Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
2566
View
4
Reply

[PENDAPAT] Melaka wujud Muzium al-Quran pertama di Malaysia

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-10-2006 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 23-3-2012 12:52

Melaka wujud Muzium al-Quran pertama di Malaysia

MELAKA 11 Okt. � Muzium Al-Quran yang pertama di Malaysia diwujudkan di Melaka dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai pusat pendidikan, penyelidikan dan rujukan tentang al-Quran.

Muzium yang terletak di Fasa II Kompleks Al-Azim di sini, antara lain mengetengahkan seni mushaf acuan Malaysia melalui pameran al-Quran dan juga manuskrip-manuskrip lama untuk tatapan orang ramai.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, penubuhan muzium itu diharap dapat meningkatkan lagi pemahaman mengenai al-Quran di kalangan masyarakat Islam.

Ini adalah satu usaha yang baik dalam kita bersama-sama mengupas dan mengkaji al-Quran yang diturunkan Allah untuk membimbing umat Islam ke jalan yang benar.

Di dalam al-Quran terkandung banyak maklumat jika kita sentiasa berusaha mengkajinya,� katanya pada Majlis Pemashyuran Muzium al-Quran di Kompleks Al-Azim hari ini.

Muzium yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai tahun depan ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Restu dan kerajaan negeri Melaka, merupakan muzium yang ke-20 di bawah pentadbiran dan pengurusan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Antara pengisian pameran di muzium itu ialah peragaan beberapa koleksi al-Quran lama Nusantara, koleksi khas Ain� at-Taqwa, seni mushaf al-Quran dan seni mohor.

Mohd. Ali berkata, kewujudan muzium itu akan menambahkan lagi produk pelancongan di negeri ini yang berteraskan Islam di samping sebagai strategi dakwah kepada para pengunjung.

Selain itu, tambah beliau, penubuhan muzium itu juga memberi banyak faedah kepada rakyat menerusi program-program yang dirancang dijalankan di situ.

Katanya, antara program yang boleh dijalankan termasuklah kursus jangka pendek penulisan khat, kelas tulisan jawi, kelas al-Quran serta kelas mengkaji ilmu yang terdapat dalam al-Quran.

Semua ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan umat Islam terutamanya generasi muda lahir sebagai umat yang khatam al-Quran dan mengetahui isi kandungannya,� ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 01:04 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 12-10-2006 09:49 AM
Melaka wujud Muzium al-Quran pertama di Malaysia

MELAKA 11 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 03:44 PM | Show all posts
Muzium yang terletak di Fasa II Kompleks Al-Azim

dlm2 tu gak kot
sebelah2 library
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 09:50 AM | Show all posts
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 10:28 AM | Show all posts
huhuhu...sabtu arie tue dah pi sana...nak bayar zakat...jadi lalu lah kat muzium nie..nampaknya kena banyak kan lagi artifak n bahan2 yg bersesuaian lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.099593s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list