Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
66090
View
991
Reply

[MERGED] Matematik dan Sains in BM or in BI

[Copy link]

Author: carfactor_zro       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-11-2007 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Kendali Matematik, Sains dalam BM

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno mahu pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di sekolah rendah dikendalikan semula dalam Bahasa Malaysia (BM), manakala teknik pengajaran bahasa Inggeris dimantapkan sebagai langkah lebih logik bagi menangani masalah penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar Melayu.

Sambil tidak menolak kepentingan orang Melayu menguasai lebih daripada satu bahasa pada era globalisasi, Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, berkata kaedah yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran sekarang bukan cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

"Saya percaya dan saya hendak tunjuk bahawa kita bukan antikemajuan, bukan anti-Inggeris. Kalau hendak baiki bahasa Inggeris, cara terbaik meningkatkan penguasaannya bukanlah melalui mata pelajaran Sains dan Matematik.

"Cara terbaik ikut logiknya untuk kita belajar bahasa Inggeris ialah memantapkan teknik pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri.

"Kenapa nak kacau Sains dan Matematik... kita kena lihat macam mana kita hendak mantapkan pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah," katanya ketika membahaskan usul Ekonomi dan Pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno 2007, semalam.

Akhir bulan lalu, kerajaan memutuskan peperiksaan subjek Matematik dan Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diteruskan dalam dwibahasa di sekolah kebangsaan dan kajian menyeluruh mengenainya akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilaporkan berkata keputusan itu turut membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT).

Khairy berkata, bagi meningkatkan kemampuan penguasaan bahasa Inggeris, teknik pengajaran boleh dipelbagaikan kerana mata pelajaran itu menawarkan skop yang luas seperti kesusasteraan Inggeris.

"Dalam bahasa Inggeris ada skop luas untuk memperbaikinya... tolonglah perkenalkan sastera Inggeris dan taktik lain. Saya percaya, dulu Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) pernah belajar Shakespeare, kesusasteraan Inggeris dan sebagainya. Itulah cara terbaik meningkatkan pembelajaran bahasa Inggeris," katanya.

Beliau berkata, pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik wajar dikendalikan dalam bahasa Malaysia sesuai dengan rombakan semula sektor pendidikan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

"Pelaksanaan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini (sebenarnya) mempunyai niat murni untuk membaiki bahasa Inggeris dan memudahkan mereka (murid) memahami istilah Sains dan Matematik yang banyak datang daripada bahasa Inggeris.

"Namun, jika pelaksanaannya tidak memberi kesan, sebaliknya prestasi bahasa Inggeris, Matematik dan Sains anak-anak kita turun (merosot), apa salahnya kita kembali ke asal.

"Kita kembali mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa kebangsaan selaras dengan rombakan semula kurikulum dalam PIPP," katanya.

Khairy juga menjelaskan bahawa gesaan itu bukan bermakna orang Melayu antikemajuan, sebaliknya ada laporan menyatakan pelajar menghadapi kesukaran untuk mempelajarinya.

"Bukan bermakna Melayu kalah... tak berani dan kita tak boleh belajar dalam bahasa Inggeris, tetapi mereka yang di bawah beritahu kita bahawa bukan mudah untuk anak berusia tujuh tahun sama ada di bandar dan luar bandar yang dibesarkan dalam suasana bahasa ibunda tiba-tiba belajar mata pelajaran teknikal dalam bahasa Inggeris.

"Bahasa Inggeris ini bertindak sebagai tembok penghalang untuk memahami subjek Sains dan Matematik kerana ilmu tidak sampai kepada mereka," katanya yang menyifatkan keperluan murid menguasai mata pelajaran Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris serentak sebagai 'double trouble' atau masalah berganda.

Khairy percaya guru juga berhadapan masalah untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kerana usaha melatih mereka dilakukan dalam masa singkat sehingga menyukarkan mereka membuat penyesuaian.

"Akibatnya, bukan saja lidah tergeliat, proses pembelajaran juga terencat," katanya.

Namun, Khairy menjelaskan orang Melayu perlu menguasai bahasa asing termasuk bahasa Inggeris jika mahu terus bersaing dalam era globalisasi, manakala sistem pendidikan negara perlu melahirkan produk daripada golongan ulul albab yang bersifat lengkap, iaitu menguasai semua bidang ilmu, kreatif, inovatif, yakin diri, menghayati agama dan semangat patriotisme tinggi.

"Kita juga perlu memastikan golongan pendidik dapat melahirkan produk PIPP bermutu. Justeru, institut pendidikan guru perlu memperkenalkan mata pelajaran pemikiran kreatif dan kritikal. Guru boleh berfikir di luar batas kelaziman agar tidak terancam dengan anak murid yang mempunyai pemikiran luar biasa," katanya.




mcm2  dah elok2 dalam BM dulu  di bahasa inggeriskan   sekarang dah bertahun tahun in english  mintak di BM kan  esok esok kot mintak di tamilkan ke   di hokkienkan pulak   

pada wa dah okay maths dan science in english tu  tapi kena ajar dari peringkat tahun 1 macam sekarang untuk lebih baguskan lagi murid2 punya bahasa inggeris terutama di luar bandar

[ Last edited by  dexa at 23-5-2008 08:29 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 10:47 AM | Show all posts
Ak mmg x pnh setuju maths ngn Sains dlm BI dr dulu lg. Bukan jer ad masalah di kalangan students, cikgu pun sama. Byk negara maju, cam Jepun, Korea, Russia, Cina, semua maju sbb guna bahasa sndir jer.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 10:52 AM | Show all posts
KERAJAAN KAN BODOHHH BAHLOLLL BABI cipanII

KERAJAAN MALAYSIA
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 10:53 AM | Show all posts
sorry malaysia dhani x sampai ati cakap cam tuh sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 10:57 AM | Show all posts
kesian sungguh bebudak tahun 5 sekarang yang jadi bahan eksperimen....
kawasan aku kat luar bandar ni, purata markah sains akhir tahun 10-30 sahaja...
kesian..
kesian..
kesian..
bukan diorang malas belajar... tapi ilmu yang nak ditimba tu, semacam sukar untuk dicapai, walau pelbagai usaha dilakukan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 11:02 AM | Show all posts
aku setuju la dia ajar bahasa melayu balik... kesian budak2 yang jadi mangsa experiment macam adik2 aku.. dia ni pandai math dgn sains tapi english kureng.. biler dah blajar guner bahasa inggeris, automatik dia punyer math dgn sains pun jadi bengap pula.. taun ni amek spm.. sian dia..

aku dulu blajar sains dan math dlm bahasa Melayu xder masalah pun biler blajar dalam bahasa inggeris bila dah masuk U.. at least masa sekolah blajar dalam BM bleh mantapkan pemahaman subjek tu guna bahasa ibunda.. biler dah masuk u at least basic dah mantap so just nak sesuaikan jer dgn bahasa inggeris...

tu lah kerajaan tuh xpenah pikir ke sebelum buat keputusan dulu? cian anak2 terutamanya yang duduk kat kampung macam pinguin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 11:21 AM | Show all posts
diorang ni mcm takde otak buat keje... aku bukan apa, selama kita semua belajar math & sains dalam bahasa melayu takde sorang pon merungut... yang paling takleh diterima akal ialah bila diorang guna alasan nak mantapkan english bebudak gunakan matapelajaran math ngan sains... kalau bebudak dah susah nak 'catch up' (dengan izin) english mcm mana lak nak catch up math dan sains dalam english.... kesian budak2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 01:17 PM | Show all posts
Mukhriz setuju Sains dan Matematik kembali diajar dalam BM
09-11-2007

KUALA LUMPUR: Anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bersetuju dengan cadangan Naib Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin supaya pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dikembalikan kepada Bahasa Malaysia jika kaedah sebelum ini gagal mencapai matlamatnya.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata kaedah pengajaran itu perlu dikaji semula bagi memastikan semua pelajar benarbenar dapat menguasai Bahasa Malaysia.

"Usaha kita untuk menggunakan Bahasa Inggeris tetap jadi pegangan kerana kita tahu untuk jangka masa panjang Bahasa Inggeris memainkan peranan penting bagi memastikan kita dapat bersaing dengan bangsa lain," katanya kepada pemberita semasa melawat pusat media Perhimpunan Agung Umno 2007 di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Khairy mengenainya ketika membahaskan usul Ekonomi dan Pendidikan.

Khairy berkata berdasarkan maklum balas daripada akar umbi, kaedah pengajaran dalam Bahasa Inggeris menjadi tembok penghalang pelajar untuk memahami Sains dan Matematik.

Mukhriz berkata pendekatan dan kaedah terbaik amat diperlukan bagi membantu pelajar khususnya di sekolah rendah dan luar bandar yang masih gagal menguasai bahasa Inggeris.

"Mungkin dari segi pelaksanaan seperti memberi kelengkapan secukupnya kepada guru dan sekolah ditingkatkan lagi supaya usaha kita untuk memastikan pelajar berjaya sehingga ke arena antarabangsa tidak terjejas," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 01:32 PM | Show all posts
Mukhriz kata nak memberi kelengkapan secukupnya lagi kepada guru dan sekolah supaya pnguasaan pelajar belajar sains dan math in english meningkat.......masalahnya bukan kelengkapan tak cukup malah rasanya dgn apa yg ada sekarang pun dgn pelbagai peralatan ICT yg diberi kerajaan dah tak terpakai lagi kat sekolah tu.......masalahnya penerimaan budak2 memahami subjek saind n math dlm BI.....kalau dorg lemah BI automatically mereka akan sukar memahami subjek sains n math......jadi betul la cdgn khairy tu supaya mantapkan subjek BI itu sendiri.....bukan kacau dgn sujek lain......kesian budak....kalau BI dorg lemah...result math n sains pun lingkup sekali......berbeza dgn zaman kita dulu....kalau result BI tak brp bagus tetapi kalau kita bijak dlm sains n math result kita still ok........sedangkan utk smbg belajar pun subjek sains d math diambil kira if nak sambung bidang sains la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 02:12 PM | Show all posts
aku sokong
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 03:02 PM | Show all posts
Ini bukannya isu politik.. tp isu besar yang bakal menyaksikan sama ada anak bangsa kita akan mampu memahami MT dan SC dgn baik atau tidak..

Kelengkapan yang dibekalkan aku rasa sudah memadai.. dan kekdang tak digunakan sbb tak sesuai. contoh kandungan CD yang dibekalkan.. takleh guna pun.. pasal  cam tak memenuhi silibus..

Masih belum terlambat untuk kita kembali ke belakang.. kembali ke belakang bukan bermakna kita kalah.. tp untuk memberi peluang anak bangsa kita belajar dengan baik dan mampu bersaing dengan bangsa lain..

apakah yang boleh dibanggakan jika setiap tahun pencapaian MT dan SC setiap murid semakin jatuh.. kemudian dipermudahkan soalan dan silibus..

apakah yang boleh dibanggakan jika setiap tahun.. semua murid mengadu betapa sukarnya belajar MT dan SC

apakah yang boleh dibanggakan jika setiap tahun murid yang mencapai kecemerlangan dalam MT dan SC hanya beberapa kerat dan kebanyakkan mmg pandai BI..

apakah yang boleh dibanggakan jika murid-murid yang jika diberi soalan dalam BM mampu dijawab dengan baik.. tp bila dpt soalan dalam BI.. tak mampu dijawabnya kerana soalan itu sendiri tidak difahami.. sekaligus menyebabkan markah yang diperolehi dalam subjek MT dan SC jatuh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 03:36 PM | Show all posts
sighh..... apa la nak jadi dgn maths and science anak2 mac? KEjap itu, kejap ini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 08:43 PM | Show all posts
baik buwat eng dari standard 1 jer .. senang ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by macademia at 9-11-2007 03:36 PM
sighh..... apa la nak jadi dgn maths and science anak2 mac? KEjap itu, kejap ini...

itulah mac diorang ni tak pernah fikir tentang anak-anak kita pun.
senang-senang nak ubah apa-apa yang jadi mangsa bebudaklah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 11:31 PM | Show all posts
punca idea ni ialah drp mantan pm ker.walaupun idea asal drp beliau ni sbnrnya rmi yg x setuju termasuk di kalangan menteri,tp menteri2 ni semua x de bran nak bg pandangan or membantah.mcm tu la situasi kat malaysia ni.pm is everytime right.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 01:55 AM | Show all posts
aku kecewa sebenarnya.... kecewa ngan semua yang diorg dok eksperimenkan atas anak bangsa sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 01:56 AM | Show all posts
4 d 1st time....aku setuju ngan khairi
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 07:56 AM | Show all posts
Aku yakin pihak kementerian tahu bawhaa perlaksanaan dasar ini tidak berjaya seperti yang diharapkan.. Sebab itu mereka tidak berani melaksanakan peperiksaan dalam BI sepenuhnya.. kerana mereka tahu jika UPSR dilaksanakan sepenuhnya dalam BI tahun 6.. satu malapetaka yanga mat besar akan melanda murid2 terutamanya bangsa melayu..

Ibarat kata orang.. Yang Dikejar Tak Dapat.. Yang Dikendong Berciciran..

Kita bukan sahaja menyebabkan anak2 kita lemah dalam BI.. tp juga lemah dalam MT dan SC...

Tak dinafikan ada murid-murid yang dapat ikut MT dan SC dalam BI.. dan ada yang dpt keputusan yang agak baik.. tp kalu diperhalusi dan jika sesiapa yang perasan.. soalan peperiksaan seperti dipermudahkan... soalan-soalan yang tidak memerlukan murid terlalu berfikir panjang... silibus pun dipermudahkan..

Jika benar nak mantapkan penggunaan BI kepada murid2 sekolah.. lebih baik mantapkan lagi silibus BI itu sendiri.. tambah masa.. dan bukannya terlalu berorientasikan peperiksaan..

Buat satu subjek khas.. English Comunication.. masa tu suruh budak2 speaking..

Jika ditanya guru-guru yang mengajar MT dan SC skrg.. majoriti dari mereka akan berkata.. tiada kepuasan dpt bile ajar MT dan SC.. kekadang ibarat itik bercakap dengan ayam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 08:31 AM | Show all posts
tu la buat dasar xpkr msk2..bukan student je ade mslh ngn english..cikgu nk ajar pn lemah english..cmne tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 11:02 AM | Show all posts
Saturday November 10, 2007

Switch to English woes to be addressed


KUALA LUMPUR: The Education Ministry will look into concerns raised by delegates at the Umno general assembly that Malay students are facing difficulties in learning Science and Mathematics in English.

Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the ministry would ensure the country's education system met the aspiration of all.

The Umno Youth chief added that he understood the burden placed on him and that the fate of five million students depended on him.

It is a heavy task but I am up to it as I understand the paramount importance in educating the young, who are our future leaders.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096284s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list