Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
11831
View
127
Reply

Adakah Hukuman Yang Dikenakan Pada Pelajar Bermasalah Terlalu Keras

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Post time 16-3-2008 12:32 AM | Show all posts
hantar jer kuarantin kat pulau jerejak nunnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:23 PM | Show all posts
adik aku dah dekat 2bulan tak pegi sekolah,pasal nak motosikal..kita org sekeluarga dah tak tahu nak wat camana..nak beli moto on sport mana nak cari duit..org kaya boleh la.pastu mak aku gi jumpe pengetua sekolah n pk hem sekolah,bagi tau masalah kami...then dia org ckp.."Tu masalah kat rumah,bukan masalah dia kat sekolah..so sekolah tak leh ambik tindakan" pastuh sekolah ni yg aku peliknye..setiap hari selasa budak yg tak duk asrama tak pegi sekolah tak di ambil tindakan sbb selasa tu hari koko. Dulu aku masa sekolah,kalo 3hari tak datang cikgu dtg umah tanya mak bapak..skrg ni mak bapak pulak bg tahu pihak sekolah suh ambik tindakan tapi sekolah lepas tangan...so kat mana aku nak mengadu ni..tolong bagi pendapat,apa patut aku buat..kesian mak aku
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 10:17 AM | Show all posts

Reply #122 chamiecombi's post

apa pun, saya ucapkan tahniah kepada keluarga anda kerana tidak tunduk kepada kemahuan adik anda dan walaupun keluarga anda mampu, usah diturutkan hati generasi muda.

seperti yang pernah saya katakan, generasi sekarang terlalu manja dengan kemewahan. daripada handphone, motor dan sebagainya. mungkin ada yang kata ia keperluan namun kita kena nilai keperluan daripada sudut mana? adakah kalau tiada handphone maka tidak boleh nak hidup? itulah salah satu sebab mengapa handphone adalah barang larangan disekolah.

mengenai apa yang dikatakan oleh pihak pentadbiran sekolah, walaupun bunyinya tak sedap tapi realitinya, tak banyak yang boleh dilakukan oleh sekolah. dalam hal ini pun sekolah hanya boleh ambil ia sebagai kes ponteng. apa kata cuba berhubung dengan guru kaunselingnya tak pun kalau adik anda ni aktif dalam sukan ke, cuba bincang dengan cikgu/jurulatih sukan. biasanya dengan cikgu yang mereka rapat lebih mudah untuk mempengaruhi keputusannya.

mengenai kepelikan sekolah anda, boleh diajukan kepada PIBG. gunakan mesyuarat PIBG sebagai landasan untuk bertanyakan hal ini. itu adalah hak anda. namun elakkan daripada guna surat layang kerana ia adalah perbuatan seorang yang pengecut. kalau anda rasa anda benar, guna saluran yang betul walaupun kita belum tahu sama ada saluran itu berkesan atau sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by atomicman at 19-12-2007 08:36 PM
Boleh hukuman fizikal..tp yg sikit2 dah la..ni nk dera jalan itik keliling skolah,rotan pakai rotan besar2......hilang kredibiliti seorang guru...bg aku psikologi is the best way utk bentuk bdk2 dan anak2 kecil ni...jgn ajar dioarang dendam n violence...wat per respect(takut) kt cikgu coz dia slalu rotan...Cikgu sepatutnya direspect coz nilai2 baik dia....byk cikgu skrg atitude prob... cikgu aku dulu sudahla sbg cth...dia blh challenge bdk2 lawan chess n bowling ngn dia..pastu bila menang..dia bangga gilaa2 n sebut tiap2 kali class...wtf attp...n cikgu skolah aku pnah pgl aku GANGSTER coz aku maki sorang junior Lelaki(Kerek+kampung gile) Yg memukul adik PerempuanKu..bdk tu nk ngorat adik aku tp x dpt...so cikgu x siasat pun tp da wat kputusan...aku sbg pengawas mmg hilang terus respect kt SEMUA Cikgu kt skolah tu.... no offence tp skrg ni cikgu ialah second class job...kwn aku ex mat rempit x dpt smbung blaja pastu apply jd cikgu..Dapat!...mana x lingkup bdk2 ni.....aku rasa cikgu aku lu mmg lowclass punya cikgu!


saya cuma nak tahu WTF tu belajar daripada mana? cikgu? dalam subjek apa ada word ni?

bagi saya no wonder pun kalau cikgu ke hatta polis sekalipun nak panggil hang gangster sebab sebagai pengawas adakah tindakan hang memaki pelajar lain itu betul? kalaulah benar budak tu buat salah, mengapa tidak dilaporkan terus kepada cikgu yang berkenaan? mengapa perlu dimaki? sebagai pengawas anda yang seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar lain tapi ini sebaliknya. anda sendiri pun tunjukkan attitude problems jadi tak perlu salahkan orang lain.

kalau anda hilang respect pada cikgu, saya rasa rakan anda yang lain pula lagi hilang respect kepada anda sebagai seorang pengawas kalau itu kelakuan anda.


mengenai rakan anda yang ex-mat rempit tu, apa yang saya tahu, kementerian pelajaran bukannya macam polis dan tentera yang ada Kor Risik yang nak risik sampai ke akar umbi sejarah silam kesemua calon yang berjaya untuk ke IPG. mereka hanya tengok daripada temuduga, peperiksaan, sijil dan semasa temuduga tu calon yakin, kemas dan sesuai. lainlah kalau ada satu sijil khas yang tulis dia bekas mat rempit, mungkin yang tu menjadikan dia berpeluang untuk tidak diterima.sedangkan medical check up pun orang boleh tipu.zaman saya dulu pun ada juga ma tpunk. tapi end of semester jadi alim. lebih alim dari saya. jadi mungkin itu rezeki dia nak jadi cikgu, dan disitu dia mampu berubah menjadi seorang yang lebih baik, mungkin llebih daripada anda sendiri. jadi apakah hak anda untuk menilai masa depan seseorang hanya berlatar belakangkan sejarah silamnya? sekali lagi no wonder kalau penagih dadah pun boleh ulangi kesilapan dia sebab ada orang macam hang yang suka judge the book by its cover.

cuma realitinya, elok la kalau kawan anda nak berubah dari mat rempit jadi cikgu. adakah yang buruk itu selama-lamanya buruk? sepatutnya anda mendoakan agar rakan anda mampu menjadi seorang guru yang terbaik bukan sebaliknya. silap gaya dia pula nanti mengajar anak anda. baru padan muka. maklumlah hang dah anggap dia penyebab cikgu jadi 2nd class job. dan saya tak kisah pun kalau segelintir manusia macam anda kata cikgu 2nd class job keran anda sendiri pun bukan cikgu namun kerana cikgu anda juga dapat kerja 1st class. tahniah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by nenekglamer at 27-7-2007 11:05 AM
Peserta2 PLKN tu takmo saman gomen ke?  Bukan ke derang pun selalu bermandi lumpur masa aktiviti?


oouch!

hangin pon ader gak haku rasa ngan politician yang hipokrit nih :@
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by dang_oniey at 24-7-2007 12:03 PM
Mak sedara aku yang jadi cikgu sekolah menengah cakap. Skang ni guru2 kat sekolah dia malas nak amik tau masalah murid2 nih. Ko tak nak buat keje skolah ke... ko nak ponteng ke... ko punyer passa ...


yang ni yang patot jadi isu dek makbapak penjahannam nih!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by lizawpl at 24-7-2007 10:26 PM

ni nak kongsi pengalaman aku alami , pernah suruh murid tahun 5 lelaki kutip semula sampah yang dia buang merata2, nak tahu apa yang dia kata" kau siapa nak suruh aku" mahu je aku bagi penampar kat mulut kurang ajo tu:@ , tapi terfikir kena masuk paper nanti jadi aku keluar aje dari kelas tu. kalau kau orang berhadapan masalah ni apa tindakan korang? apa yang aku harapkan sekarang ni biarlah mak bapak dia orang aje yang ajar anak dia orang cara membuang sampah kat umah. betul jugak kata budak tu, mak bapak dia tak marah pun dia buang sampah merata2, aku yang menyibuk pulak. so kesimpulannya aku tak nak menyibuk lagi.


memang sedeh citer ko nih

tu lah guru keje hanya mengajar jer

tetiap tahun bila hari guru kengkonon profisyen ini amat mulia di hati rakyat malaysia tapi hakikatnya sekadar lip service.

sebenarnya guru adalah jawatan yang paling low class bagi sebilangan rakyat beranakkan biadap!

p/s berapa ramai kalau perasan parents yang muka selamba ajer bila anak kecik derang menjelir lidah, mencarut mengutuk marah org dewasa yang senyum kat derang tanpa sebarang teguran?

demikianlah generasai masa depan

gud luck! we need it.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 07:11 PM | Show all posts
Pilih yang no 2. malas nak cakap banyak. kalau sesiapa rasa hukuman tu tak patut, pergi sajalah kat sekolah-sekolah dan cuba anda jadi cikgu untuk seminggu, tengok macam mana. Dah tentu anda akan balik geleng kepala tgk kelakuan budak-budak sekarang yang sgt2 'terlampau'. Org yang tak nampak dgn orang yang bertahun-tahun duduk dalam situasi yang macam ni pasti ada dua fikiran yang berbeza.tapi cuba fikir dr sudut bagaimana anda mahu anak anda dididik?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090261s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list