Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
22207
View
32
Reply

Definisi Mahasiswa Cemerlang - Antara Akademik dan Kokurikulum -

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-8-2008 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Antara akademik, kokurikulum
Oleh Ruhaiza Rusmin



APA definisi mahasiswa cemerlang. Apakah sekadar berjaya dalam akademik semata-mata, bagaimana pula dengan ko kurikulum kerana ia juga penting menentukan kejayaan masa depan?

Ada pendapat mendakwa kebanyakan mahasiswa banyak menumpukan kepada akademik sehingga lupa mereka juga ada tanggungjawab untuk dilaksanakan kepada masyarakat.



Justeru, jika sekadar cemerlang dalam akademik, belum pasti mereka seorang mahasiswa cemerlang jika aspek ko kurikulum atau aktiviti luar diabaikan.

Inilah yang menjadi dilema dan polemik di kebanyakan universiti sehingga memeningkan institusi pendidikan tinggi untuk melahirkan mahasiswa cemerlang dalam erti kata sebenar.

Namun, adakah salah jika mereka ingin menumpukan perhatian pada akademik demi memastikan kecemerlangan?

Mengulasnya, Timbalan Rektor Akademik Kolej Poly Tech Mara, Abdul Azmi Abdul Aziz, berkata mengubah pandangan skeptikal masyarakat terhadap kemampuan mahasiswa sukar kerana mereka menilainya melalui sudut kolektif bukan berdasarkan fakta atau kajian sesebuah institusi.

Ditambah pula sikap masyarakat yang sering mengaitkan pelajar dengan budaya peperiksaan turut menjejaskan ke pentingan pencapaian aspek lain.

Sejak dulu lagi, budaya masyarakat melihat kepentingan akademik sebagai landasan mengiktiraf pencapaian pelajar sama ada cemerlang atau tidak. Begitu juga budaya pe periksaan.

Secara tidak langsung, kedua-dua elemen ini sering di labelkan sebagai sangat penting hingga melupakan aspek lain. Apabila tanggapan itu tidak diubah, komitmen lain sukar dilaksanakan.

Dalam konteks kecemerlangan, keupayaan bukan sekadar dinilai melalui keputusan peperiksaan tapi keseluruhan termasuk komunikasi dan peribadi,
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 10:03 PM | Show all posts
betul tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 09:30 AM | Show all posts
hehehe..yeker dexa...koku tu penting?   bukan macam ada sorang hamba Allah tu yang sebut macam ni dalam thread gambar aktiviti sekolah??

Originally posted by sibel at 5-8-2008 09:50 PM
burrrjaya ... aktiviti yg baik untuk merosakkan akhlak anak2 kita dengan mencampurkan di antara lelaki dan perempuan ...
one step toward zina dan bersekedudukan ...
again ... congratulation !
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 09:31 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

Bagi saya, kalau cemerlang akademik sahaja tak ada makna. walau pointer 4 flat sekali pun tiap semester tapi bila nak urus organisasi tak boleh, buat kertas kerja tak pandai, komunikasi dengan orang bawahan ..out...di sinilah kepentingan koku, bagi membiasakan diri utk bersosiol dengan cara yang betul disamping mendapat pengalaman secara tidak langsung dalam pengurusan dan sebagainya. dan aktiviti koku inilah ruang utk melepaskan tekanan so tak adalah kalau tension belajar tu sampai membawa diri ker hujung dunia....

[ Last edited by  CharlieDale at 18-8-2008 09:36 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 10:25 AM | Show all posts
puteri ada member graduan cemerlang ko kurikulum peringkat nasional dan antarabangsa. cgpa dia 3 pointer kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 08:22 AM | Show all posts

Balas #4 CharlieDale\ catat

setuju..aku perasan juga masa kat U, yg pointer tinggi2 ni macam antisocial sikit, kurang bercakap, lebih suka menyendiri,macam seluruh hidup dia selama 3-4 tahun di U nihanya untuk mencapai pointer tinggi..

diakui juga, tidak semua begitu, ada yg aktif dalam semua..ini adalah contoh yg baik
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-8-2008 01:52 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 18-8-2008 09:30 AM
hehehe..yeker dexa...koku tu penting?   bukan macam ada sorang hamba Allah tu yang sebut macam ni dalam thread gambar aktiviti sekolah??




gs -  sempat aje charlie ye -
tu la dia part of coco -- kalau tu tak penting juga  tak tahu lah ye -
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 03:43 PM | Show all posts

Reply #5 puterikhaleeda's post

Graduan macam ni la yang kita nak. seimbang. mean dia boleh buat dan imbangi 2 perkara dalam satu masa. so kalau dalam suasana perkerjaannya nanti pun, sudah pasti dia lebih berkemampuan berbanding yang tidak aktif dalam koku atau aktiviti luar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 03:49 PM | Show all posts

Reply #6 sixfullbar's post

saya rasa di univeristi atau kolej, banyak ruang utk aktif dalam koku atau aktiviti luar yang dibenarkan. cuma hendak atau tak nak jer lagi. kalau dok di kolej kediaman, lagi banyak perkara yang boleh di lakukan. tu belum lagi dengan program Bakti Siswa yang pergi ke kampung kampung buat aktiviti atau pun program camping ,panjat gunung dan banyak lagi la..cuma hendak dengan tak jer lagi..

namun sebilangan besar mahasiswa lebih suka tinggal menyewa di luar berbanding duduk dalam kolej kediaman, maklumla dok dalam kolej kediaman ni rasa macam terkongkong sikit..sebab tu bagi yang KPLI bila masuk IPG mula ada yang berkata-kata IPG ni macam asrama, pertauran ketat, macam sekolah dan sebagainya..so kalau dah biasa dok asrama apatah lagi dok kat kolej kediaman rasanya itu bukan amsalah yang besar. biasanya senior yang dok dalam ni memang aktif sebab keaktifan mereka dikira sebagai syarat utk kekal dalam kolej kediaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-11-2008 11:31 PM | Show all posts

more info -

Akademik, sahsiah perlu seimbang
Oleh Ruhaiza Rusmin




APABILA berjaya dipuji tetapi gagal dikeji menyebabkan pelajar kurang cemerlang seolah-olah diketepikan dalam sistem pendidikan di negara ini.

Bagi memastikan anak-anak cemerlang, ibu bapa sanggup melaburkan wang yang banyak sehingga anak-anak tertekan untuk memenuhi impian ibu bapa itu.



Meskipun pelbagai pihak berusaha melaksanakan komitmen bagi mengikis persepsi itu, kebanyakan ibu bapa masih berpendapat akademik mampu mencerna serta menjamin kecemerlangan pelajar.

Persoalannya, adakah definisi kecemerlangan itu hanya merujuk kepada akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan lain seperti pembinaan sahsiah diri?

Jika pelajar kurang cemerlang, adakah mereka boleh dikategorikan sebagai gagal dalam hidup dan tidak mempunyai masa depan?

Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr Md Tahir Azhar, berkata tidak adil melabelkan pelajar kurang cemerlang kelompok tidak mempunyai masa depan.

Beliau berkata, sikap masyarakat yang terlalu mementingkan pencapaian akademik punca sebahagian mereka gagal merancang hidup pada masa depan.

Apabila sasaran ibu bapa untuk melihat anak cemerlang dalam akademik gagal, pelajar itu akan jadi mangsa. Mereka akan menerima tekanan dan dikritik.

Ini mematikan motivasi dan semangat hidup selain menjadi lemah menghadapi cabaran hidup.

Pelajar akan jadi mangsa demi memuaskan kehendak ibu bapa sedangkan pada masa sama, mereka mungkin ada perancangan sendiri, katanya.

Sikap ibu bapa yang sering memberi tekanan kepada anak supaya cemerlang dalam pencapaian akademik bukan isu baru di kalangan masyarakat.

Meskipun sistem pendidikan sudah melaksanakan dasar baru bagi mengimbangi tuntutan akademik dan kokurikulum, sebahagian besar ibu bapa masih tidak mampu mengubah persepsi itu sekali gus membebankan pelajar.

Menurut Dr Md Tahir, istilah berjaya dan cemerlang adalah subjektif dan ibu bapa atau masyarakat tidak boleh membuat penilaian hanya melalui pencapaian akademik.

Sejak dulu lagi, masyarakat disogokkan dengan tanggapan, apabila berjaya dalam peperiksaan, pelajar itu cemerlang.

Persepsi itu bukan saja akan menjadikan pelajar mangsa malah membuatkan mereka mengetepikan kepentingan aspek lain seperti kokurikulum.

Cabaran dunia pendidikan atau kerjaya bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata malah keperluan lain terutama pembangunan sahsiah diri, katanya.

Mengenai sikap ibu bapa yang meminggirkan anak kurang cemerlang, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, ibu bapa perlu menanam keyakinan tinggi kepada anak dan memberi peluang mencorakkan masa depan berdasarkan minat serta cita-cita bukan mengetepikan mereka.

Ibu bapa sedemikian kejam dan wajar dipersalahkan.

Mereka mendera secara tidak sedar sehingga anak-anak tertekan, katanya,

Ditanya adakah semua kesalahan wajar diletakkan pada ibu bapa, Dr Md Tahir, berkata bebanan itu sewajarnya dikongsi bersama.

Jangan salahkan satu pihak. Kejayaan pelajar bukan saja hak individu tapi semua terbabit.

Pelajar kurang berjaya bukan saja disebabkan ibu bapa semata-mata tetapi faktor lain seperti struktur sosiol sesebuah masyarakat, populasi dan persaingan, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 01:33 AM | Show all posts
mac suka pelajar allrounder dan juga mahasiswa allrounder. Academik, koku, kepimpinan dan sahsiah yg tinggi,,,,,
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-11-2008 06:30 AM | Show all posts
Originally posted by macademia at 17-11-2008 01:33 AM
mac suka pelajar allrounder dan juga mahasiswa allrounder. Academik, koku, kepimpinan dan sahsiah yg tinggi,,,,,



betul tu mac -- biasanya pelajar begitu memang akan success dalam apa
jua career yang diambil --

dr muszaphar is a great example for this all-rounder,  jack of all trades student -
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 17-11-2008 06:30 AM



betul tu mac -- biasanya pelajar begitu memang akan success dalam apa
jua career yang diambil --

dr muszaphar is a great example for this all-rounder,  jack of all trades student -




yup..... dia ni layak jadi icon remaja......
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 11:09 AM | Show all posts
errmmm...pengalaman i jadi mahasiswi, taklah semudah yg ditulis

kekawan yg ambik courses lepak2...bolehlah nak masuk hutan bersosiol, kena yg duk dlm lab...kursus maut, manalah tak hadap buku memanjang sebabnya nanti...tip-top organise majlis, jadi ahli sana-sini kalo subjek fail....mahu kena extent, sapa nak tanggung risiko cekk?....

kalo bebetul ikhlas nak ubah sahisah mahasiswi/wa bukan dekat u saja...dr masa depa budak2 lagi dah kena dedah dgn etika bersosiol di sekolah2 masa depa membesar...

nie duk jadi burung belatuk dr umur 7 thn sampai 17 thn....tetiba nak suruh behave like they are someone that anyone could listen to them...huhuhuhu

too late
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 17-11-2008 11:09 AM
errmmm...pengalaman i jadi mahasiswi, taklah semudah yg ditulis

kekawan yg ambik courses lepak2...bolehlah nak masuk hutan bersosiol, kena yg duk dlm lab...kursus maut, manalah tak hadap buku  ...



aku setuju...kalau course maut tu pepaham la kalau nak aktif bagai...raai kengkawan aku yang asalnya spm bagus dari boarding school dulu...kat u result terlingkup sebab terlampau aktif...

pada aku kena seimbang dedua la..melebihkan salah satu susah jugak kan...aku dulu memang tak aktif koQ kat u..time aku aktif hanya la masa kat sekolah dan matrik je...kat u aku fokus lebih kat akademik dan family (mak aku further study gak asa aku degree dulu)...fokus jugak kat adik aku yang nak ambil pmr masa tu...

aku hanya setakat jadi ajk bagi kelab di fakulti dan mengikuti seminar2 intervarsiti yang diadakan...penah sekali je wakil kolej main basketball..tu pun masa 1st semester (1st year)...yang lama aku pegan ialah ajk dalam kelab fakulti...

jadual aku masa kat u ialah...isnin - jumaat pulun study kat u, jumaat petang balik rumah, sabtu atau ahad pi jenguk adik aku kat hostel dia..ajar dia apa2 yang dia tak faham especially sc...ila mak aku sambung belajar,aku balik rumah everyday...tiap pagi pi sama2 petang balik sama2..kat rumah study sama2..cuma mak aku study bidag dia aku study bidang aku la kan...

jadi memangtakde ruang untuk aktif masa kat kampus...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:01 PM | Show all posts
ikhlas aku katakan.. aku masa sekolah rendah aktif gak la.. tp bile masuk sekolah menengah aku jadi pasif balik.. mmg malas nak join apa2 aktiviti..

masuk universiti pun camtu gak.. mmg kegiatan luar tolak ketepi... mmg takde kesedaran atau apa ...

tp sejak jadi cikgu ni.. terasa rugi sangat tak join aktiviti masa sekolah dulu... sbb rupanya byk pengalaman berguna yang boleh kita timba melalui aktiviti luar bilik darjah...

sbb tu skrg dgn jawatan sebagai s/u kokurikulum sek.. mana2 budak yang ada potensi utk berjaya dlm akademik aku akan cuba juga sedaya upaya push diorg agar terlibat dalam aktiviti luar bilik darjah... sbb aku tahu akademik sahaja tidak memadai.. aku cuba push diorg utk ke depan.. tp mmg tak paksa.. bergantung kepada kemahuan mereka sama ada berani mengambil peluang yang aku berikan atau tidak..

kekadang bile ada acara sukan untuk mewakili sekolah.. selain dari murid yang terpilih.. aku kekadang saje selitkan sorang dua murid yang berpotensi 5A dalam pasukan sekolah.. sekadar menjadi pemain reserve pun takpe.. tp yg penting diorg menunjukkan kesungguhan dalam latihan .. latihaan mmg kena datang la..

orang2 berjaya pada masa skrg boleh dikatakan mmg menunjukkan kecenderungan dalam aktiviti luar bilik darjah yang boleh membentuk sahsiah diri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 09:13 AM | Show all posts
My-alja dan iman kasih,

yeker yang amik kursus hard core tak boleh nak aktif..bagi aku itu semua atas kemahuan diri sendiri...hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. saya ada rakan yang ambil kursus aeroangkasa tapi mengapa dia masih boleh terlibat dengan PALAPES dan kemudiannya ditauliahkan sebagai seorang Lt Muda (AW) ? result dia pun bagus.. 3 pointer. now dia adalah salah seorang orang kuat dalam sebuah syarikat yang buat UAV. baru-baru ni saya ada jumpa dia semasa pameran pertahanan DSA di ibu negara pertengahan tahun ini. itu baru seorang, ada ramai lagi. tak semestinya ambil kursus yang hardcore maka kena berkurung dalam lab, library 24 jam 7 hari seminggu 365 hari setahun...so nanti akhirnya mula la jadi manusia yang dok nak membawa diri sampai ke hujung dunia konon nak tenangkan fikiran.

dan betulkan yang selalu aktif aktiviti luar ni jenis yang ambil kursus mudah-mudah macam sastera atau sebagainya? hehehe, aku pun pernah jumpa ramai yang dari kursus ni haram tak aktif apa pun, aktiviti kolej pun tak turun. cukup semester depa ni la yang keluar dulu menyewa kat luar.

bukanlah nak setiap masa suruh aktif dengan kegiatan luar sampai 24 jam, sampai abaikan pelajaran. pegang satu dua jawatan dan laksanakan 1 2 program pun ok apa, janji ada pengalaman. ini, kalau bab bertenet, keluar dating, tgk wayang,  boleh pula
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 09:28 AM | Show all posts

Balas #16 tuahayam\ catat

Aku pun aktif juga masa seklah rendah dengan Pengakap. masuk sekolah menengah pun ok lagi tapi bila masuk SBP masa tingkatan 4, aku down. bukan sebab apa, tak da peluang utk maju kedepan. semua dah kena monopoli dengan orang lama, kalau nak pun kelab yang kureng popular bolehla. tambah pula dengan kadet bomba pun macam memain jer aktivitinya. masuk U, aku aktif. pastu maktab. semua pengalaman yang aku dapat kat U tu la aku aplikasikan masa kat maktab dan kerja lani.

aku pun baru takeover SU Koku tahun ni. memang, kalau ada murid yang mampu kita hantar sebarang acara/kejohanan/pertandingan, kami hantar. duit tak pa...tak da, guna duit cikgu-cikgu dulu. nanti baru claim balik. cuma setengah tahun pertama aku memang ada kesukaran sebab GPK koku aku bukan orang yang menyukai koku..bagi dia akademik jer penting. nak keluarkan duit pun payah...last-last aku buat "coup de etat" @ rampasan kuasa...selama tempoh tu, aku ada GPK koku. tugas dia cuma tandatangan jer. tapi alhamdulillah kemudian dia pindah jadi GB kat Hulu Selangor (kesian la sekolah tu...koku mesti hampeh!) dan dapat GPK koku baru...yang ni walaupun tak tau, tapi dia nak belajar. aku pun tak expert sangat tapi cikgu lama banyak membantu. dengan GPK baru ni, duit tak keluar lagi dia boleh dulukan dalam seribu masa camping perdana baru-baru ni.

tapi bab koku atau sukan ni banyak masalahnya terutama membabitkan murid yang berpotensi sama ada datang dari pentadbir atau ibu bapa sendiri. kadang kita dah tgk budak ni ada potensi sebagai jaguh acara lumba lari, tapi mak bapa pula tak kasi dari pentadbir macam aku cerita la..kalau dah lebihkan akademik tu mula la duit nak ditarik ke aktiviti akademik jer.

bagi aku, aku cuba bagi peluang sama rata dan aku cuba buka peluang yang lebih kepada murid kelas belakang. sebab aku tau, depa mungkin tak boleh berikan sesuatu kepada diri sendiri dan sekolah kalau dari segi pertandingan yang bercorak akademik tapi mesti suka dan boleh dengan aktiviti bercorak fizikal seperti sukan. sebab tu bila aku tubuhkan pasukan kriket disekolah aku 2 tahun lalu, aku buka kepada budak kelas tengah dan hujung dulu. leaps tu baru masukkan 2 3 orang kelas depan. dari sudut teorinya, tentu budak kelas depan lebih cepat faham kalau kita ajar tapi bagi saya, kalau bab main ni, budak kelas hujung pun boleh cuma nak kena keras sikit.memang ada murid yang all rounder tapi biasanya dari kelas hadapan dan mereka memang ada kesungguhan utk belajar dan bermain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 19-11-2008 09:13 AM
My-alja dan iman kasih,

yeker yang amik kursus hard core tak boleh nak aktif..bagi aku itu semua atas kemahuan diri sendiri...hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. saya ada rakan yang a ...


u kena paham gakk...tak semua ambik kursus hardcore dgn kapasiti otak yg sama
memang btullah u kata tu....org buat aerospace masih boleh aktif, habisss kalo kawan2 sambil braing baca buku pun boleh score....u takleh jadi camtu?....u nak buat apa?

selamatkan akedemik dululahhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 09:35 AM | Show all posts

Balas #19 my-alja\ catat

hehehehe..aku dah sangat faham sebab aku pun dalam lingkungan mereka, selama aku kat U pun aku stay kat kolej dan ada juga yang stay kat kolej tu dari yang kursus hardcore dan kalau anda pun seorang mahasiswa/siswi sudah tentu anda sendiri tahu syarat utama utk stay kat kolej bukan??? melainkan tidak kena aktif dalam kolej.

...rasanya semua yang ambil course hard core datangnya dari golongan yang memang dari kapasiti otak bagus. dah tentu mereka yang dapat course tu dari mereka yang keputusan SPM/STPM sangat bagus dan dari aliran yang dikehendaki seperti sains. dan kalau dah tahu otak tak berapa bagus utk course hardcore, takkan nak tempah risiko lagi ambil course hardcore dan setahu saya pun masa apply course kat U pun anda ada pilihan. bukan ada satu pilihan tapi tak salah kurang-kurang 3 pilihan. so salah siapa kalau dah tahu tak mampu tapi masih nak ambil course yang hebat? Kalau takut dilambung ombak, jangan nak berumah ditepi pantai!   sedangkan course yang senang pun masih ada yang malas nak join sebarang aktiviti koku apa lagi kolej so kalau macam ni apa pula reasonnya? adakah otak masih tak kuat kapasiti sampaikan course sastera pun masih dok goyang kaki malas join aktiviti? sebab tu saya kata, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

saya tak rasa mereka takat baring-baring baca buku jer terus score..macam tu tak payah g kuliah pun leh score! bagi saya, mereka cuma lebih cepat tangkap apa yang diajar dalam kuliah dan pembacaan disamping mereka punyai asas subjek yang kuat contoh kalkulus, sc dan sebagainya. bagi saya, kalau tak boleh nak baring-baring sambil baca buku saya buat 2 atau 3 kali ganda dari dia. tapi tak la sampai dok nak terperap 24 jam 7 hari seminggu dalam bilik dok baca buku. at least ada juga la join ker sebarang aktiviti kolej U yang berfaedah.bukan jadi ulat buku jer.adakah dengan 24 jam sehari 7 hari seminggu itu mampu menjamin anda cemerlang..sampai satu masa pun anda pun bosan dengan mengadap buku je...dan mula la nak mengatal keluar tgk wayang la., hiburan la...bukan ker koku tu adalah satu ruang yang bagus  utk lepaskan tekanan disamping mendapat pengalaman serta meluaskan lingkungan sosiol dan komunikasi dengan baik.cuti-cuti semestar pun daripada dok mengabiskan boreh yo kat rumah tu kan bagus join program bakti siswa ke, outdoor. dan bermacam program.

selamatkan akademik? kenapa tak selamatkan koku sekali? kalau setakat tumpu akademik jer hehehe! tu maknanya orang yang tak tau nak bahagi dan pengurusan masa dengan baik. kalau dia boleh urus masa dengan baik. dua-dua dia boleh dapat, akademik dan non akademik. kalau aku boss syarikat pun, aku tak akan ambil yang highest pointer tapi nothing dalam koku. baik ambil orang pointer ok tapi ada koku. mean dia ada pengurusan masa yang baik. boleh handle dua-dua dan dalam realiti kerja sudah pasti lebih banyak tanggungjawab yang perlu diuruskan.

so, ada bermacam faedah koku ni...cuma bagi sesetengah orang jer yang anggap ia sebagai satu bebanan, masalah, penyebab kemerosotan akademik dan sebagainya sedangkan diri sendiri yang tak tahu nak bahagi masa dengan baik, bukan nak suruh jadi pengerusi kelab ke, Pengarah program apalagi jadi Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, cukup la join satu dua aktiviti kolej ke, U ke dalam waktu senang..takkan la cuti semester pun sibuk lagi nak ngadap buku. sebab tu aku suka ulang balik....

Nak seribu daya...tak hendak seribu dalih!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.112084s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list