Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
17461
View
107
Reply

Petikan dari e-mail, artikel yg dibaca ttg keluarga...

[Copy link]

Author: putubambu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-2-2007 09:59 AM | Show all posts |Read mode
okey.. ni kisah pertama yg kita dapat dr email...

to all mothers......
cerita dari seorang kawan....
Tersentuhnya baca artikel nih..... Just to share with all of you,
hari Ahad lepas, saya pergi ke majlis ilmu yg disampaikan oleh Ustaz
Zahazan Mohamed (Ustaz yang selalu bagi tafsir Al Quran setiap hari Isnin -
Jumaat di radio IKIM). Ustaz Zahazan bagi tau, ada tiga benda yang
kita > pandang akan mendapat pahala.
Yang pertama, wajah ibubapa kita,
yang kedua, Ka'abah dan yang
ketiga, orang2 yg mua'lim.

Subhanallah! senangnya nak dapat pahala dengan hanya memandang wajah
mak bapak kita. Selagi ada kesempatan, selagi ada hayat ibu bapa kita dan
selagi kita masih bernafas lagi, pandanglah wajah mak ayah kita.
Itulahwajah2 yang mengasihi kita seikhlas, sepenuh hati dan dengan penuh
kasih sayang tanpa mengharap apa-apa balasan.

Aku dengan Mak tidak rapat. Mungkin sebab semasa aku kecil aku ni
tomboy, tak reti meleseh dan aku suka membawa diri. I was a middle
child and often found refuge in books ? if I wasn't up the tree or down in
the drain.

Aku tidak pernah ingat if aku pernah merajuk atau kecil hati semasa
kecil. Mak, was from the old school, kalau aku nakal atau
menggelenyor(satu lagi perkataan Johor tak reti duduk diam
/ hyperactive ), zass akan dicubitnya peha aku.

To show you just how hyperactive I was as a child :-aku pernah patah
kedua-dua tangan aku before the age of six (different arms,different
times) sebab jatuh kerusi dan basikal. Nak jadi orang circus,
agaknya.Jari aku pun pernah tersepit kat pintu kereta, aku pernah
pengsan sebab jatuh basikal semasa konvoi dengan kawan-kawan hingga
dihantar pulang oleh a good Samaritan.

But, bila AKU marah ? aku pancit kereta bapa aku ! THAT I remember,
and I was only five ! Kelam kabut orang tua tu lari ke luar rumah bila
dia dengar bunyi tayar kereta go ssssssss?..but, dia tak marah kat aku.
Apa lagi pukul aku. I was 5, remember? bukannya tahu apa lagi? (hhmmm..
sounds familiar? Macam what my Brood is doing to me. What goes
around COMES around!)

Walaupun Mak was not demonstrative of her affections, aku tahu dia
amat menyayangi anak-anaknya. Mungkin sebab dia sudah masak dengan
perangai anak-anak dia yang dare devil, dia tidak mudah melatah dan sentiasa
cool.Mungkin aku mewarisi sikap ini dari dia di dalam menghadapi
kerenah anak-anak.

Disebabkan aku tomboy, maka seharusnya lah aku tidak suka
perkara-perkara yang berkaitan dengan kewanitaan seperti memasak,
menjahit,mekap, fesyen dan sewaktu dengannya. Mak relax jer. Tak de
nak berleter kat aku suruh masuk dapur or pakai pakaian yang feminine.

Namun aku mula belajar memasak bila aku di Form One .itu pun masak
jemput-jemput (cekodok to some of you). Aku bukan belajar dengan Mak
tetapi dari rakan Girl Guides aku. Semasa camping, aku "heran"
kawan-kawan sebaya aku terrer memasak . hatta hanya memasak sardin,
lempeng dan jemput-jemput. Bila aku perhatikan mereka dan di rumah,
aku cuba buat sendiri. Mak hanya bertanya : Ko belajar masak ni kat
mana?  Aku dengan bangganya menjawap " kat camping laa. Tulah Mak tak bagi
kita pergi camping, kita belajar macam-macam kat situ "

Mak was a housewife. Dia pandai memasak dan menjahit traits di
mana,alas, tidak dapat diwarisi oleh anak perempuannya. Menjahit, I
mean.Memasak tu, boleh lah setakat nak bagi orang makan.Mak tidak
pernah menyuruh aku masuk dapur. if she needs help, dia akan tanya aku dulu,
"kau tengah buat apa tu?" which, all of the time I was reading.
"Membaca" I would reply, and that was the end of it. Mak tidak akan
menganggu aku bila aku membaca.

Di waktu aku kecil, there were no washing machine , but we had a
washerwoman yang datang tiap-tiap pagi untuk membasuh baju di rumah
kami.When Mak had a baby, my Dad would arrange for a relative to stay
with us to help with housework and cooking. I was too young (in
their eyes) to be burdened with the housework. Aku cuma main dan belajar
aje.

I stayed home until Form Five before I left for KL to continue my
studies and subsequently working. Bila my Dad hantar aku ke bas stand
untuk ke KL to start my job, he said, " Bila kau ada masa cuti, balik
jengok Mak.Kalau ada duit lebih, bagi kat Mak sikit. Aku ni tak apa,
tapi Mak tu, kau telefon-telefon lah dia "

When I had my first gaji ,aku bawak Mak shopping. Serupalah macam
iklan BCB tu. " Ambik, ambik SEMUA".Mak tersenyum aje.

In subsequent years, aku akan membelikan Mak handbag, tudung, kain
dan barang-barang yang dia suka. Since I was travelling in my job that
time,aku sentiasa akan belikan souvenirs for her from wherever I
went.  Aku tahu Mak bangga dengan pemberian aku sebab aku pernah dengar
Makcik-Makcik kat kampung during kenduri admiring her bag, her tudung
and she proudly announced, " ni anak aku bagi ni ".

Semasa aku bersalinkan Abang , Mak helped care for me and the baby
sampai habis pantang. Aku , habuk pun tak reti jaga budak.

But, umur Mak tak lama.

A few month selepas Abang dilahirkan, Mak was diagnosed with
cancer.Malignant melanoma. Mak was brought to KL for treatment
because the type cancer was rare in Malaysia .

Four months after Mak was first diagnosed, we were summoned by the
doctor. The prognosis was not good. The cancer has spread to the
lungs.

"How long does she has, doctor ? "

"Four months." the good doctor said quietly.

My sister and me were stumped. Both my parents were out in the ward,
we
were in one of the rooms.

"Maybe you would like to take her home, because old people would
prefer
to die at home. "

DIE ?????

Bila kami keluar dari bilik doctor, my sister went to talk with my
Dad,while I went to see Mak.

"Apa doctor cakap?" Mak tanya.

How, just HOW do you tell your mother that her days are numbered? I
was not the touchy, feely type. I never hugged my mother. Salam and kiss
her hands yes, but never hugged. But, at that moment ? I really, really
wanted to hug her tight and tell her how much I loved her.

But, I didn't. Mak would suspect something amiss if I do that.

"Er, doctor cakap kalau Mak nak balik rumah, boleh."

She was happy. She missed home and all the cucu. Kids were not
allowed in the ward, and all her cucu were under 12 (at that time).

"Bila kena datang sini lagi?" Mak tanya lagi.

"Nanti doctor bagitahu"

We never told her of what the doctor said. We never knew if our Dad
ever did, because we never talked about death. Neither did she.

Four months.

How can you tell your mother how much you love her. How can you SHOW
her what she meant to you in FOUR months.How can you make her happy in
the last four months of her life?The dreaded months passed quickly. Four
months came and she is still alive, albeit weaker and by then, bed
ridden. All my siblings take turns to come and care for her.

Di sinilah aku nampak betapa mulianya seorang ibu yang disayangi dan
disanjung oleh anak-anak. Pepatah mengatakan seorang ibu boleh
menjaga sepuluh anak, but sepuluh anak belum tentu boleh jaga seorang ibu.
My Dad sering mengingatkan, "setitis air mata ibu jatuh kerana hatinya
terguris, boleh mengoncang tiang Arasy "

I felt very blessed that Mak dapat merasai kasih sayang dari kami
semua especially di akhir hayatnya..

The day came two months later.

Mak was having trouble breathing my my Dad call us the children at 5
am.Bapak aku kata Mak nazak.Aku tengok nafas Mak shallow but she was
still conscious. Mak kata, kaki dia sejuk. Aku picit dan gosok kaki
Mak.  My sisters duduk di kiri kanan Mak. Everybody is doing something for
Mak.  Bahagianya Mak aku tengok, di saat-saat akhirnya dikelilingi oleh
anak-anak.

Then azan subuh berkumandang. My Dad ajak Mak bersolat subuh. Kami
pakaikan Mak wuduk dan telekung. We watched our parents menunaikan
solat jemaah untuk kali yang terakhir dengan linangan air mata.

Selepas subuh, kami membaca Yaasiin. My Dad suruh Mak ikut dia
mengucap syahadah. As I was seating di tepi kepala Mak, aku pangku Mak
dan bisikkan di telinga Mak, "Mak, ikut saya ye. Ucap syahadah"
Mak ikut.

Aku peluk Mak dan bisikkan " Mak, ampunkan dosa saya dan halalkan air
susu Mak".
Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 59 tahun dan
dikelilingi suami, sebahagian anak-anak dan cucu-cucu.

I was a young mother when Mak passed away. Abang only a year
old.Walaupun zaman aku berbeza dengan zaman Mak tetapi foundationnya
tetap sama.

Kasih sayang. Keikhlasan. Tanggungjawap.

Tiga factor yang pada aku amat penting di dalam peranan seorang
ibu.Kasih sayang yang tidak berbelah bagi (unconditional love),
keikhlasan hati sebagai ibu terhadap anak-anak dan tanggungjawap
yang diberikan Tuhan kepada amanahnya.

To me these three basic foundation aku cuba terapkan sebaik mungkin
sambil gunakan ilmu keibubapaan yang aku pelajari dan perhatikan
bersesuaian dengan zaman dan keadaan. Pengalaman aku sebagai anak
juga banyak membantu di dalam peranan aku sebagai ibu. I am not a perfect
person, what more a perfect parent. I have always enjoyed my
childhood and would love my children to have the same happiness as I did.

But, God has His plans for me and my Brood. All the dugaan that He
gave has made us stronger and more appreciative of what we STILL have.EACH
OTHER.

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in
its bond. So hold the hand of the person whom you love rather than
expecting them to hold yours.

so, kalau korang terbaca ape2 yg best utk renungan dan kebaikan kita semua..boleh le tepek kat topik ini..
tapi kalau boleh jgn le pjg sangat sampai berpage2..ehhehee...   agak2 jelah yek..

[ Last edited by  putubambu at 9-2-2007 11:35 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 11:56 AM | Show all posts
nak share gak.. sy suka ngan kisah ni.. menyentuh perasaan sy... maybe leh jadikan pengajaran buat kita semua..

Sumber: SaifulIslam.com

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya
ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya.
Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan
mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan"
[al-Tahrim 66 : 6]

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila
permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta
kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa
kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah
masa saya untuk isteri dan anak-anak.


"Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari
boleh jumpa.
Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput
ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan
kami", kata seorang pemanggil yang menelefon saya.


Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang
menjadikan saya serba salah. Mengapakah masa seorang
ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting?
Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah
kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-
anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah
kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya
pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat
pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak
polis!


Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak
faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian
rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang
ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung
Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya
menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima
maklum balas seperti dialog di atas.


Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk
perasaan saya. Ketika saya menaip artikel ini, Saiful
Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya.
Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya.


"Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa
mengabaikan kalian", saya sukar menahan hati dari
bersedih.

Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya
mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat
mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur
kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk
diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak
keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid,
saya baringkan di kepala sejadah dan matanya
berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah
Jumaat.


Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia
melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding
jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah
menghamburkan air mata takutkan `kemarahan' saya.

Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya
baru setahun dua.
Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya
fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama. Anak
bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka
tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari
ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?


Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk
di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang
mudah dan menggembirakan.

Saya tidak menyesal menjadi `suri rumah' selama
beberapa tahun. Saya bertugas secara sambilan di
beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara
distance learning dengan The Open University, UK, dan
sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal
rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.


Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer
di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada
nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan.
Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early
Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan
kecemasan Paedriatrik dan first aid.


Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan
saya sendiri.
Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital,
shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil
alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak,
menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong
untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika,
kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari.
Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik
ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor
kekadang di masjid, jika cuaca baik.

Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan
kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk
mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang
bersama sambil menghirup udara petang yang segar.

Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke
belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa
dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan
petang bersama kami. Saya mencampak roti ke tasik,
Saiful Islam dan Umminya turut sama.


Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital
menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya
mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana
ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan
prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya
sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk
memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik
yang tinggal di South Circular Road, Dublin.


Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di
Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar
laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya.
Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di
Malaysia, lebih menghiris rasa.


Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran
membesarkan anak- anak semakin meruncing.

Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri
sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim
luruh.

"Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland
sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila
dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia",
saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa
depan kami.


Isteri saya mengangguk tanda setuju.

Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan
Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau.
Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast
Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang
menakutkan. Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita
evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak
lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di
Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja
sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis
"OMER". Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras
Asia.

Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak,
beliau termenung seketika dan berkata, "my father is a
Moslem!"

Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya
risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka
di Ireland? Tentu sekali tidak.


Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya
berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis
sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, "apakah
selamat anakku membesar di Malaysia?"


Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk
saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada
anak-anak.

"Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang
Islam!", saya boleh menyebut begitu kepada Saiful
Islam dan Naurah.


Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh
berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan
Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam
yang satu. Garis hitam putih amat jelas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 11:57 AM | Show all posts
sambungan...........


Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng,
Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai
dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar
luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi
kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad
pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua
ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang
sanggup menyekolahkan anak- anak di SRJK(C), walau pun
terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan
sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak
membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan
putihnya jelas.

Mampukah saya begitu? Entahlah...

Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar
saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak
buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah
saya tersirap. Terutamanya apabila saya pulang ke
rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah
saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang
topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba
menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond
yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram
berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.


Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah
keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti
saya. Kami selalu out station untuk memberikan
training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey,
mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas
daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting
berkaitan dengan anak-anaknya.

Bukan suatu yang mudah untuk seorang American
membesarkan 9 anak.
Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.

Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak
dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita
menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak
percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default
menegur kesalahan anak. Berapa ramai yang menjadi baik
hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa
yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi
pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya
pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal
mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan
gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai
ibu dan bapa.

Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang
jauh. Anak- anak adalah cermin wajah ibu dan bapa
mereka.

Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan
pendekatan harian saya.
Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba
memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul
atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan
tangkap dia dan mandikan agar `sejuk', kemudian saya
ke bawanya ke bilik dan kami berdialog.


Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang
berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan.
Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal
badan, semuanya diketepikan dan saya mesti mendengar
isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan
kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad
Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya
mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.


Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak
tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya
rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah
kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak
aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak
terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap
mereka.


Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang
solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak
mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-anak suatu
hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang
melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak
bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka.


Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak?
Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk
menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang
membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika
atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang
Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga
batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu
rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand
atau Filipina.


Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah
letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah
bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya
sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya
kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada
anak-anak?


Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak
adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa
lagi. Ibu dan ayah di mana?

Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa
yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah
cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya.
Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar
dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan,
pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya
mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak
putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah
masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah
untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar
kasihkan mereka?


Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak
diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan
kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin
semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian
kita.


Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan
bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding
kesalahan mereka kepada kita.

Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting,
sebelum cukup kasih diberi.

Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal
dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang
menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab
kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri
saya, adalah mad'u pertama saya.


Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh,
kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian
kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15
minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang
anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari
U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak
yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada
mudarat.


Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia,
kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan
keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis,
jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika
dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat,
kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika
lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika
mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam,
ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh
ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang?
Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.


Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam
kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak
selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.


Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa
tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan
tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana
begitu boleh terjadi?


Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di
akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang
sibuk bekerja. What you give, you get back!


Maafkan Abi dan Ummi!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 12:05 PM | Show all posts
khas untuk suami isteri:

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan ; sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasn ya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk m enelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan and a perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak > menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan a nda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plas tik sampah dalam tong itu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu > yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belika n dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.
48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastika n bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
62. Bi la dia memasak, pujilah masakannya.
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

... ... ...
"sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah SWT."


yang ni pun leh jadikan panduan.. utk yang dah berkahwin atau belum...mana yang sesuai tu ok lah dipraktikkan ke kan.. untuk kebahagiaan bersama gak kan... tapi tang basuh keta dia tu.. emmm... kalau rasa nak buat buat le.. kalau tak.. sendiri mau ingat le..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-2-2007 04:55 PM | Show all posts
nice one dea..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 08:25 AM | Show all posts

Reply #4 dealova77's post

Terima kasih kerana sudi berkongsi......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 12:02 AM | Show all posts
InsyaAllah saya akan selalu ingat pesanan pandang wajah ibu bapa....dapat pahala..tapi ibu bapa dah tinggal jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 10:21 AM | Show all posts

Reply #1 putubambu's post

kita terharu baca citer yg 1st tu.....sedih.   menitik air mata kita... kita masih ada mak lagi tapi kita tak rapat dgn dia....kita tak penah lawan cakap dia tapi apa yg kita buat selalu tak elok di mata di...kita sayang kan mak kita...walaupun kita serumah dgn dia, kita rasa kita semakin jauh dgn dia...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-3-2007 12:04 PM | Show all posts

Reply #8 sunquick's post

sabar jelah sunquick..
walau ape pun pandangan dia di mata kita..
sebagai anak.. jgn henti mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan kebahagiaan dia ye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 06:09 PM | Show all posts

Reply #9 putubambu's post

Terima Kasih........................
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 05:13 PM | Show all posts
alahai sedihnya baca kisah 1st ni.......

[ Last edited by  dreamy_forest at 26-3-2007 05:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 05:16 PM | Show all posts

Pahala Terakhir seorang Isteri

Rasanya ramai yg pernah baca citer ni...kisah benar luahan seorang isteri dalam sebuah majalah lama dulu ...

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu
sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.

     Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan
menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan
seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya.

    Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu mela yani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama
lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

    Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

    Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing- masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan
agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada
hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

    Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

    Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang
tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang
menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya.

    Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai
seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.


Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya
tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya,
maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."


Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar
menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 06:19 PM | Show all posts
dreamy ada kisah pasal keluarga...kisah anak yg sayang sangat kat mak...kisah ni dreamy nak share utk semua perasaan seorg menantu & anak yg taat pada ibu...

Ceritanya bermula begini.........
Hubby aku ni anak bongsu dari 10 org adik beradik...apa2hal mesti nak rujuk kat mak dia tentang belanja, sebarang keputusan kata putus di tgn emak...even masa nak buat keputusan nak tunang or kawin ngan aku pun rujuk kat mak dia... sbb sblm ni, klu arwah mak x setuju hubby tak kan bantah, putih kata mak itulah lah keputusan muktamadnya...malah abg & kakak hubby serta ipar duai mmg selalu sindir hubby aku ni. Yalah, bukan anak ajer macam tu, arwah mak mentua aku pun camtu, klu hubby sebut nak makan apa2 mesti masakkan juga w/pun x sihat,

masa tu arwah mother in law aku sakit teruk kt spital - wad icu...

tiap2 minggu aku ngan hubby balik kg...7 ari sblm dia mninggal aku dapat emel dr kawan 'perubahan dirasai 100 hari smlb mati'
so aku pun 'mengeksperimenkan' laa...mmg 100% betul especially part cuping, telinga, kaki..lidah...aku takut nak ckp ngan hubby tkut dia xleh terima.....biasa laaa sapa2 pun

tp 1 ari sblm mother in law aku pass away...tetiba dia dah boleh bangun, mkn..2-3 sudu bubur...kira bnyk laa tuh...lps kenyang..tetiba dia tanya abg ipar aku..ada perubahan x pada dia..cam org nak mninggal laaa..
abg ipar aku ngan rileknyer cakap ada laa.... pasal mother in law aku dah x payah pakai oksigen lagi...Dr kata dah sihat..tp mother in law aku kata dia letih......rasa sama jer

pastu dia minta sister in law bacakan yasin utk dia...dia kata dia lupa..padahal..mother in law aku ni cukup hafal surah2 dr quran ni........

yg sedihnya...kat spital private tu kita org xleh tunggu..klu nak tunggu kena byr extra $ bru depa bg bilik....so pukul 10mlm, semua sedara balik ler...

lebih kurang kul 12.00mlm spital call sister in law infmd mother in law aku dah xder.....:cry:

part yg paling tragis...xder org dpt contact aku laki bini pasai hp aku abis battery..hubby nyer hp tertinggal dlm keta....satu mlm laa ahli keluarga hubby dok call..

padahal..hubby aku beria2 dah cakap nakbalik kg ptg sabtu tu...nak jumpa mak dia laaa...
tgh2 siap nak gi keje...baru on hp...aku tgk berpuluh2 miss call...bgtau balik...cepat..mak dah xder...
menggigil-gigil tgn aku baca mesej...:cry: sambil nangis aku infmd kat hubby mak dia dah xder...:cry:

hubby aku terdiam...mcm org blur..nasib baik aku dah siap packing nak balik kg...aku ler yg angkat segala beg msuk keta coz hubby aku dah mcm org blur...:

dia punya pecut atas highway...rasa cam nak terbang..160-170kmph...
smpai kg smua org tunggu kami dua org jer...dah lah dikira kita org paling jauh..dapatlaa kami cium dahi arwah mother in law buat x terakhir...hubby aku lagi laa sedih...coz dia mmg syg sgt kat mak dia......

Perkara ni dah lebih setahun lepas...tp aku still phobia klu nak charge tipon mesti nak on jer...tkut klu off kan ada apa hal berlaku....

smoga arwah mother in law aku ditempatkan dikalangan org yg baik2 ...AMin :pray:

actually kisah my own hubby..dah penah paste kat board sini dulu...tp saje nak paste utk tatapan sumer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:16 AM | Show all posts

Air Mata di Malam Pertama.............

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

Ana dah jadi isteri! Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti. Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti? Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

Assalamualaikum! Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.
Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
Sayang.! Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.
Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
Abang! Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.. Bisikku perlahan. Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia. Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.
.

[ Last edited by  dreamy_forest at 27-3-2007 09:35 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:22 AM | Show all posts

sambungan...panjang sangat......

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.
Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.
Apa dia ayah, mak? Macam penting je. Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.
Apa!!! Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?! Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.
Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu? Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.
Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. Ujar mak setelah sekian lama membisu.
Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya. Terang ayah lagi.
Ana! Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.
Ini cincinnya, pakailah. Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.
Ahhhhgggg.. Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.
Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu. Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.

Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.
Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.
Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.

Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.
Bang, maafkan Ana! Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang. Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.

Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.
Abang nak kemana tu? Soalku.
Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi. Jawabnya.
Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi. Aku kesian melihatnya, keletihan.
Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah. Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.
Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya. Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.
Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
Bila Ana turun? Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.
Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.
Maafkan abang sayang. Dia menghampiriku.
Sayang tak marahkan? Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
Ishabang ni! Nanti dilihat orang, malu kita. Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.
Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang. Jawabnya tersenyum.
Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.
Betul ni? Soal suamiku cepat-cepat.
Ishgatal la abang ni! Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.
Apa yang Ana menungkan ni? Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
Abang ni, terkejut Ana tau! Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.
Alaa.sayang ni.macam tu pun nak marah. Usiknya sambil mencubit pipiku

[ Last edited by  dreamy_forest at 27-3-2007 09:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:27 AM | Show all posts
sambung lagi.........

Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea..! Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
Sayang.! Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.
Sayang nak honeymoon kemana? Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.
Ana ikut aje kemana abang nak bawa.
Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke? Guraunya.
Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti? Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
Nanti sayang nak berapa orang anak? Soalnya lagi setelah ketawanya reda.
Abang nak berapa? Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?
Ish..abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke? Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.
Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.
Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup. Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.
Ni yang buat abang tambah sayang ni. Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.
Zul, Ana! Jom kita makan dulu! Suara mak memanggil.
Mari bang! Ana pun dah lapar ni. Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.
Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti? Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.
Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.

Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
Masuklah, pintu tak berkunci. Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.
Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang? Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.
Habistu apa yang sayang menungkan ni?
Ana takut bang! Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.
Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita. Pujuk suamiku.
Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.. Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.
Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! Bisiknya.
Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.
Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit. Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.
Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
Ayah, mak! Ana dah buat keputusan. Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
Keputusan tentang apa? Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.
Pasal peminangan tu. Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih. Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.
Syukurlah, moga Ana bahagia nanti. Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
Nanti mak kenalkan dia pada Ana. Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.
Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje. Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.
Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya. Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula? Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah. Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
Baik bang. Bang, ni baju abang. Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
Patutlah. Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.
Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
Bang. Seruku.
Ada apa sayang? Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.
Malam ni abang nak.nak.. Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya.
Nak apa sayang? Soalnya lagi sambil tersenyum.
Ah.abang ni. Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.
Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak? Bisiknya ketelingaku.
Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

[ Last edited by  dreamy_forest at 27-3-2007 09:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 09:28 AM | Show all posts
Assalamualaikum, wahai pintu rahmat! Bisik suamiku.
Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia. Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: :lebai:
"Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Rasulullah bersabda:
"Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."
Rasulullah bersabda:
"Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.
Abang tak apa-apa? Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.
Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot. Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu. Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
Nakallah abang ni. Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.
Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.
Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.
Kenapa ni bang? Soalku sewaktu bersalaman dengannya.
Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.
Zul sakit ke? Tanya ayah.
Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot. Jawabnya.
Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak. Sampuk mak.
Nanti Ana ambilkan ubat. Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.
Terima kasih. Ucapnya perlahan. Aku angguk.
Abang berehatlah. Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.
Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.
Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.
Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah. Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang. Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.
Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea!
Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya. Ujarnya perlahan.
Abang tidurlah. Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.
Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.
Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana. Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.
Amin..

Seruling Senja
4 Mei 2003
4.08 pagi
G 1.3 Kolej Bilal
Uia Gombak.
serulingsenja@hotmail.com


Jadikan cintamu padaKU kerana tempat kembalimu adalah padaKU

[ Last edited by  dreamy_forest at 27-3-2007 09:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 05:51 PM | Show all posts

Artikel - Majalah Jelita keluaran Mac 2007

Kurus melidi tanda berpenyakit, bukan ikon cantik........!

Benarkah kurus itu cantik? Biarpun definisi kecantikkan itu sendiri amat subjektif, namun tanggapan ramai mengenai susuk tubuh yang
kurus melidi sebagai cantik perlu diperbetulkan. Apatah lagi jika keinginan melampau untuk kelihatan kurus sebagai lambang kecantikkan
ini  membawa kemudaratan sehingga mengorbankan jiwa..............

Kenapa Memilih Untuk kurus???
Tanya diri sendiri yg pasti perubahan drastik terhadap susuk tubuh seseorg dikaitkan dengan gejala penyakit aneroksia dan bulimia..

Aneroksia
Penyakit yg berkaitan dengan gangguan pola pemakanan ini dikenali sebagai aneroksia nervosa dan bulimis nervosa. Kebanyakkan
individu tidak sedar bahawa mereka sebenarnya menderita krisis penampilan diri. Jika tidak dikesan pada peringkat awal, penyakit ini boleh berlanjutan sehingga usia meningkat.

Ciri2 Aneroksia
-terlalu kurus
-Muka cengkung/pucat
-Mata spt terkeluar/tidak bercahaya
-Jari tgn terlalu halus meruncing
-sakit ketika baring/tinggal tulang/sukar bergerak

Gejala Aneroksia
-Takut gemuk walhal berat badan semakin turun
-Terlalu ingin kurus,persepsi diri yg salah
-Beranggapan diri gemuk
-Tiada nafsu makan, jika mkn dlm jumah yg sedikit & berasa bersalah jika mkn walau meminum air sejuk
-Turun berat badan yg ketara
-Lemah
-Menganggap kulit & daging pd badan sbg lemak yg perlu disingkirkan

Komplikasi disebabkan Anerosia
-Kerosakkan jantung/ginjal utk berfungsi hingga membawa maut
-Penurunan tekanan darah/suhu badan yg drastik disebabka kekurangan lemak
-Tiada haid 3 bulan berturut2
-Perubahan personaliti & emosi ke arah negatif


Bulimia
Pesakit lazimnya mengambil makanan seperti biasa tetapi mereka akan menjolok tekak selepas mkn agar mknan dpt dimuntahkan. malah ada pesakit yg
mengambil ubat diuretik(pelawas seperti julap) untuk mendorong pembuangan air besar.

Gejala Bulimia
-Sgt mengambil berat bentuk badan & takut gemuk
-Makan dgn rakus tanpa kawalan tetapi kemudian memuntahkannya kembali. Tingkah laku spt ini berulang secara purata dlm tempoh 2x seminggu sekurang2nya dlm tempoh selama 3 bln.

Komplikasi Bulimia
-Denyutan nadi/jantung perlahan tidak teratur
-Gigi reput, kerongkong luka kesan asid pada makanan yg dimuntahkan
-Bibir, lidah, kulit menjadi kering disebabkan dehidrasi
-gangguan keseimbangan badan spt kekurangan sodium & potasium
-Bengkak muka disebabkan bengkak di bhg kelenjar parotid.
-Luka pada saluran pencernaan dan dubur disebabkan kerap membuang air besar. Sembelit juga boleh berlaku...

* Kepada para ibubapa/abang/kakak/suami...perhatikan perubahan / kelainan yg berlaku pada ahli keluarga anda.

[ Last edited by  dreamy_forest at 28-3-2007 12:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 05:55 PM | Show all posts
Takutnya ...kurus sgt pun masaalah..gemuk lagi laa bermasaalah...mcm2 penyakit ada...


*tq mod...dapat tacang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2007 02:19 AM | Show all posts
The Five Love Languages
Paraphrased from the book by Gary Chapman*


       Have you ever been in a relationship where no matter what you did, the other person felt it just wasn't enough? Have you ever been told repeatedly that you are loved, yet inside you feel empty and separate? Did you wonder what you were doing wrong -- why you just couldn't effectively communicate your connection to someone?

       Through his counseling, Gary Chapman has found that there are five main love languages:

1) hearing words that affirm
2) quality time spent together
3) receiving gifts and tokens of caring
4) having things done for you
5) physical touch and connection

       All of us need all five forms of love, but there is one (or perhaps two), that is our "primary language" and crucial to our feeling loved and cared for. If our partner doesn't speak to us in our "primary language" we feel as if something is missing, and we feel unloved, even if they are speaking to us in their own "primary language." The other person may love us totally and completely, but we don't experience what they say or do as being loving toward us. The same is true for them -- we can show great love for them but if we are not using their "primary language", then they feel abandoned and unloved. So, we need to learn to develop all five love languages, especially those of our primary partner.

       Your primary love language is evident in two ways: you speak it more often than the other languages, and you feel most loved when it is spoken to you. The languages are same whether you're a romantic partner, friend or parent.

(1) Words of Affirmation: This is when you need to hear, "I love you," as well as other words of appreciation, words of encouragement, praise, kindness and words that build you up. If you don't hear them, you don't feel loved. How does this work? When we emphasize the positive, it encourages other people to be more positive in return. For example, a wife may always seem to be asking her husband to do one thing or another (see Acts of Service below). Let's say she repeatedly asks her husband to wash the cars. If instead, she tells him how much she appreciates how hard he works, and makes a point of commenting just on his positive qualities, magic can happen if this is his primary language. The next thing she knows, the cars are washed. Basically, her affirming comments helped him find the energy and desire to do the job.

Other examples include:

Your spouse tells you how much his or her friends appreciate you.
Your friend says, "You really did a great job on that. I appreciate it!"
Your partner shares about a recent success you had while talking to friends during a party.


(2) Quality Time: Spending time listening, sharing, teaching, reading in the same room, trips, movies, games, etc. Does your partner always want your undivided attention? Do they get upset when you don't stop what you are doing when they want to talk? Do they want to spend time alone with you without you doing some task or project? Quality time means giving others your undivided attention, being available. It's about talking about things that are important, a conversation or doing something that both enjoy. For example, you go to a symphony concert with me because you know I enjoy going, and you want to share in something I enjoy - even when that kind of music isn't your style.

Specific examples include:

Your spouse kidnaps you for lunch and takes you to your favorite restaurant.
Your friend invites you to go on a lesurely walk just to chat.
Your partner plans a special night out for the two of you.


(3) Receiving Gifts: Does the person like to have surprise gifts that are totally unexpected? A personalized gift says that we cared enough to make the effort to bring pleasure to the other person. To be effective the gift must be something that will please the other person. You don't have to go out and spend a lot of money - we just need tangible little rememberances that you are thinking about us even when we are not with you. For example, a card, something you made, a carefully wrapped piece of fudge that you brought home from the office because someone brought it in to work for the group and you rembered know how much I love fudge. It is especially impactful when the gift is something we have wanted, or is unique to one of our little quirks. You may need to give the gift with a bit of "ceremony", so that we know you meant it as a token of love. The gift has to be unconditional with no strings attatched, rather than a bargaining tool to get something you want in return.

Other examples include:

Your friend sends you something special through the mail just because it made them think of you.
Your spouse brings you home a surprise treat from the store.
Your partner surprises you with a membership to something you always wanted.


(4) Acts of Service: This is when you do things for the one you love. This could be mowing the lawn, building a house, keeping the house clean, folding the laundry, washing the car. Sometimes you just need to ask what it is you can do for us. Even if we don't need that particular act of service at that moment in time, we will feel loved because you offered. The act has to be unconditional: "If you do this for me then I'll do this for you"is not an act of love. Similarly, "Look at all I have done for you" is really just a disquised attempt at manipulation. You must give without expecting anything in return.

Other examples:

Your spouse takes the time to fill out the long complicated applications that you had hoped to get to this evening.
Your spouse volunteers to do a job around the house that is typically your job.
Your spouse brings you breakfast in bed.


(5) Physical Touch: Physical touch is a basic human need. However, some of us need more of it than others to feel loved: a hug, a pat on the arm, a stroke on the cheek, a shoulder massage or our back scratched. Are they always reaching to hold your hand? Do they frequently put an arm around you? Do they stand physically close, maintaing loving eye contact, rest a hand on your arm or leg? Do you find them sitting in the same room with you even if you are doing different activities - just breathing in the silence together? In a romantic relationship physical love is most important, but we also need the touches and caresses during our daily lives to let us know you cherish us.

Other examples include:

Your friend gives you a massage.
Your spouse makes a point to embrace and kiss you before leaving the house.
Your partner gives you a hug just because you are passing by him/her in the room.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.129741s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list