CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 2202|Reply: 3

Shima Anuar Tayang Alat Ujian Kesuburan, Disangka Hamil Pula

  [Copy link]
Post time 8-10-2021 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara berkongsi video memegang alat ujian kesuburan atau ovulation test kit, pelakon Shima Anuar disangka sudah berbadan dua.


Terhibur membaca komen pengikut di laman Instagram, Shima atau nama sebenar Noor Hashimah Anuar, 30, berkata dia hanya berkongsi pengalaman pertamanya menjalani ujian kesuburan untuk wanita itu.


Foto: IG




"Rasa kelakar pun ada. Mereka pula yang teruja bila saya kongsi kit ujian itu...sebenarnya ramai yang tak tahu fasal ovulation test ini sebab itu apabila saya post video pegang stick itu orang ingat saya mengandung.


"Saya pun baru tahu dan pertama kali cuba, ovulation test ni sebenarnya untuk membantu wanita-wanita yang sedang cuba untuk hamil, kita buat ujian untuk tahu waktu yang sesuai untuk wanita mengandung," katanya kepada mStar.




  



Menerusi Instagram, Shima memuat naik rakaman pendek memegang kit ujian kesuburan yang kelihatan hampir sama seperti alat ujian kehamilan.


Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menyangka pelakon filem Highland Tower ini kini berbadan dua.


Malah, ada juga netizen yang menjelaskan semula fungsi dan tujuan kit ujian kesuburan itu.




  



"Wah tahniah jaga diri dan kandungan baik-baik Shima. Semoga dipermudahkan urusan.


"antang nampak dua line, semua ingat mengandung. Tu alat untuk uji kesuburan la... bukan untuk check kehamilan.


"Bukan mengandunglah. Tu dia test kesuburan, dia cakap dia tengah subur sekarang ni, bukan bermaksud tengah hamil," tulis netizen.




  



Sementara itu, Shima berkata tujuannya memuat naik video itu kerana mahu berkongsi ilmu dengan pengikut mengenai kesuburan wanita.




"Saya harap dengan perkongsian itu sesiapa yang sebelum ni susah nak mengandung dapat sedikit info dan tips la.


"Saya pun ada banyak baca tentang ramai suami isteri yang susah untuk dapat anak, harap post tu dapat membantu serba sedikit. Tak salah untuk mereka buat ujian dan dapatkan kit berkenaan.




  



  



"Bagi saya anak adalah rezeki dari Allah, kita perlu banyak berdoa, usaha dan jangan stres... InsyaAllah masa itu akan tiba nanti!" ujarnya.


Untuk rekod, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 2, dan Mikhael Imaan, setahun. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 8-10-2021 10:03 AM | Show all posts
Stress aku tengok palazzo dia. Mengheret lantai. Tak terseret ke kotoran kat pasar tu masa masuk dalam rumah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya benang SA nih sesendu OKG huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 05:34 AM | Show all posts
Yawnnnnn...
Punye le sendu sampai mende ni pun terpaksa dbuat cerita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

14-8-2022 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.080620 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list