CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 721|Reply: 5

Fatin Afeefa Rela Tak Jumpa Anak Lepas Balik Shooting

[Copy link]
Post time 28-9-2021 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Berpisah buat seketika dengan dua anak-anak tersayang merupakan jalan terbaik bagi pelakon Fatin Afeefa demi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.


Ujar Fatin Afeefa atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 27, dia yang akan mula memasuki set penggambaran sebuah telefilem tidak mahu mengambil risiko memandangkan kes harian Covid-19 masih tinggi.




Kredit foto: IG




"Bermula Jumaat ini saya terlibat dengan penggambaran satu telefilem, jadi akan hantar anak-anak ke rumah ibu. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan, saya tidak akan jumpa mereka sepanjang penggambaran berjalan selama seminggu.


"Saya memang akan lebih berhati-hati, kalau mereka dijangkiti disebabkan saya, saya tak boleh maafkan diri sendiri.


"Anak saya ada dua orang saja, jadi tak mahu la terjadi apa-apa. Lepas penggambaran habis dan keputusan ujian Covid-19 negatif, barulah saya akan kembali kepada mereka," katanya kepada mStar.




  



Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017.


Hasil perkahwinan tersebut, Fatin dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 9, dan Ivy Herra Sophia yang kini berusia enam tahun.


Mengulas lanjut tentang keselamatan dua cahaya matanya itu, Fatin berkata buat masa ini dia juga tidak berhasrat untuk menghantar mereka ke sekolah sehingga keadaan bertambah baik.




  



  



"Apabila saya dengar sekolah nak buka semula, saya pilih untuk tidak hantar anak-anak ke sekolah buat masa ini. Lagi pun belum semua cikgu sudah lengkap vaksin.


"Kalau ada maklumat kata cikgu semua sudah lengkap vaksin, baru saya berani untuk lepaskan anak-anak ke sekolah," katanya.


Bercerita tentang kerjaya seni, Fatin berkata dia mengambil pendekatan lebih berjaga-jaga dalam menerima tawaran lakonan demi keselamatan diri dan keluarga biarpun kerajaan membenarkan industri kreatif beroperasi.




  





  



"Sekarang ini pun saya masih tunggu jumlah kes Covid-19 turun. Walaupun sudah ada kelonggaran tapi masih belum betul-betul selamat.


"InsyaAllah apabila keadaan dah okay, barulah saya akan ambil beberapa tawaran yang lain.


"Memang saya tidak berani walaupun sudah lengkap dua dos vaksin... saya ada dua orang anak yang masih kecil dan ibu pun sudah berusia. Jadi saya takut kalau-kalau jadi pembawa pula," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2021 11:39 AM | Show all posts
berita tak lengkap
dia ada kawin lain sebelum adam
baik aku je jadi wartawan cari
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiyoo kat tv muka lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka la tgk rambut sheols
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka dh mcm 30an
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheol masih menyunds khuens?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.085852 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list