoa

3.Bacaayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)

4.Tariknafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5.Tariksikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggotabadan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6.Lakukansekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 10:38 AM | Show all posts
aku slalu kalau bertolak nak gi mana2....
aku slalu baca Ayatul kursi.....
kalau rajin ckit aku baca 3 qul skali.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 10:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctaz at 14-10-2010 10:43
gula2 tu hantu haper?
asher Post at 13-10-2010 16:53


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 11:45 AM | Show all posts
Reply 17# Siot_Jer

tolong jgn kait dgn bende mistik... kemalangan tu terjadi pasal kerakusan pemandu itu sendiri... aku salah sorang yang selalu blk melaka dua kali sebulan. mmg la tol simpang empat tu keras.... tp... mmg accident tu jadik sbb pemandu bas tu sendiri.... aku byk kali tgk org bwk bas mcm bwk moto.... suka hati mak abah dia je potong x bg signal....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 12:24 PM | Show all posts
o kalau ada org nampak baca ajelah ayat2 suci al-quran supaya x diganggu
fatehana Post at 13-10-2010 18:30


kat dalam kereta aku wajib ada cd bacaan quran.. kalau drive malam2, pasang cd tu. hati rasa tenang je..prevention is better than cure..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 12:39 PM | Show all posts
betol ker? kat sini angker? ish2...2 thun lepas aku slalu gak ulang alik JB-S.alam..sbb aku studi...so..ble ari sabtu je..aku akn lincah gerak dr jb kol 5 am..sbb klas aku stat kol 8.30 am..pastu ari ahd lps abis kelas je aku lincah blik jb lak msti smpai jb da magrib punyer.......mmg da tentunye aku drive sorg2 ler...n sbg sorg lady driver mstila aku x drive 110km kat hway ble sorg2...sbb aku bkn takut hantu2 ni...tp hantu "kepala itam" yang dok tailgated driver len...kalo nsib x bek..mcm2 kes leh jd...mcm kes rompak n rogol.....nauzubillah

alhamdulillah xde ape2 spanjang aku travelled tu....sbb slalunye sblm gerak aku slalu amalkan solat sunat musaffir 2 rakaat...mintak pada Allah di permudahkan perjalanan dan terselamat dari semua malapetaka.....pastu berbekalkan 1 botol 100% dan 2 tin kacip patimah org kg...utk stay alert mase drive....

maklum la...nk pegi menuntut ilmu ni same la mcm nk pegi berperang.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 12:56 PM | Show all posts
gula2 tu hantu haper?
asher Post at 13-10-2010 16:53


ni dier hantu gula2.. di  panggil juga koko jelly..

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 01:09 PM | Show all posts
saya rasa bukan tak nak kaitkan dengan mistik.. tp untuk kes bas kat simpang ampat ini semua faktor kena pertimbangkan.

bas baru.. driver clean..
bawak pun tak laju..

maybe ada kaitan dengan mistik. lgpun banyak cerita2 kat area tu sejak tahun2 lepas..

sama juga kes kat kedah sana tu dengan red kebaya.. dah 2 kali orang eksiden sebab elak dari langgar pompuan pakai red kebaya.. 2 2 saksi ckp nampak wanita yg sama..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 01:25 PM | Show all posts
Reply 24# sicomel

off topic: berseri2 nye air muka ustaz haron din
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by sayang_pjan at 14-10-2010 13:41

Reply 22# sicomel


    ayat tu mmg de amalkan pun..
alhmdulilah....dpt pun dari kat forum nie..
tp lupe la kat forum yg mane...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089404s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list