CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 853|Reply: 8

[Borneo] Perlepasan 215 orang pelajar tajaan MARA ke United Kingdom

[Copy link]
Post time 26-9-2021 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 26-9-2021 03:43 PM
Kemeriahan di Lapangan Terbang KLIA semalam, dipenuhi dengan kehadiran para pelajar tajaan MARA yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara. Namun semuanya mengikut SOP yang ditetapkan.

Perlepasan 215 orang pelajar tajaan MARA ke United Kingdom pada Sabtu 25 September 2021.

Seramai 187 orang pelajar daripada Program Young Talent Programme  (164 orang Kolej MARA Banting, 22 orang Kolej MARA Seremban), IPMA Excellent Student Programme  28 orang dan seorang dari   Program World Top University.

Penerbangan menggunakan Pesawat Khas Malaysia Airlines. Waktu perlepasan adalah jam 9.50 pagi tadi.

Destinasl yang dituju ialah  Heathrow Airport, Manchester Airport dan Edinburgh Airport. Kebanyakan pelajar ini akan mengikuti pengajian di Imperial College London, University College London, London School Of Economics and Political Science, University of Edinburgh, University of Manchester, King's College London dan lain-lain.

Antara kursus yang ditaja ialah Engineering, Computer Science, Economics & Finance, Biomedical Sciences, Psychology, Botechnology, Forensic Sciences, Actuarial Sciences dan lain-lain.

Turut hadir ke Lapangan Terbang KLIA pagi tadi adalah Unit Penajaan dan Unit Pemantauan Luar Negara antaranya En.Karim, En.Shahril Shamin, En.Hansah serta Puan Siti Maizura. Malah Pengarah BPP turut hadir iaitu Pn. Siti Aminah Abdul Kadir ditemani oleh Puan Nor Azlini dan En.Hasnim bagi memantau dan bertemu  dgn para pelajar buat kali terakhir sebelum mereka berlepas pergi.

Tahniah!  semuanya dari kami warga Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA

Sumber : Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2021 03:44 PM | Show all posts
Tahniah adik-adik ... belajar rajin-rajin ...
semoga sentiasa dalam lindungan NYA ... aamiin


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik adikku..semoga dipermudahkan urusan dalam jihad mencari ilmu.Ya Allah..jagalah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 04:39 PM | Show all posts
best betul...tgk dkt utube aku pon..rmai betul yg pos vdeo perjalanan dri klia ke tmpat pengajian masing2

ada ke paris, ada ke US, ad ke UK...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk kt tiktok.. ramai pos p study ovesi

Selamat belajaq adik2.. selamat maju jaya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik2.. Blaja rajin2 & semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Stop je lah hantar students pi obersi gini. Local je sudah. Hehe #dengkike #makabahiolsponsponsorgak
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Belajar baik2. Bukan semua orang dapat peluang macam ni.
Jangan lupa diri bila kat tempat orang. Jaga kelakuan. Ingat tujuan sebenar dalam gembira nak ke tanah orang tu.
All the best.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2021 02:18 AM | Show all posts
Mari kita tengok brapa banyak yang balik ke Malaysia nanti. #buangduitrakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.220655 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list