Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
125871
View
508
Reply

[MERGED] Mtest/Medsi -

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-5-2007 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Bakal guru perlu lulus M-Test
Oleh Betty Subaryati


Lulusan SPM, STPM kena ambil ujian kelayakan khas mulai tahun depan

KOTA BHARU: Mulai tahun depan, semua pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu memasuki institut pendidikan guru perlu mengambil ujian kelayakan khas atau M-Test.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Wan Mustama Wan Abdul Hayat, berkata syarat baru yang akan dimulakan pada sesi pengambilan Januari 2008 itu turut membabitkan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Katanya, kementerian memperkenalkan ujian kelayakan khas itu bagi memastikan hanya calon berminat dipilih menjadi guru sebelum ditempatkan di mana-mana kawasan, termasuk pedalaman.

"Kementerian tidak mahu seseorang calon itu memilih kerjaya guru disebabkan tiada kerja dan memilih memohon mengikuti kursus perguruan sedangkan mereka sebenarnya tidak berminat serta sanggup menghadapi pelbagai cabaran.

"Pelaksanaan syarat baru itu juga bukan bertujuan menyekat penyertaan calon yang jumlahnya terus bertambah setiap tahun, sebaliknya memastikan mereka yang benar-benar layak dari segi akademik dan sahsiah diri dipilih," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvokesyen ke-44, Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Pada majlis itu, kira-kira 300 penuntut IPKB menerima diploma masing-masing termasuk 70 penuntut cemerlang.

Wan Mustama berkata, bagi kemasukan Januari 2008 seramai 88,700 pelajar lepasan SPM memohon program itu dengan 9,860 daripadanya sudah dipanggil menjalani temu duga bagi kemasukan ke 27 institut perguruan seluruh negara.

"Bagaimanapun, hanya 3,900 calon layak memasuki program berkenaan selepas melepasi ujian tapisan kerana memiliki personaliti dan sahsiah menarik sebagai guru profesional," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Mustama berkata, kementerian menerima lebih 56,000 permohonan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lulusan Ijazah (KPLI) bagi sesi Januari tahun depan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 52,000 calon layak ditemu duga tetapi pada masa sama hanya 9,900 kekosongan ditawarkan untuk mengajar di sekolah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, semua calon yang memohon KPLI turut diwajibkan menjalani M-Test selain beberapa ujian khas bagi memastikan mereka bersedia ditempatkan ke kawasan kritikal.

[ Last edited by  dexa at 3-3-2009 08:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2007 10:42 AM | Show all posts
Tahun nie dah start implement. Good luck utk kawan aku yg bini dia akan amik Mtest nie, dan amik KPLI buat kali ke-5.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 06:19 AM | Show all posts
camna rupa M test nih?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 07:59 AM | Show all posts

Reply #3 nuha's post

rupe die cm biskut marie.haha...x la..erm..mtest nih nk kta senang x nk kate sush pon x..soklan die pon seme ade bm maths analitikal insak english...erm..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 02:38 AM | Show all posts
kalau dibandingkan sokalan MTEST ngan PTD... PTD lg susah... MTEST senang ckit...
kalau nak tengok ruper dia macam mana, jengok2lah kedai buku....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 02:17 PM | Show all posts
ye betul 2..
kne g jgk kt kedai buku...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 12:46 AM | Show all posts
Sekali lagi mereka yg jual buku ini akan dapat untung..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 02:56 PM | Show all posts

MTeST Soalan Matematik

Cuba mahu tanya, Soalan Matematik MTeST dalam Bahsa Inggeris atau Bahasa Melayu ??

Tengok Buku Rujukan MTest, ada yang B. Melayu , ada yang Bahasa English ...

MTest merangkumi beberapa section ?? Apa soalan lagi yang diuji ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 06:49 PM | Show all posts

Reply #1 mahujadiguru's post

bahasa melayu rasanya.. tp tak ingat la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:39 AM | Show all posts
dwi bahasa .. ade BM dan BI
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:40 AM | Show all posts
bahasa melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:40 AM | Show all posts
bahasa melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 01:11 PM | Show all posts

Reply #3 hyie's post

Jadi , boleh pilih bahasa Melayu & B English  la ??

Tapi, saya inget sekarang semua Math & Science in English ??
Kenapa guna kembali Bahasa Melayu ?? Peliknya ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 08:14 PM | Show all posts
bila kluar borang eh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by mahujadiguru at 24-3-2008 01:11 PM
Jadi , boleh pilih bahasa Melayu & B English  la ??

Tapi, saya inget sekarang semua Math & Science in English ??
Kenapa guna kembali Bahasa Melayu ?? Peliknya ?


agaknya... yg nk jd cikgu skang zmn dia blja dulu, math kan in malay

agak je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 08:57 PM | Show all posts

Reply #7 strawbenna's post

biasa bulan 4...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 09:33 PM | Show all posts

Reply #8 athieyra's post

tul tu...yang amik test dulu pon bljr dlm BM...yg bljr in english kan skrg.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by krisz_gurlz at 24-3-2008 09:33 PM
tul tu...yang amik test dulu pon bljr dlm BM...yg bljr in english kan skrg.....


Tetapi, Bukui Mtest saya Math dalam Bahasa Inggeris !! Peliknya ...

Dan Math & Sains dlm Bahasa Inggeris sudah lama dilaksanakan, saya rasa guru sekarang perlu belajar la !!

Jadi, walaupun sekarang,Mtest tak tukar ke Inggeris kah ??

Semua SPM Math Buku Rujukan Math sudah dalam Inggeris, susah mahu rujuk balik !!

Buku lama saya sudah diderma kepada rumah anak yatim 6 tahun yang lalu ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 11:17 AM | Show all posts
maths n sc dlm english tu mula diaplikasikan dalam batch adik2 yg tgh skolah skrg ni. so, batch yg kite2 ni diorg bg options. nk jwb dlm BM boleh, in English also can .. yg fenting jgn salah jawab k

kalo taun ni diorg buat fully English, jawab saja. kan ke skrg ni nak cari cikgu2 yg boleh guna BM n BI. so, kalo x reti English, kenela blaja .. macam aku la hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:04 PM | Show all posts
Biasanya, Bila MTest akan bermula ?

Tarikh Application of KPLI = April  ??

MTest = Bila  ??  Kerana June, saya ada ACCA punya exam la ... (Saya sudah bekerja tetapi belajar part time walaupun sudah ada degree)

Interview KPLI = Bila ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
1.300849s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list