Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
66449
View
991
Reply

[MERGED] Matematik dan Sains in BM or in BI

[Copy link]

Author: carfactor_zro       Show all posts   Read mode

Post time 16-2-2008 09:37 PM | Show all posts
aku buat headcount semlam...
wat tov...ya allah...semua bleh dikatakn D
C ada sorang 2 je utk sains.
tu kelas no 2.
kelas yang 1st ada la A tapi bleh kira bape kerat jer.
B sorang 2,yang lain C.
utk math pun same gak.baik kelas atas atau kelas tgh.
kelas bwh jgn ckp la...
kesian aku ngan diorang.
aku nak wat target pun takut.
takut tak tercapai target aku tu.
kembalikan ke bm...

aku kesian diorang takleh nak hafal sifir.
aku tya dalam BM,diorang leh jwb.
bile tya dalam BI,trus syp.
diorang ckp susah nak igt no.
yela...dah Bi pun lemah,camne nak kuasai math ngan sc.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 02:09 PM | Show all posts
walaupun aku mengajar kat sekolah bandar,tapi masalahnya tetap sama..murid2 bermasalah nak fahami ayat dalam BI terutama untuk soalan problem solving.sepatutnya dalam tahap sekarang,mereka patut disemaikan minat untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka fahami.lebih baiknya rasanya subjek BI sendiri diperkasakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 03:04 PM | Show all posts
aku dulu blajar dr skolah rendah sampai kat poli guna bhs melayu.segala terms engineering sumer dlm bhs melayu.
bila masuk u,semua terms in english.memula mmg gelabah,tp ko cuma kena igt terms je..lepas je aku wat degree dulu.benda jd senang sbb bile ko tak leh wat problem soving in english,ko akan tgk dlm bhs melayu.ok jer bg aku.
yang penting english tu yang kena upkan sket.not math or sc...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 06:45 AM | Show all posts
Timbang semula BM dalam Sains, Matematik – Abdullah

PULAU PINANG 17 Feb. – Kerajaan akan menimbangkan permintaan untuk menggunakan bahasa ibunda dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pertimbangan itu akan dibuat selepas kajian terperinci mengenai keberkesanan penggunaan bahasa Inggeris bagi kedua-dua mata pelajaran itu dilakukan.

“Bukan hanya orang Cina yang minta, orang Melayu juga minta jadi kami mengambil kira kedua-duanya.

“Ia perlu diteruskan dulu untuk satu tempoh tertentu, kemudian ia akan dikaji dan dinilai semula,” katanya ketika menjawab satu soalan mengenainya pada majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di sini hari ini.

Penggunaan bahasa Inggeris untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dilaksanakan sejak 2003.

Mengenai kekurangan guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Bernama melaporkan Abdullah berkata, perkara itu telah dibincangkan di peringkat Kabinet dan perkara itu sedang diusahakan.

Abdullah menjelaskan, isu itu turut dibincangkan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan beliau percaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

Isu penggunaan bahasa ibunda untuk mengajar Sains dan Matematik bukan sahaja dibangkitkan oleh sesetengah kumpulan dalam masyarakat Cina.

UMNO Johor pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu juga menggesa kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi mengangkasakan tamadun bangsa selain memenuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Wakil Badan Perhubungan UMNO Johor, Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu berkata, UMNO Johor tidak menolak penguasaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris.

Beliau memberi alasan bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkasakan tamadun bangsa.

UMNO Johor dalam Konvensyen UMNO Johor 2006 turut membantah pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Datuk Abdul Ghani Othman sebelum ini berkata, pendirian tersebut tetap tidak berubah sejak pengumuman pertama pelaksanaan bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua subjek itu kerana ia berhubung rapat dengan soal maruah dan martabat bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 10:13 PM | Show all posts
elok laaa tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 12:37 AM | Show all posts
pd aku, tak kisah lah kalau nk tukar ke BM semula sbb.. dulu pun aku belajar maths kat U, dwibahasa.. elaun bisp aku pun ciput jek sbb 5%. tp kalau nak stay in english pun ok.. takde masalah laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:14 AM | Show all posts
aku nih guru sains sekolah menengah..........

budak2 dlm kelas aku selalu melopong bila aku ngajar dlm BI.....so..terpaksalah ajar balik guna dwi bahasa...kan membuang masa tuh..

silibus Form 2 punyalah byk...minta KPM kaji balik silibus Form 2 nih...10 Chapter...gilos....!!!

Kalau nak bagus BI maka gunakanlah pengajaran Bahasa Inggeris tuh baik2...tak pun naikkan masa BI seminggu dalam 7-8 waktu ke.....bahasa melayu pun seminggu 6 masa.....

tak perlu korbankan masa depan anak2..jadi guinea pig utk mengkaji penggunaan BI dalam Sc and Math.......

kesian budak2 tuh........

so.....aku SOKONG PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK KEMBALI PADA BAHASA MELAYU..

org Jipun dan German pun boleh maju apa guna bahasa ibunda mereka sendirik.....hatta Sherikh Muszaffar angkasawan kita tuh pun kena belajar bahasa Russia masa nak ke angkasa dulu......
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:15 AM | Show all posts

Reply #16 leftarmy's post

Kesiannya aku dengar keluhan budak2 form 5 kat sini.  Sama la sebasib anak2 aku semua belajar sains Matematik dlm BI.  Pastu tak boleh jawab soalan exam bukan sebab tak pandai math, tapi sebab tak faham soalan tu nak apa sebenarnya.

Anak2 orang elit jugak yg untung, anak2 orang kampung jugak yg rugi.  Elokla tukar balik ke BI.

Bukan semua budak2 darjah satu tu nak pegi belajar oversea pun, ntah2 1% aje.  Itupun budak2 yg memang cerdik, dan boleh grab konsep dengan mudah dalam bahasa apa sekalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:41 AM | Show all posts
umpamanya mcm nih....

kalau dalam BM kita nak ngajar ttg bola.....bola tuh bulat...boleh ditendang...ramai org main bola....so..ayat boleh dipelbagaikan dan diperluaskan lagi...

kalau dalam BI...bola tuh bulat....tu jer yg mampu diajar....kalau nak explain lagik pening kepala budak2.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 11:46 AM | Show all posts
kejap2 tukar..ntah pape ar kerajaan sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 12:11 PM | Show all posts
aku setuju kalo kerajaan nak tukar balik pengajaran subjek matematik n sains dlm bahasa melayu.kesian kat bdk2 skang yg belajar sains n matematik dlm bi.spt yg semua maklum, bdk2 x phm bukan sbb subjek tu susah tp sbb x paham bahasa.mcm bdk2 kg yg mak ayah keje kampung, penggunaan bahasa inggeris sgt terhad.lain la kalo di bndr2 atau mak ayah yg keje bidang profesional maybe pendedahan bahasa inggeris tu ada di rumah.

aku rs idea memperkenalkan pengajaran subjek sains n matematik dlm bahasa inggeris adalah 1 kesilapan sbb ia membunuh minat bdk2 terhadap subjek tersebut.kalo kat jepun menteri mcm ni dah lama kena pecat.knp kerajaan susah sgt nak mengaku kesilapan.

yg jd mangsa ialah bdk2 sekolah.apa jd dgn bdk2 yg dah menjalani program tersebut?bodoh punya kerajaan.buat keje x pikir panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 02:52 PM | Show all posts
yg pasti..

cikgu sc n math.. bukan sahaja ngajar teori subjek tuh...

ajar bi dulu n then br baru terang content..

so, kena ajar 2-2 la both language n content..

bg student yg dh ok english x pe r..

language no prob..

walaupun kononnye tekan kan term shj in english.. but then ssh gakk..

anak2 murid melopong... bukan melayu jer.. bangsa lain pon samer...

my skul majo chinese.. mslh yg sme gak utk PPsMI nih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 10:34 PM | Show all posts

Reply #72 spirkaklampuru's post

samalah kita.. kena ngajar maths.. secondary.. tp maths form 2 ada 13 chapter laa.. pd aku tak jadi problem ajar construction & locus in english.. tp masa buat survey PPK, ramai cikgu kata chapter ni yg susah nak ajar sbb explanation tu mesti serentak dgn praktikal.. sbb nak tunjuk kat whiteboard cara2 nak construct. tp sbb aku jugak ajar subjek technical drawing form 4, dan subjek ni pun in english, aku rasa mcm ok laa..
cuma satu jek.. aku tak suka guna LCD dn segala CD mak nenek yg PPK kasik.. mcm tak sesuai dgn subjek maths.. kalau dgn sains ok kot sbb ada byk gambar2... charts.. jadi, aku mmg tak ambik notebook & lcd.. kalau ada nazir dtg nak observe, aku masuk guna lab komputer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 11:08 PM | Show all posts
aku ada maslah ttg msalah ni..

budak2 kat kawasan luar bandar menghadapi mslah untuk menjawab UPSR... mslah nya:

1. Mcm mana budak yg dah belajar dr tahun 1 hingga tahun  6 yg dah belajar dlm bahasa inggeris d bagi pilihan tuk mjawab melayu dlm UPSR sdangkan mereka tidak pernah menjawab soalan dlaam bahasa melayu pun.

2. Pelajar kurang arif tuk menjawab dlaam bahasa melayu sedangkan itu kelebihan, mau tidak mau terpaksa menjawab dlm english.

banyak lag..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2008 09:06 PM | Show all posts
semalam ada exam math utk budak2 ni.
dah berkali2 aku ckp,multiply ni darab.
tak...diorang bleh g tambah lak!!
aduh...pening aku.bila tya,diorang jwb,konfuse la cikgu.

td lak ajar sains thn 5.animal tu aper??dah nganga.
pas tu bila tya,camne katak lindungi telur.laju jwb ni,telur berlendir.
aku pun tya,kalo dalam BI,camne??
dah...senyap lagi....

aduh...penatnyer nak terang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 11:36 PM | Show all posts

Isu Sains n Math dlm BI... masih relevan kah?

Walaupun subjek sains dan dan math telah diaplikasi di sekolah sejak tahun 2003 lagi...namun masih kedengaran pro dan kontra terhadap perlaksanaannya di sekolah. Masing-masing dengan hujah dan pendapat..
Masih relevan kah isu ini...

jadi...apa pendapat anda semua sebagai forumner di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 11:49 PM | Show all posts
dah jadi bubur dah
tak jadi isu lagi dah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 11:50 PM | Show all posts
bagus jugak sebab kat uni nanti tak dak sapa yg nak translate buku kat depa lebih baik mahir dalam both language
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 12:01 AM | Show all posts

Reply to org kertas n mbhcsf's post

...tp bg sesetengah org ia masih jd isu

...umno johor masih lg mahu ia balik kpd asal
...pejuang bahasa pun
...dan ramai lg
walau apa pun patut nyer golongan guru lebih banyak mnyuarakan pndapat dan pemerhatian mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 12:18 AM | Show all posts
Yang pastinya markah anak aku selalu rendah sebab tak paham soalan...camana nak buat tu?????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.072788s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list