Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
40936
View
17
Reply

Antik

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-10-2008 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 20-10-2010 07:15

Hanya jauhari mengenal manikam
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


Antara yang istimewa ialah koleksi keris yang diperbuat daripada gigi geraham gajah yang sentiasa berbau wangi serta Keris Utama Prabu Demak berusia lebih 1,000 tahun yang diperoleh daripada seorang pengumpul di Indonesia.




SIAPA sangka niat asalnya untuk berhenti kerja di sebuah institusiperbankan semata-mata untuk terjun dalam bidang kerjaya sebagaipelelong, telah menjadikan dirinya salah seorang daripada pencintabarang antik.

Daripada bergelar jurulelong berlesen bagi hartanah dan kereta,Mohd. Radzuan Jamaluddin, 47, kini turut melibatkan diri dalamperniagaan lelongan barang antik yang telah diusahakan sejak tiga tahunlalu gara-gara minatnya yang mendalam.

"Memang saya berhenti kerja kerana ingin menjadi jurulelong berlesenyang dilihat mempunyai masa depan yang cerah. Tetapi, ia juga bolehdianggap sebagai batu loncatan untuk saya terjun dalam 'dunia antik'.


"Semuanya bermula lima tahun lalu apabila saya melihat sebilah kerisyang terdapat di sebuah kedai barangan antik. Walaupun pada pandanganmata kasar, keris itu tiada sebarang keistimewaan kerana ia samaseperti keris biasa lain, tetapi tidak bagi saya.

"Pandangan kali pertama itu telah membuatkan saya tertawan sekaligus mencetuskan hobi baru iaitu mengumpul keris-keris lama sebagaikoleksi untuk kepuasan diri," jelas Radzuan yang bertuah keranaminatnya terhadap barang antik turut disokong isterinya.

RADZUAN dan isterinya, Mariani melihat  alat muzik Thomas Edison generasi kedua yang mereka miliki.

Biasanya Radzuan mendapatkan barang antik tersebut dengan caramencarinya di sesuatu tempat yang sering diperkatakan orang ramai. Adajuga individu bertindak menghantar sendiri barang antik kepadanya.Meskipun kadangkala harga yang terpaksa dibayar amat tinggi, tetapikerana minat untuk memilikinya, dia tidak keberatan melakukannya.

Menurut Radzuan lagi, harga sesuatu barang antik itu akan ditentukanmengikut usia dan tarikh ia dihasilkan setelah disahkan tulen olehpakar berkaitan. Bagaimanapun, secara peribadi, beliau berpendapatbarang antik sukar untuk dinilai harganya.

"Dalam perniagaan barang antik, semakin lama usia sesuatu barangitu, maka semakin mahal harganya. Namun, jika dilihat dari aspeksejarah, kehalusan seni buatannya, keunikan, budaya dan warisanmembuatkan ia tidak boleh dinilai dengan wang ringgit semata-mata.

"Inilah antara sebab mengapa ramai pengumpul barang antik sanggupmengeluarkan belanja hingga beratus ribu ringgit untuk memiliki sesuatubarang yang dianggap 'berharga'. Bak kata pepatah, 'hanya jauharimengenal manikam' bagi menggambarkan sifat mereka," ulas Radzuantentang nilai barang antik.

Anak kelahiran Pekan, Pahang ini telah memiliki puluhan bilah kerislama dan unik yang mempunyai cerita serta nilai tersendiri. Antara yangistimewa ialah Keris Naga Emas Dwi Tunggal yang berasal dari Yogjakartapada zaman Kesultanan Hameng Kubuwono.

"Ia dipercayai berusia lebih 300 tahun. Di samping itu, saya turutmemiliki koleksi keris yang diperbuat daripada gigi geraham gajah yangsentiasa berbau wangi serta Keris Utama Prabu Demak berusia lebih 1,000tahun yang diperoleh daripada seorang pengumpul di Indonesia," tuturnyalebih lanjut.

SESUATU barang artifak mempunyai nilai yang tinggi.

Selepas dua tahun mengumpul koleksi keris, Radzuan turut beralihdengan mengumpul pelbagai barangan lama lain seperti mesin jahit, kaincindai, kain sulam emas yang pernah dipakai Puteri Palembang, naskhahal-Quran, alat pemain muzik Thomas Edison generasi kedua, sebatangmeriam yang ditemui sewaktu pembinaan Kedai Pasar Payang di Terengganudan banyak lagi.

Sehingga kini, dia mempunyai lebih 500 koleksi barang antik yangdikumpul di pejabatnya yang juga dianggap sebagai galeri peribadi. Iatermasuklah dua helai potongan kelambu Kaabah atau Kiswah yangdigunakan sewaktu musim haji pada tahun 2003 berukuran satu meterpersegi serta tasbih daripada kayu Kokka yang ditemui sejak lebih 200tahun lalu.

Atas perkongsian minat yang sama dengan isterinya, Mariani Yahya,45, maka lahirlah Pohon Budi Gallery yang menaungi Heritage AuctionHouse untuk tujuan melelong pelbagai barangan antik termasuk menjalinkerjasama dengan program Pameran dan Lelongan Antik Amal Terbesar diMalaysia yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 24hingga 26 Oktober lalu.

Menurut Radzuan lagi, dalam sesuatu majlis lelongan barang antik, iabiasanya akan menerima sambutan yang amat menggalakkan terutamanyadaripada pengumpul barang antik itu sendiri.

"Contohnya pada pameran dan lelongan yang berlangsung baru-baru ini,ia mendapat sambutan di luar jangkaan. Atas sebab itulah saya mengambilkeputusan untuk meneruskannya sehingga 9 November ini," ujarnya.


KOLEKSI pinggan mangkuk porcelin dari Jepun.

Bagi Mariani pula, matlamat utama mereka adalah untuk mengajargenerasi baru supaya mengenali barangan bernilai peninggalan orangzaman dahulu dan mengetahui kebijaksanaan mereka yang menghasilkansesuatu barang dengan fungsi tersendiri.

"Ramai golongan muda zaman sekarang tidak tahu nilai dankeistimewaan barang antik yang sebenar. Malah, mereka juga mungkintidak pernah melihat koleksi barangan berharga seperti itu. Tetapidengan adanya program tersebut, ia memberi peluang untuk anak mudamenyaksikan sendiri pameran yang menempatkan ratusan barangan antikdari Kepulauan Nusantara, Asia, Timur Tengah, Eropah dan juga AmerikaSyarikat," kata ibu kepada seorang anak lelaki berusia 19 tahun ini.
Lantaran itu, Radzuan menambah pihaknya bercadang untuk menjadikanprogram pameran dan lelongan sedemikian sebagai acara tahunan merekadalam usaha memperkenalkan warisan budaya bangsa pelbagai negara kepadaseluruh rakyat Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-10-2008 09:46 AM | Show all posts
Antik bila berusia 50 tahun



KAMCHENG yang diperbuat daripada perak.

KURATOR Perbadanan Muzium Melaka, Mohd. Nasruddin Abdul Rahman berkata, definisi barang antik itu adalah sesuatu yang subjektif bergantung pada penilaian seseorang individu.

"Mengikut Akta Purba 1976, jika sesuatu barangan berusia melebihi 100 tahun dan mempunyai nilai sejarah, barulah ia disebut antik. Tetapi selepas Akta Warisan Kebangsaan 2005 digubal, barangan antik merujuk kepada barangan yang sudah melebihi usia 50 tahun.

"Bagaimanapun, antik dari segi artifak adalah sesuatu yang subjektif. Ia menjurus kepada barang lama yang sudah tidak digunakan lagi pada zaman sekarang serta telah dilupakan oleh masyarakat. Setiap barangan antik mempunyai nilai sejarah dan wang yang tinggi," ujarnya ketika diminta mengulas mengenai definisi sebenar barang antik.

Di Malaysia, tiada sebarang halangan dikenakan kepada sesiapa yang berminat mengumpul barangan antik. Ia adalah hak seseorang individu. Cuma, Nasruddin mengingatkan supaya pengumpul barang antik perlu memastikan bahawa setiap barangan yang mereka peroleh tidak termasuk dalam senarai artifak atau barang antik yang dilaporkan hilang kerana kecurian dan yang berkaitan dengannya.

"Lebih elok lagi sekiranya setiap pengumpul mempunyai bukti pembelian barangan tersebut daripada mana-mana sumber untuk mengelakkan daripada mengalami situasi 'terbeli barang antik yang dirompak'," jelasnya.

Ditanya sama ada pihak muzium ada menyediakan peruntukan untuk membeli barangan antik yang dijual secara lelongan dalam sesuatu program, Nasruddin berkata memang ada tetapi ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia berkait rapat dengan perbendaharaan muzium.

"Kerajaan memang ada memperuntukkan sejumlah wang untuk pihak muzium membeli koleksi barang antik yang diakui kepentingannya untuk generasi masa depan. Namun, terdapat jawatankuasa yang akan meluluskan sesuatu pembelian setelah mengambil kira penilaian pakar dari pihak muzium.

"Biasanya kita akan membelinya daripada orang persendirian atau kedai menjual barang antik. Apa yang penting kita tidak mahu barang antik yang merupakan warisan negara terlepas ke luar negara kerana jika ini berlaku sukar untuk kita mendapatkannya semula.

"Contohnya beberapa koleksi barangan sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka yang banyak terdapat di Muzium Britain berbanding muzium di negara kita sendiri. Untuk itu, penting bagi muzium dan badan yang berkaitan melihat sendiri dan memiliki sesuatu barang antik tanpa melepaskannya kepada orang luar," ungkap Nasruddin penuh makna.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-10-2008 09:48 AM | Show all posts
Terbesar di Malaysia

Walaupun pameran barangan antik acapkali diadakan di negara ini, tetapi pameran dan lelongan barangan antik di Shah Alam baru-baru ini yang paling besar pernah diadakan.


PENGUNJUNG yang datang bersama anak-anak begitu tertarik melihat barang yang dipamerkan.

PAMERAN dan Lelongan Amal Barang Antik 2008 yang berlangsung di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor selama tiga hari bermula 24 Oktober lalu berjaya mencatat sejarah tersendiri.

Program anjuran pelajar Sarjana Komunikasi Korporat, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Heritage Auction House serta Muzium Sultan Alam Shah itu menyaksikan lebih 400 barangan antik yang diperoleh dari serata dunia termasuk Asia, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) dipamerkan dan dijual. Majlis ini telah dirasmikan Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.


NASKHAH al-Quran yang telah berusia ratusan tahun.

Memandangkan sambutan begitu memberangsangkan, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk meneruskan sesi pameran dan lelongan sehingga 9 November ini untuk memberi peluang kepada orang ramai menyaksikannya sendiri.

Penyelia pameran yang juga pensyarah Jabatan Komunikasi UPM, Dr. Muhammad Pauzi Abd. Latif berkata, program tersebut merupakan kesinambungan daripada program pameran dan lelongan amal tahun lalu yang menerima sambutan menggalakkan.


KOLEKSI barang tembaga yang turut dilelong.

"Konsepnya masih sama seperti dulu tetapi kali ini, ia dianjurkan dengan lebih gemilang lagi. Apa yang penting, matlamat utamanya adalah untuk mengumpul dana dan mengisi Tabung Kebajikan Pelajar UPM, selain memenuhi syarat pengajian pelajar yang terlibat.

"Di samping itu, program ini dijalankan hasil inisiatif kami untuk membangkitkan nilai sentimen sejarah di sanubari para pencinta seni dan warisan. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat majmuk dan kaya dengan pelbagai adat resam serta warisan budaya bangsa yang tidak ternilai dari segi penghayatan sejarah ketamadunan negara," kata Dr. Muhammad Pauzi kepada Kosmo!.



KEPALA tali pinggang yang digunakan puteri raja Pantai Timur.



Beliau yang turut memiliki koleksi barangan antik tersendiri mengatakan antara tarikan utama program tersebut ialah senaskhah al-Quran beriluminasi tertua di Asia Tenggara yang berusia 400 tahun dan telah disahkan keasliannya oleh perpustakaan Britain.

Jelasnya, walaupun naskhah al-Quran itu tidak dijual atau dilelong, tetapi secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada orang ramai melihatnya secara dekat kerana ia belum pernah dipamerkan di mana-mana muzium sebelum ini.

Ketua Publisiti Pameran dan Lelongan Amal Barang Antik 2008, Abdul Sharif Abdul Kadir berkata, pihaknya berasa amat gembira kerana sambutan termasuk promosi yang diterima begitu memberangsangkan.

"Kami bertuah kerana program kali ini mendapat liputan meluas daripada pengamal media sama ada media cetak mahupun elektronik. Ia sekali gus berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung untuk menyaksikannya," kata Abdul Sharif.

Bagi pengerusinya pula, Iskandar Jaafar, mereka telah melakukan persiapan sejak tiga bulan lalu bagi memastikan program amal tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Ini termasuklah mengumpul koleksi barangan antik yang diperoleh daripada pengumpul di seluruh negara.

"Seramai 24 pelajar bekerjasama membahagikan tugas masing-masing untuk menjayakan program amal ini dan ternyata, ia menerima sambutan yang lebih menggalakkan berbanding tahun lalu.

"Walaupun bukan mudah untuk memujuk pengumpul supaya menyerahkan barang mereka untuk dijual, tetapi akhirnya kami berjaya juga apabila memaklumkan tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana tabung kebajikan pelajar UPM.

"Alhamdulillah, segala yang kami rancang berjalan seperti yang dijadualkan. Segala penat lelah kami selama beberapa bulan lalu berbaloi dengan kejayaan program ini," ujar Iskandar, seorang Pegawai Kanan Kastam Putrajaya yang juga merupakan pelajar separuh masa jurusan KOM5113.

Setakat ini, sebanyak RM20,000 telah berjaya dikumpul untuk mengisi Tabung Kebajikan Pelajar UPM dan jumlah itu dijangka akan bertambah memandangkan pameran ini telah dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Kebanyakan pembeli terdiri daripada golongan pengumpul barang antik sendiri serta tidak ketinggalan artis dan selebriti tanah air seperti Ally Iskandar Mohd. Mardzi, Adibah Noor dan sebagainya. - KHADIJAH MOHAMAD NOR
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-10-2008 09:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-11-2008 10:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:28 PM | Show all posts
Setor antik

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Rumah bujang ini bertukar menjadi ruang simpanan barangan antik apabila pemiliknya berat hati untuk melepaskan setiap satu daripadanya.







LEBIH kurang 200 barangan antik atau bertema antik dapat ditemui di rumah ini. Kalau barang itu keluaran baru tetapi memiliki ciri sebuah barang antik pun saya akan beli dan kumpul, ujar pemilik rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur, ini, Khalid Rashid, 40.

Daripada perabot sehinggalah kepada barang perhiasan, daripada ruang tamu ke dapur dan bilik tidur, sukar untuk ditemukan barang berciri moden.

KOLEKSI pinggan bermotif bunga.

Set sofa di ruang tamu, menurutnya, dibeli dari Amerika Syarikat, dan merupakan set kegemarannya.

Sebenarnya semua yang ada di dalam rumah ini adalah kegemaran saya. Tidak ada satu pun yang saya tidak sayang. Sebab itulah saya simpan, kongsi pengusaha kedai perhiasan rumah dan haiwan ternakan kucing, De Elite House.

Tambahnya, beliau menggemari barangan antik kerana kecantikan pada barang-barang tersebut dan meminati kerja lama yang halus dan penuh berseni setiap satunya.

Malah, semasa duduk di tengah-tengah ruang tamunya, jelas terasa kemewahan atmosferanya.


GAMBAR kanak-kanak lelaki ini dihasilkan menggunakan benang sutera.



Kerja kraf yang dapat kita lihat pada barang-barang itu adalah luahan jiwa orang-orang terdahulu. Perhatikan kehalusan dan motif yang mereka pilih. Pada ukiran ini, contohnya, mereka menonjolkan sisi diri mereka yang sensitif, sedih dan kadangkala riang, katanya.

Perhatikan pula kaki pasu dari Parsi ini. Nampak seperti dilukis, tetapi sebenarnya, rekaan yang ada padanya diukir keluar dan dimasukkan bahan daripada jenis yang lain dan selepas itu diberi sentuhan kemasan yang baik sampaikan ramai tidak sedar ia sebenarnya satu ukiran.



ALMARI antik yang diberi sentuhan personal pada bahagian dalamnya.

Dan cara ini menjadi identiti seni Parsi kerana ia dapat dilihat pada perabot lain yang turut dihasilkan di negara itu, terangnya.

Dari Parsi juga, sebuah gambar seorang kanak-kanak lelaki di dinding biliknya menunjukkan ketelitian seorang penggiat seni kraf.


AURA mewah dari ciri antik terserlah di ruang tamunya.

Gambar itu sebenarnya daripada permaidani sutera. Penenun permaidani di sana mereka bentuk dan corak pada permaidani itu dengan penuh teliti kerana dengan menyusun kedudukan benang berwarna, mereka dapat menghasilkan gambar yang sempurna bertona, tambahnya.

Mengembara ke Eropah dan negara-negara Asia Barat, Khalid memastikan beliau tidak ketinggalan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu barangan antik daripada setiap negara yang dikunjungi.


KENALAN banyak membantu mempelbagaikan koleksi Khalid.

Bekas air unik bersusun dalam sebuah almari di depan meja makannya. Menjelaskan ia adalah budaya orang Jerman untuk menghasilkan bekas air daripada bulu binatang, Khalid menyelak kain lapik yang menutup meja makannya.

Meja ini saya dapat daripada seorang pemilik tempatan. Kami bertukar barang seperti sistem barter, suka sama suka. Katanya meja ini sudah berusia lebih 200 tahun.


HIMPUNAN bekas air dari serata dunia.



Lihat saja rekaannya yang berjaring. Kalau diperhatikan, material yang digunakan amat tahan. Tetapi mungkin kerana ia jarang digunakan, ujarnya sambil tertawa.

Menyifatkan rumah keduanya ini sebagai setor, Khalid, yang tidak sanggup melepaskan barang-barang yang ada di dalam rumah itu mengakui rumahnya agak sesak. Bagaimanapun, tidak ada pula habuk bertempek pada mana-mana perabot atau barangannya.



BEG antik, almari dari Parsi dan AS menambah karakter pada rekaan

Kalau terlalu sibuk, saya akan mengemas dan membersihkan barang-barang di dalam ini sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Tetapi kalau dapat, seminggu sekali pun boleh, kata Timbalan Presiden Kelab Kucing Malaysia yang masih bujang ini.

Kerana meminati kucing pada masa yang sama, pengalamannya membela 10 ekor kucing di dalam rumah ini mengundang petaka apabila pasu antiknya yang bernilai RM4,000 pecah dilanggar kucing-kucing itu.

Serik, saya hantar kucing-kucing itu ke kedai saja. Barang antik, kalau hilang satu, memang tidak ada gantinya, ujarnya.



Barangan antik di dalam rumah ini, katanya, hanya meliputi 10 peratus daripada keseluruhan koleksinya. Selebihnya dapat dilihat di rumah keluarganya yang terletak di belakang rumah ini, dan di kedai barang perhiasannya di Jalan Raja Abdullah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2008 11:07 AM | Show all posts
Semakin tua, semakin tinggi nilai antiknya
Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my



Kehalusan seni pembuatan tangan menjadikan seterika dan mesin jahit antik sentiasa hidup dan bernilai nostalgia

HOBI mengumpul barang antik bukan sekadar memerlukan wang yang banyak malah menuntut tanggungjawab, pengetahuan mendalam mengenai barangan itu selain harus berkorban masa dan tenaga.

Pengumpul seterika dan mesin jahit lama, Lim Cheng Hoe menepati kriteria yang digambarkan menerusi dua himpunan barang antiknya itu yang kini mencecah jumlah ratusan.

Selama 15 tahun bergelar pengumpul barang antik, mesin jahit lama dalam simpanan saya kini hampir mencecah 70 manakala berpuluh-puluh seterika lama disimpan di rumah dan diperagakan di kedai antik saya di Amcorp Mall, katanya.

Kebanyakan mesin jahit Lim dicipta pada abad ke 19 dan awal abad 20 dengan jenama Singer mengungguli koleksi.

Menyifatkan jenama itu perintis kewujudan mesin jahit di Malaysia, Lim layak berbangga kerana sebuah mesin jahit Singer miliknya diiktiraf tertua di negara ini.


Mesin kaki buatan tahun 1860.

Mesin jahit tangan bertatah tiram berusia kira-kira 100 tahun berkenaan berjaya menewaskan 3,000 mesin sejenisnya dalam pertandingan bersempena ulang tahun ke-100 Singer.

Menariknya, selesai pertandingan, Lim ditawar harga tinggi oleh pihak pengurusan Singer yang ingin memiliki mesin itu namun ditolak beliau secara baik.

Bukan wang yang dikejar sebaliknya saya lebih menghargai nilai nostalgianya, kata Lim yang turut menyimpan koleksi mesin jahit keluaran Wilcox and Gibbs, Agenoria keluaran 1870 yang dipatenkan atas nama syarikat mesin jahit Franklin di Birmingham, Badbury & Co, Raymond Weir dan beberapa nama yang tidak mungkin ditemui lagi.

Lim berkata, tidak sah bergelar pengumpul sekiranya dalam simpanan tidak ada mesin jahit Wilcox and Gibbs. Beliau sendiri mempunyai beberapa mesin jahit itu yang dikeluarkan pada 1857.


Lim bersama sebahagian koleksi seterikanya.

Ditanya keistimewaan mesin terbabit, Lim memberitahu, rekaan ganjil, ukuran mini dan pemutar benang yang mengeluarkan bunyi senyap menjadikan ia begitu popular pada zaman itu.

Lagipun, mesin ini ringan, mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana. Faktor ini punca mesin jahit tangan kekal wujud hingga ke hari ini berbanding yang beroperasi menggunakan kaki, katanya.

Selain mesin jahit, Lim gila mengumpul seterika lama. Seterika antik dalam simpanannya ada yang seusia genius tentera dan pemerintah Perancis Napoleon Bonarparte yang lahir sekitar 1700.

Sebagaimana mesin jahit, seterika Lim didatangkan daripada pelbagai era, rekaan, fungsi, cara penggunaan malah material juga berbeza. Sesetengah seterikanya ada yang seberat 10 kilogram dan lebih.

Seterika keluaran lewat kurun ke 19 misalnya, dipanaskan di atas dapur logam yang dibuat khusus untuknya. Api dinyalakan dalam dapur sebelum ditempatkan dua hingga lapan seterika di atasnya untuk dipanaskan.

Ketika itu, seterika cuma mampu digunakan golongan bangsawan dan biasa ditemui di rumah agam. Berat seterika dan kaedah penggunaannya yang rumit membuatkan kerja pembantu rumah sangat terbeban. Ia menjadikan kerja mendobi dan menggosok pakaian memakan masa sehari suntuk sehingga mencetuskan pengisytiharan hari mencuci dan menggosok baju, cerita Lim yang memiliki deretan koleksi berharga seterika arang kepala naga Berlinger serta Flatiron, seterika keluli pertama yang dipanaskan terus di atas api. Kedua, seterika ini dicipta lewat 1800.

Seterika lebih kecil, ringan dan efektif diilhamkan sekitar 1738 oleh Wilkinson of Cartmel, England sebelum kewujudan seterika yang dipatenkan atas nama Mrs Potts pada 1871 dan seterika elektrik keluaran American Elecl. Heater Co. di Detroit.

Keunikan seterika Lim terselit menerusi kaedah operasinya yang berbeza-beza merujuk tahun ia direka. Mengenainya, Lim berkata, seterika menjalani evolusinya menjelang akhir 1800.

Kebanyakan seterika dihasilkan selepas tarikh itu beroperasi menggunakan minyak tanah, petrol dan pelbagai larutan kimia lainnya. Menjelang 1889, seterika elektrik dicipta dan dipatenkan di Amerika oleh usahawan bernama Carpenter, katanya.

Seterika elektrik bagaimanapun menghadirkan banyak masalah gara-gara haba dan kepanasannya sukar dikawal berikutan termostat belum dicipta.

Seterika ini hanya layak dimiliki golongan berduit dan bertenaga. Saya maksudkan bertenaga di sini ialah penggunanya harus tegap fizikal bagi mengangkat beban seterika seberat 6 kilogram, katanya.

Baik mesin jahit mahupun seterika lama, kedua-duanya kata Lim mudah ditemui di Negeri-Negeri Selat, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura iaitu negeri terawal menerima penjajahan Inggeris.

Inggeris tidak sekadar membawa budaya kolonial bahkan meninggalkan banyak khazanah antik, katanya.

Peninggalan zaman kolonial menjadi syurga pengumpul barang antik seperti Lim. Lim berpendapat semakin tua usia barang berkenaan maka semakin tinggi nilai antiknya. Sementara, kehalusan seni pembuatan tangan menjadikan antik sentiasa hidup dan bernilai nostalgia.

Lim berkata, pengetahuan dan koleksi antiknya dengan cara bertukar barang serta pandangan. Sistem barter dijadikan amalan manakala laman web dilayari bagi mencari himpunan antik serata ceruk dunia. Selain itu, setiap kali ada kelapangan, Lim tidak pernah gagal menjenguk pusat lelongan milik rakannya, Radzuan di Muzium Shah Alam. Di sini, Lim didedahkan dengan maklumat serta perkembangan terbaru himpunan antik.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-12-2008 11:07 AM | Show all posts
Tip membersih, simpan seterika lama

MELALUI pengalaman peribadi dan saling bertukar pandangan dengan pengumpul antik lain, pengumpul seterika dan mesin jahir lama, Lim Cheng Hoe menyimpulkan seterika lama memerlukan kaedah penjagaan teliti.

Tiga langkah asas membersih seterika lama

1. Jangan membersih sembarangan tetapi lebih baik kekalkan bentuk dan rupa asalnya.

2. Bersih dan gilap dengan cermat tanpa menghakis tembaganya.

3. Bersih seterika sampai nampak seperti baru.

Teknik membersihkan seterika antik berkarat dan kurang karat sangat berbeza. Bagi seterika yang terlalu berkarat, Lim mengesyorkan berus loyang digunakan bersama minyak biji rami dan turpentin. Berus berupaya menyingkir karat manakala cecair berminyak berfungsi sebagai pelincir penghakis karat sekali gus mengembalikan seri tembaga.

Barang antik kurang berkarat boleh dibersihkan dengan berus bulu kejur atau kertas pasir basah bersama minyak biji rami dan turpentin. Berus digunakan bagi menghapus karat manakala cecair bertindak sebagai pelincir mencegah calar dan cela. Ia juga mampu mengubah karat kepada seri tembaga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 10:41 AM | Show all posts
Tak jual tembikar China ratusan tahun



JOHN menunjukkan tembikar miliknya pernah ditawar untuk ditukar dengan sebuah rumah teres setingkat.

KOTA KINABALU: Bagi seorang penggemar barangan antik, John Ahuang, beliau lebih rela terus menyimpan tembikar miliknya yang dipercayai berasal dari negara China dan berusia beratus tahun itu, daripada menjualnya walaupun mendapat tawaran lumayan.

Beliau yang ditemui di rumahnya di kawasan Padawan, iaitu perkampungan rumah panjang suku kaum Bidayauh di Sarawak, kira-kira 60 kilometer dari Bandaraya Kuching, berkata keunikan dan kehalusan seni ukiran pada tembikar itu menarik minat orang ramai yang kerap berkunjung ke rumahnya.

Katanya, malah ramai yang menawarkan harga yang tinggi untuk membeli tembikar China itu termasuklah bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk James Wong.

"Kira-kira 30 tahun lalu, James pernah berkunjung ke rumah saya dan membuat tawaran untuk membelinya kerana beliau tertarik dengan keindahan seni ukiran tembikar itu.

"Malah, James sanggup menukarkan tembikar itu dengan sebuah rumah teres satu tingkat di Bandaraya Kuching yang ketika itu berharga RM17,000. Tetapi, saya menolak tawaran itu kerana lebih sayangkan tembikar ini yang mempunyai sejarah tersendiri," katanya.

John berkata tembikar itu juga diperolehi hasil daripada pertukaran barangan dengan seorang rakan beliau yang tinggal di Kampung Simuti, Kuching.

"Ketika itu, rakan saya memerlukan 50 keping zink untuk membaiki bumbung rumahnya. Oleh kerana beliau tahu saya mengemari barangan antik, beliau menawarkan tembikar China ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-7-2009 05:03 PM | Show all posts
Miliki harta karun beribu tahun

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI


sebahagian artifek tembikar yang ada dalam simpanan Nor Ahmad.

MEMILIKI beberapa harta karun yang dipercayai artifak zaman dinasti diraja terawal dari China merupakan satu kepuasan baginya yang menunjukkan minat kepada pengumpulan barangan lama sejak sekolah rendah lagi.

Artifak yang dipercayai diperbuat pada tahun 201 Sebelum Masihi yang dinamakan Wine Fang Container diperoleh dari tapak bakal dijadikan perkuburan Cina di Semenyih.

Pengarah Urusan Dblack Auto Trading, Nor Ahmad Abdul Ghani, 48 memberitahu, artifak bekas air yang diperbuat daripada gangsa itu memperlihatkan imej empat ekor naga di setiap penjurunya.

Menurutnya, semasa ditemui keadaannya masih lagi baik walaupun tertanam berkurun lamanya.

Daripada pengamatan dan penyelidikan yang dilakukan oleh saya sendiri di Perpustakaan Negara, bekas air ini dipercayai telah berusia lebih 2,800 tahun.

Ia digunakan sebagai bekas untuk menyimpan arak. Pada waktu itu dinasti beraja China, gangsa bukan sahaja dijadikan barangan harian, peralatan bekerja dan senjata masyarakat purba tetapi memperlihatkan seni yang menakjubkan.

Dipercayai artifak itu adalah sepeninggalan rombongan dari China yang datang berdagang di Tanah Melayu pada waktu itu.

Pernah saya ditawarkan dengan harga RM500,000 tetapi saya tidak mahu menjualnya kerana nilainya bukan sekadar itu, ia lebih tinggi lagi kerana di negara China sekali pun, barangan ini sudah tidak dapat diperoleh. Ia suatu artifak yang begitu berharga, katanya ketika ditemui di rumahnya di Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, selain bekas air itu, koleksi yang istimewa yang tersimpan di rumahnya ialah pedang yang diperbuat pada 1819 yang diperoleh dari Indonesia tetapi berasal dari China.

Dipercayai pedang itu adalah milik Presiden Indonesia Pertama, Sukarno. Di dalam pemegangnya terdapat piagam dan surat daripada anaknya, Megawati Sukarnoputri yang membenarkan pedang itu dibawa keluar dari Indonesia.

Saya memperolehnya apabila seseorang menyerahkannya ketika saya melawat makam Sukarno di Tanjung Kodok, Indonesia, jelas bekas pegawai tentera darat ini.

Satu persatu koleksi harta karunnya ditunjukkan kepada penulis, maka tidak hairanlah kediaman setingkatnya telah kelihatan seperti muzium.

Kini jumlah koleksi dalam simpanan Nor Ahmad telah menjangkau ratusan, namun itu masih tidak memberi kepuasan baginya kerana banyak lagi barangan yang ingin dimiliki.

Malah, dia sanggup pergi ke sana ke mari jika kedengaran ada barangan unik walaupun ke luar negara sekali pun.

Teko hitam ini dipercayai berasal daripada Dinasti Ming. Sesuatu yang menarik mengenai teko ini ialah terdapatnya kalimah Allah di bahagian hadapannya dan cap mohor berkepala naga.

Ia saya peroleh di Janda Baik, Pahang dan artifak ini dipercayai tinggalan pedagang China yang beragama Islam yang datang ke Tanah Melayu, kata bapa kepada empat orang anak ini.

Nor Ahmad yang berasal dari Taiping, Perak, menjelaskan, loceng tembaga juga dipercayai daripada Dinasti Ming dijumpai di tepi laut di Skudai, Johor.

Beliau turut menunjukkan koleksi cawan naga China yang boleh berubah warna iaitu daripada warna coklat gambar naga tersebut ke warna merah apabila diisi dengan air panas. Sesuatu yang menakjub, apabila diminum, airnya sejuk.

Ia merupakan alat perubatan dari negara China pada zaman dinasti beraja, katanya.

Mengorek cerita apakah barangan yang pertama dikumpulnya, Nor Ahmad berkata, botol air minuman iaitu Coca Cola, FN, Sarsi dan Orange yang dibeli sejak berusia tujuh tahun. Kini ia telah berusia hampir 40 tahun dan masih tersimpan cantik dengan kandungan airnya yang asal.

Sejak itu, saya mula minat dan banyak barangan peninggalan nenek moyang saya yang berasal dari Patani menjadi koleksi saya.

Contohnya, dulang tembaga tanpa ukiran yang berusia 400 tahun. Ia digunakan semasa zaman kesultanan Melayu. Dahulu, datuk saya penghulu di Pulau Tiga, Perak dan boleh dikatakan mewah juga, oleh itu banyak barangan kelas atasan yang kini milik saya seperti jug kaca biru yang hanya orang kaya mampu memilikinya, katanya.

Menurut graduan kejuruteraan kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM) ini lagi, koleksi yang lain ialah baju songket pengantin yang berusia 120 tahun, timbang emas buatan Jerman yang diperbuat pada tahun 1932, pengisar kopi berusia 60 tahun, tiga buah kereta mini berusia 40 tahun, kerusi malas (100 tahun), koleksi duit, radio lama, telefon lama dan beg arwah biduanita Saloma, paip Cina daripada gading gajah dan lain-lain.

Pemilik kedai kereta terpakai ini memberitahu, pernah dia membuka kedai antik dua tahun lalu kerana ketiadaan tempat untuk menyimpannya, namun terpaksa ditutup untuk menceburi bidang lain.

Menjadikan rumah sebagai muzium penyimpan barangan lama bukanlah mudah kerana banyak keanehan yang berlaku. Ini kerana kebanyakan pemiliknya telah meninggal dan mungkin mempunyai penjaganya.

Pernah saya membeli artifak lama dari Indonesia iaitu keris Majapahit dan cerek berimej naga bergigi tajam. Kedua-dua barang itu balik sendiri ke tempatnya di Surabaya.

Oleh kerana tidak percaya, saya sendiri kembali ke kedai yang dibeli di Surabaya dan betullah kedua-duanya berada di situ.

Ini adalah risiko yang mungkin dialami oleh pengumpul artifak lama. Tetapi saya sentiasa memastikan keluarga berada dalam keadaan selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak, katanya di akhir perbualan.

Bagi sesiapa yang turut meminati harta karun dan ingin berkongsi pengalaman boleh menghubungi Nor Ahmad di talian 016-6830878.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2009 04:13 PM | Show all posts
Saturday September 19, 2009
Antiques aplenty
By PHILIP GAME

One mans love for antiques has led to the creation of Indonesias most imaginative and eclectic hotels and restaurants.

Tibetan thangka (or monastery banners) blend with priceless Chinese figurines and 19th-century European orientalia comprising romantic images of dancing girls and harems.

The restaurant LAmour Fou crazy love in French serves seafood, Italian and French cuisine, whilst the Sugar Baron Room re-creates the sumptuous boardroom of Oei Tiong Ham, one of Asias richest men during the early years of the 20th century.

Meanwhile, the Waroeng Shanghai 1920 Caf , which recreates the atmosphere of a simple coffee bar in 1920s Batavia (Jakarta), is owned by a ShanghaineseCBetawi (Batavian) couple.




This is the Hotel Tugu Malang, one of Indonesias most imaginative, most eclectic hotels. The Tugu group owes its genesis to the collecting instincts and creative genius of one avid antiquarian, Anhar Setjadibrata, and no two properties are the same.

Anhar, an Indonesian-Chinese lawyer, began his working life as a travelling salesman for pharmaceutical products when he was forced by circumstances to postpone his plans to practise medicine. He did not then envisage giving up on medicine altogether and taking up the legal profession, let alone becoming one of Indonesias most acclaimed hoteliers.

Anhars travels across Indonesia in the 70s nurtured in him an appreciation for his countrys much-neglected cultural heritage, and he began to acquire antiques and artefacts, often cast aside by the descendants of the original owners.

The time came eventually when Anhars burgeoning collection began to demand a proper home in which it could be shared with the world at large. More to the point, his wife urged him to offload some of the artefacts crowding out their home.

In 1989, Anhar opened the first Tugu Hotel (tugu meaning monument), laying the foundation for a collection of exotic, sometimes whimsical, boutique hotels and restaurants extending from Bali across Java to the capital, Jakarta.

Facing an isolated beach at Canggu, outside Kuta, the Tugu Bali is a treasure trove of antiques and old wares assembled from all over Indonesia.




The hotel forms a private walled estate, its lobby housed within the Wantilan Agung or Grand Ceremonial House in which a high-domed timber ceiling soars above a platform enclosed by teakwood columns.

At one end of the platform stands a gigantic Garuda, carved from the local ironwood. Mounted on the columns are spirit masks, intended to favour the benign spirits wafting through on the breeze.

The effect is as much Javanese as Balinese, evoking the audience hall of the Kraton, the palace of the sultans of Yogyakarta. Displayed here is the Cupu Manik, a 16th-century bowl for dispensing holy water which was coveted by Anhar for many years.

Downstairs is a gallery of antiques and handicraft, some not for sale, like the selection of century-old wayang kulit shadow puppets. The showroom resembles a Chinese temple, the columns and bearers salvaged at a time when such things came perilously close to becoming scrap timber and, on this occasion, hours before fire broke out.

Ornate shop signs inscribed with gilded Chinese characters were also easily acquired in the days when public displays of Chinese language were banned.

Tugu Balis Bale Sutra or Palace of Harmony is an elegant dining room evoking the aura of an 18th-century Chinese temple, while another meeting room is decorated with 19th-century Balinese royal antiques and memorabilia.

Two detached villas are named for pioneer European artists Walter Spies and A. J. Le Mayeur, who made their homes in Bali in the 1920s and 30s. Each villa is almost a gallery in its own right, lavishly furnished with period furniture and mementoes evoking the artist and his times.



Le Mayeur married the celebrated Balinese Legong dancer Ni Polok, who lived on until the 1980s, and some of the furnishings in the Puri Le Mayeur villa were acquired directly from her or from a favoured craftsman.

Most of all I wanted the rooms to capture the spirit of how they lived, says Anhar.

The upper story of a detached bungalow formed my own room, commanding views out over the property and down to the beach; guests downstairs enjoyed the use of a private plunge pool. Everything modern, such as light switches, is concealed or masked by old world housing, usually in stained wood.

The Waroeng Tugu cooking school demonstrates traditional Javanese and Balinese recipes, emanating exquisite smells as we passed by. Even a traditional barber shop has been recreated, whilst the Waroeng Djamoe Spa, by its very name, asserts a familiarity with the arcane secrets of Javanese herbal medicine.

Enjoying a relatively cool climate, the East Java hill town of Malang, just outside Surabaya, was for decades favoured by Dutch planters and civil servants retiring from the heat of the lowlands.

In Malang, 1930s Art Deco still holds sway, and antique dealers abound. The Tugu Hotel here, facing a traffic circle beside the town hall, was Anhar Setjadibratas first public showcase for his treasures and is now managed by his US-educated son Michel.

Although it houses one of Indonesias largest collections of Javanese, Chinese and Dutch antiques, this property is not just a repository for collectibles Anhars imagination has run riot in creating the opulent dcor of the public rooms as well as the 49 guest suites and rooms.

Top of the range is the Apsara Residence, named for one of the heavenly dancers who descended to earth in answer to the prayers of Jayawarman II, the Javanese-born prince who built a powerful kingdom in 8th century Cambodia. Five centuries later, the Apsara dancers were immortalised in thousands of reliefs carved into the stones of the Angkor Wat temple complex.

The Residence includes a private spa and separate dining area.

In Blitar, the town in East Java where Indonesias founding president Soekarno was born and now lies buried, remnants of the 14th-century Majapahit Kingdom stand amidst the lush rice paddies. The Hotel Tugu Sri Lestari is quite different again from the groups other properties.

Here, the style is colonial classic, circa 1850: the former Hotel Centrum is counted amongst the worlds oldest hotels. Fine period pieces are placed here and there but leave clean open spaces in the lobby, dining area and entry to the main suites. Formidable timber panelled doors are crowned with fretworked fanlights. Period news clippings and photographs of Soekarno and his contemporaries enliven the atrium area.

In the nations Ibu Kota or capital, the Tugu group operates two strikingly distinctive eating houses.

Lara Djonggrang in Jalan Cik Di Tiro, Jakarta Kota, follows the now familiar Tugu pattern, being richly adorned with Afghan and Syrian art and fabrics. Annete, the scions youngest daughter, presides over a restaurant and bar visibly popular with Jakartas diplomatic and expatriate communities.

More than a thousand years old, the legend of Lara Djonggrang still resonates today. In the 9th century, the Hindu princess vowed never to accede to the desires of a suitor who had murdered her father. The suitor, Bandung Bondowoso, summoned up an army of demons to fulfil the superhuman task of erecting 1,000 temples in the space of a single night.

Worried that the temples would indeed be completed before sunrise, the princess and her maids tricked the demon army into taking flight just before dawn, leaving 999 temples completed. Bandung Bondowoso, enraged beyond belief, turned Lara Djonggrang into stone so that she might never again love any other.

The gods, however, heard the prayers of the maidens of the kingdom and transported the late kings loyal daughter to the heavens where finally she found eternal peace. The restaurants prize artefact is a larger-than-life statue of the princess ascending heavenwards.

At Lara Djonggrang, the cuisine draws inspiration from the 14th-century court of King Hayam Wuruk, complementing the Babah kitchen specialities of Dapur Babah, Tugus other Jakarta restaurant.

Babah cuisine, like its counterparts in Malaysia and Singapore, blends the contributions of Chinese immigrants with their native-born Javanese women.

Dapur Babah is housed in a pair of restored 1940s shophouses on Jalan Veteran near Merdeka Square: conveniently close to the Presidential Palace for that distinguished patron, President Susilo Bambang Yudhyono.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-2-2010 10:58 AM | Show all posts
'Bukan untuk dijual'- Amir

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my




PERJALANAN dari Kuala Lumpur ke Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang, Selangor pagi itu berjalan lancar. Hanya mengambil masa 45 minit. Tiada kesesakan yang dialami sekali gus membuatkan penulis sampai ke destinasi yang dituju tepat pada masanya sekitar pukul 11.30 pagi.

Panduan yang diberikan oleh pemilik Teratak Klasik, Mohd. Amir Ahmad, 50, ternyata mudah diikuti. Sebaik sampai, kami disambut dengan senyuman lebar oleh penghuni rumah istimewa itu.

"Terima kasih kerana sudi datang. Macam mana susah ke nak cari rumah saya?," terkeluar pertanyaan daripada mulut Mohd. Amir yang kemudian menjemput penulis bersama jurugambar, Asmaruddin Jamaluddin dan pemandu syarikat, Mohd. Hasbullah masuk.


CONGKAK kayu yang berusia ratusan tahun.

Sejurus melabuhkan punggung di atas kerusi, sekali lagi persoalan dilontarkan Mohd. Amir: "Tengoklah dulu koleksi barang-barang antik yang saya ada ini."

Tanpa menunggu lebih lama, Mohd. Amir mengeluarkan beberapa koleksi peribadi peninggalan arwah bapanya, Ahmad Ali yang meninggal dunia pada usia 87 tahun, sembilan tahun lalu.

Salah satu koleksi barang antik yang istimewa ialah pisau cukur lama yang berusia hampir seratus tahun. Ini berdasarkan tarikh yang terukir di pisau cukur itu menunjukkan 1912. Menariknya ia masih elok dan berfungsi dengan baik.


PISAU cukur yang dibuat di England dan berusia 88 tahun ini masih dalam keadaan baik dan boleh berfungsi.

Koleksi kesayangan

Menurut Mohd.Amir, pisau cukur itu merupakan antara koleksi barang paling lama yang dimiliki oleh arwah bapanya. Sehubungan itu, ia turut menjadi antara koleksi kesayangan beliau yang harus dipelihara dengan baik.

Mohd. Amir memberitahu, dia berasa amat bertuah kerana mewarisi minat arwah bapanya yang gemar mengumpul barang-barang lama untuk kepuasan diri. Jika tidak, mungkin semua barangan tersebut sudah pun dijual kepada mereka yang obses terhadap koleksi barang antik itu.


MOHD. AMIR (kiri) dan ibunya, Yan memeriksa barang kemas yang masih elok.

Sehingga kini, Teratak Klasik telah menjadi 'tempat perlindungan' bagi ribuan barang antik yang tidak terhitung nilainya. Daripada sekecil-kecil barang hinggalah yang paling besar semuanya ada.

Berdasarkan senarai yang berjaya penulis catatkan antara barang antik yang terdapat di Teratak Klasik termasuklah lampu suluh 1923, tembikar China yang diwarisi daripada lima keturunan, gobek api, koleksi seterika lama, piring hitam dan botol susu era 40-an.

Selain itu tali pinggang lama, jam dinding, himpunan duit kertas dari dalam dan luar negara, lembing, tombak, radio zaman Jepun, dulang bijih, pengisar tepung lama, papan congkak berusia lebih seratus tahun yang diperbuat daripada kayu dan banyak lagi.


GOBEK sirih yang diwarisi turun temurun.

Tidak ketinggalan, busana perkahwinan ibu Mohd. Amir, Yan Ali bersama bapanya yang berusia hampir 70 tahun masih elok tersimpan di dalam salah satu peti lama yang ada di ruang tamu rumah tersebut.

Ternyata baju kebaya merah jambu itu tidak lusuh ditelan masa. Menurut Yan, 81, fabriknya masih tetap sama seperti mula-mula dipakai ketika berkahwin dahulu.

"Teringat lagi masa kahwin dulu, nenek berusia 12 tahun ketika itu. Tak sangka sampai sekarang baju ini boleh lagi ditatap oleh cucu cicit nenek," ujar Yan sambil menunjukkan baju tersebut kepada cucunya, Muhammad Aifat Mohd. Amir.


ANAK kunci yang juga menjadi sebahagian daripada koleksi barang antik Teratak Klasik.

Menurut Yan, arwah suaminya memang suka menyimpan barang antik. Sama ada arwah membelinya atau dihadiahkan oleh rakan, semua koleksi itu tidak pernah dijualnya.

Justeru, beliau bersyukur kerana hobi arwah suaminya mengalir dalam darah anak bongsunya, Mohd. Amir.

"Sekarang Amirlah yang menjaga harta peninggalan arwah ayahnya ini. Alhamdulillah, dia mampu melakukan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna," jelas Yan yang masih sihat walaupun usianya sudah lanjut.


MASIH baik. Kebaya merah jambu inilah yang dipakai oleh Yan ketika melangsungkan perkahwinannya dengan Ahmad.

Di samping itu, Mohd. Amir turut menyimpan koleksi barang kemas milik ibunya yang mencecah usia puluhan tahun. Malah, cucuk sanggul yang dipakai ibunya ketika berkahwin juga masih terjaga dengan baik.

Paling istimewa, buku-buku pelajaran arwah ayahnya yang kebanyakan ditulis dalam bahasa Jawi sewaktu bersekolah juga masih ada sehingga sekarang. Walaupun tulisannya sedikit kabur, namun ia masih boleh dibaca.

Niat serong


TERATAK Klasik menjadi pelindung kepada barang-barang antik yang diwarisi oleh Mohd. Amir daripada bapanya, Ahmad.

Secara tidak langsung dengan adanya buku-buku tersebut, anak-anaknya dapat mengetahui bentuk pembelajaran pada era lampau.

Bagi Muhammad Aifat, 18, dia mengakui teruja apabila melihat aneka barangan antik yang dimiliki oleh bapanya. Meskipun pada awalnya, dia sendiri kurang berminat untuk mengambil tahu tentang barangan tersebut, namun situasi mula berubah sejak empat tahun lalu.

"Ketika saya dalam tingkatan dua, tiba-tiba minat saya terhadap barang antik mula timbul. Mungkin disebabkan darah ayah yang mengalir dalam diri membuatkan ia meresap terus ke jiwa saya.


ZAINOL ABIDIN menunjukkan seterika (kanan) yang seakan-akan penyeduk air.

"Sekarang, saya selalu membantu ayah membersihkan koleksi barang antik dan menjaganya dengan baik," tutur Muhammad Aifat.

Sementara itu, abang Mohd. Amir, Mohd. Khadri Ahmad, 54, tidak menafikan ramai individu datang berjumpa adiknya dengan niat-niat tertentu.

Jelasnya, mereka bukan setakat untuk melihat atau mahu membeli koleksi antik tersebut. Sebaliknya datang dengan niat yang tidak baik.

"Pernah ada orang yang datang mahu meminjam sebuah periuk tembaga bersaiz besar semata-mata untuk melakukan kerja menarik duit yang bertentangan dengan agama Islam.


"Bukan itu sahaja, koleksi jam kuda terbang beliau turut menarik perhatian kaki judi untuk digunakan bagi meramal nombor ekor yang akan menang keesokan harinya," terang Mohd. Khadri sambil menggelengkan kepala mengenangkan peristiwa tersebut.

Tetapi, Mohd. Amir mempunyai pendirian tersendiri. Dia tidak mahu bersubahat dengan perkara syirik itu.

Sambil melawak Mohd. Amir berkata: "Nanti kalau duit tak dapat, periuk saya pula yang menjadi mangsa. Manalah tahu mereka akan menyepak atau membuangnya kerana geram apa yang diinginkan tidak tertunai. Saya juga yang rugi." Bagi yang menggemari barangan antik, mereka pasti akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk mendapatkan koleksi yang diingini.

Begitu juga dengan Mohd. Amir. Tetapi, apabila sesuatu barang itu sudah dimiliki, maka anda jangan berharap akan dapat memujuknya untuk menjual koleksi yang ada.

"Semua barangan antik saya bukan untuk dijual. Letaklah berapa harga sekali pun, saya tidak akan sesekali melepaskannya. Ia mempunyai nilai tersendiri.

"Bagi saya, kepuasan amat dirasai apabila berjaya mendapatkan barang yang disukai. Justeru, saya akan menjaganya dengan baik seperti menjaga nyawa sendiri," ujar Mohd. Amir.

Sementara itu, kepada mereka yang berminat mendapatkan barang-barang antik anda boleh melawat Pasar Anika atau lebih dikenali sebagai Rope Walk di Taman Selat, Butterworth, Pulau Pinang.

Pasar itu menjual pelbagai jenis barangan termasuk barangan antik yang jarang ditemui.

Menurut pengumpul dan penjual barang-barang antik, Zainol Abidin, 68, memberitahu seterika yang seakan-akan penyeduk air dan seterika antik yang dijual di pasar itu pada harga di antara RM65 hingga RM90 mengikut saiz, bentuk dan berat seterika berkenaan.

"Seterika antik seakan-akan penyeduk air yang menggunakan arang batu ini berusia lebih 100 tahun. Seterika buatan China ini dijual pada harga RM200," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 12:05 PM | Show all posts
salam,

Minat gak barang antik tapi nak menyimpan tu yg tak lalu.  Rumah suka yg lapang je. Rimas kalu byk sgt barang yg disimpan.

I cuma ada barang kemas antik, peninggalan arwah mak.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-3-2010 10:07 AM | Show all posts
Hiasan antik
Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my
2010/03/14




KHALID menggilap bekas menyimpan air antik logam yang menjadi kesayangannya.
Aksesori lama perlukan kesabaran untuk dimiliki, dipulihara

PERABOT antik sememangnya mampu membangkitkan seri ruang kediaman jika serasi warna dinding serta tema penataan yang diketengahkan pemilik. Namun, berbanding perabot baru yang mudah diperoleh, perabot antik sebaliknya memerlukan kesabaran dan usaha mengumpulnya yang memakan bertahun lamanya.
Perlu diingat, hobi ini bukan lagi eksklusif untuk golongan mewah, sebaliknya boleh disertai sesiapa saja asalkan ada minat mendalam. Dakwaan hobi antik bernilai ribuan ringgit tidak semestinya tepat kerana bukan semuanya dijual dengan harga menjerut leher. Sebaliknya, ada yang boleh didapati dengan harga munasabah serta berpatutan sekali gus sesuai kualiti, keadaan serta usia barang berkenaan. Khalid Rashid, pengumpul tegar antik membuktikan sikap rajin menyelidik serta mencari, berupaya menemukan penggemar antik dengan koleksi terbaik dan setara mutu. Syaratnya, kata Khalid, pemburu antik harus bersedia menjelajah seluruh pelusuk dunia, ceruk pekan serta kampung.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Demi melengkapkan himpunan peribadi, saya sudah menjejak kaki ke Amerika Syarikat, England, Russia, Iran, Jerman, Sepanyol, Itali dan Perancis, Vietnam selain dalam negara Pulau Pinang dan Melaka. Tiada istilah melancong bagi saya kerana setiap kali bercuti, yang difikirkan dulu ialah mencari barang-barang antik unik untuk dibawa pulang, katanya yang mengumpul antik sejak berusia 17 tahun iaitu kira-kira 25 tahun uluh tahun lalu.

Ditanya jumlah antik dimilikinya setakat ini, Khalid berkata dia tidak pernah merekodkan bilangannya. Namun tanyalah apa saja mengenai antik berkenaan baik latar belakang dan tempat barang itu diperoleh, Khalid dapat mengingat dengan baik dan mampu menceritakannya secara terperinci.

Saya tak suka menghitung berapa banyak wang yang sudah dibelanjakan untuknya. Tetapi, setiap koleksi dimiliki, saya pastikan ada tempat dan sudut untuknya di rumah ini. Memadai saya katakan, antik dalam simpanan saya berusia lebih 200 tahun, ujarnya yang mewarisi hobi berkenaan daripada ibunya, Maimunah Abu; ayah, Rashid Ibrahim dan nenek, Embuk Ismail.
Awal penglibatannya, Khalid lebih berminat menghimpun perabot serta kelengkapan tembaga lama berbanding perhiasan rumah. Namun, kerana perhiasan menawarkan lebih banyak pilihan dan menarik dipamerkan di ruang kediaman, minat Khalid terhadapnya makin mendalam.

Antik pertama dibeli adalah gerobok lama dari Melaka. Saya berkenan dengan reka bentuk, ukiran pada badan almari selain keampuhan kemasan kayunya. Saya berhenti membeli perabot selepas teruja dengan perhiasan antik, katanya.

Dalam sekian banyak himpunan, kelengkapan tembaga peninggalan arwah nenek kekal menjadi kesayangan. Kehalusan mutu buatan dan estetika reka bentuk berjaya menambat hatinya.

Suatu ketika dulu, kelengkapan tembaga ini mahal harganya maka hanya dimiliki golongan berduit saja. Kini, sesiapa saja boleh membeli kerana harga ditawarkan amat berbaloi. Selain itu, anda tidak perlu lagi ke kedai antik untuk mendapatkannya sebaliknya, boleh dibeli melalui orang perseorangan sekiranya rajin mencari, katanya.

Menyusuri kediaman Khalid, segenap sudut dan ceruk memuatkan antik. Rak terbuka bukan sekadar dipenuhi koleksi perak dan tembaga, bahkan dihimpunkan sama antik kaca, porselin serta seramik.

Kata Khalid, kesemua antik berkenaan dijaga namun tumpuan lebih diberikan kepada koleksi tembaga kerana mudah dihinggapi habuk.

Setiap antik dicuci dengan cecair kimia dikhaskan untuknya, misalnya barangan perak digilap dengan cecair khusus untuknya begitu juga kayu, logam, kaca dan sebagainya. Tembaga bagaimanapun perlu dipastikan dilap dan digilap selalu, maklum antik ini senang berhabuk dan cepat kusam andai alpa menjaganya. Semua cecair pencuci dan penggilap saya beli di kedai perkakasan saja, katanya.

Semua koleksi antik berkenaan diibaratkan Khalid sebagai harta yang tidak ternilai harganya. Sayang Khalid terhadap barangan lama itu sukar diungkap dengan kata-kata sehinggakan dia berikrar, tidak akan menjualnya biarpun ditawarkan puluhan ribu ringgit.

Ada tetamu yang pernah singgah di rumah ini menyuarakan hendak membeli salah satu koleksi saya namun ditolak dengan baik kerana semuanya menyimpan banyak kenangan manis. Bukan sedikit koleksi saya rosak dan pecah dilanggar kucing dan disinggung anak-anak kecil yang pernah berkunjung ke rumah ini. Saya terkilan namun sedar ini kesilapan sendiri kerana meletakkan barang-barang itu di segenap ruang dan sudut. Bukan saya tidak tahu risikonya tetapi entah kenapa saya puas meletak antik di tempat yang boleh ditatap mata, katanya yang boleh dihubungi menerusi laman web khalid.karlrush@gmail.com untuk saling bertukar maklumat mengenai antik.

Tip jagaan perabot antik

# Elak letak perabot di depan tingkap yang mendapat sinaran langsung matahari. Sinaran ultra ungu boleh menjejaskan lapisan perlindungan, kayu serta fabriknya.

# Jika perlu diletakkan berhampiran tingkap, pastikan penggunaan langsir tebal.

# Elakkan serangga perosak seperti anai-anai, lipas dan semut.

# Cuci sebarang kotoran atau tumpahan air segera.

# Lindungi perabot antik dengan melakukan pemuliharaan secara berkala, termasuk menggunakan khidmat pakar jika mampu. Jika tidak, anda boleh melakukannya sendiri dengan menyapu lapisan cecair pelindung kayu yang boleh diperoleh di kedai perkakasan khas. Lagi elok perabot itu dipulihara, semakin mahal harganya.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-10-2010 07:18 AM | Show all posts
Zikri kumpul aneka barang antik

Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my



SENAPANG lama dan meriam adalah tarikan utama dalam koleksi peribadi Antiques House Sdn. Bhd.

ADA orang berpendapat, hobi mengumpul barang-barang antik dan purba merupakan satu aktiviti yang mahal dan memerlukan kos tinggi.

Namun, jika ada minat yang mendalam, wang ringgit bukanlah segala-galanya kerana kepuasan memiliki barang-barang itu menjadi keutamaan pengumpulnya.

Bagi pemilik Banyan Antiques House Sdn. Bhd., Dr. Zikri Abd. Ghani, minat mengumpul barang-barang antik dan purba telah dimulakannya sejak kecil. Dia kini mempunyai kira-kira 1,000 jenis barangan pelbagai rupa dan bentuk serta masing-masing mempunyai kisah tersendiri.

Dalam galeri saya yang dibuka sejak 27 tahun dulu ini, 1,001 macam barang-barang telah saya kumpulkan seperti keris, lembing, tombak, senapang dan barang-barang hiasan tembaga termasuk kendi, tepak sirih dan buyung.

Kesemua barang-barang yang dipamerkan dalam simpanan saya telah dilesenkan oleh Jabatan Warisan Negara, katanya.

Zikri menambah, barang-barang yang tersimpan rapi di rumahnya itu didapatkan bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara.



MANUSKRIP lama hasil tulisan para ulama lama dan ilmuwan Islam kini menjadi barangan kesayangan Zikri.

Porselin atau tembikar tanah liat dibeli daripada negara China manakala barang-barang lain didapatkan di dalam negara, jelasnya.

Menyentuh tentang harga, Zikri mengakui pernah membelanjakan antara RM80,000 hingga RM100,000 untuk membeli koleksi meriam.

Ia adalah barang termahal yang terdapat dalam simpanan saya kerana ia tinggalan Portugis, Belanda dan British.

Saya ada lebih kurang 20 pucuk meriam. Sebelum ini saya ada 30 pucuk namun ada di antaranya telah saya jual, katanya.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia kini sedang sibuk mengumpul manuskrip lama berusia 120 hingga 220 tahun yang pernah digunakan oleh ulama dari zaman Al-Marhum Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah II iaitu dalam tempoh tahun 1797 hingga 1843 sehinggalah zaman pemerintahan Al-marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 hingga 1943).

Menurutnya, manuskrip yang dikumpul sejak 25 tahun dahulu itu mempunyai 75 naskhah yang terdiri daripada kitab ajaran agama tulisan jawi berbahasa Arab dan Melayu.

Kajian ilmuwan Islam

Ada yang dikarang dalam bentuk hikayat dan syair. Ia terbahagi kepada kitab-kitab pengajian tasauf, fiqah dan hadis nabi yang merangkumi pengajian perubatan Islam, kajian bulan bintang, pengurusan dan pentadbiran kaedah Islam.

Dahulu, saya ada menjualnya tapi kini saya mahu simpan dan hanya akan jual kepada pihak tertentu seperti muzium kerana tidak mahu khazanah ini hilang begitu saja sekiranya dibeli oleh orang perseorangan, katanya yang memperoleh manuskrip itu dari Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.


SETIAP barangan senjata yang dimiliki Zikri pasti mempunyai kisah tersendiri.

Buat masa ini, beliau menyimpan manuskrip peninggalan ulama-ulama besar terdahulu seperti Tuan Haji Wan Hussein Al-Banjari tahun 1870, Tuan Haji Ishak Pondok Pulau Pisang, Kubang Pasu (1844), Syeikh Daud Al-Fatani (1830) Syed Harun Arau (1815), Hamzah Fansuri, Syeikh Abdul Samad Al-Palembangi, Nuruddin Al-Rariri, Syeikh Mahyudin Abd. Kadir dan Syeikh Abdul Rahman.

Ekoran minat yang begitu mendalam dalam mengumpul barang-barang antik dan purba itu, nama beliau pernah terpahat dalam Malaysia Book of Records sebanyak dua kali iaitu tahun 2004 dan 2006 iaitu sebagai pengumpul meriam individu dan pengumpul pistol dan senapang terbanyak di Malaysia.

"Dalam rekod itu, saya dicatatkan sebagai penyimpan 30 pucuk meriam, 12 pucuk pistol dan 18 pucuk senapang yang menggunakan serbuk belerang," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk melihat koleksi barang antik dan purba miliknya, boleh datang sendiri ke Lot-T6, Tingkat Satu, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar atau telefon di talian 04-731 4708.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-5-2019 05:27 PM | Show all posts
Pasar karat paling tua

MyMetroSantai

Zaitie Satibi
zaisa@hmetro.com.my






KEUNIKAN barang antik dan vintaj mempunyai nilai tersendiri dan sering dijadikan koleksi selain melengkapkan hiasan dalaman kediaman atau premis perniagaan. Malah, barangan berkenaan yang rata-ratanya sukar diperoleh menjadikan lokasi jualannya dikenali pasar karat menjadi tumpuan.

Antara pasar karat yang terkenal dan menjadi pilihan pengumpul dan peminatnya adalah Flea Market di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Ia antara tarikan utama dan wajib dikunjungi pelancong jika berada di bandar raya berkenaan.

Pasar karat yang menempatkan lebih 200 peniaga itu hanya beroperasi pada setiap Sabtu dan Ahad sekali gus menjadikannya destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin meluangkan masa bersama keluarga ketika hujung minggu.

Warisan barangan lama pasti mengimbau kembali segala nostalgia zaman datuk nenek dahulu yang boleh dikongsi bersama anak.

Pelbagai barangan lama yang boleh didapati termasuk radio, piring hitam, hiasan rumah, mesin jahit, aksesori tembaga, seterika, tepak sirih, pakaian, permainan dan pinggan mangkuk.

Flea Market Amcorp Mall ini dikatakan antara pasar karat yang paling tua atau paling lama bertahan di kawasan Lembah Klang.


ANTARA barangan antik yang dijual pada Perhimpunan Barangan Antik dan Vintaj di Amcorp Mall.

Ia dibuka sejak 1997 dan menjadi medan berkumpul buat pencinta barang antik yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berusia.

Kedudukan pasar karat ini yang strategik terletak betul-betul di dalam bangunan Amcorp Mall bersebelahan dengan Lebuh raya Persekutuan memudahkan pengunjung dari serata tempat datang.

Malah, cuti hujung minggu adalah paling dinantikan pengumpul dan peminat barangan antik untuk mendapatkan pelbagai koleksi yang dijual serendah RM10 hingga mencecah ribuan ringgit.

Apa menambahkan keunikannya adalah ia menempatkan kepelbagaian budaya negara ini. Oleh itu, pengunjung boleh membayangkan bagaimana barangan diperoleh daripada pelbagai sumber dihimpunkan di satu tempat.

Malah, pasar karat ini juga pernah diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai pasar karat induk terbesar di negara ini.


SEORANG pengunjung memilih bekas tembaga lama.

Pengunjung boleh membeli apa sahaja di pasar karat berkenaan dan bahagian terbaik apabila boleh tawar-menawar untuk barangan yang diidamkan.

Cuma perlu luangkan masa beberapa minit untuk berbual dengan penjual bagi mengenali mereka dan perihal berkaitan barangan lama.

Walaupun anda mungkin bukan seorang pengumpul atau peminat barangan lama berkenaan, tetapi pasti ada satu atau dua barangan yang anda berkenan.

Pasar karat ini turut menjadi saluran untuk pengunjung menikmati kemeriahan, berkongsi minat dan mempelajari perkara baru.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2019 @ 9:18 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2019 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak ada satu meja make-up bercermin antik. Beli x mahal sangat. Dalam RM4,500 aje 7 tahun dulu. Akak x pernah buat apa2 cuma ambil kain kering dan buang habuk je. Takut salah bela dan terrosak. Sekali time pindah, staff syarikat pindah tu dah terchipped kaki meja tu! . Akak perasan pun selepas sehari berkemas!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-8-2019 01:07 PM | Show all posts
Amcorp Mall memang syurga




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.309149s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list