Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
192159
View
1085
Reply

Photoshop Tutorial

[Copy link]

Author: Who       Show all posts   Read mode

Post time 24-1-2007 01:33 PM | Show all posts

Reply #50 polaris_girlz's post

Select layer mana yang nak buat overlay effect tu, then you click the drop-down and pilih mana2 overlay effect and tengok result kat image. Kalau takde yang best and nak balik ke asal, just select NORMAL from drop-down list tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 06:00 PM | Show all posts

Reply #54 0001's post

itu kalau anime selalu korang pakai apa.. aku selalu kalo anime, aku edit kat photoshop, then paste pix utama kat ulead gif animator.. lepas tu aku edit kaler kelip-kelip tu kat ulead gif..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 07:03 PM | Show all posts
x de soklan lagi susah ke sini? ..

p/s: hishh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 10:31 PM | Show all posts
alahai dik, sebagai art lover, jangan arrogant sangat. You should know it well since kau cakap kau art lover. Lagipun, soalah susah takkan ada kalau takder soalan senang dulu dik oi :@ kita kecik2 dulu pun bukan lahir-lahir je terus pandai guna photoshop

ikhlas dari: artgeex
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 08:26 AM | Show all posts
Originally posted by shut87kdown at 24-1-2007 07:03 PM
x de soklan lagi susah ke sini? ..

p/s: hishh

This board is opened to everyone - from complete beginners to gurus. All sorts of questions IS ACCEPTED and will be posted here from ALL levels of users (barring those that are against Forum rules, of course). We try to answer ALL questions to the best of our ability.

Believe it or not, there are some here who are more educated, more knowledgable, more experienced and more creative than you are. How would you feel if they look at you with arrogance and disdain as you have shown in your post above?

Get off your high horse and get real.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by shut87kdown at 24-1-2007 07:03 PM
x de soklan lagi susah ke sini? ..

p/s: hishh


klao ko rasa soalan aku ni senang sgt, pe kata ko wat kan aku tutorial nak wat benda alah tu...
baru aku leh respect kata2 ko tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by shut87kdown at 24-1-2007 07:03 PM

x de soklan lagi susah ke sini? .. p/s: hishh

Apa masalah ko ni? ko tengok tajuk thread tu? T0L0NG AJAR AKU BUAT NI kan?

kalau ko tak nak ajar , berambusla dari sini..siap buat post pulak, buat sakit hati  Mod 0001 yang cuba
sedaya upaya  nak tolong ajar walaupun tengah sibuk kerja dan  pembuka thread aje.

Pembuka thread ada lah seorang yang rajin update thread yang dia buka, bukan macam sesetengah orang , yang buka thread , lepas tu main tinggal aje like bit ch , kita pun tak tau, masalah dia selesai ke tak..



[ Last edited by  trunks at 6-3-2007 11:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 09:32 AM | Show all posts

Photoshop Tutorial

Ada ke kat sini yang bookmark kan address2 yang ada online tutorial untuk Photoshop??

Thanks in advance..

[ Last edited by  trunks at 9-2-2007 06:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 09:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 01:49 PM | Show all posts

Reply #2 trunks's post

Nak tambah lagi satu - khas untuk sesiapa yang minat nak belajar automobile illustrations techniques:

http://www.designertechniques.com/




[ Last edited by  0001 at 30-1-2007 02:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 02:43 PM | Show all posts
Terima kasih trunks !! Cheers!

[ Last edited by  trunks at 9-2-2007 05:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 11:33 AM | Show all posts
siapa ada hosting yg bandwith unlimited tu..
share ler kat hosting koarng..
x koser aku asyik nak updated bila link tu expired
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 12:06 PM | Show all posts

Reply #26 aziz79's post

Kalau satu file tu tak lebih daripada 5MB, ko boleh upload ke Yahoo Geocities dan paste link URL kesini..link tu tak expired.

https://login.yahoo.com/config/l ... eocities.yahoo.com/

1)  Guna akaun Yahoo untuk Login..

2)  Click Find Your Favourite Tools / Manage / Easy upload
      Browse / Upload Files

3) Uploaded successfully / File Manager.. cari nama file tadi ( pastikan   
     masa ko upload tu, nama file tak ada space)

4)  Click View kat file tu / properties .
Reply

Use magic Report

nurr_wilma This user has been deleted
Post time 3-2-2007 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by trunks at 3-2-2007 12:06 PM
Kalau satu file tu tak lebih daripada 5MB, ko boleh upload ke Yahoo Geocities dan paste link URL kesini..link tu tak expired.

https://login.yahoo.com/config/login_verify2?.src=geo&.intl=u ...


wahhh trunks.. thanks.. nak terai lagi dan lagi dan lagi..
aku penah buat dah letak kat dlm geocities.. tak pas2..   

ni dah ada step by step.. tq..tq..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 08:18 PM | Show all posts

photoshop tutorial

assalamualaikum sumer....
aku ade jupa tutorial photoshop dalam bahasa melaysia...
http://zulkiplyharun.com/php/modules-name-ps.html
harap dapat membantu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 01:38 AM | Show all posts

Tutorial Photoshop :: Menggunakan Teknik Pilihan Feather

Tutorial ini asalnya dibuat utk membantu portal kengkawan di MyPendidik.net, so alang alang aku dah buah sesuai utk di post dgn sistem forum so aku dgn ikhlas nak berkongsi dgn kengkawan di Cari.com pulak. Salah silap harap maap ek.


Atas permintaan tauke Mypendidik.net ini maka tutorial kali ini menerangkan teknik menggunakan pilihan "Feather" yang terdapat di dalam perisian Adobe Photoshop. Hasil kesan imej dari teknik ini mungkin amat berguna mengikut igiminasi & keperluan anda dalam kerja - kerja pembangunan laman web mahupun ubahsuai imej. Tutorial ini mungkin berguna bagi pembangun laman web/multimedia yang inginkan imej "transparent background" yang berkualiti.

Perisian yang digunakan di dalam tutorial ini ialah Adobe Photoshop CS 2, walaubagaimana pun versi - versi lain juga turut mempunyai pilihan "Feather" ini. Tutorial ini menggunakan format fail imej PNG sebagai hasil imej untuk transparent background. Fail imej PNG transparent background adalah lebih berkualiti daripada fail imej transparent GIF. Kini banyak perisian makin menyokong fail PNG ini.

Ok, mari kita mulakan tutorial ini dengan ucapan Bismilah. Mari kita perhatikan setiap kesan imej pada imej di bawah ini.




Perhatikan setiap hasil imej di atas. Anda dapat perhatikan yang sudut imej tersebut mempunyai kesan "fade in/out" di mana imej akan "beransur ansur kabur". Imej yang berlatar belakang warna merah & hitam merupakan imej yang tetap mengikut warna latar belakang manakala imej bagi yang ke tiga ialah imej ber"transparent background" . Imej tersebut akan mengikut warna latar belakang sesuatu medium/platform yang dipaparkan seperti mana fail GIF background transparent.


Fail PNG transparent background hanya disokong oleh beberapa pelayar web. Sebagai contoh pelayar web Mozilla Firefox menyokong fail PNG transparent, maka imej yang dapat dipaparkan mengikut kehendak pembangun laman web tetapi bagi pengguna pelayar web IE versi 6 ke bawah akan dipaparkan dengan warna kelabu sebagai warna latar belakang. Manakalan bagi IE versi 7 menyokong sepenuhnya fail transparent background ini. Kebanyakkan perisian multimedia sama ada bagi pembangunan Flash mahupun video turut menyokong fail PNG transparent background ini.*p/s Info ini pernah dipaparkan di dalam MyPendidik.net sebelum laman web ini menghadapi masalah dengan penyedia hosting sebelum ini:p


Kembali kepada tutorial ini, sebagai contoh saya akan mengambil imej di bawah untuk tujuan tutorial ini.



Imej tersebut adalah print screen dari laman web Mypendidik.net. Langkah seterusnya ialah memilih bahagian imej yang ingin dipotong. Sebagai contoh seperti imej di bawah ini.



Setelah anda memilih bahagian imej yang dikehendaki sila klik pada Select kemudian pilih Feather. Sila rujuk pada imej di bawah.




Setelah anda memilih Feather, satu kekotak akan muncul. Tutorial ini menggunakan nilai 15 pixel. Anda boleh menggunakan sebarang saiz/nilai pixel yang ingin anda gunakan mengikut kesesuaian bagi anda bagi hasil imej yang dihasilkan. Klik pada OK setelah anda memasukkan nilai pixel yang dikehendaki.



Setelah itu sila klik pada Edit kemudian pilih Copy Merged seperti imej di bawah ini.



Kemudian klik pada File kemudian pilih New untuk membuka canvas baru bagi Photoshop. Perhatikan pada kekotak setelah anda klik pada New. Umumnya, Photoshop akan menggunakan nilai resolusi pada 72 pixel/inch . Untuk menghasilkan kualiti imej yang baik dan kemas tukarkan kepada 100 pixel/inch



Setiap kerja kerja yang melibatkan grafik atau pixel/artwork sama ada untuk pembangunan laman web/kerja kerja grafik/grafik untuk video adalah digalakkan menggunakan jumlah pixel pada 100 pixel/inch untuk mendapat kualiti imej yang tinggi dan jenis warna yang sebenar setelah dipaparkan pada akhir nanti.

Kembali pada tutorial, setelah anda menukar jumlah pixel kepada 100 akan muncul "canvas" pada perisian Photoshop anda. Setelah itu anda hendak lah menampal/paste imej yang anda telah salin/copy dengan pilihan Copy Merged sebentar tadi. Anda juga boleh mencuba kekunci pintasan dengan menekan kekunci ctrl + v serentak. Setelah anda menampal/paste, maka imej terhasil seperti ini.



Kini anda sudah boleh meneruskan mengikut pilihan kreatifiviti anda. Sekiranya anda inginkan warna latar belakang mengikut warna kesukaan anda apa yang anda perlu lakukan ialah menambah satu lagi lapisan/layer seperti imej di bawah.



Setelah itu anda boleh memasukkan warna pada lapisan/layer yang baru anda tambah sebentar tadi. Sebagai contoh warna yang dimasukkan adalah berwarna biru seperti imej dibawah. Kesilapan memasukkan warna pada lapisan/layer yang salah akan memberi kesan pada imej yang akan mahukan.



Setelah itu anda boleh menyimpan/save imej tersebut dengan format imej yang anda mahukan.

Transparent Background Image
Sekiranya anda ingin kan imej transparent background anda boleh lakukan tanpa memasukkan sebarang warna tambahan pada latar belakang seperti imej di bawah ini.



Apa yang anda perlukan lakukan hanya terus menyimpan/save imej tersebut pada format imej PNG. Hasilnya anda boleh lihat seperti imej di bawah ini. Sekiranya anda ingin melihat hasil yang berlainan dengan pelayar laman web yang tidak menyokong PNG transparent ini anda boleh mencuba dengan pelayar IE 6 ke bawah atau lelain pelayar web.



TAMAT TUTORIAL

*Tutorial ringkas ini cuba disampaikan sebaik mungkin menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar walaupun dicampur aduk dengan beberapa perkataan berbahasa inggeris.
**Sebarang salah silap harap maaf, tutorial ini dibuat tanpa sebarang kawal selia dari memana badan rasmi yang diiktiraf dan dibuat secara sukarela untuk dikongsi dengan semua kengkawan.
** Kredit kepada:



[ Last edited by  Defcon at 9-2-2007 05:43 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 02:05 AM | Show all posts
i will merge it with older thread about Photoshop's tutorial soon..

anyway, thanks for the kewl thread. u deserve credits for it
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 03:26 AM | Show all posts
Originally posted by trunks at 9-2-2007 02:05 AM
i will merge it with older thread about Photoshop's tutorial soon..

anyway, thanks for the kewl thread. u deserve credits for it


Huhuhuh thanxs for credit

~*dari kengkawan utk kengkawan*~
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 04:51 PM | Show all posts

Watermark

Hi,

saya org baru kt sini. nk tanya semua member2 yg bijak pandai. Tahu tak mcm mana cara nak buat watermark kt gambar?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 06:25 PM | Show all posts
Buka Photoshop dan  pilih options T ( Horizontal Type Tool ) kat Tools box

dan type ..lepas type nak move text, pilih move tool.

clik Button T








[ Last edited by  trunks at 17-3-2007 01:51 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.091332s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list