View: 9542|Reply: 58
|
MR. MAMA [Setiap Selasa, 10 mlm, TV3][Mulai 29 April]
[Copy link]
|
|
lambat lgk kot nak tayang..sbb tak kluar lgk promo  |
|
|
|
|
|
|
|
dgr kate adik ashraf sinclair pung blakon citer nih.. same ngan rashidi ishak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 AyieBoyZ's post
adik asyraf sape? aishah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AyieBoyZ at 22-4-2008 10:14 AM 
dgr kate adik ashraf sinclair pung blakon citer nih.. same ngan rashidi ishak..
bukan adik ashraf sinclair si aisyah tu laa...yasmin ashraf laaa....nama ashraf tu yg buat kompius kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmine idam suami seperti "Mr. Mama"
23-04-2008 12:46:25 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ | MENDENGAR namaJasmine Asraff mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah geranganwanita ini. Melihat wajahnya, mungkin ada yang berkata, "Macam pernahku lihat perempuan ini tetapi di mana?".
 | Jasmine suka kanak-kanak (Foto mstar oleh Siti Azira) | Sebenarnya,nama dan wajah gadis kacukan Afghanistan dan Pakistan ini tidak asingdalam dunia seni lakonan kerana beliau sudah banyak berlakon dalamdrama tempatan seperti di RTM1 dan drama terbitan Suhan Movies.Antaranya adalah sitkom KB Sentral, drama 13 episod Kampung Pening Lalat dan drama Daun Ketupat Kering.
Terbaru, beliau menjayakan watak utama dalam drama terbaru 13 episod iaitu Mr. Mama yang bakal disiarkan di TV3 mulai 29 April ini.
Apayang menariknya, Jasmine diberi watak seorang ibu bernama Suria yangmempunyai dua orang anak lelaki yang nakal dan seorang anak perempuan.
"Susahjuga hendak melakonkan watak seorang ibu yang mempunyai tiga orang anakmemandangkan saya belum mempunyai pengalaman berumah tangga.
"Jadiagak susah juga untuk memikat hati budak-budak ini untuk selesakan dirimereka dengan saya. Namun, lama-kelamaan budak-budak ini mula rapatdengan saya sehingga mereka memanggil saya "mama" di luar set.
"Merekajuga selalu telefon saya lebih-lebih apabila demam. Jadi saya akanpujuk budak-budak ni. Saya tak kisah sebab saya memang suka kanak-kanak.
"Sepanjangshooting drama ini selama 20 hari, kami selalu makan sama-sama. Mungkinsebab tu budak-budak ni rapat dengan saya," beritahu Jasmine yang mulaberlakon sejak tiga tahun lepas melalui drama Orang Gaji 2.
Katanya,dunia lakonan hanyalah sekadar kerja sampingannya di waktu lapangkerana beliau sendiri sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagaiPenyunting Filem di salah sebuah stesen tv.
"Saya berlakon juga sebab minat. Biasa saya buat suntingan video dalam dua hari dan kemudian saya bercuti.
"Jadi,saya gunakan masa terluang itu untuk berlakon ditambah lagi masa cutihujung minggu," tambah Jasmine yang pernah mengacara program 36 episod Sukan Dot Com bersama penyampai Hot FM Azura di RTM1 dan satu episod program Rentak Bollywood.
Pengalamanmenarik yang dikecapi oleh Jasmine selepas berlakon di dalam dramabersiri Mr. Mama ini adalah merasai pengalaman hidup berumah tangga.
"Dalamdrama ini saya merupakan seorang isteri yang bekerja sebagai arkitek.Jadi, saya berasa seronok apabila suami sudah menyiapkan segala-galanyaseperti mengemas rumah, membayar bil dan macam-macam lagi apabila sayapulang dari kerja.
"Walaupun saya sibuk, suami tetap sayangkan saya dan tak cari perempuan lain. Saya akui karektor Mr. Mamaadalah karektor suami idaman saya," ulas gadis berusia 28 tahun iniyang mengaku sudah mempunyai teman lelaki namun belum merancang untukmembina rumah tangga lagi.
Barisan pelakon Mr. Mama (Foto mstar oleh Siti Azira) Drama bersiriterbitan Radius One Sdn. Bhd. ini turut diterajui oleh Rashidi Ishaksebagai Fikri atau suami Suria yang dilakon oleh Jasmine. Sementarapelakon kanak-kanak yang melakonkan watak sebagai anak-anak merekaadalah Syainie Aida (Aliya), Muhammad Syahmi (Alif) dan Syahrul Emeer(Afif).
Mr. Mama menceritakan kehidupan Fikri dan Suriayang sibuk mengendalikan projek besar syarikat masing-masing. Fikriyang merupakan seorang peguam baru mendapat satu kes besar di syarikatguamannya dan jika berjaya dia dijanjikan oleh ketuanya, Tuan Bakrimendapat sebahagian daripada saham syarikat.
Manakala Suriayang bekerja sebagai arkitek sedang sibuk menyiapkan rekaan untukbinaan sebuah hotel lima bintang. Fikri dan Suria terpaksa menghadapimasalah dengan orang gaji yang seringkali berhenti kerja kerana tidaktahan selalu dibuli oleh anak-anak mereka yang nakal.
Rashidi penat berlakon dalam Mr. Mama
MenurutRashidi yang juga suami kepada pelakon popular Vanidah Imran, iniadalah pertama kali beliau berlakon dalam drama terbitan Radius One.
Bukan sahaja pertama kai berlakon di bawah drama yang diterbitkan oleh pengarah dan
 | Rashidi pegang watak Mr. Mama (Foto mstar oleh Siti Azira) | penerbitterkenal Sharul Ezad Mohamedin, beliau juga pertama kali berlakon dibawah arahan pengarah baru iaitu Rozi Izma Abdul Karim.Katanya, beliau sebenarnya kepingin untuk berlakon di bawah arahan Ezad namun mungkin belum ada rezeki.
Walaupunbegitu, Rashidi menerima tawaran untuk berlakon drama itu pun keranamempunyai masa terluang tanpa melihat skripnya terlebih dahulu.
"Berlakon dalam Mr. Mama memang memenatkan kerana sudah menjadi lumrah bagi saya apabila berlakon dengan pengarah baru.
"Iniadalah kerana walaupun babak yang dilakonkan ketika itu saya rasakanok, Rozi kerap kali menyuruh kami mengulang shot yang sama.
"Selain itu, beliau banyak play safedan tidak berani untuk melakukan shot yang lebih dari jangkaan saya,"beritahu Rashidi yang tidak kisah bekerjasama dengan pengarah baru.Baginya, beliau hanya mengikut kehendak pengarah tersebut walaupun amatmemenatkan.
Tambahnya lagi, bekerja dengan pengarah baru ini jugamembuatkan beliau terpaksa menghayati watak itu walaupun ceritatersebut 'ringan'.
Dalam pada itu, Rozi menyatakan sebab beliau meminta pelakon mengulang lakonan mereka yang dirasakan perlu bagi sesuatu babak.
"Banyaksegi yang perlu saya ambil berat kerana kadangkala timbul masalahteknikal. Kita bekerja dalam satu pasukan. Contohnya, kalau giliranlakonan Rashidi ok, mungkin budak-budak pula tak ok. Begitu jugasebaliknya.
"Setakat ini, saya lihat semua pelakon memberikanpersembahan yang baik. Saya bukanlah seorang cerewet namun saya inginmemastikan setiap pelakon mempunyai chemistry antara satu sama lain,"ujar Rozi yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai penolong pengarahsejak tahun 2001.
Kata Rozi lagi, walaupun tugasnya hanya dudukdi kerusi pengarah, tak bermakna beliau gembira dengan tanggungjawabyang diberikan kerana tugas pengarah ini memerlukan beliau menumpukanbanyak perkara termasuk bekerjasama dengan penyunting visual.
"Tumpuansaya pada mulanya bukanlah untuk menjadi pengarah tetapi lebih kepadaproduser namun selepas tamat belajar pada tahun 2000, saya terusditawarkan jawatan pengarah. Namun, saya bermula dari bawah danbukanlah terus mendapat jawatan tersebut," terang gadis yang berusia 29tahun ini.
Saksikan Mr. Mama setiap Selasa, jam 10 malam di TV3 bermula 29 April ini!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ohho radius one/shahrulezad punye keje....mcm best je~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 fa_stellar's post
penerbit jek.. pengarah lain.. pengarah baru tgk dr artikel atas tu macam rashidi plak pengarah  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 AyieBoyZ's post
kalau aisyah tuh kakak asyraf |
|
|
|
|
|
|
|
aisyah bukan adik ashraf ke?
ohhh shidi...sure tgk ni...ganti slot drama Fara..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 narcolepsy's post
cop... sorry..yaa adik ashraf...not kakak...umur muda sthn je tu konfius pernah sekelas gan ashraf dulu, lupa lak dia tuh tua dr lisa |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tgk citer nih....concept cerita menarik...and ada rashidi!!! |
|
|
|
|
|
|
|
mnggu lps, aku bace kt arian metro, die ckp name pmpuan tuh jasmin sinclair..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 AyieBoyZ's post
sapa lak tuh??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Eddlisa_uyuk's post
sama ada kakak @ adik ashraff & aishah sinclair lah kot?!  |
|
|
|
|
|
|
|
tp rasanya guys, adik-beradik sinclair nie 3 org jerk.. ashraff yg sulung.. pas2 yg tgh lelaki & then, aishah is the youngest 1.. just the 3 of them..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 Yuni's post
yes, the other sinclair is their young brother-adam... so jasmin tuh family sinclair lain arr xkenal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|