Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
34633
View
93
Reply

HIMPUNAN HADIS-HADIS DHAIF DAN PALSU

[Copy link]

Author: skywalker       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:15 AM | Show all posts
(18) Kisah Nabi Musa
Telah terlintas di dalam hati Musa: "Adakah Allah itu tertidur?" Maka Allah mengutus malaikat kepadanya dan tidak menidurkannya selama tiga hari serta memberikannya dua buah botol. Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Dia diperintahkan supaya menjaga botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-dua tangannya hampir berlaga. Diapun terjaga serta menjauhkan semula jarak kedua tangan yang memegang botol. Lalu dia kembali mengantuk dan tertidur sehingga berlagalah kedua-dua tangannya. Dan terpecahlah dua botol itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah memberi perumpaan kepada Musa, kalaulah Allah itu tertidur sudah pasti langit dan bumi tidak terkendali.

Status : (Dha'if)
Sumber : Himpunan Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi.  


Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:16 AM | Show all posts
(19) HUKUM BERCAKAP - CAKAP DALAM MASJID
Ertinya : Bercakap - cakap di dalam masjid itu akan memakan semua kebaikan sebagaimana binatang makan rumput

Penjelasan : Hadis ini tidak ada asalnya

Hadis ini terdapat di dalam kitab Ihya ' Uluumuddin juz:1 muka surat 136

Al-Hafiz Al-Iraqi mengatakan : Aku tidak tahu asal Hadis ini .

Abdul Wahab bin Taqiyuddin As-Subki dalam kitab Thabaqat Asy-Syafiyah juz 4 muka surat 145 - 147 mengatakan, "hadis ini aku tidak tahu sanadnya".

ULASAN PENTERJEMAH:

Ada pula riwayat lain yang sama maknanya dengan riwayat ini tetapi tarafnya tidak sama sebagaimana yang dikatakan oleh Muhammad Nashruddin al - Baaniy dalam kitabnya Silsilah Ahaadiisud Ka'iifah Wal-Maudluu'aat juz : 4 muka surat 18

Ertinya : Bercakap - cakap dengan perkataan biasa di dalam masjid itu akan memakan semua kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar .

Penjelasan : Hadis ini tidak ada asalnya

Muhammad Nashruddin Albani telah menjelaskan taraf hadis ini dalam kitabnya Silsilah Ahaadiitsud La'iifah Wal - Maudluu'at juz:1 muka surat 18

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 157


Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:17 AM | Show all posts
(20)  SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN

Ertinya : Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Syihabuddin Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi ( murid kepada Al-Hafiz As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari Nabi s.a.w.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 29

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:17 AM | Show all posts
(21) SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH
Ertinya : Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu - pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Khatiib tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yahya bin Al-Yamani , dia adalah seorang yang suka meriwayatkan hadis - hadis yang 'bathil'

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 31

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:19 AM | Show all posts
(22) DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN

Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Dalam riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin

Dalam sanad riwayat ini rawi yang bernama Mujaasy' . Dia suka meriwayatkan hadis - hadis 'Mungkar'.

Dalam riwayat lain pula dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih baik daripada 82 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin.

Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar'"

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 40

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:20 AM | Show all posts
(23) KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Ertinya : Dari Ummi Salamah , dia berkata,"Adalah Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang ( melihatnya ) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak ada rohnya ".

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Ibnu Hibban mengatakan : Hadis ini 'tidak ada asalnya' kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ja'far . Dia adalah seorang rawi yang biasa meroboh sesuatu berita , sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa yang memalsukan hadis ini adalah rawi yang bernama Ja'far ini .
Ahmad bin Adi mengatakan : Ja'far adalah rawi yang dituduh suka memalsukan Hadis

ULASAN PENTERJEMAH:

Boleh jadi riwayat ini dijadikan oleh golongan tarikat sebagai dasar untuk lebih khusyuk dan Khudhu dalam mengerjakan sembahyang dan lain - lain ibadat.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 49

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:21 AM | Show all posts
(24) SUJUD SESUDAH SELESAI SEMBAHYANG
Ertinya : Telah berkata Abu Sa'iid , telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa .

Penjelasan : Sujud dalam bentuk ini tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., dan tidak pula dari sahabatnya . Perbuatan ini adalah Bid'ah. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyaa-u ' Uluumuddin menerangkan bahawa di antara kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian orang awam ialah melakukan sujud pada waktu muazzin sedang qamat pada hari Jumaat . Perbuatan ini tidak ada sumbernya dari hadis Nabi yang sahih atau yang dhaif sekalipun.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 56

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:23 AM | Show all posts
(25) KELEBIHAN SEMBAHYANG DI MASJID NABI ( MASJID NABAWI )  
Ertinya : Barang siapa yang bersembahyang di masjidku ( masjid Nabawi ) dengan 40 kali sembahyang dengan tidak putus - putus satu sembahyangpun , maka dia akan dicatat sebagai orang yang selamat dari api neraka , lepas dari azab siksaan serta bersih daripada nifak

Penjelasan : Hadis ini Daif

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang Daif dari jalan Abdir Rahman bin Abdir Rijaal dari Nabiith bin Amar dari Anas bin Malik

Muhammad Nashruddin Albani mengatakan : Hadis ini Daif kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Nabiith bin ' Amar, dia tidak dikenali oleh para ahli hadis melainkan dalam riwayat ini sahaja.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 70

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:24 AM | Show all posts
(26) MEMBACA QUL HUALLAH HUAHAD SEBANYAK 100 KALI SESUDAH SEMBAHYANG SUBUH
Ertinya : Barang siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata - kata , maka tiap - tiap kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama setahun

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani , Hakkim dan Ibnu Asakir dari jalan Muhammad bin Abdir Rahman Al-Qusairi dari Asma binti Waa-illah bin Al-Asqa dia berkata : Apabila ayahku mengerjakan solat subuh, apabila dia telah selesai dia duduk duduk menghadap kiblat dan tidak berkata apa - apa sehingga terbit matahari , sehingga aku terpaksa berkata kepadanya akan sesuatu keperluan yang dikehendakinya . Tetapi beliau tidak menjawab sepatah kata pun . Setelah segalanya selesai barulah dia menjelaskan kepadaku isi hadis tersebut.

Muhammad Nashruddin Albaniy mengatakan : Imam haakim telah mendiamkan riwayat ini .

Al-Haitsaamy mengatakan : Dalam sanadnya ada rawi yang bernama : Muhammad bin Abdir Rahman , dia adalah seorang rawi yang Matruk .

Muhammad Nashrudin mengatakan : Rawi tersebut adalah seorang pendusta sebagaimana yang telah dikatakan oleh Al-Azdi

Ibnu Abi Haatim mengatakan : Aku telah bertanya kepada ayahku tentang riwayat hidup rawi ini , maka beliau berkata , dia adalah seorang rawi yang Matruk dan riwayatnya tidak boleh di pakai dan adalah seorang pendusta

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 87

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:24 AM | Show all posts
(27) Anggota akan khusyuk bila hati orang yang bersembahyang khusyuk
Al-Hakim At-Tirmizi * meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Rasulullah s.a.w . melihat seorang laki - laki sedang mempermainkan janggutnya sedangkan dia dalam solat , maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika hati orang ini khusyu' tentulah anggota - anggotanya khusyu '.

Kata Al-Albani : Hadith ini adalah Maudhu'

Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin ' Amru iaitu Abu Daud An-Nakha'iy yang menurut Ibnu ' Adiy ia disepakati membuat Hadith palsu .

*Al-Hakim At-Tirmizi bukanlah Imam At- Tirmizi . Beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-Usul. Seorang Sufi. Dikatakan bahawa dalam kitabnya Khatamul-Walayah beliau berpendapat bahawa wali lebih agung daripada Nabi. Beliau dibuang dari Tirmiz dan beliau pergi ke Nisabur.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 284

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:26 AM | Show all posts
(27) Anggota akan khusyuk bila hati orang yang bersembahyang khusyuk
Al-Hakim At-Tirmizi * meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Rasulullah s.a.w . melihat seorang laki - laki sedang mempermainkan janggutnya sedangkan dia dalam solat , maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika hati orang ini khusyu' tentulah anggota - anggotanya khusyu '.

Kata Al-Albani : Hadith ini adalah Maudhu'

Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin ' Amru iaitu Abu Daud An-Nakha'iy yang menurut Ibnu ' Adiy ia disepakati membuat Hadith palsu .

*Al-Hakim At-Tirmizi bukanlah Imam At- Tirmizi . Beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-Usul. Seorang Sufi. Dikatakan bahawa dalam kitabnya Khatamul-Walayah beliau berpendapat bahawa wali lebih agung daripada Nabi. Beliau dibuang dari Tirmiz dan beliau pergi ke Nisabur.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 284

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:27 AM | Show all posts
(28) Doa kepada mu'minin dan mu'minat

Asy-Syaukani menyebutkan dalam Al-Fawaid bahawa Rasululullah s.a.w bersabda :

Ertinya: Barangsiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak mendoa'kan padanya bagi Mu'minin dan Mu'minat maka solatnya kurang segala - galanya .

Hadith ini adalah Maudhu'. Di dalam sanadnya Nuh bin Zakwan tidak bernilai apa-apa ( laisa bisyai-in ) dan padanya ada seorang matruk . Demikian kata Asy - Syaukani .

Hadith riwayat Ad-Dailami dari Anas bin Malik. Dalam sanadnya terdapat Nuh bin Zakwan dan Suwaid bin Abdul Aziz.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 287

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:28 AM | Show all posts
(29) Bersolat di sudut-sudut rumah
Al-Ghazali menyebutkan dalam kitab Al-'Ihya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya: Hai Abu Hurairah , bersolatlah di sudut - sudut rumahmu nescaya cahaya rumahmu di langit bagaikan bintang - bintang di sisi penduduk dunia.

Kata Al-'Iraqi : Hadith ini tiada asalnya

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 287

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:29 AM | Show all posts
(30) Solat orang yang berkahwin lebih utama dari orang bujang
Al-'Uqaili meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya: Dua rakaat itu solat orang yang berkahwin lebih utama daipada tujuh puluh rakaat orang bujang .

Kata Ibnul- Jauzi dan Al-Albani : Hadith ini adalah maudhu'. Dalam sanadnya terdapat Mujasyi' bin 'Amru. Kata Al-'Uqaili : Hadithnya mungkar . Kata Ibnu Ma'in : Aku nampak ianya seorang pembohong. Kata Ibnu Hibban : Ia membuat Hadith atas orang - orang yang thiqah, tidak halal menyebutnya melainkan dengan menyebutkan cacat celanya. Dalam sanadnya pula terdapat Abdur-Rahman bin Zaid bin Aslam yang diuduh berbohong , meriwayatkan ajaib - ajaib dan Hadith - hadith Maudhu'

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 296

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:30 AM | Show all posts
(31) Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh
Abdur-Razaq , Ibnu Abi Syaibah, Ah - Thahawi , Ad-Daruquthni , Al Hakim , Al-Baihaqi , Al- Baghawi dan Ahmad mentakhrijkan dari Rabi' bin Anas katanya :

Ertinya: Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh sehingga beliau meninggal dunia.

Kata Al-Albani : Hadith ini mungkar . Hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibnul-Jauzi dalam kitab Al-Wahiat. Dalam sanadnya terdapat Abu Ja'far ' Isa bin Mahan Ar-Razi seorang yang dha'if. Kata Ibnul Hanbal dan An-Nasai : ia tidak kuat . Kata Abu Zur'ah : Ia banyak wahamnya . Kata Al-Fallas : Hafalannya sangat jelek. Kata Ibnu Hibban : Ia meriwayatkan hadith - hadith mungkar dari orang - orang yang mashur . Hadith ini diriwayatkan dai jalan lain sebagai syahidnya oleh Ad Daruquthni dan al-Baihaqi tetapi dalam sanadnya terdapat dua orang yang matruk . Al-Baihaqi ada meriwayatkan dai jalan lain lagi tetapi dalam sanadnya terdapat perawi yang dha'if juga , bahkan matruk .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 297

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:32 AM | Show all posts
(32) Menyapu muka apabila selesai solat
Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas r.a katanya :

Ertinya: Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya , beliau menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian beliau berkata :

Hadith ini sangat dha'if. Demikian kata Al-Albani . Ia diriwayatkan juga oleh Ibnu Sam'un dari Salam Al-madini dari Zaid Al'Ammi dari Anas . Yang dituduh ialah Salam Al-Madaini iaitu Ath-Thawil seorang pembohong dan Zaid Al'-Ammi adalah seorang yang dha'if .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 309

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:33 AM | Show all posts
(33) Ulama
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:35 AM | Show all posts
(34) Fadhilat Solat Dengan Memakai Serban 1
Ibnu An-Najjar mentakhrijkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Satu solat dengan memakai serban menyamai dua puluh lima solat tanpa serban dan satu solat Jumaat dengan memakai serban menyamai tujuh puluh Jumaat tanpa serban , dan sesungguhnya para Malaikat pasti akan menyaksikan solat Jumaat dengan memakai serban dan mereka terus menerus bersalawat ke atas orang - orang yang memakai serban sampailah jatuh matahari

Kata Asy-Syaukani : Ini adalah Hadith Maudhu' seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 324

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:36 AM | Show all posts
(35) Fadhilat Solat Dengan Memakai Serban 2
Al-Albani menyebutkan dalam kitab Silsilah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya: Satu shalat dengan memakai serban lebih utama ( lebih baik ) daripada tujuh puluh rakaat tanpa serban

Kata Al-Albani : Saya melihat tulisan Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali atas sepotong ke atas At-Tirmizi ( 2/83), nashnya seperti berikut : Abu Abdullah yakni Ahmad bin Hambal ditanya orang mengenai seorang syaikh Nashibi yang dikenali sebagai Muhammad bin Nu'aim yang dikatakan ada meriwayatkan sebuah Hadith dari Sahal , dari bapanya , dari Abu Hurairah , dari Rasulullah s.a.w. mengenai Hadith di atas , maka beliau menjawab : Ini adalah pembohong dan Hadith ini adalah batil .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 329

Cont...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-1-2006 09:38 AM | Show all posts
(36) Menuntut Ilmu Sampai Ke Negeri China
Maksudnya:  Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negeri China

Periwayat- Periwayat Hadis: Ibnu Adi , Abu Nu'aim , Ibnul Abdul Bar , AI-Khatib AI-Baghdadi

Status Hadis:  PALSU

- Didalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bemama Abu Atikah Tharif bin Salman. Ia telah disepakati akan kelemahannya.
- Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
- Kata Imam AI-Uqaili : Ia seorang yang ditinggalkan, hadithnya (matruk)
- Kata Imam An-Nasai: Ia tidak thiqah(kepercayaan).
- Kata Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
- As-Sulaimani menanggapinya lebih dari itu ( dengan maksud Abu Atikah ini dikenali sebagai seorang pemalsu hadith ). Ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya At- Taqrib.
- Imam Ahmad mengingkari hadith ini dengan keingkaran yang bersangatan.
- Kata Imam Ibnu Hibban: Hadith ini bathil, tiada asalnya.
- Oleh kerana itu Imam Ibnul Jauzi menghukum hadith ini sebagai palsu.

Nota kaki: .
1. Perawi mungkar adalah perawi yang melakukan kesalahan yang parah atau pelupa atau jelas kefasikannya. Juga didefinasikan sebagai perawi lemah yang riwayatnya menyalahi perawi yang kepercayaan. Adapun disisi Imam AI-Bukhari ia membawa maksud seorang perawi yang tidak halal meriwayatkan hadith darinya.
2. Perawi matruk adalah perawi yang dituduh berdusta.

Cont...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.077285s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list