Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
7892
View
114
Reply

- Kenangan : Jasa Guru -

[Copy link]

Author: dexa       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-5-2007 06:16 PM | Show all posts |Read mode
di thread ni - perhaps forum members can write about
some teachers that really make a different in your
life now -

dan pengalaman masa sekolah  dan guru2 yang you guys
still remember whether they are still alive or passed already --

would be a fantastic read -

hope  semua  bolehla tulis kenangan masing masing regarding
your favourite  or least favourite teachers -

thanks -
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-5-2007 06:18 PM | Show all posts
and for the first post i just wanna share an article --

for all the teachers here --

*soon  please  write your experience  ye!! --


-------------------------------------------------------------------------------------

Guru komited lahir modal insan cemerlang
Datuk Noraini Ahmad

JASA guru dalam mengasuh, mendidik dan memberikan ilmu kepada kita dan anak kita, sememangnya sesuatu yang tidak ternilai harganya. Kerana guru kita berjaya pada hari ini dan kerana guru kita mampu berada di tempat kita sekarang.



Esok, kita akan meraikan Hari Guru, hari yang secara simbolik untuk kita memperingati segala jasa dan pengorbanan warga pendidik yang selama ini berhempas pulas memperjuang, melaksana dan menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) walaupun sewajarnya bakti mereka patut disyukuri setiap masa. Insan bergelar guru tidak kenal penat lelah dan cukup tinggi kesabarannya.

Bayangkan seorang guru perlu berhadapan dengan pelbagai gelagat pelajar setiap hari, bukan setakat puluhan, malah ratusan dan bagi sekolah besar mencecah hingga ribuan pelajar - tapi mereka tetap bersabar dan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak didik mereka, supaya menjadi insan berguna dan berjaya hingga ke menara gading.

Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita pemergian Anizah Othman, guru agama yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di Tebing Sungai Sagang, Kapit, Sarawak. Kesanggupan Allahyarhamah merantau dari Semenanjung ke pedalaman, demi menggalas amanah memberi ilmu kepada anak bangsa berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Percayalah, kalau hendak dibongkar satu persatu kisah pengorbanan dan susah payah seorang guru, tidak terdaya kita mendengarnya. Betapa ada di antara mereka yang sanggup meredah denai, berselut lumpur, menyeberang sungai, menongkah ombak semata-mata untuk bertemu murid menyampaikan walau sebaris ilmu.

Justeru kebajikan lebih 300,000 guru di negara ini, sewajarnya diberi perhatian dan keutamaan, terutama guru di luar bandar, supaya mereka dapat mengajar dalam keadaan selesa dan tidak tertekan, jauh sekali rasa terpinggir dan dianaktirikan, sekali gus bagi membolehkan guru memberikan fokus sepenuhnya dalam menjalankan tugas dengan cemerlang.

Tidak hairanlah menjelang hampir setiap perayaan Hari Guru, pastinya guru menunggu perkhabaran gembira mengenai apakah usaha terkini kerajaan ke arah penambahbaikan profesion perguruan secara keseluruhan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengumumkan beberapa insentif baru untuk guru termasuk kenaikan elaun sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Johor Bahru, esok.

Rasanya belum lama kita dengar mengenai pengumuman kerajaan memberi insentif tambahan RM500 hingga RM1,500 untuk guru yang sanggup mengajar lebih lama di luar bandar dan pedalaman. Begitu juga dengan pengumuman mengenai peruntukan tambahan RM2.6 bilion menerusi Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar. Semuanya untuk memberi manfaat kepada 2.2 juta pelajar dan lebih 14,000 guru berkhidmat di pedalaman seluruh negara.

Peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri itu menjadikan peruntukan buat Kementerian Pelajaran keseluruhannya berjumlah RM12.3 bilion berbanding RM9.7 bilion diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tahun lalu.

Kesungguhan pucuk kepemimpinan negara yang sanggup menyediakan peruntukan sebegitu besar untuk sektor pendidikan amat bertepatan dengan usaha pembinaan modal insan. Memang benar kata tokoh pendidikan negara, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, "Jangan cakap pasal modal insan jika cakap pasal kos."

Namun dalam kita akur akan keperluan meningkatkan kemudahan dan kebajikan mereka yang bergelar guru kerana ia adalah pelaburan penting demi masa depan rakyat dan negara, warga pendidik juga perlu sentiasa melakukan muhasabah diri dan tidak mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Selain memiliki kecemerlangan akademik, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu mempunyai sikap prihatin, penyayang dan sahsiah tinggi. Mereka perlu memiliki ciri keguruan, bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa, bangga dengan profesion serta yakin dengan kebolehan memikul amanah bagi memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa lain di dunia.


Kita harus ingat, harapan masyarakat, khususnya ibu bapa, sangat tinggi terhadap kemampuan guru dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak mereka. Mereka memandang guru sebagai individu boleh dicontohi dan dipercayai bagi menghalakan anak mereka ke arah masa depan lebih cerah.

Kesungguhan usaha kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di negara ini, termasuk taraf hidup dan kebajikan guru, harus disusuli dengan kesungguhan warga pendidik sendiri dalam memberikan yang terbaik demi masa depan anak bangsa dan negara tercinta.

Harapan kita ialah guru di negara ini benar-benar komited, amanah, jujur dan sanggup bekerja keras untuk memastikan segala perancangan yang dibuat dalam RMK-9 dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Sesungguhnya, dalam proses pembinaan modal insan kelas pertama, sikap tidak mementingkan diri dan bertanggungjawab amat penting. Sikap sentiasa memikirkan masa hadapan generasi akan datang berupaya membuatkan individu tidak bertindak mementingkan diri sendiri saja.

Saya ingin menasihatkan bekas graduan yang belum menjelaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya segera berbuat demikian, apa lagi bermacam-macam cara sudah dilakukan kerajaan untuk mempermudahkan cara bayaran, dengan yang terkini mereka boleh menggunakan simpanan akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi melangsaikan hutang PTPTN.

Cukup sedih dan terkilan bila kita dapat tahu kira-kira 10,000 pegawai di jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) belum membayar balik pinjaman PTPTN kerana yakin boleh mengelak dikenakan tindakan.

Ingatlah bahawa sikap tidak mahu membayar hutang pinjaman akan menjejas peluang generasi pelapis, adik-adik waima anak-anak kita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Marilah sama-sama kita menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.



--------------------------------------------------------------------------


let's  do down memory lane ----
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 06:27 PM | Show all posts
ok lah, this my story when i was in my SPM year..

aku punya add math mmg  among the teruk dlm kelas ..cukup2 mkn je..

cikgu yang mengajar add math aku panggil dia cikgu Azman pendek .. pasal mmg pendek cikgu tu ..

disebabkan aku nih lemah dlm add math, so dia dh boleh hafal nama aku, dan setiap kali abis dia explain, msti akan suruh buat exercise .. singgah meja aku and tanya "dak_ker(bukan nama sebenar ), boleh buat?" .. bila cikgu mcm tuh, hati aku pon cair gak ler .. pasal :

1. cikgu tu hapal nama aku (sbb cikgu2 lain susah benor nak ingt nama aku)
2. cikgu tuh soft spoken, tak garang, kalo aku bengap nak paham, suruh dia repeat pon dia akan repeat ajar ...tak penah pegang pembaris panjang pukul ke, cubit ke, debik ke .. tak mcm cikgu add math aku masa form 4 (sampai kitorang kene sorokkan pembaris panjang kuning tuh, tp cikgu tu pinjam pembaris kelas lain :@ )

dan pada masa dah nak dekat2 SPM, cikgu buat announcement, dia nak p umrah, so dia mintak maaf kat kitorang dan akan doakan kejayaan kami masa kt tanah suci mekah

so berkat doa dan usaha cikgu, alhamdulillah aku dapat result yg cemerlang dlm Add math .. dan aku ingt lg time nak emik result SPM, aku p jumpe dia dan bgtau result aku tuh

nih la antara cikgu yang paling aku ingt dan appreciate

TERIMA KASIH CIKGU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 08:02 PM | Show all posts
have you ( teachers ) ever come across any funny or embarassing situation while teaching your students at the front of a classroom? May be you would like to share your memory on that one with us here

[ Last edited by  blastoff at 15-5-2007 08:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 09:40 AM | Show all posts
first of All

nak wish
SELAMAT hARI GURU UNTUK SEMUA TERUTAMANYA GURU MRSM TAIPING class of 98'

aku dulu form 4 and form 5 malas giler aku lemah subjek biologi, sampai di masukkan ke program mentor mentee, aku siap di beri 2 mentor lak, diorg ni punya laaaa ajar aku sungguh sungguh. aku pun ntah bukan bangang cuma aku waktu tu nak focus subjek lain so aku idakkan bio jap, in the end aku fail mid term.

pastu ada tugasan, lukis gamba tulang belakang, org lain lukis satu page satu jenis, aku lukis semua satu page. org lain siap ngan kulit lagi, aku siap pakai kertas recycle lagi hahah. sekali cikgu Hamidah panggil aku jumpa dia, dia memula pujuk, mastu mula nak marah sikit, pastu mulalah nangis, aku lak cuak, cikgu lain lak yang tolong sabarkan. waktu aku keluar jer dari jab tu satu cikgu baru (cikgu ibrahim tak salah aku) approach aku offer nak bg tutor khas untuk aku.

dah akhirnyer aku pun insaf laaa.mulalah aku tanya banyak soalan kat cikgu cikgi ni, sampai siap diorg kena panggil Dr (Dr mukhzir, dia Dr tp jadi cikgu chem) terangkan. sampai laa percubaan aku dpt A, siap di sebut dpn kuliah lagi, macam tribute lak aku rasa. cikgu midah tu cakap, si TAM ni, dulu pemalas, bodoh sombong, tp dia usaha gak, and now u mentor mentor dia pun dia dah lawan balik
huhuh bangga jap
and off course SPM aku alhamdulillah
aku jumpa cikgu tu balik, dia ada laa emotional2 sikit. cakap budak skrg masalah lain, masalah disiplin tak macam u all dulu..huhu

skgr aku grad dlm bidang yang sama dan keja bidang yang sama. Alhamdulillah

To cikgu Biologi SPM 98' THANKS A LOT!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 09:44 AM | Show all posts

Reply #5 hitamputih's post

uh, doktor tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 10:08 AM | Show all posts
aku subjek bio... very the failed.....hancuss... masa spm... salah aku gak sebab waktu bio aku lari balik umah... dah kelas tu sebelum balik... kdg2 mak aku heran pasai per anak dia balik awai... dan sebagai anak yg baik.. aku tak pernah ngaku aku ponteng kelas... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 10:21 AM | Show all posts
masa form 6- cikgu hamidah... cikgu yg paling malas nak layan aku sebab aku masuk kelas dia lambat... dia slalu risau sebab masuk upper 6 baru aku terhegeh2 masuk kelas sastera... tapi alhamdulillah aku lulus cemerlang paper dia...hehehe..

masa dpt result stpm tuh, dia siap tunggu depan pintu sekolah aku dtg.. aku sampai jer, dia peluk cium aku... ya ampunnn mbukkk... waktu tu aku ingat aku fail ke paper dia ni... pasai per emosional sgt nih... aku bersalah ke???? ada sedara mara aku meninggal ke selepas aku tinggalkan umah... mcm2 dlm kpala hotak aku... terkejut, terpegun, terkedu... tgk cikgu tu.... dia lak tak la nak bagitau per2... siap tarik aku gi amik result tu sambil nangis2, aku lak ikut jer mcm pesalah polis yg kena gari...
bila dpt result tuh... mak oiiiiii.... baru aku tau sebab ni ghuper nyer minah ni emosional sgt... then seperti citer2 hindustan lain gak.. aku pun nangis skali ler... hehehe.. tragis tak citer aku... tapi kisah benar nih

dan aku tak akan lupakan jasa baik dia... tekun mengajar aku yg zero nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by barney1412 at 16-5-2007 10:21 AM
masa form 6- cikgu hamidah... cikgu yg paling malas nak layan aku sebab aku masuk kelas dia lambat... dia slalu risau sebab masuk upper 6 baru aku terhegeh2 masuk kelas sastera... tapi alhamdulil ...

pwerghhh sampai cikgu tunggu dpn pintu tu! mesti tercemerlang dlm sekolah nih!!

tp tak sangka lak wanita pun ponteng kelas ek

heheh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 11:01 AM | Show all posts

Reply #9 hitamputih's post

untuk subjek dia jer.... hehehe
wanita pun boleh keje laki perrggghhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 11:20 AM | Show all posts
thanx to all my teacher...lurv U all...

aku ni dulu time skolah, budak skema cket...aku slalu antara student yg cikgu target akan skore...walopon aku tak skore..haha...

teringat time form 1, cikgu english & bhs arab aku mmg palen sayang kat aku (haha perasan jap)...yer r, asal xam ke test ke, aku yg akan skore paper2 nih...memember asek bengkek jer ngan aku, yer la asal cikgu announce highest mark jer, konpem name aku naek punye...then kalu bhs arab tuu, asal ustazah tanye pe ckit dlm kelas, haku jer yg jawab...org len tak sempat lagi jawab....ustazah puji lagik, memember asek bengang ngan aku jer...sampai laa aku abes form 1 mmg takder org yg leh lawan aku.....   

naek form 2 aku tukar skolah, macam terganggu gak emosi aku...haha...tapi bhs arab kat skolah baru ni, aku lagi konker...wahahaha....dak lain sumer tak paham ustaz cakap pe, coz ustaz ni blaja kat mesir...so, arab die fluen gile...aku je yg paham die cakap pe, pastu kene xplain kat member2 laen...tapi aku sedih sebab tak bleh skor cemerlang time pmr....ustaz aku sangat sangat mengharap aku sorang je yg bleh skor....wahaha...ustaz, i'm so sorry......sedihnye.......

after that, aku da give up cket nk amek bhs arab...aku tuka g science stream...tapi d hati nih aku sangat sangat sayang bhs arab nii...aku bukannye study gegile pon tapi ALLAH bagi aku kelebihan untuk aku mudah paham bhs nii...smpai skrang aku rase nyesal aku tak blaja bebetul bhs arab...

aku stat blaja fizik, kimia, bio & add math...sume subjek aku suke...tapi aku skore add math jek time spm.. mmg aku pulon gegile subjek ni coz 1st paper yg aku fail time test...seumo idup aku blaja, xder xam yg aku fail...then, bile 1 paper aku fail, mmg down giler semangat...tapi aku tak putus asa...bagi aku takder istilah fail dalam hidup aku sepanjang jadik student...sbb tuu laa tiap kali aku nk xam aku msti akan demam sbb terlalu pk sgt, takut takleh skor ape yg aku nak...

walopon banyak yang aku nak tak tercapai time aku skolah menengah dulu, tapi at least aku ader gak dapat award time form 2 di atas kecemerlangan haku...   walopon tak sehebat time skolah rendah coz aku dapat anugerah murid cemerlang year 1996.... ....thanx sumer cikguuu.....

isskkk...panjang pulak dh citer aku...bebetul rindu zaman kekanak.....tapi banyak lagi nii....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 11:28 AM | Show all posts
lupe lak nk citer....kekawan panggil aku 'anak emas teacher'...time aku form 1 tuu....teacher aku tuu, garang n sumer dak takut ngan die....die, india pompuan & tak kawen ag walopon usia dh byk...huhuhu..taktau skang dh kawen ke blom.....missz u laa teacher...haku taktau skrang die dok kat mana.... camner nk cari die nih....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 11:30 AM | Show all posts
stakat form dah berjela... ni nak buat karangan bahse malesia ker????
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by barney1412 at 16-5-2007 11:30 AM
stakat form dah berjela... ni nak buat karangan bahse malesia ker????


tuu la pasal, tuu pon tak abes sumer citer yg skolah menengah....
lum masuk skolah rendah, matrik, U
hahaha...buleh wat novel tak canni??
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 11:58 AM | Show all posts
haaa...haku penah jadik cikgu ganti 1 bulan lebih kat skolah haku sndiri....
so, sape nk wish slamat hari bekas guru kat aku ;) ;)
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 11:59 AM | Show all posts
novel tak leh kot... tebai sgt.........Encyclopedia kot yerrrr la
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 12:05 PM | Show all posts

Reply #16 barney1412's post

hahaha....encyclopedia pulak yer.....
pastuu leh letak kat library ek....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 12:09 PM | Show all posts

Reply #17 bcozofu's post

tu yg sebaiknyer... letak kat sekolah rendah, sek menengah, u... untuk rujukan pelajar2 baru.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 12:35 PM | Show all posts
Originally posted by barney1412 at 16-5-2007 12:09 PM
tu yg sebaiknyer... letak kat sekolah rendah, sek menengah, u... untuk rujukan pelajar2 baru.. hahaha


waa satu idea tg bernas niihh...bleh laa...kene buat nii...mesti jadik pembakar semangat untuk adik adik junior ku...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by bcozofu at 16-5-2007 12:35 PM


waa satu idea tg bernas niihh...bleh laa...kene buat nii...mesti jadik pembakar semangat untuk adik adik junior ku...

uih hebatnyer cerita diaaaa

kami nak cerita gak lah kehebatan kami hehehhehe

dulu waktu form two, ada kawan buang sampah dari tingkat dua kena kepala cikgu disiplin sekunder (taktau naper sekolah haku ada 4 cikgu disiplin)

pas tu dia kena panggil and kena lempang sekali, terus cikgu disiplin pertama soal siasat, dialognyer camni:

cikgu A:kamu kelas mana?
kawan aku (sorry zam): kelas 2A1 cikgu
Cikgu A: ohhhh kamu ni geng si TAM tu ek?
Kawan aku:dia kawan baik saya cikgu
Cikgu A: oh patut laaaa (dussyumm!!)
kawan aku:kenapa ni cikgu??!!
cikgu A:ni utk kawan ko, TAM tu lah org paling jahat sesi petang ni. dan dia pun duk himpun geng geng cam hangpa semua!!

dia balik khabarkan kat aku...aku cuak gak, apa yg aku buat sampai dia kata camtu?atau ayat lain ialah, apa yang aku buat sampai kantoi ni?huhu susah hati nyer,

aku relaks jer citer kat mak aku, sbb nak cover takut kena panggil gi sekolah. aku bukan wat apa pun.just petang tu pancit la tayar keta dia....

bersambung: episod, kisah berdarah di kantin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092967s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list