|
View: 1966|Reply: 6
|
Pengawal Keselamatan Ditahan Rakam, Galak Isteri Gantung Diri Pada Kipas Siling
[Copy link]
|
|
|
Seorang pengawal keselamatan di sebuah mesin juruwang automatik (ATM) di bandar Atmakur, Nellore ditahan di Andhra Pradesh selepas merakam aksi isterinya menggantung diri pada kipas siling.
Gulf News melaporkan, lelaki itu terus merakam walaupun menyedari isterinya serius dengan ancaman untuk mengakhiri hidupnya.
Dia juga bertindak menghasut isterinya dengan merakam video menggunakan telefon dan menghantar video berkenaan kepada mentuanya selepas kejadian.
 Gambar hiasan
Menurut polis, Penchalaiah, 38, mendakwa isterinya, Kondamma, 31, mempunyai hubungan sulit.
Selepas pertengkaran, Kondamma, mengancam untuk menggantung diri.
Dalam video yang kini dirampas polis, Penchalaiah berkata, dia tidak akan cuba menghentikan tindakan isterinya untuk membunuh diri itu.
"Saya tidak akan menghentikan anda jika anda mengakhiri hidup anda.
"Saya akan tunjukkan video ini kepada saudaramu," katanya dalam video itu.
Dalam rakaman video itu, mangsa memandang suaminya dengan harapan lelaki berkenaan akan menghentikan tindakannya.
Tetapi, Penchalaiah menggesa isterinya untuk membunuh diri.
Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ibu bapa mangsa selepas mereka menerima video mengejutkan daripada menantu mereka.
Polis turut mendakwa lelaki itu kerana bersubahat membunuh diri dan penderaan mental terhadap isterinya.
Difahamkan, hasil perkahwinan mereka, pasangan itu mempunyai dua anak.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cucutokwan89 at 24-9-2021 12:41 PM
Apolah jantan perangai gitu  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannnnn ank dorg dpt mak ayah mental |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali diangin lalu je baca tajuk dah tahu dari mana |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bela la kau anak 2 ekor tu sensorang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pradeshhhhh lagiiii
Dasar tanah puaka betoiii
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|