CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4723|Reply: 16

Diana Danielle Bangga Anak Lelaki Pandai Masak Nasi, Sediakan Sarapan

[Copy link]
Post time 7-10-2021 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Barangkali itu apa yang ditegaskan selebriti popular, Diana Danielle dalam mendidik anak-anak terutama kesedaran mereka terhadap tanggungjawab melakukan kerja-kerja di rumah tanpa mengenal jantina.


Pemilik nama lengkap, Diana Danielle Danny Beeson itu menerusi satu ciapan dalam Twitter berkata, bahkan anak lelakinya yang berusia lapa 8 tahun juga faham peranannya melakukan kerja rumah.




Kredit foto: IG




“Pada usia lapan tahun, anak lelaki saya secara rasminya berperanan masak nasi, letak pinggan mangkuk di tempatnya, sediakan makanan dan masak sarapan (bawah pengawasan saya).


“Ya, anda boleh ajar seorang budak lelaki tanggungjawab bersama di rumah. Dia perlu makan juga, bukan? Justeru, dia patut tahu bagaimana untuk memasak demi meneruskan kehidupan. Perihal itu (yang sering dianggap kerja wanita) bukan satu benda yang berjantina,” ciapnya.








Ciapan yang ditinggalkan Diana, 29, itu menarik perhatian ramai netizen yang bersetuju dengan pandangan dilontarkannya.


“Keluarga saya ada budaya yang semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Semua orang boleh basuh pinggan dan baju kotor. Juga, semua orang boleh tukar tayar dan tukar mentol lampu.




  



“Tiada penetapan jantina untuk kerja rumah, setiap orang jalankan peranan masing-masing di rumah,” ciap seorang netizen sebagai tanda setuju tentang cara Diana membesarkan anak-anaknya.




  





  



Sehingga artikel ini ditulis, ciapan yang dimuat naik ibu kepada dua cahaya mata itu telah meraih 12,800 tanda suka dan 7,200 ulang kicau.


Acap kali dalam budaya masyarakat tempatan, kerja rumah dikaitkan sebagai satu peranan atau pekerjaan dikhaskan buat golongan wanita sedangkan realitinya, kerja-kerja di rumah boleh dilakukan tanpa klasifikasi untuk lelaki ataupun wanita. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Anyways, menjadik betul anak2 DD. Helok buatannya dan kemas jahitan sembatnya.
Yg tak helok, apaknya {:freak
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Anyways, menjadik betul anak2 DD. Helok buatannya dan kemas jahitan sembatnya.
Yg tak helok, apaknya {:freak
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kezen iolss hantar video tiktok DD ni nari lagu woman.. Ayoooo tak kenalah. Dah iolss tanya knp ko hantar video dia menari kat aku, kezen jawab sbb rambut dia cantik.. Sabar jelah iolss
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kezen iolss hantar video tiktok DD ni nari lagu woman.. Ayoooo tak kenalah. Dah iolss tanya knp ko hantar video dia menari kat aku, kezen jawab sbb rambut dia cantik.. Sabar jelah iolss
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kezen iolss hantar video tiktok DD ni nari lagu woman.. Ayoooo tak kenalah. Dah iolss tanya knp ko hantar video dia menari kat aku, kezen jawab sbb rambut dia cantik.. Sabar jelah iolss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2021 05:48 PM | Show all posts
8 tahun pun, memang wajar pandai pun.. Umur berdikari sangat..

Adakah sebab ianya boy.

Tak heran sangat pasal gender ni, pandai masak ialah survival skill..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 05:56 PM | Show all posts
wahhhh.... umur 8 tahun, da darjah 4...
terbaik la.... alhamdulillah pandai tuh....
fast track nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebanyakan mat saleh  mmg train anak anak diorg dari kecik ... Tgk parents la jugak ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la ajar anak2 sejak kecil..moga besar nanti berguna pada agama bangsa dan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:45 PM | Show all posts
wahhh hebatnya DD didik anak... bakal herlokkk anak DD seperti maknya..
minus apaknya yachh...

DD je yang masih sesuai pegang watak heroin macam gandingan dengan abam tah tu...

kalau FK ya ampunnn wajah boleh tuang teh ais dalam cawan..

Kalau buka tv pun boleh konfius tengah tengok drama romance ke atau Discovery Channel pasal kawah2 planet ataupun lobang gunung berapi yang ada di negara jiran.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat gak genetik FK ni menjadi perangai herlok. Sorang lg tu pon herlok .

Btw mohon DD beranak lg sbb lawa2 ank dia. Ipar iols dah 19thn basuh pinggan pon idok. Pinggan sendiri ye. Sisa makanan pon x buang
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 7-10-2021 07:47 PM
Hebat gak genetik FK ni menjadi perangai herlok. Sorang lg tu pon herlok .

Btw mohon DD beranak  ...

Elok kau campak je ke dlm baju beliau sisa makanan yang dia tinggal atas meja. Padahal bukan kelahiran anak raja brunei pun kan nak bermalasan sampai pinggan sendiri pun orang yang kena cucikan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk chemad..  Semoga menjadi anak yg berbakti kepada ibubapanya.. Membesar dgn helok ye..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus
Jangan jadik macam mak2 zaman lampau
Sampai sekarang abang iol pemalas nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Muhammad ni bagus. Dia byk activity sihat masa usia kecik2 ni. Into motorcross, cooking, taekwondo. Great parenting la DD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2021 10:45 PM | Show all posts
bagus di ajar anak2 berdikari sejak kecil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.535195 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list