Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12
Return to list New
22206
View
32
Reply

Definisi Mahasiswa Cemerlang - Antara Akademik dan Kokurikulum -

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Post time 20-11-2008 12:54 PM | Show all posts
ermmm....kalo betollah bagai diandaikan, takdelah budak SPM boleh extend bila masuk UNI...kenapa kawan i masa SPM top student tapi buat kursus yg tak sejiwa boleh dapat GB....

tak semduah yg kita nampak, kalo u bawak sampai 24 cerdit hour dlm satu semester...u takde masa nak bersosiol...time management is one thing, another thing is workload...kalo subjek sampai 7, ko ingat berapa byk assig nak kena buat...

cakap senang....ehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 20-11-2008 12:54 PM
ermmm....kalo betollah bagai diandaikan, takdelah budak SPM boleh extend bila masuk UNI...kenapa kawan i masa SPM top student tapi buat kursus yg tak sejiwa boleh dapat GB....


saper suh pilih kursus yang tak sejiwa??? dah tak sejiwa tentu la payah nak dapat apa yang dia nak lagi la nak cemerlang...kenapa plak nak disalahkan dengan aktiviti koku??? nampak benor planning fail dari awal. apply masuk U just suka suka, ikut kawan dan sebagainya...dah fail, GB salahkan koku la aktiviti luar la...sedangkan time management dengan perancangan masa depan yang haru biru...takkan pitching suara lari nak salahkan mikrofon pula....

tak semestinya yang top masa SPM/STPM tu boleh terus cemerlang kat U..ada yang hanyut dengan suasana yang bebas di U yang tak macam sekolah...ada yang terkejut dengan perubahan dan ada juga yang tak bersedia..ada seribu macam faktor lagi. tapi aktiviti luar dan koku juga yang disalahkan....

aku berani cakap sebab aku dah lalui..dan benda tu pun sebahagian dari pengalaman aku...so aku bukan main cakap senang...   cuti aku join camping, outdoor, bakti siswa. tak ada masalah pun.

cuma aku nak hang jawab ni..kalau yang hardcore hang kata tak boleh buat aktiviti luar atau join koku sebab tak semua orang kapasiti otak tak sama so kalau yang jenis ambil course senang, mengapa masih ada yang dok buat tak endah jer dengan koku dan aktiviti luar? masih ada kaitan dengan kapasiti otak ke?

dan kalau 24 credit hours satu semester pun ada sangkut hari cuti ke? hari weekend ke? yang aku tgk ramai yang penuhkan cuti hujung minggu atau malam hari dengan keluar ke bandar esp yang dok kat Lembah kelang tu...tipu la tak da masa nak bersosiol.... .

alamak...asgment ka? kalau nak bersembang kosong..sampai santak subuh pun tahan...takkan asgmnt pun bising??? kalau management ko bagus...semua boleh settle beb.takan 7 subject tu kena siapkan serentak?? tambah lagi yang asgmnt group....sebab tu la time management penting. hang pun tak adanya nak 24 jam dok ngadap asgmnet hang yang 7 subjek tu.sampai satu tahap pun hang mesti tepu punya.macam la tempoh nak menghantar semua asgmnt tu seminggu jer.... satu semester ada berapa bulan? takkan dalam purata 3 minggu satu asgmnt tak siap? lain la kalau banyak sangat berangan nyer

anyway, ramai juga dari course yang sukar ambil PALAPES...grad jer pun dia orang dengan cemerlang.asgmnet siap pun...(jap lagi sure kena kaitkan dengan kapasiti otak ... )

kalau dah jenis memang tak suka koku dan aktiviti luar memang camnie la..seribu satu alasan....hehehehe dah tu apply KPLI...lelama pastu jadi GPK jadi GB ke pengetua ke..dengan sekolah pun dia tune, aim ke akademik jer..koku campak jauh-jauh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:02 PM | Show all posts
Siswa perlu seimbangkan akademik-kokurikulum
MELAKA 10 Ogos - Golongan mahasiswa diminta bijak mengimbangi penglibatan mereka dalam kegiatan akademik dan kokurikulum sekiranya ingin berjaya merebut peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, gabungan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum merupakan kelebihan di pasaran pekerjaan pada masa ini.

Menurutnya, kemahiran dan kemampuan berdaya saing menjadi pilihan utama pihak majikan sebelum menawarkan pekerjaan kepada lepasan universiti.

Justeru itu para mahasiswa harus serius mengambil bahagian dalam kegiatan (kokurikulum) yang dianjurkan bagi memupuk daya intelektual, mengasah kreativiti dan inovasi.

Perlu diingatkan jika semata-mata cemerlang dalam akademik, ia tidak menjanjikan pekerjaan yang baik apabila tamat pengajian kelak, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Mesra dan Penutup Karnival Sukan Harapan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dihadiri lebih 500 pelajar pelbagai IPTS Zon Selatan di sini malam tadi.

Selain itu, Idris berkata, berdasarkan pemerhatian pihaknya, sebahagian besar kes kegagalan lepasan universiti mendapat pekerjaan disebabkan pelajar tidak aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan bagi meluaskan pergaulan mereka.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan pelajar tersebut kelihatan seperti kaku semasa menghadiri temu duga pekerjaan yang diadakan oleh pihak majikan.

Jika dilihat dengan pencapaian akademiknya, pelajar seperti ini amat cemerlang tetapi bila diuji pada tahap kemahiran dan keperluan insaniahnya, ia amat berkurangan sekali.

Kita mahu para siswazah seimbang dalam pencapaian akademiknya dan kegiatan kokurikulum kerana kedua-dua aspek ini sama penting dan diperlukan dalam pasaran pekerjaan pada hari ini, katanya.

Pada masa yang sama, Idris turut mengingatkan mahasiswa agar kembali kepada matlamat asal untuk mendapatkan segulung diploma atau ijazah dengan cemerlang demi memenuhi harapan tinggi ibu bapa dan keluarga.

Serentak itu, beliau menggesa mahasiswa agar menjauhi sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan maruah dan menyebabkan mereka mudah lalai serta dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Mereka yang dipilih mengikuti kursus dalam pelbagai fakulti bertanggungjawab untuk membentuk jati diri, berilmu dan berkebolehan untuk bersaing di peringkat global.

Teras pembentukan generasi berwawasan dipengaruhi sikap semasa di kampus sama ada menjadi kelompok siswazah yang berketerampilan, cemerlang dalam akademik dan kokurikulum atau sebaliknya, katanya.


http://idrisharon.wordpress.com/ ... ademik-kokurikulum/
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:09 PM | Show all posts
Matlamat Kegiatan Kokurikulum

Menghasilkan mahasiswa yang mempunyai CIRI-CIRI MANUSIA YANG HOLISTIK DAN BERKETERAMPILAN selaras dengan dasar negara dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Objektif Program

1. Membekalkan serta memenuhi masa senggang siswa-siswi dengan kegiatan yang lebih bermakna dan berfaedah.

2. Memberi peluang kepada siswa-siswi untuk meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola, melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum yang mereka pilih.

3. Membentuk siswa-siswi supaya mempunyai kestabilan emosi, kejelekitan kelompok dan saling menghormati tanpa mengira keturunan atau agama, pemikiran rasional serta kecergasan jasmani.

4. Membantu siswa-siswi dalam meneroka keilmuan menerusi penglibatan yang bercorak penyertaan untuk semua.

Falsafah Kegiatan Kokurikulum

Pendidikan melalui kegiatan kokurikulum ditakrifkan sebagai satu pengalaman pembelajaran meliputi aspek akal, adab, fizikal, afektif dan sosiol yang diterapkan secara formal, tak formal, bukan formal supaya dapat mengamati, menghayati, menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah melalui pendekatan yang lebih sesuai supaya hasilnya dapat digunakan seumur hidup.

sumber:http://pkukmweb.ukm.my/~kokurikulum/BM/pengenalan.html

apa yang saya boldkan tu, adalah apa yang saya tekankan dalam posting saya selama ini....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:22 PM | Show all posts

Sekadar contoh dan perhatian...

SENARAI NAMA PEMENANG HADIAH PERINGKAT FAKULTI TAHUN 2008
FAKULTI PENGAJIAN MARITIM DAN SAINS MARIN

lain-lain boleh rujuk: [url=http://72.14.235.132/search?q=cache:EJbofe63KD8J:www.umt.edu.my/v7/convo2008/fmsm ... kokurikulum&hl=en&ct=clnk&cd=26&gl=my]http://72.14.235.132/search?q=cache:EJbofe63KD8J:www.umt.edu.my/v7/convo2008/fmsm ... kokurikulum&hl=en&ct=clnk&cd=26&gl=my[/url]

BILNAMA HADIAHPENAJASYARAT DAN KRITERIA PENERIMAANBENTUK HADIAHCALON PEMENANGJUSTIFIKASICATATAN
1.Anugerah Pelajar Terbaik FMSMMIMOS Smart Computing Sdn. Bhd
  • Graduan terbaik di kalangan semua program di FMSM
  • Mendapat CGPA 3.0 dan ke atas
  • Aktif dalam ko-kurikulum, sukan dan kelab
  • Mempamerkan daya kepimpinan yang tinggi, ciri-ciri sahsiah yang mantap dan boleh dicontohi
  • 1 unit Note Book
  • Sijil Penghargaan    dari Fakulti


Mohd Uzair bin Rusli UK11920
SMS (Biologi Marin)

  • CGPA 3.80
  • Anugerah Kepujian Dekan Setiap semester
  • Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir Debat Piala Rektor, KUSTEM 2006
  • Pasukan Harapan, Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) 2007
  • Mewakili UMT Dalam  Debat Lembaga Lebuhraya Malaysia-UIAM 2005
  • Mewakili UMT Dalam Debat Diraja 2005
  • Mewakili UMT Dalam Debat Alam Sekitar 2006
  • Mewakili UMT Dalam Debat Diraja 2006
  • Mewakili UMT Dalam Debat Integriti 2007
  • Mewakili UMT Dalam Debat Alam Sekitar 2007
  • Mewakili UMT Dalam Debat Diraja 2007
  • Mewakili UMT Dalam Pidato Rakan Muda 2006
  • Mewakili UMT Dalam Pidato Kemerdekaan 2007
  • Mewakili UMT Ke pertandingan NRIC 2008
  • Presiden Kelab Debat Dan Mahasiswa Intelektual(DEMI) 2006-2007
  • Presiden Kelab Olahraga UMT 2005
  • Bendahari Kelab Penyayang UMT 2006-2007
  • Pengarah program Pertandingan Lari Pecut sempena Minggu Kokurikulum 2005
  • Pengarah Bengkel Debat sempena Pertandingan Debat Piala Rektor 2006
  • Pengarah Simposium Isu Antarabangsa Kelab DEMI 2007
  • Pengarah Motivasi: Selamat Datang Ke Dunia Kampus Bersama Kelab DEMI 2007
  • Timbalan Pengarah Program Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2007
  • Timb. Pengarah Kursus Pengurusan Organisasi anjuran bersama Kelab Penyayang dan Kelab DEMI 2007
  • Ketua Publisiti Qurban bersama ANAk Yatim Darul Falah 2007
  • Ketua Keselamatan Pelajar MJM 2006
  • Ketua Perhubungan Awam Bengkel Debat IPT Pantai Timur 2007
  • Ketua Aktiviti Minggu Orientasi Biologi Marin 2006
  • Ketua Publisiti Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2008
  • Exco Akademik Kelab Marina 2006/07
  • Fasilitator Minggu Jalinan Mesra 2006
  • Mentor Program Mentor-Mentee Bersama Parlimen Kuala Nerus 2006
  • Motivator Program Motivasi: Selamat Datang Ke Dunai Kampus Anjuran Kelab DEMi 2007
  • Menyertai Program Kampung Angkat Bakti Siswa Rakan Muda di Paka 2006
  • Menyertai Program Kampung Angkat Eco-Care di Kerteh 2007
  • Sukarelawan program Gegar U anjuran Astro 2007
  • Sukarelawan Sea Turtle Research Unit( SEATRU) sempena Pesta Konvo 2005
  • Pengerusi Majlis Program Motivasi Pelajar Sekolah di Paka 2006
  • Pengerusi majlis Ceramah Anti Dadah sempena MJM 2006
  • Pengerusi Majlis Makan Malam Tahunan Program Biologi Marin 2007
  • Pengerusi Majlis Program Gegar U anjuran Astro di UMT 2007
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:26 PM | Show all posts
dengan contoh di atas..pencapaian CGPA 3.80, bagaimana saudara M. Uzair bin Rusli yang ambil Biologi Marin (bukan sastera yea...) boleh begitu banyak penglibatan dalam koku..cemerlang jer pun..tak GB pula..macam mana dia boleh buat semua asgmntnya sambil boleh pergi ke sana ke mari, wakil pelbagai aktiviti, sertai itu dan ini....adakah kerana kapasiti otaknya hebat? genius?

sendiri fikirkan....

sekali lagi suka saya ulangi: hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:40 PM | Show all posts

Reply #26 CharlieDale's post

sebab tu i kata.....kapasiti otak nie berbeza, budak2 dpt UPSR 5A tak semestinya boleh score sampai PMR dan SPM....byk sgt contoh2 depan mata, antara nak digest atau tak saja...

kalo kapasiti otak dia hebat, dia belek2 buku sambil baring pun boleh dapat dean list...cemana ko nak bandingkan dgn budak2 yg kureng, mentelaah dr kol 3 pagi pun masih paras2 hidung nak lepas....kalo u nak paham lagi, cuba u baca buku a mind at time...u akan paham apa yg cuba nak sampaikan....

tak caya ko cuba buat syrvey berapa ramai budak medic buat koko yg over2 masa depa belajar....kalo yg ada pun sgt skit dan related to his study...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 03:27 PM | Show all posts

Balas #27 my-alja\ catat

tak danya aku suh buat koku over-over...setakat mampu la. ni yang jadi masalah tak mau join langsung..cuba semak balik posting aku...ada yang aku bagitau, masa cuti ke, boleh apa join aktiviti luar...ni kalau cuti...terus tutup buku....apa lagi kalau tengah semester...

alala..nak banding UPSR boleh score ke sampai PMR ke SPM....normally biasanya yang cemerlang UPSR akan berterusan cemerlang  dan aku pun dah bagi contoh, kecemerlangan mereka juga bergantung kepada faktor luaran lain seperti persekitaran, kawan-kawan dan cara pembelajaran. malahan yang tak cemerlang masa UPSR pun boleh cemerlang apa masa PMR, SPM malahan ke U....tu semua atas kemahuan diri sendiri. tiada siapa yang mampu mengubah diri sendiri, melainkan yang hendak mengubah itu datangnya dalam diri mereka sendiri.

memang kalau survey, jangankan budak medic, budak aeroangkasa, budak perakaunan malahan sastera pun malas nak join koku apa lagi aktiviti luar dengan alasan yang serupa...tapi kalau hang pahamkan peribahasa yang dah berulang kali aku ulang tu...susah macam mana pun boleh buat kan..... takkan sekelumit masa pun tak boleh nak dicurahkan utk koku?

memang aku bukan dari medic, tapi ada juga kawan, sanak saudara dari medic atau yang berkaitan macam pergigian dan vet. ada juga yang mampu join koku. yang penting seimbang...bukan tak ada langsung, zero, kapish! mandom....buang koku/aktiviti luar tu jejauh macam tak ada nilai langsung...

apa pun, yang masuk U tu semua bukannya yang SPM /STPM yang rendah rendah pangkat 2 atau 3 keputusannya...tambah lagi sekarang ni makin ramai yang bagus-bagus result, bersaing nak memohon U.sampaikan koku dijadikan merit utk kemasukan.so utk katakan mereka kureng...itu mungkin salah sendiri. kelas tuang, quiz dan asgmt tak buat, banyak joli. bukan salah kapasiti otak. dan selama aku dok kolej pun, tak danya yang aku jumpa dok ngadap buku 24 jam 7 hari seminggu. dan yang kapasiti otak hebat-hebat ni pun ambil kursus hebat-hebat juga...so kalau dah sambil baring boleh dean list, mengapa masih ramai yang tak join koku/aktiviti luar? hatta sekadar seminggu sekali?

yang study sampai kul 3 tapi tak paham sebab cara  dan teknik belajar salah...ni jenis belajar dengar radio  memang la tak masuk. lain orang lain caranya. aku pun memang ulat buku, tapi tak semua subjek kena baca ngadap buku jer...sebab tu aku kata, teknik salah, sampai ke tua pun tak akan paham.ada orang boleh nagdap buku lama, ada yang tak boleh, ada yang suka solo tak kurang juga suka grouping. apapun, kalau otak kapasiti bagus, tapi sampai satu tahap tepu juga...dan masa tu la takkan nak ngadap buku lagi...ni dah dalam otak 24 jam pikir akademik jer, memang la koku/aktiviti luar tu tak nampak.

setakat yang aku jumpa, orang yang paras hidung ni jenis yang suka enjoy jer, bukannya nak belajar sangat pun tambah pula tak ada minat, kena paksa orang tua la. sampai ke maktab aku jumpa spesis camnie.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 05:48 PM | Show all posts
amboi pnajangnyer cik dale nie bebel....hehehe

mesti hang igt aku jenis tak join koko gak kann...jgn tak tau, i nie pengerusi kelab keusahawanan, jaga koop utk kolej ....sebab apa?..sebab related to my study and i love to see people..

i pun ramai kawan2 dulu yg taknak join koko sebab karektor yg tak suka berinteraksi dgn org...so maybe ada kelebihan yg tersendiri, takleh nak pukul rata org lain sama sebijik cam kita w/pun hang tak paham2 gak bab human brain capasity yg aku cuba nak jelaskan pd hang...some people suka grouping, ada yg tak kisah...

so for me, kalo budak2 nie rasa ada kepentingan nak buat koko....dia akan buat tapi kalo jenis tak rasa ianya berbaloi....depa tetap camtu gakk

[ Last edited by  my-alja at 20-11-2008 09:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 09:10 PM | Show all posts
satu lagi nak tambah, budak2 medic kalo tak aktip koko....tetap dapat keje, yg susahnya budak2 buat BA kalo takde koko....memang berkokor sajalah...

reality bites
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:24 AM | Show all posts

Reply #29 my-alja's post

bebel????

(bbl); membebel 1. mengeluarkan kata-kata secara yg tidak tersusun atau yg sukar difahami, mengomel;
sumber:kamus Dewan Bahasa

so tang mana tak paham lagi tak tersusunnya? semua ada fakta.bukan sembang kosong

i pun ramai kawan2 dulu yg taknak join koko sebab karektor yg tak suka berinteraksi dgn org


nah! anda sendiri sedar tentang perkara ini, benda ni la yang nak dilatih agar karektor mereka berubah, agar lebih dekat dan mudah berinteraksi dengan orang tak kira la pelanggan ke, orang bawahan ke, orang atasan ke...sebab tu digalakkan join koku/aktiviti luar. agar tidak terasa diri tu lonely jer.

so maybe ada kelebihan yg tersendiri, takleh nak pukul rata org lain sama sebijik cam kita

tak pukul rata dan tak minta sama tahap macam kita pun, memang  la semua orang tak sama..kalau sama semua panjat gunung, semua nak camping..habis penuh la tempat peranginan ke gunung ke kena panjat...cuma aku harap, pandai-pandai la bahagi masa, bukan dok nak ngadap buku jer. keluar la sikit dari kepompong. join aktiviti. tu jer. dan aku dah kata, tak suruh pun sampai habis pulun semua aktiviti, jadi pengerusi semua kelab...cukup la jadi AJK pun ok, sekadar tahu macam mana nak urus program, tahu camner nak arah orang bawahan buat kerja, tahu macam mana nak buat kertas kerja pun ok la.. dan sebab tak sama juga la, tak semua boleh jadi pengerusi, pengurus, dan pemimpin. tapi yang penting ialah semangat ingin tahu, ingin belajar. jadi bila kelaur, tak ada la teraba-raba sangat. bila minta handle program, gagap..tolak dengan seribu satu alasan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 11:57 AM | Show all posts
secara pemahaman aku, kapasiti otak manusia @ kecerdasan ni bolehlah diibaratkan macam komputer (walaupun otak jauh lebih hebat dri komputer). analoginya, kalau nak main games yang perlukan spec tinggi contohnya counterstrike tentu memerlukan spec komputer yang tinggi. berbanding kalau nak main game setakat tetris atau game era 90-an seperti doom. dan koku/aktiviti luar itu boleh lah diumpamakan macam speaker...iaitu pelengkap..kalau dah main game yang hebat macam counter strike guna komputer yang tak kira spec tinggi ker rendah ke, tapi kalau tak ada speaker tetap memang boleh main..tapi umph! nya tak ada.

bagi yang dikatakan memori mereka superb (eidetic memory) ni sebab mereka mempunyai kelebihan utk merakam apa sahaja secara sepintas lalu dan memang tak semua orang ada kebolehan ni. namun itu bukan alasan utk yang tiada kelebihan ini utk tidak melibatkan diri dengan koku/aktiviti luar. dan tak semua juga orang yang cemerlang ni adalah dari golongan ini tetapi sebab cara mereka belajar dan pengurusan masamereka yang bagus. kita sendiri selama ini sudah ditekankan dan diajarcara mengingat dengan baik dan lebih lama sebab manusia ni ada 2 jenis memori iaitu pendek dan panjang. yang selalu hilang ni memori jangka pendek. malah dari sekolah rendah dan menengah lagi kalau ada motivasi teknik belajar benda ini akan diulang selalu iaitu teknik mengingat. antara yang ditekankan ialah teknik mengingat dengan cara berirama, melodi atau rentak tertentu, nota ringkas, nota tulang ikan, penggunaan hihglighter pen yang pelbagai warna malahan shortform seperti ringkasan warna pelangi yang diselit dengan kata lucu. jadi...apa fungsi semua ini? sudah tentulah nak membantu mereka yang kurang kapasiti otaknya yang kebanyakan kita ada.tapi kalau tak dipraktikkan..sampai bila pun..macam tu jer la kemampuan kita.apa yang penting ialah dari dalam diri sendiri.

dan rasanya anda sendiri tentu pernah dengar kata-kata "badan sihat otak cerdas"? dari mana datangnya badan yang sihat? adakah dengan dok memerap dalam bilik 24 jam baca buku atau adanya pembahagian masa yang betul utk belajar dan aktiviti luar yang sihat?  malahan dalam Falsafah pendidikan juga ditekankan keseimbangan JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual...so kalau Intelektual jer besar...lain kecil atau tak ada langsung..tu yang tak seimbang.

ya..memang budak medic tak aktif koku pun masih boleh dapat kerja sebab pasaran kerja mereka masih tinggi dan amat diperlukan tapi tak hairan satu hari nanti ia akan jadi macam sc komputer yang sekarang rasanya dah berlambak dipasaran. sebab tu koku/aktiviti luar tu boleh disamakan dengan bonus, ibarat permata pada kalung emas...kalau sayatawarkan 2 kalung emas tapi satu ada permata pada harga yang sama sudah pasti anda akan ambil yang ada permata bukan?

cukup  la utk hari ni..kang pepanjang dikata membebel pula....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 12:20 PM | Show all posts
Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian telah mengaktifkan kembali aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang selama ini tidak begitu dihiraukan. Dengan kata lain, ianya diharap dapat mengelakkan pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan semata-mata yang juga menjadi hasrat kementerian pendidikan sekarang. Dengan ini diharap akan dapat menggalakkan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang masa dalam apa apa bidang yang diceburi . Oleh itu, pelbagai aktiviti ko-kurikulum diwujudkan seperti kelab-kelab fotografi, memasak, memanah, senamrobik, pertanian, sukan dan salah satunya adalah kelab astronomi. Selaku penyelaras kelab astronomi yang dilantik oleh Universiti untuk memperkenalkan astronomi kepada pelajar-pelajar perubatan tahun 5 bersama dengan pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kubang Kerian dan Kota Bharu, kita telah merangka satu jadual aktiviti untuk kelab astronomi ini. Masa yang diperuntukkan pada kita adalah selama 55 jam dalamtempoh 2 semester. Terdapat lebih kurang 20 hingga 25 pelajar-pelajar perubatan tahun 4 yang terlibat untuk setiap sessi dan 20-25 pelajar-pelajar sekolah menengah.

Matlamat utama ko-kurikulum astronomi adalah :
1. Melahirkan pelajar-pelajar yang matang dan luas ilmu pengetahuan selain dari perubatan
2. Meningkatkan pengetahuan sains di luar darjah
3. Sebagai pencetus minat pelajar dalam bidang sains angkasa
4. Mengaitkan konsep dan prinsip astronomi dengan pengalaman sehari-hari
5. Meluaskan pergaulan pelajar dengan masyarakat
6. Sebagai satu aktiviti riadah yang sihat
7. Menanam nilai sejagat yang mulia
8. Mengembalikan kecemerlangan astronomi Islam
9. Menambahkan ketakwaan kepada Allah

sumber:www.al-azim.com/masjid/seminar/falak2006/3.pdf

yang ini boleh menafikan bahawa budak medic tak boleh buat koku/aktiviti luar disamping mereka buat koku diluar bidang mereka.

jadi adakah ia masih berkaitan dengan kapasiti otak atau kesungguhan serta semangat diri sendiri utk mempelajari sesuatu ilmu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.074675s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list