Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
76654
View
689
Reply

SBP/MRSM/Elite Schools : update - 6600 Dapat ke SBP 2010 -

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Post time 23-12-2009 04:08 PM | Show all posts
637# arasham

so hantar jugak la ye? rezeki jgn di tolak kak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 04:09 PM | Show all posts
Sekolah kat kulim pun 36 orang dpt 5A. hanya 2 orang dpt offer yg girl -TKC yg boy pulak - SBPI Gombak, mungkin result dia orang power kot dapat offer luar dr Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 08:00 AM | Show all posts
637# arasham  

so hantar jugak la ye? rezeki jgn di tolak kak.
smeetasmitten Post at 23-12-2009 16:08

hantar ke sekolah agama tapi duk rumah ada murid harian kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 11:15 PM | Show all posts
Pelajar cemerlang UPSR rayu masuk MRSM

YAN 27 Dis. - Sejak setahun lalu, Norhidayah Halim telah belajar dan bekerja keras bagi memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang keputusannya telah diumumkan baru-baru ini.

Harapannya, dengan keputusan cemerlang itu akan membolehkan dia menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang diyakini dapat membantunya mencapai cita-cita menjadi seorang doktor.

Namun keputusan cemerlang itu setakat ini belum menjanjikannya sebarang tempat untuk belajar di institusi elit tersebut.

''Kami orang susah dan saya tahu hanya dengan pelajaran, saya dapat membantu keluarga untuk keluar daripada kemiskinan.

''Ramai rakan-rakan yang telah mendapat tempat ke sekolah berasrama penuh, namun saya sehingga kini belum mendapat apa-apa tawaran,'' kata anak kepada pasangan istimewa itu ketika ditemui di rumah mereka di sini hari ini.

Kedua-dua ibu bapanya, Halim Abdullah, 44, dan Mashita Abdul Rahman, 38, adalah pasangan pekak dan bisu.

Bagaimanapun pelajar tahun enam Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Limau itu; abangnya, Hazrol Shimi Halim, 15, dan adik bongsunya, Mohd. Hazmi Halim, 5, dilahirkan normal dan hanya menggunakan bahasa isyarat yang dipelajari secara sendiri bagi berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.

Norhidayah sebelum ini telah terpilih untuk menyertai program Dana Wang Saku Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah-Inska (Intitut Asas Kemasyarakatan) bagi meringankan beban kewangan bapanya yang hanya bekerja sebagai tukang kayu di sebuah kedai perabot.

Norhidayah berkata, dia menyimpan impian untuk menyambung pelajaran ke MRSM kerana mahu belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai impian menjadi seorang doktor.

Menurutnya, dia amat berharap permohonan ke MRSM akan diterima kerana ia merupakan tempat terbaik untuknya menimba ilmu.

''Saya harap pihak-pihak berkenaan dapat membantu saya untuk menyambung pelajaran di sana,'' katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi GPMS Kedah, Zuraidi Rahim berkata, pihaknya amat berharap Norhidayah akan diterima memasuki MRSM yang berhampiran tempatnya iaitu di Merbok.

''Selain Norhidayah, kami juga berharap pihak berkenaan dapat menempatkan 14 lagi pelajar miskin di negeri ini yang memperoleh keputusan cemerlang di MRSM.

''Kesemua mereka adalah pelajar yang terpilih untuk menerima bantuan wang saku melalui program Dana Wang Saku GPMS Kedah-Inska,'' ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 09:19 AM | Show all posts
Belajar di SBP
Oleh Norliza Abdullah


KESEDIAAN pelajar perlu diambil kira sebelum memasuki SBP.

Ibu bapa perlu liberal, rasional kerana penerimaan pelajar berbeza

KEPUTUSAN ibu bapa menghantar anak ke sekolah berasrama penuh (SBP) perlu dilaksanakan secara diplomasi, termasuk mengambil kira kesediaan untuk tinggal berasingan. Ikuti pandangan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Aminah Ayob seperti disampaikan kepada wartawan pendidikan Berita Harian, Norliza Abdullah.

SISTEM pendidikan sekolah berasrama penuh (SBP) terbukti cemerlang. Sejak dilaksanakan mulai 1905, sistem pendidikan bersepadu itu mampu melahirkan pemimpin tertinggi negara dalam pelbagai sektor, selain tokoh politik disegani.

Program pendidikan menyeluruh yang disediakan dengan pengisian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar itu menjadi pilihan ibu bapa dalam memastikan anak mereka mendapat pendidikan berkualiti.

Memandangkan permintaan memasuki SBP sangat menggalakkan, program sama turut ditawarkan agensi kerajaan lain, antaranya Majlis Amanah Rakyat (Mara) dengan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara.

Dalam pada ibu bapa ghairah menggalakkan anak ke SBP, masing-masing perlu rasional dan liberal kerana tidak semua pelajar cemerlang boleh menyesuaikan diri dalam sistem pendidikan berkenaan.


Pelajar dikategorikan masih belum matang itu mempunyai pelbagai kerenah dan perangai, yang mana masing-masing mempunyai cara sendiri untuk belajar dengan objektif mencapai kejayaan yang diharapkan.

Walaupun sistem pendidikan SBP kompleks dengan setiap masa dipenuhi aktiviti akademik, kokurikulum, agama dan pembangunan sahsiah, hanya sebahagian pelajar dapat mengikutinya.

Dalam hal ini, wajar bagi ibu bapa berbincang dengan anak masing-masing mengenai kesediaan mereka berpisah dengan keluarga untuk memulakan kehidupan sendirian bersama rakan di sekolah.

Ini kerana pada usia 13 tahun mungkin pelajar berkenaan terlalu mentah untuk hidup tanpa perhatian dan bimbingan ibu bapa.

Menerusi perbincangan itu, ibu bapa perlu melayan anak seperti orang dewasa, termasuk mengenai kepercayaan ibu bapa terhadap mereka. Pastinya mereka akan memberi yang terbaik walaupun terpaksa memilih belajar di sekolah harian.

Bertitik tolak keadaan itu, jika kemasukan ke SBP atas desakan ibu bapa kemungkinan besar dan dikhuatiri anak terbabit akan memberontak tanpa disedari.

Pelbagai cara anak menunjukkan rasa memberontak, antaranya anak mempunyai hubungan lebih akrab dengan rakan sebaya berbanding ibu bapa dan adik beradik yang lain.

Keadaan pastinya menjadi lebih serius kerana setiap rahsia dan hal peribadi mereka hanya dikongsi bersama rakan di asrama hinggakan apa yang sepatutnya dimaklumkan kepada ibu bapa terlebih dulu tidak dilaksanakan. Keadaan berlarutan hinggalah mereka dewasa dan melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Berhadapan dengan situasi ini, ibu bapa dan anak boleh membuat perjanjian bersama. Pastikan jika anak tidak bersedia tinggal di asrama, anak tadi perlu berjanji mereka akan memberikan yang terbaik seperti yang diharapkan kedua-dua pihak.

Memandangkan kemudahan pendidikan sekolah harian semakin canggih, pastinya pelajar mendapat peluang pendidikan sama rata dengan rakan mereka di SBP. Apa yang penting kini ialah kesungguhan serta disiplin yang tinggi pastinya menjanjikan kejayaan cemerlang.

Guru di sekolah harian juga bertugas dengan penuh dedikasi dan membantu pelajar kejayaan menerusi bimbingan dan perhatian sepanjang proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Malah sistem sekolah harian juga mempunyai persatuan ibu bapa dan guru yang kuat dan masing-masing berperanan meningkatkan kualiti pendidikan selain memantau perkembangan anak masing-masing supaya berada di landasan betul untuk mencapai kejayaan.

Sejajar dengan objektif SBP menyediakan pendidikan berkualiti kepada golongan kurang berkemampuan di luar bandar dengan penempatan 70 peratus pelajar pedalaman dan 30 peratus pelajar di bandar, wajar jika kemudahan berkenaan dioptimumkan golongan sasar.

Ibu bapa di bandar memiliki segala kemudahan selain memiliki status keupayaan lebih tinggi berbanding keluarga di kampung. Mereka mampu menyediakan segala-galanya untuk keselesaan anak masing-masing.

Selain kemudahan komputer dan internet di rumah, ibu bapa berkemampuan boleh menghantar anak mereka ke pusat tuisyen pilihan.

Usaha ini juga sekali gus dapat memantau pemantauan perkembangan pendidikan anak selain mengeratkan hubungan kekeluargaan dan dalam masa yang sama, anak tadi dilatih menguruskan urusan peribadi seperti menyiapkan keperluan sekolah seperti membasuh baju dan kasut sendiri.

Program pendidikan di sekolah harian juga memberikan kelebihan kepada termasuk pergaulan pelajar dengan rakan sebaya daripada pelbagai golongan masyarakat selain mempunyai hubungan akrab dengan saudara mara, jiran tetangga dan sahabat andai.

Setengah ibu bapa merasa lebih puas jika mereka sendiri dapat membesarkan anak dengan memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Kepuasan melihat anak membesar di depan mata ini hanya diperoleh sekali dan ia adalah sesuatu yang sungguh berharga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 02:16 PM | Show all posts
Pelajar cemerlang UPSR rayu masuk MRSM

YAN 27 Dis. - Sejak setahun lalu, Norhidayah Halim telah belajar dan bekerja keras bagi memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) y ...
amazed Post at 28-12-2009 23:15




sedih pulak baca artikel ni...insyaallah kalau ada rezeki dpt jugak adik ni msk mrsm...status ekonomi keluarga antara kriteria yg diambil kira...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 07:12 AM | Show all posts
Pelajar MRSM nikmati kadar murah broadband, netbook

PULAU PINANG 5 Jan. - Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di utara Semenanjung berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar (broadband) dengan kadar lebih murah melalui program 'Welcome Back To School dan Program 1 Pelajar 1 Netbook'.

Program anjuran Celcom Axiata Berhad itu membolehkan pelajar MRSM terbabit mendapat pek permulaan broadband secara percuma dengan bayaran serendah RM6 sehari atau RM20 seminggu tanpa had.

Malah, melalui program tersebut, peserta juga berpeluang menikmati pakej komputer riba dilengkapi modem jalur lebar melalui skim bayaran ansuran serendah RM50 sebulan bagi tempoh dua tahun.

Naib Presiden Wilayah Utara Celcom Axiata Berhad, Saiful Bahrin berkata, program anjuran bersama Muafakat-Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd. itu membolehkan pelajar MRSM di seluruh wilayah Utara menikmati broadband terhebat Celcom bersama netbook.

''Dalam program ini, Celcom akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan bekerjasama dengan Mutiara Smart Computing yang akan menyediakan komputer riba.

''Celcom juga akan memberi pek permulaan SOX secara percuma dengan bayaran serendah RM6 sehari tanpa had atau RM20 seminggu tanpa had yang diyakini tidak membebankan pelajar-pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program tersebut yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Hilmi Yahaya di MRSM Balik Pulau di sini hari ini.

Saiful memberitahu, Mutiara Smart Computing Sdn. Bhd. menawarkan pakej komputer riba dilengkapi modem jalur lebar berharga RM1,180 dengan pembelian tunai atau skim bayaran ansuran murah.

Katanya, pelajar yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan melalui kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN).

''Kami turut merancang untuk memperluaskan program berkenaan di sekolah harian biasa seluruh wilayah Utara jika ia mendapat sambutan.

''Ketika ini kami sedang mempertimbangkan untuk memilih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Hussein Onn, Seberang Jaya untuk dijadikan sebagai projek pertama," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 10:22 PM | Show all posts
dapat tau ada je anak2 yg both parents engineer, cikgu-cikgi, managers dpt tawaran ke sbp. maknanya syarat kedudukan sosio ekonomi tu atas kertas je lah ye. hmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 06:30 PM | Show all posts
Semakan ke SBP


KUALA LUMPUR: Pelajar lepasan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh membuat semakan tawaran permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) secara online melalui www.moe.gov.my.

Dalam kenyataan di sini, katanya, pihaknya menerima 46,318 permohonan tahun ini termasuk 28,188 pelajar mencapai keputusan semua A dalam PMR tahun lalu.


Katanya, pelajar yang berjaya mendapat tempat ke SBP perlu membuat pendaftaran pada 2 Februari depan.


Bagaimanapun, pemohon yang gagal mendapat tempat ke SBP boleh membuat rayuan secara online menggunakan e-rayuan bermula hari ini hingga 8 Februari. -Bernama\
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 07:04 PM | Show all posts
dok SBP la ni tiap2 minggu bole balik umah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 07:26 PM | Show all posts
bila result mrsm nk kuar

kalau last year minggu kedua dh tahu dh
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 05:45 PM | Show all posts
dok SBP la ni tiap2 minggu bole balik umah...
Mas916 Post at 16-1-2010 19:04


sebab kerajaan dah kurangkan peruntukan makan pada hujung minggu disebabkan kegawatan ekonomi..
bukan SBP ja, tapi semua sek berasrama..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 09:16 PM | Show all posts
Ptg td dgr kat radio - kemasukan pelajar Ting 1 ke MRSM boleh check online pd 1 Februari 2010
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 09:20 PM | Show all posts
642# ingintahu kalau ikutkan cikgu kat sekolah anak I, SBP ni skrg mmg dia tgk aptitude test score.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 09:38 PM | Show all posts
sebab kerajaan dah kurangkan peruntukan makan pada hujung minggu disebabkan kegawatan ekonomi..
bukan SBP ja, tapi semua sek berasrama..
cikmonlala Post at 17-1-2010 17:45

dah tidak dah............kalau balik tiap minggu meningkat risiko dlm perjalanan lagi costly......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 11:50 PM | Show all posts
Mara perluas MRSM berteraskan konsep Ulul Al-bab
17/01/2010

KOTA BHARU 17 Jan. C Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperluas sistem pendidikan berteraskan konsep Ulul Al-bab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu bertujuan bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang pendidikan, malah mempunyai sahsiah diri yang tinggi untuk dunia dan akhirat.

Beliau berkata, setakat ini, sistem pendidikan berteraskan konsep itu sudah diperkenalkan di MRSM di Kota Putra, Besut, Terengganu; dan di Gemenchih, Negeri Sembilan.

"Konsep pendidikan Ulu Al-bab ini lebih merupakan sistem tambah nilai kepada sistem pendidikan yang sedia ada di MRSM di seluruh negara, bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga memiliki sahsiah diri yang tinggi, katanya kepada pemberita selepas di majlis kesyukuran MRSM Pasir Tumboh yang muncul sebagai MRSM terbaik di seluruh negara dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lepas.

Idris berkata, sebuah lagi MRSM seumpama itu akan diwujudkan di utara negara, bagaimanapun tempatnya masih belum diputuskan lagi. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:22 AM | Show all posts
MRSM lagi best~...
bebudak yg aply mrsm....berdoa lah dpt mrsm...syok dok mrsm...
especially balik pulau....hehe=D
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 02:35 PM | Show all posts
sapa yg dulu ada buat rayuan utk ke mrsm? what is the best way to appeal?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 05:40 PM | Show all posts
alhamdulilah...anak dpt tawaran ke mrsm kepala batas, pulau pinang..
tp nak kena pujuk lah pulak...konon tak de 'gang' ....
mcm2 budak zaman lani...bukan senang nak dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 02:43 PM | Show all posts
syukurlah dapat kat kuantan..
mcm mcm dok ngok ngek..
alahaiii anak2 zmn lar ni.....

apa pun, insya allah dia akan pi...
setelah penat berkarate dan sebagainyer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.095583s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list