CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3501|Reply: 12

Bob Lokman Bergantung Nyawa Pada Jantung Kombinasi Bateri

[Copy link]
Post time 7-10-2021 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri, pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 57, berserah kepada keajaiban kepada kuasa Tuhan.


Bukan mudah, apatah lagi, Bob tidak mampu bergerak seperti insan lain, malah terpaksa membawa alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) ke mana sahaja, bagaikan rakan karib.


Kini, penulis lirik lagu berhantu, Isabella dan Taman Rashidah Utama kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, sejak 1 Oktober lalu.


Bob berkata, dia dimasukkan ke hospital berikutan jantung pada bahagian atas tidak berfungsi dengan baik.




Foto: Berita Harian




"Sepatutnya, saya ke HSB lebih awal, tetapi saya terpaksa tiga kali menangguhkan mendapatkan rawatan lanjut berikutan sekatan pandemik COVID-19. Disebabkan sudah terlambat, doktor mendapati jantung tidak berada dalam baik.


"Saya diberitahu, gerakan jantung tidak stabil. Akibat kegagalan berfungsi dengan baik, doktor sudah menutup bahagian itu. Jadi, jantung yang berkerja hanya bahagian bawah dengan kombinasi bateri.


"Jantung bahagian atas kurang berfungsi kerana iramanya sudah tidak sama dengan bahagian bawah. Disebabkan itu, ia sudah tidak boleh digunakan," katanya kepada BH Online.


Susulan itu, pelakon filem Santau dan Jin Notti itu berkata, dia dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) akibat kaki dan pehanya mula membengkak pada 3 Oktober lalu.


"Ketika doktor melakukan proses membetulkan jantung, ada sesuatu dimasukkan menerusi bahagian peha. Kemudiannya, kaki dan peha mula membengkak selepas enam jam.


"Ia menjadi kes panik kerana saya terlalu sakit. Jadi, doktor terpaksa menempatkan saya dalam wad CCU. Jadi, sehingga hari ini, saya masih ditahan di sini.


"Saya pun tidak bergerak, masih atas katil. Bagaimanapun, pemeriksaan hari ini (semalam), doktor mengatakan bengkak pada bahagian kaki dan peha sudah mula surut.


"Cuma kena pantau sedikit lagi sebelum dipindahkan ke wad biasa. Doktor risau, arteri pada bahagian jantung ada jangkitan kuman atau sebagainya, jadi saya kena duduk di CCU, buat sementara waktu," katanya.


Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan agar cepat sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya di Kota Bharu, Kelantan dengan segera.


Bagaimanapun, tambah Bob, isterinya kini berada di Alor Setar dan menetap di inap desa berdekatan.


"Isteri ada di 'homestay' kerana menemani saya memandu ke Alor Setar. Dia menunggu saya keluar hospital untuk kami pulang bersama.


"Insya-Allah, semoga saya cepat sembuh dan boleh keluar hospital segera," katanya.


Bob berkata, dia perlu menjalani pemeriksaan berkala susulan masalah jantung di HSA.


"Saya akur keadaan kesihatan tidak sepenuhnya pulih, ada masa sihat dan sakit," katanya.


Terdahulu, Bob mengalami masalah jantung selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di HSA, awal Disember tahun lalu. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 02:48 PM | Show all posts
moga cepat sembuh
dia ni legend gak sama dgn saari amri
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 03:23 PM | Show all posts
semoga diberi kesembuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 04:54 PM | Show all posts
eish baru 57 dah sakit teruk mcm ni. harap allah beri I masa lebih panjang sihat walafiat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 05:26 PM | Show all posts
Get well soon...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga diberi kesembuhan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Semoga ada keajaiban.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 10:18 AM | Show all posts
Moga di berikan kesembuhan dan tiapnya urusan di permudahkan oleh Allah swt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberi kesembuhan utk beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 7-10-2021 04:54 PM
eish baru 57 dah sakit teruk mcm ni. harap allah beri I masa lebih panjang sihat walafiat.

Aku pun tak nak sakit teruk mcm ni.. kalo Allah amik biarlaa sesenang ajo dan tak sakit pung.. sbb tuu aku sodokoh kat kucing.. moga moga Allah bg umur panjang rezeki lebih kesihatan yg baik pd aku sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 10:28 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh ye bob

xsanggup dh baca berita heols sakit, sbb sakit sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib masing2.. Nasib kita pun tak tau lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Fighting spirit kuat. Mad respect.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 6373 Replies : 4
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18396 Replies : 22
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 4038 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.207246 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list