Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3297
View
3
Reply

Memancing sebagai hobi

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-1-2009 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Adakah lelaki sinonim dengan hobi memancing ikan?

Salam.

Ni dok tertanya2 dalam hati, kenapa LELAKI SUKA MEMANCING.kekadangtuhkalau takat suka saje takpe, ni mcm taksud giler. adamasajer,memancing. ada satu kali tu terbaca dalam paper,waktu hari raya...orang nih tak peduli apa.....pagi2 hari raya pertama,dah pegi memancing. tak ingat pun hari tuh hari raya.

kekadang selalu gak dgr kat radio, adalah kaum2 pempuan nihmengomel2ckphubby dorang sanggup tak tido, sanggup amik cuti sbb nakpegimemancing...

dan mcm mana plak korang? apa yang korang rasa bilamemancing?satu kepuasan? satu medium melepas geram ker, melepas bosan keapa?

selalu suka memancing sorang2 atau pun ramai2? maksudnya mungkin dgn kawan2 atau pun pegi dgn famili sekali?

lokasi yang korang suka pegi?

dan hobi memancing korang nih, ada buat bajet korang lari tak?ataupunmmg korang dah sediakan bajet tuk hobi kesayangan korang nih?

penah tak korang alami peristiwa2 pelik? suka? duka? manis etc?


marilah share.

tq
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2009 12:46 PM | Show all posts
penah tak korang alami peristiwa2 pelik? suka? duka? manis etc?



/- yang ni kira nye lebih menjurus, ada tak yang brgaduh beria2 ngan bini, sampai yang bercerai berai, clash antara pakwe dan makwe, antara rakan2 ke apa..disebabkan memancing.

kalau dapat bini, waktu layan hobi memancing ni..buleh layan gak...

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2009 03:36 PM | Show all posts
Amal prinsip memancing adalah hobi
Oleh Nuri Angkasa

SEBELUM turun memancing sama ada memancing di laut, sungai, kolam, lombong atau tasik kadang-kadang kita berdepan pelbagai masalah peribadi, keluarga mahupun di tempat kerja. Justeru, masalah ini pasti menghantui fikiran kita untuk turun memancing. Jadi, tentunya kita tidak dapat ketenangan ketika berada di lokasi memancing lebih-lebih lagi jika lokasi itu berada jauh di tengah laut.

Dalam keadaan begini, kita harus berpegang pada prinsip bahawa memancing adalah hobi (kegemaran) individu yang boleh diubah suai keadaannya mengikut keadaan daripada semasa ke semasa. Andai kata anda sedang menghadapi anak sakit kuat yang perlu rawatan segera atau ahli keluarga dalam keadaan nazak atau isteri hampir melahirkan bayi, adakah anda akan keluar juga memancing?

Anda sanggupkah meninggalkan tanggungjawab untuk bersama mereka hanya semata-mata kerana anda mahu memancing? Atau, dapatkah anda merasa selesa dan seronok ketika berada di lokasi memancing sedangkan di rumah ada pertarungan antara hidup dan mati?

Jawapannya sangat mudah. Lupakan soal memancing, tangguhkan tarikh atau anda seorang dikecualikan daripada kumpulan yang sudah dirancang sekiranya bot yang ditempah tidak boleh dibatalkan. Biarkan rakan yang lain meneruskan ekspedisi tanpa anda.

Kita jangan terlalu memikirkan soal hobi, sebaliknya soal tanggungjawab sebagai seorang insan yang bernama ayah, suami atau ahli keluarga tertua perlu dilihat sebagai satu yang penting. Apa yang Pak Nuri agak kesal masih terdapat kaki pancing (sebilangan kecil) masih mendahului hobi daripada tanggungjawab lain dan ini meletakkan hobi memancing itu kurang disenangi oleh para isteri dan kaum keluarga.

Namun untuk menjadikan hobi memancing ini sebagai satu aktiviti yang diberi kepercayaan oleh isteri dan kalangan kaum keluarga, anda harus meletakkannya dalam keadaan suasana yang paling harmoni. Maknanya, pemergian anda ke lokasi tidak ada sedikit pun menyentuh hati nurani atau mengguris perasaan sama ada antara suami dengan isteri, anak dan ayah, kaum keluarga serta jiran.

Dengan bersikap harmoni maka anda akan turun memancing dalam keadaan tenang dengan dihantar sendiri oleh isteri dan anak dengan iringi doa.

Alangkah bahagianya jika keadaan begini anda dapat melakukan aktiviti memancing setiap kali anda turun memancing!

Allah akan memberi ganjaran yang berganda. Insya-Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 05:19 PM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

setuju dengan penyataan itu, yang utama diutamakan sebelum mengorak langkah hobi. namun ada juga yang taksub kepada hobi memancing ini sehingga mengabaikan keutamaan.

kesannya adalah hobi memancing ini dipandang serong atau disalahsangkakan sebagai hobi yang menyimpang dari kebiasaan yang dinamakan hobi itu sendiri.

jadi, kita sewajarnya bertindak matang dengan mendahulukan urusan keluarga, perkerjaan, keselamatan dan sebagainya agar hobi memancing ini tetap mekar subur dan boleh dijalankan bersama keluarga dan handai taulan secara lebih bermakna.

sekadar pandangan ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090100s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list