Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
13110
View
71
Reply

Guru Tuition / Kelas Tuition

[Copy link]

Author: sherrina       Show all posts   Read mode

Post time 12-1-2007 03:05 PM | Show all posts

Reply #20 reinloch's post

True. Obviously siapa nak mengajar begini must be a top student in school la kan..... kalau sendiri merangkak, jangan harapla nak ajar org.

And also kita kena ingat, tak semua parents mampu bayar the standard tuition fee yang ada sekarang.... so this is the other option esp kat kampung2.... daripada takde langsung tuition....

Tapi kalau orang yang mampu, like yourself and me.... obviously kita tak ambil pelajar2 begini ajar anak kita betul tak... even cikgu yang kita pilih pun kita pilih betul2..... sanggup hantar tuition jauh2 just to get the best tuition teacher...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 03:14 PM | Show all posts
penah jadi cikgu tusyen kat 2 tempat masa lepas grad dulu.... dua2 kasik ikut persen 70-30... material sendiri kena sediakan, books pun ada la dia kasik sebagai rujukan tapi kita jgn bergantung kepada 1,2 buku jer... dulu fox ajar maths, modern maths and add maths....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 09:10 PM | Show all posts
saya pon dh start ajar kat pusat tusyen (2 centres)..but part time jer..saya ambek  weekends jer..weekdays rase letih..balik sek pon nearly 3...

actually sy dh start during cuti ujong taon hari tuh lagi..
they called and asked me to teach masa tuh..
pastuh i think they were quite impressed with my performance (kot laa...ekekeke)so bfore sek bukak they called me again n informed yg depa nk sy ngajaq...so ok laa..dh 2 weeks..so today ader plak permintaan soh sy ajaq form 5 bcoz cg tuh dpt offer jadik lecturer maktab...ermm..kene pk dulu..sbb tuh ari senin n rabu...huhuhu...

for the 1st centre, sy ajaq students year 3 n 4, then yr 5..so ok laa..
(maybe next week start with form 5)
students x ramai...campo semua x smpai pon 10 org...tp sy suker..sbb leh tend personally kat each students...

yg satu lagi tuition ctr..sy kene ajar year 3,4 n 5 then form 1 n 2
kat sini total students 15 org

gaji yg both centres kasi ialah 70% dr yuran subject bdk..
x byk sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 11:33 PM | Show all posts
Actually cikgu tuisyen nie diorang kena ada special method of teaching. Macam ader satu company tu.. KUMAN ker KAMIN ker apa.. jadi ianya akan lebih attractive dan membuatkan mak bapak student rasa berbaloi nak antar anak mereka kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 11:55 AM | Show all posts

erm..very good work

aku nie tgh smbung master by course so aku leh kejelah kan
aku tgh tggu biasiswa nie..kalau tak dapat aku pun rancang nak wat p.time tuition..aku leh arrr ajar org ckit2
sonok sebenarnya ngajar bdk2 nie
menguji kesabaran
kalau ilmu yg budak2 tue gunakan ke arah kebaikan..kita gak dapat pahala dalam kubur nanti
amin...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 13-1-2007 11:33 PM
Actually cikgu tuisyen nie diorang kena ada special method of teaching. Macam ader satu company tu.. KUMAN ker KAMIN ker apa.. jadi ianya akan lebih attractive dan membuatkan mak bapak student ra ...


Kumon.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-1-2007 02:16 PM | Show all posts
kumon tu specialize math and english dan mereka ajar subjek ikut skill bukan ikut silibus skolah.

tuition centre kebanyakkan ikut silibus skolah sebab fungsi mereka ialah bila budak dah pi skolah mereka ke tuition centre utk kukuhkan pemahaman atau ulangkaji tang mana yg mereka tak paham.

mac,
bagus tu kalau dapat ajar anak2 share knowledge mereka apatah lagi jika buat secara amal. mereka bukan sahaja dapat pahala malah mengajar ni sebenarnya membantu kita lebih memahami apa yg diajar. dalam erti kata lain anak2 mac belajar sambil mengajar. saya cadangkan cuba cari rumah anak yatim yg perlukan rakan tutor. mereka bleh spend maybe once a week di sana utk menjadi tutor rakan2 sebaya atau lebih muda
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2007 09:19 PM | Show all posts
betul tu sherrina...kumon neh ader modul dier sndri..slalu nyer parents akan anta anak2 mereka yg kecil2 lagik ke kumon ..tujuan dier nk memahirkan anak2 derang ngan maths n english ..diluar suasana sekolah....
Reply

Use magic Report

winter_bride This user has been deleted
Post time 22-1-2007 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 10-1-2007 11:47 PM
Alhamdulillah baru dapat sorang lagi student home tuition. Tahun ni agak ironi sebab dapat student2 istimewa. Sorang tu form 1 tapi level blaja dia Standard 4, yg baru ni ada masalah dimana dia t ...


yang form 1 tapi level blaja standard 4 tuh di panggil slow learner.. diorang ni memang lambat sangat2 nak catch up.. kene sabar tahap tinggi punye.. dan kalau nak bercakap ngan dia atau nak beri arahan kene beri dalam bahasa yang dia boleh faham.. maksudnya, kene rendahkan bahasa kita supaya sama level ngan dia..

yang tulis tebalik tuh pulak di panggil dyslexia.. kalau tak silap.. camne nak buat yer?? hmmm..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-1-2007 11:52 PM | Show all posts
winter,
yg slow learner tu memang slow tapi bila sherrina ajar laju gak pick up dia especially sbb logical thinking dia power. ajar satu contoh, dia dah leh relate ngan contoh2 lain. Cuma memory aje lemah, especially on math slalu kene remind. Tapi kalau subjek2 kesukaan dia mcm sejarah, sebut skali ingat terus.

yg Dylexis tu guru lamanya dah train dia camne nak ingat bentuk huruf. cara dia tulis pun agak pelik, instead from top to bottom dia menulis huruf misalnya huruf K dari bawah naik ke atas. Tapi sherrina tak larang asalkan ia betul. I guess it's a method to counter the dyslexis problem. Now ok dah cuma sebab student tu seorang yg overweight, maka dia cepat letih, mengah dan penat ketika belajar....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 01:38 PM | Show all posts
tumpang tanya,

saya ada buat home tuition part time. kat mana nak iklankan lagi servis tusyen kita?? ada tak tempat yang selain melalui agen??
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-1-2007 11:33 PM | Show all posts
ada. tampal notis di bus stop,

7-Eleven punya buletin, pasaraya punya buletin (cth mcm Giant ada bulletin board), certain pejabat pos pun sewakan bulletin board,

send sms to all friends/family friends/neighbours yg ada dlm senarai phonebook hp kita, buat flyer dan upah flyer distributor (certain places 5-7 cent per flyer atau cuba usha2 posmen dia nak tak antokan flyer dengan sedikit upah, dia akan anto sambil nganto surat di kawasan umah kita)

buat flyer selit dlm newspaper di kedai2 kawasan umah yg menjual newspaper (certain kedai mintak komisyen, setengah kedai tak)

buat poster2 tampal di kawasan perumahan spt di tiang elektrik, tiang telefon dsbnya

buat banner kecik2 gantung di tempat2 strategik
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 03:34 PM | Show all posts
Buka kelas di rumah
Oleh Siti Fatimah Hassan

BERCAKAP mengenai potensi diri, banyak lagi cabang kebolehan yang boleh diterokai untuk diubah kepada kerjaya sekiranya masih buntu kerana tidak mendapat tawaran pekerjaan dan ternanti-nanti kata putus daripada syarikat bagi jawatan yang dipohon.


Mungkin ada di kalangan graduan sedar mereka sebenarnya mempunyai kebolehan mengajar dan menyampaikan ilmu secara berkesan kepada pelajar. Tidak kiralah, sama ada subjek Matematik atau Bahasa Inggeris, graduan yang merasakan mereka layak untuk mengajar, boleh membuka kelas di rumah.

Paling tepat, lepasan graduan bidang pendidikan yang tidak mendapat tempat mengajar dalam sektor pendidikan boleh melakukannya. Tugasnya masih sama dan cuma bezanya sesi pengajaran itu dilakukan di rumah.

Jadi, jangan hampa sekiranya tidak ditawarkan pekerjaan sebagai guru di sekolah kerana peluang lain masih ada sekiranya bertekad untuk menceburi bidang kerjaya yang mulia itu.

Membuka kelas di rumah bukan sesuatu yang baru. Malah ramai lepasan graduan mengadakan kelas tuisyen sambil menunggu tawaran pekerjaan tetap, untuk mencari sumber pendapatan.

Ada yang melakukannya secara sambilan dan ada pula yang mengambil risiko untuk bergantung sepenuhnya terhadap bayaran yuran bulanan pelajar sebagai sumber pendapatan tetap.

Mereka yang membuka kelas secara sambilan biasanya terdiri daripada guru sekolah yang bijak mencari peluang bagi menambah pendapatan sedia ada.

Biasanya, kelas seumpama itu tidak membabitkan begitu ramai pelajar berikutan ruang belajar yang terhad. Namun, pelajar yang sedikit sebenarnya membantu dalam penyampaian ilmu secara berkesan.

Jika difikirkan dari segi pendapatan, semakin ramai pelajar yang mengikuti kelas terbabit, semakin banyaklah pendapatan yang boleh dihasilkan. Bagi graduan yang berminat mengadakan kelas di rumah, boleh mulakan dengan hanya beberapa pelajar saja.

Cuba mencari pelajar di kalangan jiran terdekat, anak rakan atau saudara mara yang berminat memberi pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka. Mulakan secara perlahan-lahan dan bersabar sekiranya kelas yang dianjurkan itu masih tidak mendapat sambutan.

Lama-kelamaan, jika berpuas hati dengan cara mengajar, secara tidak langsung pelajar sedia ada itu akan memperkenalkan kepada rakan-rakan mereka untuk menyertai kelas anda.

Ia juga bergantung kepada sejauh mana keberkesanan dan penerimaan pelajar itu terhadap apa yang diajar dalam kelas. Terpulang kepada seseorang untuk menggunakan kaedah pengajaran yang bagaimana untuk memanfaatkan sesi pembelajaran itu kepada sesuatu yang menyeronokkan.

Jangan melihat cara ini hanya untuk pendapatan sampingan atau sekadar terpaksa kerana tidak ada pilihan kerjaya lain sebaliknya fikirkan mengenai prospeknya. Sekiranya mampu, anda boleh memperluaskan saiz kelas itu ataupun membuka pusat tuisyen sendiri justeru wujud keyakinan diri.

Tip Kenali potensi diri sebagai guru tuisyen

- JIKA teringin mengajar di kelas tetapi tiada peluang ditawarkan, fikirkan cara membuka kelas sendiri di rumah yang boleh menghasilkan pendapatan

- GRADUAN bidang pendidikan boleh memikirkan cara ini sementara menunggu peluang lain

- GELARAN sebagai guru masih ada dan tugasnya juga masih sama cuma perbezaannya ialah dilakukan di rumah dengan pelajar yang sedikit.

- JIKA berpotensi, boleh menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa dengan pengajaran dalam pelbagai subjek seperti Matematik dan Sains

- JANGAN memaksa diri, mulakan secara perlahan-lahan dengan mengambil beberapa pelajar saja daripada kalangan jiran terdekat atau anak-anak rakan

- SEJAUH mana kebolehan menarik lebih ramai pelajar bergantung kepada kebolehan menggunakan kaedah pengajaran berkesan supaya pelajar tidak bosan dan dapat menerima pelajaran dengan baik

- IA bukan saja menjana pendapatan malah turut mempunyai prospek sekiranya mampu untuk memperluaskan saiz kelas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 09:27 AM | Show all posts
sherrina, mac as a parent tak akan hantar anak2 hanya based on flyers yang di hantar or notice kat 7 Eleven. Sebab nampak sangat cikgu tu tak ramai students. Maknanya not well sought after by students la.

Mac lebih kepada mendengar input other parents, kiranya by word of mouth la.... if baru nak start bukak tuition maybe hantar sms to friends and family would be the best idea.

Eg. If I have friends staying near your area, I would suggest them to you sebab mac dapati sherrina ni very dedicated dan suka kids......
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-1-2007 11:34 PM | Show all posts
Mac,
thanks...ya, biasanya bila kita dah setahun dua buat mende ni, ads tak buat dah. masa tu student cari kita, kita takyah cari student. in fact kalau dah dapat 2 atau 3 families...diorang akan sambung dari tahun ke tahun sampai student tu either habis darjah 6 atau habis sekolah menengah. Bagi yg nak mula2 bertapak ni kene le gagah sket berusaha but worth it kalau betul2 minat giler.

Hehe....thanks, I found that working with kids is much more fun that with adults. Walaupun sherrina dah nak tamat pengajian degree, rasanya ralat sgt nak anto resume apply keje office. Dah 5 tahun bergelumang ngan kids, dah tak reti pula nak jumpa adults hari2 apatah lagi berurusan kerja setiap hari.....I believe this is my destiny, my strength.....rugi juga kalau ditinggalkan begitu saja....

the best part being a teacher ialah bila kita memahami perasaan dn masalah pelajar2 yg lemah dan lembab (this year all my students adalah kelas2 belakang, cuma sorang aje kelas depan itupun kalau standard skolah area pinggir2 kota ni, kelas depan tu average sahaja. Tapi sherrina bleh paham apa yg dorang rasa sebab sherrina dah lalui apa yg mereka sedang lalui....fail in exam, kene maki ngan cikgu, feeling helpless....it's easier to get connected with them when I was also one of them)...I just love being with kids
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 07:20 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 29-1-2007 11:34 PM
Mac,
thanks...ya, biasanya bila kita dah setahun dua buat mende ni, ads tak buat dah. masa tu student cari kita, kita takyah cari student. in fact kalau dah dapat 2 atau 3 families...diorang aka ...


hebat... hebat...

sherrina, ko tak berminat ke nak masuk sekolah?

Tapi satu je bila masuk dalam, jumpa la macam2 benda2 yang kadang2 tak munasabah dan cacamarba dalam profesyen ni. Cuma yang mengubat hati tu mungkin perhubungan dgn pelajar dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran...

Being a free agent may be better in the sense that you won't be plagued by athe idiosyncrasies that
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 11:17 PM | Show all posts
wah bagus lah topik ni, guru tuisyen, menarik tu, i ada jugak pergi kursus guru tuisyen yang diiklankan dalam akhbar, one day program, not bad jugak lah, dia ajar basic things that we need to know before we bukak our tuition centre, point point dia banyak macam forummers yang kat sini cakaplah, especially mktg plan dia tu, kain rentang, banner, flyer, tapi method yang paling power and paling effective, word of mouth la, but you need to carve a reputation for yourself dulu lah. baru orang berebut rebut nak send their kids to you.

One of the participants.Kat program tu cerita dia punya exp, sampai tak menang tangan, dia tinggal kat flat jelatek if i am not mistaken, kat situ tak dak tuition centre and nearest centre pun jauh, so makbapak tak harap anak anaknya nak pergi tuition centre yang jauh sebab tak harapkan bebudak ni, nanti melencong lah, and may be tak selamat kot untuk girls to go there by themselves. seronok dengar cerita dia, banyak bebudak flat kat situ yang tak boleh cakap english dah cakap english, banyak yang  average,skarang dah score, dengar cara dia cakap pun,i know she is good. but yang kelakarnya, budak budak panggil dia makcik, coz dia suri rumah accountant pencen and tak der exp mengajar/dip pendidilkan. dia pun nak cari orang tolong dia ajar tuition, demand makin bertambah, but dia tak mampu nak ajar semua, so sapa sapa yang tinggal area jelatek tu bolehlah kalau nak bantu makcik sharifah kita ni.

satu lagi masa i pergi kursus tu, dia cakap demand yang banyak from non malay parents ialah subjek bahasa melayu, banyak affluent non malay families yang cari good malay language teacher/tutor, most of them are lawyers, doctors, prof lah, so may be they are willing to pay more and the market is good. so may be forummers nak try, but be ready lah to bergelumang dengan kertas bahasa melayu -all those sajak, drama , syair, apaapa lagi lah.

One more thing, about rate,speaker kursus tu bagi tau,the established rate kat klang valley is 35 per hour, diorang cakap kalau u letak harga murah, you are killing teh market and your competitors will complain, yang ni untuk home tuition lah.hope information i ni help untuk those yang baru nak cuba buat tuition ni.good luck to alll of you.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-1-2007 11:40 PM | Show all posts
Agul,
my mom pun suh gak masuk skolah tapi bila difikirkan keadaan skolah hari ini, sherrina tarik diri lah. Sherrina lebih selesa dengan cara sekarang, tumpuan mengajar tu 100%. Jiwa mengajar di sekolah belum wujud dalam diri. But I salute guru2 yg mengajar di sekolah, energy mereka lebih hebat sebab bleh jaga 40 murid dalam sekaligus walhal home tutor ni dalam skop yg lebih kecil.....

farah,
oh....u pergi ye kursus tu. sherrina nak gi tapi terlepas sebab ada hal. What a coincidence, that makcik sharifah happen to be my aunt (my dad's sister). Yupp, lokasi dia mmg cantik cuma rate takleh tinggi atau guna market rate sebab kawasan tu golongan pendapatan rendah. I once suggested to her to rent the flat's hall tapi susah juga sebab dia one woman show.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 09:15 AM | Show all posts
Teringat my chinese friend yang ada 2 anak (di sekolah anak mac) yang dapat anugerah cemerlang for BM EVERY YEAR. (maknanya bila dikumpul semua exams BM sepanjang tahun, anak dia no 1)

Bila mac tanya, apa rahsia dia, sebab both anak dia begitu, kalau sorang aje mac tak hairan sangatla. Dia kata takde rahsia. Then last year baru someone told me. Dia ni hantar anak2 dia tuition from std 1 lagi, to TWO BM tuition teachers.

mmmm..........
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-1-2007 11:01 AM | Show all posts
Mac,
cerita u tu meningatkan sherrina pada satu family melayu yg menghantar anak blaja dengan 2 cikgu BM. kenapa dua, sebab satu cikgu tu terer bab karangan, sorg lagi tu terer bab tatabahasa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.104840s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list